mari mencari....

Google
 

Wednesday, October 1, 2008

hari ini hari raya...

hari ini hari raya aidilfitri yang saya sambut dalam suasana gembira, sedih, bengang dan sebagainya. gembira kerana akhirnya saya sempat menyambut hari raya bersama2 keluarga, sedih kerana ramadhan telah berlalu pergi, bengang kerana terlalu penat saya seorang terpaksa menyiapkan segala2nya rasa nak menangis (dah menangis dah pon).

bermula dari pagi 30/09/08 seawal jam 630am saya dah tercongok terbongkok2 menyapu rumah ma atas bawah rasa nak pengsan. mesti la korang kata ala menyapu pon nak berkira ke dah tentu rumah ma sendiri. hahahhaa... hantam la kan. sendiri kena baru tau rasa. basuh beranda atas bawah, kemas2 semua, then turun lak siap2 untuk masak laok raya. hantam la. masak ayam masak merah, rendang ayam, laksa, nasi himpit, kuah kacang, kuih seri muka dan agar2. saya masak?? kan ke saya tak reti masak apahal lak tetiba masak untuk raya nih?? ahhahhaa.. dah sah2 kat rumah tu takde orang just ma dengan saya je so saya le chef terkemuka dirumah itu. penatnya rasa nak pengsan.

ibu balik petang raya pukul 5pm baru sampai. masa tu saya dah pengsan. tak sedar pon dia balik. nasib dia pon ada bawak laok tambahan rendang daging dengan ketupat pulut. wahh..dia ngelat la. ketupat pulut tu dia order saja. ikut hati saya semua pon saya nak orer saja tapi tau la ma tu.. mesti semua nak buat sendiri.

almaunah?? mm... dia malam raya pukul 10pm baru sampai rumah. melampau tak melampau lu pikir la sendiri. ibu pon dah naik tensen. sampai2 je rumah terus capai periok nasik pas tu siap marah2 kitaorang apsal tak masak telur dadar dengan sambal ikan bilis. saya yang sememangnya hangin puting beliung dari pagi tak bercakap2 walau sepatah pon. ibu yang take over marah dia. ibu kata amboiii.. then ada la ayat2 'cinta' keluar. terus almaunah buat muka. hahahhaa... entah la. tak tau dah saya nak cakap apa.

ngadu2 kat obek, obek pon dah tak boleh nak cakap apa ntah. nak cakap pon memasing dah besar panjang. boleh pikir sendiri. nak kata kerja menteri idak le pulak. ibu sound almaunah lansong tak reti nak menolong apa2 pon kat rumah melainkan mengarah orang buat kerja.

malam raya orang surau datang takbir. ramai jugak ada la dalam 30 orang. wahh..meriah walaupon sekejap je, jadi la. buat penawar hati saya yang membengkak nih. tapi penat la kan. malam tu tido pengsan tak sedar dunia.

pagi raya - awal2 pukul 630am dah bangun get ready for hari raya. badan sakit2 sangat. mandi2, siap breakfast before off to sembahyang raya. hehehhehee... as the time we went out to the mosque, almaunah still melingkar dalam selimut. mmm..ap alagi yang perlu saya ucapkan. ibu terhegeh2 sensorang get ready for the rest. si nurul anak ibu pon 2x5 dengan almaunah. the day she arrived, mintak tolong isi kuih raya kat dalam balang pon kene panggil samlapi 40kali beru nak bergerak itu pon sambil menghentak2 kaki dan merungut2. wahh..nak je saya penamparkan dia. pemalas. orang bagai nak gila kat dapur ke atas ke bawah dia boleh tercongok tengok tv. nak kata tak berajar tak pulak la rasanya. eee..sakitnya hati. patutnya sesama le buat kerja, sesama nak makan sesama penat.

balik sembahyang, saya tengok ibu still dengan baju t-shirt tido dia, belom salin2 lagi means, dia belom kering tangan dok kat dapor. mmm..sian. tengok lak almaunah dengan si nurul. terhegeh2 bergambar tak sudah2 dari pagi sampai sekarang. naik meluat tengok. lansong tak tolong ibu kat dapur at least susun apa yang patot ke. raya kali ni memang betol2 mencabar kesabaran saya. saya cakap kat ma nezt year saya tak raya sini, biar la orang lain yang kasi settle hal raya rumah ni. saya dah penat, dah tak larat. terus ma buat muka sedih. mmmm....

gambar ada tapi malas le nak load. laptop ni ntah camne functionnya tak tau le saya. almaklum, laptop raya katakan. ahhahaha.. belagak gila weh.. takde la. obek saja ganti sebab laptop saya yang almaunah pinjam hari tu bila saya amik balik tengok habis corrupt semua. ntah apa le yg dibuatnya. saya apa lagi la, melalak2 siang malam so obek belikan yang baru buat tutup mulut. tak habis explore lagi ni. takde masa. ini pon curi2 masa update blog sebab terlalu sebok la. intenet kat rumah la lak lembabul tahap badak. gila. tapi walopon amik masa sejam nak buka 1 page syukur la. dapat la lepas rindu kat blog.

nanti if ada masa saya update lagi. mood masih ditahap bengang. petang tadi lak bertekak dengan obek. hahahhahaa.... tu la dianya, tensen punya pasal tak pasal2 dia yang kene tempiasnya. nasib la ye obek. terima je la.

No comments: