mari mencari....

Google
 

Saturday, October 18, 2008

hari memasak sedunia...

aduh duh duh duhhhhh... tajuk tak ngalah korang. betollllll... hari ni saya masak. kahkahkahkahkah... tu pasal hari ni area rumah ma saya panas gila tak hujan sikit pon. itu kesan2 dari pemanasan global dapor rumah ma le tuh. fuhhh.... sampai begitu sekali kesannya korang.

kan semalam kata dok teringin nak makan kuih cara. so, malam tadi dah siap2 double triple resepi le kan. call ibu, cek tenet supaya kuihnya sedap idak le bertukar jadi kuih talam pulak. haru2. takmo tanya ma, konon nak kasi surprise sikit le hari ni.

so dug-dag-dug-dag pagi je saya get ready barang semua. semalam dah cek dah bekas buat kuih cara tu. nampak elok je tapi standard la bekas turun temurun harus le tak lawo. so keputusannya menjadi korang. hehehhehe.. sangat suka hati. dalamnya cukup masak, tak mentah, gulanya cukup, lemak manisnya cukup kira ini kalo chef ismail tu rasa harus le nangis nih. hahahahhaha.. perasan tak sudah. cumanya yang bikin slek ialah kitchen signature sya tu la, hangit harus ada. huhuhuuuu..

so, check out gegambaran yang sempat saya snap. sorry la, amatur bab2 masak ni at the same time nak kene snap gambar lak harus le tergegar2 kan.

memula kasi tuang dulu dalam bekasnya yang dah dilenser (fuhh, perkataan masakan serius gila) dengan minyak la. saya boh je minyak masak biasa, tapi yang baru le jangan guna yang bekas2 goreng ikan tu, naya je kang.




selepas dah tuang, boh gula dalamnya. saya guna gula perang sebab kat rumah ma ni guna gula perang aje, gula putih tu jarang2 benor. saya tak kisah. cadang2 nak boh jem dengan kaya dalamnya nak le menerai jadi apa if kuih ni boh inti jem dengan kaya dalamnya. tapi takot lak kot2 tak menjadi kang. hahahhaha.. tapi rasa2nya boleh je kot. nanti la saya try letak sebijik cukup la.. try test tengok. so lepas boh gula, kita kasi tutup la dengan tutup piok je dah, bior dia masak.




then, after few minutes, lebih kurang 10 minit kot, kasi angkat penutup piok then tarra!!!! sudah masak. nak tau dia masak ke tak is bila kaler dia tak seperti time cair tu. so, kalo dah berbeza tu kira masak le. hahahha... petua sendirian berhad. ni kalo pakar masakan tgk ni harus gelak guling2. tak reti masak ada hati nak bagi petua. kuwhahahahaha... eh, sukati la kan.




lepas masak buat apa? lepas masak angkat je la. hahahhaa... guna sudu biasa je, no special kitchen tools needed. as long as boleh terkeluar dari bekas tu kira success a tu. see.... kuih saya tak melekat kan kat bekas tu. kira teror la nih. hahahhahahha.. bravo!! bravo!!!



selepas angkat kasi susun le dalam pinggan. before kita ngap dia, kasi chance dulu they all berpeluk-pelukan, so tangkupkan 2. hehehhe.. abaikan kuih yang hangit itu. tapi sedap apa, rangup je yang hangit tu.

so, breakfast time!!! wah.. ma suka je tengok saya buat nih. opah saya lak kata saya rajin. huhuhu.. puji ada makna tu sebab dia request buat kuih masalode pulak esok. uiksss... hampon. tau ke masalode tu apa? alalalla.. kuih india yang kacang dal tu. tapi rasanya tak buat le esok sebab tak belipon kacang dal tu. hahahhaha.. next week le ye opah.

bagi kat jiran belakang sikit sebab semalam dia ada bagi kat ma gulai pucuk ubi. pucuk ubi tu dia amik kat kebun ma saya so bila dah masak dia kasi sikit le. orang kata berbudi bahasa. tapi segan la bagi kuih tu sebab dia teror masak. harus dia komplen 2 jam baru dia nak makan kuih saya tu. aahhh. lantak la. tak baik buruk sangka kat orang kan? hehehhehee...

pukul 12pm bergerak pergi rumah anak kawan ma kawen kat batu caves tu. hujan renyai2 sepanjang perjalanan pergi. so, sampai sana salam2 pegi makan. owhh.. dia buat menu kampung. nasi putih, gulai lemak sukun muda dengan tulang2 kaki2 ayam, ayam goreng, ulam timun, daun apa ntah, kacang kelisa, sambal belacan, rendang daging dan masak tempoyak ikan bilis. nasi minyak takde. kempunan saya nak makan nasi minyak. dessert bubur kacang dengan kuih bakar. air sirap. terima kasih pengantin sebab hidangkan air sirap yang menjadiidaman kalbu saya sejak sekian lama. sekali 3 cawan saya bedal. hehehhehe.... opss.. dapat ole2 kek potong boh dalam kotak comel dari pengantin.

time saya tengah makan sekali dengar orang kata pengantin dah sampai tapi senyapp jek. ayoyoyooo... takde kompang, takde dj karaoke, takde bunyik senapang, not even a formal announcement. sebab yang kitaroang tau pengantin dah sampai is when we saw the bride was standing at the drive way waiting for her groom. sonyap sunyik je. hehehhee.. sampai2 terus pergi bersanding. pelamin boh kat luar rumah je. by that time saya dah nak balik dah. selamat pengantin baru dan terima kasih kepada pengantin.

on the way back, hujan sangat lebat sampai tak nampak jalan. tapi bila sanpai je kat area tumah saya lansong tak hujan. sampai rumah pukul 3pm. ingat nak baring tidor sekali baru nak tutup mata anak mama lak datang. huhuuhuu.. bangun, sembang2, tengok tv by 5pm they all blah. sah petang wat pe nak tido lagi kan. perot pon start keroncong semula. so ap akita buat?? yee.. kita korek2 peti ais tengok apa ada.

jumpa ikan pari kering, jumpa cili api so menunya sambal cili api ikan pari kering. dedulu saya panggil sambal kuning so that when saya sebut je nak sambal kuning kat ma means sambal cili padi le tuh. hahahahhaha..

apa lagi, ketang-ketung-ketang-ketung tarraa!!!!!! second dish for today made by yours truly. so amazing. bangga kat diri sendir apa salahnya. kira motivasi le nih kan. tapi dah kata cili api, harus le pedas. tu yang sedih nak makan tu. bila makan, amik ikannya je la, sambal tu takyah amik cukup yang lekat2 kat ikan tu je. itu pon melopong2 mulut saya makan.



ini le sambal cili api ikan pari kering tu. sedap korang. tapi apsal saya asyik makan je hari ni ha?? huhuhu.....

kejap lepas makan, dah maghrib. usai maghrib, ini lah saya dok depan laptop ni mengupdate blog.

kesimpulan untuk hari ini, saya gembira masakan saya menjadi hari ni, no major hangit2, itu yang penting. tapi risau le apsal asyik makan je ni. sekarang ni pon dok tingat je nak makan something. tolonggggggggg!!!!!!!

2 comments:

kin hashim said...

ada petanda la tu kot? ..jeng..jeng..jeng... ;). wa...bes la nampak kue cara tuh.. bole bagi resipi? nak try gak la... tp takde acuan plak...

saya said...

ye2 memang petanda. petanda gemok. hahahahha... takde la kin.. mana ada semua2 tu..