mari mencari....

Google
 

Tuesday, October 21, 2008

jalan2 naik motor...

hehehhehee.. malam tadi pergi keluar jalan2 naik motor si nizam tu. wahhh... punya la berkurun dekat 13 tahun ada kot tak naik motor. takat pegang2 try test time motor tu berhenti diam ada la. wahhhh.. seronok jugek ye. terus nih teringat kisah2 zaman muda. zaman2 dating naik aprilia dulu tuh. hwuahahhahaa....

petang semalam hujan. biasa la tu. sampai rumah still hujan. cek on mamat kepochi dulu. wajib tu. tapi saya balik semalam dia dah okey dah... dah start lompat2, dah start main kejar2, dah start main nyorok2 so conclusion saya dia dah ok le tu. makan still sikit. nak kena dok mengadap dia le if nak suruh dia makan banyak. okeh2.. bab dia karang cerita.

ingat nak pergi pasar malam. sekali obek kata kita try test naik motor la. saya ok je tapi risau sebab takot hujan. dia kata takpe, kita redah je, so nanti baru le tau camne rasanya orang naik motor balik kerja malam2 kena hujan. hehehhe.. so siap2 la nak berangkat ke kl le konon nak makan nasik lemak. bapak jauh nak makan nasi lemak walhal ada je gerai kat hujung jalan tu jual nasi lemak kukus dengan goreng puyuh lagi malam2.

on the way pergi, kira okeh lagi. sejukkkkk... uwwaaaa.. takot obek bawak cilok2. saya kata jangan le bawak cilok2, dulu bf saya bawak motor besar bukan motor kapcai macam ni. hahahahha.. terus dia lagi laju. so, selamat sampai walaupon tangan kecut2 sejuk. hujan macam baru nak turun, ala2 gerimis manja gitu.

tengah makan, tu dia... hujan lebat mai dahh... nak wat camne. tunggu2 jugak tapi tengok jam dah pukul 10pm. camne pon kena balik juga. buatnya hujan tak berhenti ate kome nak tido kat kedai makan tu? idak le teman....

balik tu bermula la acara merempit dalam hujan. tapi dalam hujan2 tu saya ada hati lagi cakap kat obek jom pergi rinda kat jln. tar. hahahaha.. gatal. obek kata hujan, kalo tak hujan boleh la. kejap tu hujan lagi lebat turun. ada saing dengan banyak motor orang balik kerja kot. sian. ada yang sorang. ada yang couple. ada yang pompuan pon ada. wahhh.. bahayanya naik motor memalam pompuan sensorang. memang le kl tu banyak lampu terang.. tapi ye la.. sedangkan kita yang naik kereta pon takor ini kan pulak naik motor. lori2 bas2 bawak laju. benci aahhhh...


gambar hiasan je la.. tapi attire malam tadi tak le pakai skirt pendek cenggitu kan. harus terangkat2 skirt nanti. pakai suar le.. selamat.


terketaq2 atas motor kapcai tu. kapcai pon kapcai la. janji merasa. sekali berhenti kat 1 traffic light ni. ada le kerata ni pak arab dok tanya kat kitaorang. huishh.. dalam banyak2 orang kat traffic light kitaorang gak yang dia tanya. dia cakap omputeh la.. saya jawab caca-marba je la.. dah kata tak pandai english. hahahhaha.. dia tanya camne nak pergi stesen komuter serdang. mak datokk.. punya le jauh lagi. so lepas bagi instruction lebih kurang lampu hijau pon nyala.. so kitaorang pon jalan le. berhenti lagi kat traffic light lain, baru obek tanya, pak arab tu nak pergi stesen komuter serdang u bagi instruction ke mana? saya jawab ke stesen tu le. obek kata.. lorr.. tapi i dengar u cakap bagi instruction salah. patut suruh orang tu amik simpang kanan u cakap amik simpang kiri. whatt??!!! ayoyoyoyo... camne nih? harus le sesat lagi pak arab ni kang. habis tu nak wat camne ni? obek kata biar je la. orang tu pon ntah kat mana2 sekarang, nanti dia tanya kat orang lain le tu. alallalallala... terus saya rasa bersalah sangat ni, tak senang hati. sebab masa saya bagi instruction tu saya ni dok terbayang saya dari jalan kanan, sebab tu suruh masok simpang kiri, tak terpikir lansong rupanya saya dah jump 1 simpang. alalallalallala... sangat susah hati. saya doa je la supaya pak arab tu tak sesat. hahahhaha....

so, sampai rumah.. tu dia... lenjun boleh perah baju suar semua. satu kerja nak membasoh malam2 buta tu. tak basoh kang bertaik lalat masam le pulak. haihhhhh....

owh..tapi ada 1 insiden masa berhenti kat traffic light yang obek tanya saya tu.. kat sebelah kitaorang is 1 motor couple jugak. nampak macam baru balik kerja, bininya pakai baju kurung, lakinya pakai office attire le suar slek tu. laki depan sarung baju hujan terbalik tu le, bini dia tak. tapi laki dia suka ludah2 berdahak yang siap ada bunyik2 harrrrrkkktui tuh. uweekkkk.. gelinya. yang buat kitaorang gelak tu bininya marah kat lakinya. dia kata "abang ni asyik meludah je kena saya tau kat belakang". laki dia standard le buat muka seposen. benci!!!!

saya dengan obek tengok2 berpandangan je la sesama sendiri. dah tau awak tu naik motor, jangan kata naik motor, kalo naik kereta pon if tengah memandu berludah, ludah tu bukan jatuh ke bawah, dia akan terbang ke belakang. so memang orang belakang le yang kena. sian le kat bini tu, dah le dengan mengendong bag kiri kanan, bakol dah penuh beg laki dia kot. tu kang balik rumah penat lagi nak uruskan hal rumah. eeeeeee... saya pulak yang geram. kot ye pon nak meludah tunggu le time berhenti tu. tapi peel orang meludah merata2 ni memang terkenal kat malaysia ni. mana pon akan ada. pengotor. itu kat luar. kalo kat rumah dia ntah le camne. bencinyaaaaaaaaaa...

eh, sorry, lari tajuk lak.

ok, sambong. so, bila dah merasa naik motor time hujan2 malam ni baru le insaf sikit. baru tau betapa susahnya orang naik motor pergi keja jauh2 tu. kaki part peha saya ni sakit sebab dok terbukak je macam tu kan. saya membayangkan camne le orang balik kg jauh2 ke melaka ke perak ke naik motor. kalo saya demam seminggu agaknya. dia punya letih lain macam. tapi tu la.. sebelum ni kita yang naik kereta dok le memarah orang naik motor cilok2, rupanya ada gak orang naik kereta yang kojaq bila nampak je motor dia nak kasi sondol2 lak. saya cakap patut pon mat2 rempit tu dia main hentam je, sebab if ikut peraturan mcm ni le pulak jadinya. saya kena la tu malam tadi. ada kereta kancil bongok dok cucuk2. eee.. mcm nak je tendang kereta dia time dia potong saya tu. saya cakap mentang2 kita naik motor kecik dok cucuk2 kita lak. kalo saya bawak 4wd saya tadi, engko yang yg saya cucuk2 tau. obek seperti biasa, sabar, sabar, sabar. eeeeeeeeee... heran betol la manusia macam dia tu. sabarrrrrrrrrrr je.

so bila dah settle semua, obek tanya lagi. nak naik motor lagi tak esok? saya kata takmo la.. cukup la. dah ada dah pengalam naik motor tengah malam hujan lebat. cukup la tu. dia bantai gelakk... ggrrrrr!!!!!!!

2 comments:

Nurmala said...

aduh...
musim² hujan ni pon sempat jalan² naik motor ek??

saya said...

saja try test cuba tengok... hehehhee