mari mencari....

Google
 

Thursday, October 16, 2008

last dah...

disebabkan dah tulis saya boh gak le pics pgi GH tu. ini kira yang last dah ni lepas ni takde lagi cerita pasal GH tu. bukan best pon. nanti jemu membacanya. hehehehe...

1st game yang saya naik ialah cyclone. alalalala... syiok jugek. 1 kereta naik 4 orang so saya & obek, depan kitaorang a cute boy dgn sporting daddy dia. kiranya hari berjalan daddy & son le tu. budak tu celoteh tak boleh tahan. macam2 soalan. hehehhee... naik kereta no.1. kaler kuning. wahh..fav number and fav colour. tapi sorry le muka terpaksa dikartunkan, sebab tak cun. mwiahhahaaa..... kalo korang naik jangan lupa buat action sebab nanti dia ada snap gambar then boleh pergi beli bila dah turun bayar rm12 je. so, kami dan that boy pon beli gak this pics.



lepas tu saya naik space shot lak .ehhehehe.. tu yang terangkat vontot tu sebab lonjakan yang keterlaluan. menarikkkk.. best2. saya naik 2 kali. tapi takde pics la kalo naik tu kalo tak sure nampak muka2 terpekik terlolong. hehhehee....

lepas tu paling tak boleh blah naik crazy space lab. ingatkan apa ke bendanya rupanya dok je dalam tu then bumbungnya ada la pusing2. hahhahhahha.. sangat buang masa tapi untuk kanak2 ok lah. dah namapun kids ride. hantam saja la.

lepas tu hujan renyai2 lak... so outdoor game semua kene stop kejap. saya dengan obek pergi berjalan kat dinasour land. ini kira untuk family la. nak tangkap2 gambor.. bagus untuk kanak2 sebab ada patung dinasour dengan namanya dan info sekali. dinasour kan ada banyak2 jenis so elok le tu. sedangkan saya yang tua bangka ni pon tak tau jenis2 dinasour.



ini le antara dinasour2 yang ada. tak kuasa nak panjat naik tinggi lagi lenguh kaki. nampak belakang tu ada macam rumah. taktau le apa bendanya sebab saya tak jalan sampai situ tapi ada le 1 couple ni nak jugak2 pergi sana. hehehe.. makcik taktauuu...



ni dinasour tengah ala2 gaduh le konon. obek kata satu dia satu saya. wahhhhh... adalah saya suka bergaduh macam dinasour??? tak patot.. tak patot...

sekali hujan dah berenti. depa pon dah bunyikan sirens means outdoor game boleh jalan semula. yeayyyy!!!! so, saya naik pirate ship ni pulak. tak berapa best sebab tak laju dan biasa2 je. ingatkan dia nak buat pusing 360 macam kat sunway tu. tapi ada gak insiden yang berlaku. ada orang muntah right before our turns. ewwww... tapi nak buat camne kan. dia pon taknak jadi macam tu. maybe dia betol2 tak tahan kot kapal tu terbuai2 tu. nasib baik memang ada pekerja tengah membersihkan ada building belakang tu so they all pun cuci kejap. for sure saya takmo duduk kat tempat yang dia muntah tadi tu. hehehhee... kat sini pon ada amik gambar. so kitaorang pon buat le action bye2. hehehhee.. sungguh gatal. ada lak couple depan saya tu siap tutup2 muka.. hahaha.. takot kantoikah?



lepas naik ni kitaorang pergi makan dulu. silap la..kitaorang time tu dah kebulur dok tala je merry brown kat luar tu. kalo le jalan masok dalam sikit kat indoor punya tempat lagi belambak tempat makan yang best2. rugi2... so lepas makan baru le nak menerjah yang indoor punya. just jalan2 je tak beli apa pon.

lepas tu kuar semula pusing2 obek nak naik apa ke benda macam go kart tu. dia je la naik saya jaga barang. owhh. barang apa? sebab kat luar2 tu ada le macam main game baling2 la, game itik le dapat hadiah bear. hehehehhee... dapat 2 bear. melampau kan. tapi saya nak yang besar tak dapat le pulak. dapat yang sedang saja. jadi la. lupa lak nak snap pic bear tu. main tu semua kena beli token. 1 token=rm2. memang buat duit GH ni dan memang buang duit je saya ni. rugi je la.

lepas obek main go kart tu kami naik ni pulak. flying coaster. ni la yang saya kata kita ni ala2 meniarap terbang. masa masuk tu kita berdiri le kan, tapi nanti dia meniarapkan kita. camne nak explain ha? aahh. nanti korang try sendiri la. syiok gila. tapi yang ni tak termasok dalam all ride punya tiket, kene beli lain, sorang rm10. kat sini pun ada amik gambar gak. so apa lagi. posingggg... tapi diingatkan sapa2 yang sakit jantung tu jangan le naik ni. yg ni betol2 siap terpusing2 360. tapi syiok. nak merasa jadi superman sila try tanpa ragu2. memula tu obek tak bagi saya naik sebab dia tak confident saya berani dan takot tersempot le pulak. tapi semangat kena ada babe. baru le boleh menikmati segala ride tu. kat sini ada locker untuk simpan barang. 1 locker=rm2 je.


lepas naik tu kitaorang naik pirate train. hahha... lagi sekali tertipu. untuk kanak2 da.. patot la masok just ada bunyik2 hantu je. saya pikirkan kot2 le terkeluar hantu kat dalam tu. hahhahaha.. takpe la..

tapi tak syiok sebab tak dapat naik corkscrew (lebih kurang macam cyclone tu le tapi lagi ganaz) dengan spinner (buai yang pusing laju2 tu) sebab ada technical problem. rugi2. nak naik yang bumper boat tu malas nanti basah2 percik tak suka la. pergi tak lama pon. sampai atas dalampukul 1pm mcm tu pukul 530pm dah turun. kejap je. tak sempat nak main banyak game sebab hujan renyai2, dan say ani kena slow. dah tau ada penyakit jagan nak dok terejal sangat kang lain pulak ceritanya. so, itu je la laporannya.

sebelom balik nampak ada gerai2 kat luar tu jual apa macam pendant ukir2 nama tu. saya beli pendant tu ukir nama nezha, belakang boh nama saya & phone number. incase kot2 dia lari keluar lagi ke macam dulu tu. tapi tu la. kalo yang orang jumpa tu reti bahasa dia call la. kalo jenis buta bye2 le jawabnya. kusss semangat. nauzubillah.. mintak dijauhkan dari perkara2 macam tu kat nezha.

so, okey lah itu je cerita GH. lepas ni takde lagi dah. the conclusion : best.

3 comments:

miszrLina said...

best best...
lama dah x jejakkan kaki ke sana...huhu

Nurmala said...

semua mainan ni saya gigih dak nak main..
tapi space shot x berani nak try

saya said...

alalalla misz & mala.. pergi je main puas2. salah satu cara release tensen. opss. tapi mala u jgn pergi la. tgh darah manis2 tu. hehehhee...