mari mencari....

Google
 

Tuesday, October 7, 2008

mendung...

cuaca mendung, hati pon mendong. hati ni selalu je mendung2. saya ni kekadang entah la. tak tau nak cakap camne. kadang2 sendiri pon tak paham. kadang2 paham. eh, korang paham ke? tak pahamn sudah, saya pon tak paham.

hehehehe.. apa punya tulisan da... itu namanya tulisan mendong. saya selalu pergi jengah2 blog orang2 yang selain dari list saya ni. kadang2 nak cari benda2 lain terkeluar lak blog address orang2 tu. so, jengah2 la. ada macam2 style penulisan ye. ada yang kelakar, ada yang serius, ada yang marah2, ada yang bercerita. saya suka semua tu. sebab semua tu adalah luahan hati masing2. ada yang jenis berterus terang, ada yang jenis rahsia2, ada yang jenis berkias2, ada yang jenis menunjuk2, ada yang jenis selamba, ada yang jenis takut2 sikit, ada yang jenis lantang. macam2 bentuk peribadi boleh dibaca.



tapi tak semestinya gaya penulisan dia tu melambangkan keperibadiannya. tak semestinya penulisan yang keras itu menunjukkan yang dia tu seorang yang keras. kadang2 tersangatlah lembut dan baik hati, tak selantang yang ditulis tu. apa pun gaya dan corak penulisan saya suka baca. ada yang banyak memberi pengajaran, ada yang memberi inspirasi, ada yang melawak sampai saya gelak nak pecah perot, ada yang sedih sampai saya nak menangis, ada yang gedik tebiaq sampai saya nak muntah, ada yang cool, ada yang perasan. ahhahahha... macam2 la.

macam saya ni kiranya merangkumi segala2 yang diatas tu le. kadang2 baik, kadang2 jahat, kadang2 gedik, kadang2 meluat. sama je manusia ni. tak de yang semuanya elok dan takde yang semuanya tak elok.

saya selalu nak ingatkan diri saya supaya jangan mengutuk mengata orang selalu sangat sebab saya pon bukan elok beno. tapi itu lah, dah kata godaan tu kuat beno. hati busuk tu lagi banyak dari hati jernih. itu la pasalnya. kadang saya ni ok je tapi ada je yang menyocok, mana boleh sabar babe. lagi kita diam lagi dia menyocok2 jadinya kene gak la mengumpat. hahahahha....

sepanjang saya hidop ni masih banyak cita2 yang tak tercapai. terlalu banyak halangan. saya ni kadang2 umpama kertas tisu je. kemana2 orang nak sebab lawo lembut wangi tapi dah guna buang macam tu je, tak hiraukan lansong. saya ni selalu je jadi mangsa keadaan. hahahha.. sila letakkan segala kesalahan atau ketidakpuasan hati itu di atas batu jemala patik. dari kecik sampai le ke besar dah tua bangka ni tak boleh lari dari situasi itu. macam nak memberontak je tapi pikir2 takyah la. telan je la.

zaman muda2 dulu dah puas memberontak. tak le puas sangat sebab saya cepat insaf. hahahah... contoh remaja lari dari rumah ini lah dianya. nasib baik sempat sedar jadi manusia semula kalo tak terus la jadi guardrail kat tepi highway tu sapa nak tolong???

tapi, tu la.. cerita dulu2 tu tak payah diingat2kan. tapi sesekali terkenang tu kelakar jugak. bila dah jadi macam tu baru boleh berpikir sikit. sapa yang berpikir tu? saya, orang2 disekeliling saya, orang2 yang kena-mengena secara lansong atau tidak pon turut berpikir jugak. mmm.. kiranya still ada kebaikan la kan dari kejadian tuh.




eh..apa punya cerita da.. ini namanya edisi siasat yang tak best. sekadar mengisi ruang2 masa yang terluang. rindu pada penulisan, rindu pada pembacaan, rindu pada pemerhatian yang dah terlalu lama saya tinggalkan. kiranya kalau asah dengan batu asah pon kene asah 40 hari 40 malam belom tentu tajam balik nih. otak pon menerawang2 je tak boleh fokus sebab jiwa kacau. saya pikirkan, kalo saya ni ikutkan je perasaan agaknya kena makan pil anti-depresi gak le kot. hehehhe.. lepas tu korang suka la kan sebab kenal sorang gila yang pandai tulis kat blog.

apa pon plan petang ni nak makan kerang rebus tak mungkin tercapai, sebab obek nak bawak pergi beraya kat rumah pakcik yang lain pulak. banyak beno pakciknya heran sungguh. apa semua orang kat kl ni sedara dia ke??? hantam la. dah pergi tu takkan nak melenggang mak kangkong je kan, harus le bawak benda2 sikit buah tangan. eeee... nak bawak apa nih? malas le nak masak2 tak kuasa. takpe kangs inggah giant beli kek span seketol udah. hehhahahhaa.. bapal kedekot betol. pegi situ boleh bawak nezha sekali.. yeayy... yeayyy!!!!

ok la. takmo mendung2 lagi, nak ceria2 je la pulak.

4 comments:

miszrLina said...

hurm...
blog kan ala2 diary versi on9...
utk mluahkan perasaan...
sharing....
geram..marah...suke duka...
tp kekdg kena control gaks..huhu

Ummibatrisya said...

salam,

jangan mendung-mendung :)

be happy!

kdg-kdg ada orang sakit hati dengan kita sebab blog...

ada yang iri hati

ada yang mengata

ada yang suka

pendekata macam-macam perangai manusia ini ....

BlankQo said...

muhasabah diri.. bagus2.. :D

saya said...

to misz & ummi.. memang la macam2 perangai manusia ni. tu pasal saya kawan dengan kucing je aman makmur bahagiaaaa..

blankqo-ni dah bukan muhasabah diri dah ni.. ni dah masok muhasarawak muhabrunei muhalondon dan muhaabudhabi dah ni