mari mencari....

Google
 

Friday, October 17, 2008

nakkk.....

nakkk... apa yang nak? nak penampo? hahahhahah.. takde la.. tetiba teringin lak nak minum ni.. mocha frap blended dari setar-buck. hahahhah.... tapi boleh ke? dah le musim2 hujan ni kan, minums ejuk2 ni kang ada yang kesemputan kang. tapi teringinnn sangat. terbayang2 kat tekak keenakkan gabungan kopi dan coklat yang diblend bersama dan letak lak krim atasnya tu. lepas tu tabur lak choc powder atas krim tu. waduh2..... sabar2.. sabar itu separuh dari nama sabariah.


mamat kepochi ni kalo saya beli air tu sure dia pon nak jugak. semalam, kan masa saya beli cheese nan tu, saya lepak le tunggu. kendian ada le 1 ane/aya ni datang bawak beg besar isi murukku macam2 jenis la. dia pergi dari table ke table jual. sian lak tengok dia. dah tua2 mengandar beg jual jualan macam tu. takde orang beli. patot dah tua2 ni dok rumah jaga diri. tapi maybe dia pon ada masalah juga. bukan semua orang bila dah berusia bernasib baik. ada kadang tu dia lak yang kena tanggong anak walopon dah besar panjang berkeluarga bagai. selalu je saya nampak perkara macam tu berlaku. or kadang2 orang tua ni degil, dia nak kuar juga bekerja, kalo dok rumah lenguh2 badan katanya. itu ma saya le tuh. dah tau sakit kaki tak sihat still nak pergi kebun. rindu kat pokok2 pisang pokok tebu dia katanya. so tak lama lepas tu ane/aya tu pun sampai kat table saya. saya tengok2 gak dan sebab kesian saya beli jugak le sebungkus. murukku hapa ntah. bentuk leper2 panjang2. nak murukku yang bulat2 tu takde lak.


owhh... saya ni memang mudah benar rasa belas kasihan kat orang2 yang berjualan macam tu. kadang if saya pergi pasar malam then nampak le table yang takde pembeli pon. sian lak tengok orang yg jual tu bersusah payah menyiapkan bahan jualan makanan tapi takde orang beli sedangkan sebegitu banyak manusia kat pasar malam tu. jadi saya secara spontannya memang akan beli kat table tu. tak kira le beli singgit ke apa ke janji beli. sebab tu malas nak pergi pasar malam. obek kata saya baik hati beno. saya bukan apa. kesian. sebab saya dah merasa betapa jerih letihnya berniaga pasar malam tapi bahan jualan tak laku. bertambah2 letih jadinya. aduhduhduhduhhhh....

so sambil tengok cd batman malam tadi tu makan le murukku tu. sedap gak. tak de pedas sangat kira ok le. seperti biasa mamat kepochi nak jugak kan. menyebok jek.



sebokkkk je tau.

dah kata semalama tapau kopi 'o' ais kat kedai tu, saya memang pemalas nak salin so biarkan je dalam plastik then boh dalam jug. hehehehhe... si kepoh pon nak jugakkkk... tengok tu sampai termasok2 kepalanya dalam jug tu. bila ditegah menehenn je dia. lantak le sana. sikit lagi nak tumpah sebab dia dok menyondol2 jug tu. kalo tumpah.... memang kena dia malam tadi. mujur tidak.


tengok.... memang pendengki kan dia nih

petang ni balik rumah ma. entah menu apa tapi tadi call ma cakap dia masak gulai telor ikan. wahhhh.. saya suka la tu. esok punya menu saya dah set in mind. harap2 menjadi dan harap2 rajin nak ke dapur esok. aminnn....

3 comments:

Nurmala said...

cuba try caramel hot chocolate..mesti x menyesal..pergghh!!! sedap gilos...

one love said...

comelnya kucing!

btw, hati mulia awak nih!
heheheh
sedap ke muruku nya?

saya said...

mala..saya tak suka air panas tapi yg iced caramel macchiato tu saya suka gak la.. not bad.

hye 1-love : mana ada saya hati mulia.. saya kan ke pendengki antarabangsa. hehehe. just sebab suka kucing itu saja. muruku boleh tahan sedap. hehehe..