mari mencari....

Google
 

Sunday, October 19, 2008

obek dah balik...


hehehehhe.. ala2 gatal je kan tajuknya. alalalla... sekali sekala menggatal apa salahnya. obekkan pegi hantar nizam konvo kat sintok hari jumaat tu. wahhh.. perjalanan yang sungguh memenatkan, kata obek. meh nak cerita kronologi perjalanan.


jumaat pukul 6pm bergerak dari kl. just amik makmidah dengan tokngah dan adik bongsu dekat hentian rehat serdang. they all naik bas dari johor. wahhh.. sangat baik they all ni. tq2. jalan amat2 le jem sangat plus hujan lebat. dia punya plan is tido kat rumah makcik kat simpang pulai. pukul berapa sampai sana? pukul 12am. hahahahhaha... punya la lambat. sampai2 semua pengsan.


sabtu, jam 6am dah start bertolak dari simpang pulai menuju ke sintok. jalan tak jem just hujan je la. beehrnti kat gurun sebab tunggu kawan si nizam tu. dia ada kirim hapa benda ntah. owhh..kirim jubah sebab nizam tak jadi pergi awal so minta tolong kawannya amikkan. terima kasih kawan. bila sampai je kat uum, rupanya program dragged sebab sultan kedah mai lambat no... jadi semua jadual kene rombak. ayoyoyoyooooo... orang yang dari kl ni beriya le datang awal kuar rumah sebelum subuh orang kedah lak datang lambat. macam2 hal.


so, dah settle semua bermula la sessi bertangkap gambar. hehehhe... sangat lawak. awek si nizam tu datang jumpa mak midah & tok ngah. tok ngah standard le. mana bercakap just senyum je. mak midah kata awek nizam terejal. ahhahaha.. biasa la tu, remaja. bukan terejal2 gedik la.. just ala2 happy go lucky gitu.


masa kat tapak pesta konvo, obek sms saya tanya nak apa. saya kata apa2 la. makanan pon boleh. kot2 le ada mempelam ke, satay ikan ke hapa2 la yang pelik2 yang tak boleh beli kat kl nih. sekali dia beli say abaju tidoq daa.... haiyooooo.... baju tidoq pon baju tidoq la.. janji ada buah tangan dari sintok kedah tu. ingatkan kot2 dapat t-shirt tulis uum ka, welcome to kedah ka. hehehhehe..


lepas selesai semua, dalam pukul 6pm they all terus shoot balik. nizam tak ikut balik, ada hal katanya. hal amendanya, nak sambong dating le tu. bior le sana. jangan buat kerja bukan2 udah. bek ingat nak direct hantar mak midah ke johor on that day jugak. gila ke hapa? mak midah cakap tak yah hantar ke johor, singgah tido kat rumah sedara kat tanjong malim so the next day (sunday, hari ni le kan) dia nak singgah mydin nak beli ntah hapa benda untuk kenduri si jem tu. ala, beli sapu tangan dan beg kertas tu dengarnya. senang banyak mamat tu. order saja, hulur rmnya haram. puii.. .benci ahhh. so, sampai tg.malim jam 1230am. semua orang pengsan sekali lagi.


pagi ni semua bangun pukul 9am. hehehehehe.. merasa nak dengar mak midah bangun lambat. kalo tak tu pukul 530am dah ketang-ketung kat dapor. alamak.. kasi chance le makcik tu nak lepak2 sikit. lagipon sian sure penat gila. ye la, perjalanan jauh. badan pun bukan sihat sangat.


opss... ada berita terkini hiburan sensasi. tok ngah rupanya lari dari hospital!!! hehehehhee... dia kan ke ada darah tinggi +kencing manis. rupanya kena admitted to ward but nak pergi konvo anak punya pasal, dai blah gitu je. ayoyoyoooo.. kenapa la buat macam tu. tapi takpe, obek yang monitor dia amik ubat. yang they all pulak tak inform lansong pasal tok ngah kene admitted. alasannya takmo kita risau. haiii... dah namanya anak, harus le risau if parent jadi hal. nasib baik tak serius kalo tak semua kena basuh nanti dengan obek.


sunday dah siap dah beli2 kat mydin, mak midah naik bas balik johor. tq mak midah. sangat bertimbang rasa. dia pun sian kat obek sebab kena drive jauh2. hehehhehe... dapat upah coklat mak midah beli kat mydin. hehehhehe.. jadi la.


hari ni ma masakkan nasi tomato dengan kari kepala ikan untuk buat bekal saya. ada ke memula tu ma suruh saya yang masak nasi tomato tu? ya hampunnnnn..memang takkan menjadi la. saya tak reti if masak nasi yang berperisa2 tumis2 ni. hari tu ada try buat nasi ayam konon. haa.. lembik gila. hahahhaha.. memang fail betol la. kalo nasi putih takpe lagi.


so, itu le ceritanya hari ni. petang saya tido sampai pukul 7pm. hahahhahahaa.... malam hujan. ni tengah hujan le ni. opss.. hari ni takde pic yang related ye. saya saje je boh anime tu sebab saya ni anytime suka je dengan anime. sebab apa? sebab so cute. korang tengok le if body2 dia mengancam2 gila. lukisan2nya nampak real + major fantasy. kesimpulannya saya mmg suka je anime ni dan lagi pon tak tau nak amik pic apa pon sebenarnya untuk cerita hari ni. hari ni still makan banyak. pagi tadi tak breakfast tapi pukul 11 terus makan nasi tomato tu la. balik tadi makan mcD pulak. owowowoowow.. sanngat takot okeh. so malam ni saya tak dinner la. makan jambu batu konon boh boh serbuk asam tu. hahahah.. tapi ni perot day krak-kruk le pulak. haihhhhh!!!!!


nezha? owhh.. dia baik2 saja. sekarang dia ada port baru. suka dok atas motor si nizam tu. hehehehe.. risau je takut dia garu2 motor tu naya-naya. pon stil suka menyebok if say abuka laptop ni. siap gigit2 bongok-band ni lagi. suka beno dia main dengan benda tu.


esok monday start kerja. aduhhh... malasnya. okey, luv u!!!!

No comments: