mari mencari....

Google
 

Thursday, October 23, 2008

percaya tak?...

korang percaya tak dengan hantu? hehehhehee... benda2 diluar minda ni kadang nak percaya pon susah, tak percaya pon susah. tak dinafikan benda2 ni memang wujud cumany dalam dunia hari ni entah la.. susah nak cakap.


bulan mengambang memang banyak hantu. hehehhee...
serius le sikit woi... gelak je.


saya bukan apa, pagi tadi obek cakap badan sakit2.. saya kata apanya yang sakit? bukan pergi menebas pon. so tengok2 badan dia rupanya belakangdia berbekas korang.. macam kena pukul dengan rotan besarrrr merah lebam dah ni. bentuk V. hehehhehee.. ini sah hantu berkaki bentuk V telah menyepak obek.

saya kata semalam takde pon. obek kata tu la pasalnya. tetiba pagi ni jadi macam tu le pulak. haihhh.. rumah saya tu banyak beno hantunya. ke masa pembinaannya ada orang mati (standard le cerita turun-temurun if haunted building mesti kaitkan dengan construction workers yg mati).

saya suruh dia pergi jumpa pakcik yang kat cheras tu.. kira pandai2 sikit le mintak tolong tengok2kan. jawapannya macam tu la... kata ada benda datang nak kenakan kita. sebab tu nezha sakit sebab dia nampak benda tu. wallahualam.... tapi tak cakap pon kat pakcik tu yang nezha memang sakit 2-3 hari lepas. so, camne? nak percaya ke tak ni???

dalam bidang yang obek ceburi hasad dengki memangtinggi. kiranya kalau klcc tu didirikan bertingkat2 sambong 5 kali, lebih tinggi dari itu. so, kita takmo buruk sangka. tak baik. biar allah yang maha mengetahui.


menurut firasat dan bacaan dari mangkok perex putih saya, mungkin lembaga tu macam ni le kot. hahahahhaa.. itu hantu samurai daa...

saya malas nak terjebak dalam fakta2 yang tak nampak ni. tapi nak kata tak nak percaya mana lak datangnya bekas lebam merah tu. besar ye sepanjang dari bahu turun ke pinggang danberbentuk V (berapa kali mau cakap daaa). nak percaya kang takot jatuh khurafat ke hapa ke? aduihhh.. dah le pahala seciput nak lak terjemak dengan perkara2 macam ni takmo saya. ya allah.. jauhi la kami dari perkara2 yang macam ni.

sudahnya memang hari ni obek sakit2 badan. macam baru lepas bergaduh katanya. hahahhaha... ye la tu kena sepak terajang tu le pasal. sepanjang kejadian bunyi-bunyian dalam rumah saya tu tak pernah lagi saya terserempak dengan sebarang lembaga hitam ke lembaga putih ke lembaga kuning ke kat rumah tu. elok pon tak terserempak, kalo tak pengsan seminggu. cuma bunyi2an je la yang memang selalu ada.



tapi yang pasti ini bukan le lembaga hitam itu. ini lembaga hitam kesayangan saya. tetiba muka nezha pon dah jadi macam hantu ni siap mata shining2nih.. takotnyaaaaaaaaaaa


so, apa pendapat korang tentang fenomena ni? perlu ke panggil kru expose mistik? atau penerbit misteri nusantara? atau mastika? atau pakcik tamar jalis? supaya isu ini boleh dikupas. haaaaaa... idea dan pendapat diperlukan di sini.

No comments: