mari mencari....

Google
 

Thursday, October 9, 2008

raya dengan nezha..

huhuhuhu... apa nak buat. tak de kawan so saya raya berdua je la dengan nezha. semalam balik lambat sikit sebab kene pegi kedai pet dulu cari pasri dia udah habis. standard la mamat tu bukan nak pasir recycle. nak yang baru je. mind you, harga pasir tu pon dah naik ye tuan2 puan2. mengabihkan $$ betol.

anyway, lepas cari2 pasir tu ingat nak le cari makanan untuk dinner. tekak teringin nasi lemak. so pusing2 tengok takde lak orang jual nasi lemak. pas tu ingat2 beli roti je la nak try buat yang roti boh sausage dalamnya tu pas tu goreng tu. resepi dah amik lama dah tapi tak pernah try lagi. takot tak menjadi la. (hapa? korang ingat saya nak bake roti sausage ke?? tak dapek nak nolong..). so beli2 la barang2 tu semua. sekali sampai je rumah tak teringin lak nak makan roti tu. nak makan nasi le pulak. nak kuar dah malas, so masak je la nasi laok ikan sardin le apa lagi. itu je yang mampu.


camni le roti yang saya nak buat tu..harap2 menjadi sebab tak pernah try.
gambar amik kat tenet je.


tung tang ketung ketang siappp!!! tapi seperti biasa mengambil masa lama sikit le sebab mamat kepochi tu menyebok nak dok kat dapor. bukan dok kat hujung ye, nak dok kat kaki saya time masak2 tu. apa ke hal nye yob!!! kang tak pasal2 kene percik cili sardin tu kang melolong2 pulak. jadi itu le kerjanya saya semalam, sambil masak sambil setiap 30 saat mengalihkan dia. gggrrrrr... sabar2...

tak le makan banyak sangat sebab entah la. perot lapar tekak nak makan tapi tak de selera le pulak. sambil2 saya makan nasik nezha makan le dia punya makanan itupon selepas puas mengacau saya. jadi untuk menyenangkan situasi makan saya. saya makan bersila je la kat bawah sambil dok mengadap dia makan. haiyoooo..... so, lepas makan sambil lepak2 tengok csi & numbers (wahh...numbers dah ada awal malam sekarang, syiok la), saya merodok le kuih raya. so, itu le ceritanya kami beraya berdua semalam.


kene mengadap mamat kepochi makan

dekat nak separuh jugak le habis kuih raya tu kitaorang bedal. nezha standard la.. apa2 yang chocolate based memang le dia suka benar. yang kuih putih tu rasa dia macam samperit. sedap tau. gebu je masok mulut. murah lak tu. ahahhah.. tak rugi beli. tak yah beli kuih rm22 sebalang yang ni pon sedapppp.. baru belas2 je harganya. 2-2 kuih tu sedap.


sedap kuih2 ni.. ada lagi yang lain tapi lenkali baru makan

dah pukul 10pm obek balik. bawak mee hailam. owhh. semalam dia pergi kerja kat teluk intan, so mee hailam tu dia beli kat langkap. saya kata apa kat kl ni dah takde kedai jual mee hailam ke sampai jauh benor menapau mee tu. dia kata alalala.. nak le merasa mee teluk intan tu. so, saya panaskan. sekali tu... ketap, ketap, ketap (sound efek dapor ke tuh) tak menyala daaa... gas sudah habis daaa. hhahhahahahhaa.... nasib baik time saya masak sardin tu ok lagik. so,kuah mee tu kira sempat suam2 je la tak sempat panas. nak wat camno. itu le tong gas yang dah berusia setahun lebih. sampai saya buka kabinet simpan tong gas tu udah bersawang dalamnya. hahahahhaa.... bapak punya lama tak berganti.

tapi sebab saya dah kenyang makan nasi dan kuih raya saya merasa sikit je la. mmm.. takde le sedap beno. tapi buat muka manis je la, orang dah beli banyak songeh lak. no pics of that mee hailam sebab malas.

No comments: