mari mencari....

Google
 

Friday, October 3, 2008

raya ke-3...

hari raya ke-3 saya bermula jam 630am. bangun tido subuh then baring2 balik sebab mengantok. pukul 730am ma nak pegi kebun. apalagi nak tengok pisang dia lah nak amik pucuk ubi la nak amik ubi la macam2 la dia tu. saya pon tumpang sekaki minta tolong ambikkan daun pisang. teringin nak makan kuih koci le pulak. janjinya semalam ngah nak datang tolong ma pergi kebun, buat kawan. tapi dah pukul 830am ngah tak sampai2 lagi. harus membuta le tuh. dalam pukul 845am macam tu ngah sampai then terus je dia pergi kebun. hehehhe... nasib baik rajin walopon lambat.

so sementara ma pergi kebun tu saya buat nasik goreng. sonang je, potong bawang, potong cili itu je bahannya. tak kuasa le nak boh apa2 dalam tu sebab laok semalam ada lagi just panaskan boleh buat makan nasi. punya gila nak makan kuih koci gigih ni parut kelapa. hantam la, hitam putih ke campor sekali la nak buat inti. by the time ma balik je just nak potong2 daun pisang then terus buat. lepas je buat kuih koci masak pulak kepala ikan. hahahhaa... saya sangat rajin hari ni pepagi buta udang kelentang-kelentung kat dapor. masak2 gitu2 je la. dah sah2 saya ni buta dapor janji kaler kuning tu kira masak lemak le tuh.

keputusannya semua sedap. hahahahha.. sedap kat tekak saya la kan, jadi la. sapa2 banyak songeh tu jangan makan. orang dah buat banyak bunyi pulak. disebabkan saya terlebih rajin hari ni jadi saya hadiahkan diri saya rehat untuk sepanjang hari. memang malas betol nak buat apa2 just sapu rumah je. ye la, semalam ada bebudak datang beraya habis sepah kuih raya pecah2 berterabor. standard la tuh.

ikan ma dalam akuarium lak mati sekor. menangis sakan makcik tu. hahahhaa... sedih memang le sedih dah kata kesayangan. tak tau le apsal boleh mati ikan tu. dah sampai masanya la tu walhal semalam tu elok je saya tengok. bilda dah macam tu saya pon otomatik terus lak teringat kat ikan saya. apa khabar mu disana... wahh.. macam lagu ramlah ram gitu. eh..raya tahun ni takde ramlah ram ye? mana le perginya. not bad makcik tu.

lepas zohor cadang nak tidor tapi hujan le pulak. saya kalau time2 hujan ni lemah sikit. takot. fobia. tak berani. so daripada tengah syiok2 baring nak lelap tu terus terjaga. duduk le tercongok. lebat buakn main hujan tu. siap angin tiup2 lagi. uuwwaaaa... takotnya. tapi nasib baik kejap je agaknya ada la dalam 1 jam hujan then berenti. baru nak lelap dah pukul 4pm le pulak. so malas nak tido. turun bawah tengok tv bisu. hahahha.. sebab apa bisu? saya if tengok tv suka volume slow bebeno almost tak dengar. so macam senyap2 je la. obek kata tv bisu sebab macam takde suara lansong. saya rimas le if tengok tv volume kuat sangat. rasa libang-libu jantong. bukan lagi memuaskan hati lagi tak puas jadinya. entah la. kalo tengok wayang itu le yang jadi masalah utama. rasa macam kuat bebeno. ehh..tapi if pegi clubbing tu elok le pulakkan kepang-kepung bergema bunyik2 tu? hwuahhahaha... itu zaman2 tok kadok dulu..sekarang makcik dah insaffffffff... (jangan percaya)

owh...tetiba ada lagu right here waiting by richard marks le pulak kat radio. chewahh..terus feeling2 le kejap. hantam la. ada le kenangannya lagu ni.

hari ni saya makan banyak. dari pagi tak berenti makan. bulan puasa berat badan tak menurun. maintain je. lepas raya malas mau timbang.. takot tengok jarum timbang. hahahhahaa...

esk ingat nak balik rumah dah. penat dah. nak kemas rumah sendiri pulak. tapi dengar2 maklong nak datang esok melawat opah. hahahhaa.... anak yang tak pernah bertanya khabar maknya lansong baru ingat nak melawat itupon sebab kitaorang pegi beraya kat rumah dia 2nd raya tu. entah la.

petang pukul 630pm ngah datang lagi hantarkan gulai pucuk ubi yang ibu masak. itu pucuk ubi yang ngah dengan ma amik kat kebun pagi tadi le tuh. wahh... banyak betol makanan kat rumah saya hari ni.

ok la.. malas nak tulis lagi. benci!!!!!!!!!!

No comments: