mari mencari....

Google
 

Tuesday, October 7, 2008

raya megi??...

ayoyoyooo... orang beraya makan ketupat rendang lemang sampret bagai.. saya raya makan megi? amat le kudukutnya saya. heheheh.. takde lah. kan malam tadi kononnya nak pergi beraya rumah pakcik obek tapi tak jadi. dia nak kena pergi beraya kat rumah orang2 kerja dia tu la. nak bawak saya. memula tu saya okey je tapi saya tanya lak depa2 yang lain tu bawak pompuan tak? dai kata tak. lorr.. dah tak bawak pompuan buat apa nak bawak saya? buat malu je nanti orang cakap saya ni queen control lak asyik nak berkepit je 24jam sampai pegi beraya jantan2 pon saya nak ikut jugak. takmo la.. malu. obek kata memang nak bawak saya sebab CikDin tu nak jumpa saya. aikk.. apa ke halnya orang tua tu nak jumpa saya? ada projek baikkah nak offer? arghh.. takmo la. malu. kang jantan2 tu dok cerita pasal cable, wiring, piling, pylon saya dok tercongok sensorang. tak kuasa teman. baik dok rumah tengok tv melayan nezha lagi
banyak faedahnya.

so, obek pergi la sensorang. tapi saya ala2 merajuk la. ye la. semalam kan saya keluar dengan kawan2 ada makan2 dai call suruh cepat2 balik cakap nak pergi rumah pakcik dia tu. sampai je lain lak ceritanya mana saya tak hangin. cuba cakap terang2 dari awal. orang pon senang le nak adjust time ke hapa ke. eeee.. dia tu memang tau. kalo datang angin kus2 nak berkepit dia tu nak berkepittt je. kalo tak tu seharian 1 sms pon tak masok2. macam2 pe'el la dia ni. anyway... tak kisah la. jangan ko buat pasal kuar dating sudah. haku bakar korang nanti!!!

owhh.. lari tajuk lak. so, saya dok rumah lepak tengok tv je la sambil garu2 mamat kepochi tu dan melayan dia makan. tu lagi sekor. kalo makan nak kena mengadappp muka dia 24jam. kalo tak takmo makan. nak bersuap bagai. haiyakkkkk... salah saya jugak kot sebab terlalu manjakan dia sangat. takpela.... sapa lagi yang nak saya manjakan. dia la jantung hati limpa hempedu saya.

tetiba macam lapar la pulakkan sebab masa makan2 petang tu saya tak makan sangat sebab ala2 kenyang lagi lunch mcD tu kan. so malam dah menyesal sebab lapar. pegi masok dapor hapa pon takda. kebetulan saya baru je cuci peti ais so kasi clear le semua dalam fridge tu kasi kosong. bisikot raya ada la tak larat le pulak nak makan. korek2 jumpa la megi goreng. haihh.. kira boleh la. muntah2 cherry-berry belakang kira la. lapar dah ni. so, ketang-ketung jadi la megi goreng saya ni. ala..bukan goreng betol2 pon. rebus mee keras tu tuang sos kicap dia sudahh. hehehe.. ngelat bukan main. uuwwaa.. sedihnya. obek pegi makan sedap2 menu nasi padang dengarnya. ada daging dendeng, ada aya pop kuiz (hehehe.. ayam pop je, kuiz tu saya yang pepandai tambah), ada gulai babat (saya tak makan babat tu. hehehe), ada ikan keli berlada (wahh.. fav saya tuh). saya makan megi goreng je. uuwwaaaa.. tensennyaaaaa!!!


opss.. gambar takde kene-mengena dengan cerita.
saje je...


share dengan nezha. bagi dia sikit je takot dia sakit perot. amik pinggan dia boh kat depan so boleh le saya senang hati makan depan tv tanpa gangguan dari mamat kepochi tu. kengkonon nak bukak laptop la bukak tenet. harammm... broadband macam hantu. itu bukan broadband namanya.. itu bongokband ye.

kebelakangan ni ala2 malas pulak le nak load gambar kat sini. takde mood. aahh.. kalo ikut hati sentiasa je takde mood. ntah bilanya yang ada mood.

eh.. tetiba teringin lak nak makan kerang rebus. aaaaa... yang ni saya memang teror masak. memang terror hingga tak dapat dinafikan hatta oleh nezha sekali pon. hahahahhaha... melampau tak reti masak kerang rebus. humban ke laut baru sedar agaknya. saya standard la.. kalo yang berkaitan dengan seafood ni suka bebeno. balik nak buat kerang rebus la. syioknyaaa!!! (perasan punya pompuan)

2 comments:

KV said...

kv pun makan meggi di hari raya pertama. Masa tu gi beraya rumah abang. Anak buah yg masak. Berebut giler. Kalah satay dan gulai ayam kampung. Haha

saya said...

sesekali peken megi memang sedap.. tapi selepas makan tu yang tak tahan tu..sakit perotttt...