mari mencari....

Google
 

Thursday, October 2, 2008

raya tapi benci...

wahh...tajuk ala2 tajuk lagu benci tapi rindu. mau raya tapi benci. lantak la. kebelakangan ni saya asyik je benci2 tau. apa kena ntah. ahhaha.. macam la bagus sangat kan nak benci2 kat orang. masalahnya memang bagus pon. dah orang2 yang ada tu pemalas tahap babun haruslah saya membenci mereka. apa, ingat saya ni bibik they all ke? mintak ampun maaf sikit ye.

hari ni 021008 bermula pada jam 7am. malam tadi masa saya tengah update blog si nurul datang mengempek menyebok. kalau tak asyik dok mengadap tv 24jam apa satu barang pon tak reti nak tolong. nampak saya on laptop terus nak mengendeng kat saya. benci ahh.. tapi sebusuk2 hati saya pon still bagi dia chance untuk check emel dia. wahh..tapi bak kata pepatah dah beri betis nak peha pulak. siap nak update myspace dia la. boleh blah. saya sound baikk punya. memula tu saya tengok2kan je, sound slow2 cakap saya nak guna laptop nak check emel. ye la, walo pon cuti kerja tapi emel kerja tu still on lagi takde bilanya bercuti. boleh lak nak marah saya sebab saya bagi limited time. haa..kuar le suara naga saya. dah tu baru reti nak turun. pergilah!!!! menyebok je.

saya pulak dah datang sakit kepala. mmm... cepat2 update blog, check emel, reply emel apa yang patot, take note then kebabomm tidor sakit kepala plus sakit hati. suboh pon lebur. alarm hp dah berbunyik bukan main tapi tangan relax je terus off. hantu betol. sedar2 dah pukul 7am itupon pasal dengar bunyi kuali ketang-ketung. ibu le tu sapa lagi yang rajin nak ke dapor pepagi buta tuh.



the day before dah janji dengan mama nak pergi melawat keluarga kat kampung. ye la raya kali ni kan ke kitaorang cadang tak balik kampung sebab opah kat rumah ma. memula saya malas je nak pergi tapi mama dan ibu pujuk2 gak kata takpe la, hormat kat orang2 tua kat sana tuh. puihh... pakkal je pikirkan budi bahasa kalo tak kirim salam le nak pergi. so, janji dengan mama tunggu kat tol sg. buluh at 830am. tapi as usual, babun 2 ekor buat hal. almaunah bangun lambat. bencinya sakit hati betol saya tau tak. bukan tak tau nak kuar awal pagi saja je. membuta tak hingat dunia. ibu pon dah bising2 sebab almaunah dan si nurul tu lambat bebeno. at the end, by 9am baru kitaorng keluar rumah. ikut hati saya, saya je yang jalan dulu tinggal le depa2 tu tak kuasa tunggu. tapi almaunah mengada cakap tak reti jalan balik kampong. eee.nak je bagi penyepak. ma lak menyokong je almaunah. ada unsur2 berat sebelah disitu.

malas nak cerita banyak. sampai kampong terus melawat2 memang bagi masa 1/2 jam je untuk sebuah rumah. so sampai rumah semula by 4pm. ingatkan boleh la rehat rupanya ada lak sedara nak datang melawat opah kat sini. owh... takpe lah so saya siap2kan semuanya la. si almaunah babun dengar je ada orang nak datang cepat2 kemas barang dia nak balik kl. macam lahanatttt pemalassssssssssssssssssssssssss.. benci sangat tau perangai dia. cuba la korang pikir sendiri. dah le balik rumah ma pon macam tetamu je lansong tak menolong. entah la. saya pikir saya le orang yang paling kurang hajar dalam dunia ni rupanya ada lagi yg kurang hajar dari saya.

then, sedara tu pon sampai. lepas they all balik, ibu lak balik. so tinggal le saya mengemas segala benda tu. penat. siap je kemas, dah maghrib, saya mandi dan terus ngadap laptop ni. melepaskan tensen katanya. hahhahaha...

korang ada ke sedara or ahli keluarga macam almaunah dengan si nurul tu? pemalas nak mampos. si nurul tu tengah praktikal sekarang kat one of the glamer hotel in town ni. tapi ibu lak cakap all her supervisors kata dia bagus kerja. pelik haku. kat rumah nak basuh satu sudu pon haram kat tempat kerja rajin le pulak. mmmm... malas nak potong2 cakap ibu sebab itu anak dia. biarlah. jangan sampai satu hari if saya dah tak tahan sangat nanti meletop gunung berapi. tadi ni pon saya kemas2 sofa depan nampak pinggan dia makan jeruk tadi ada je terletak atas sofa tu. haram nak bawak ke dapor pon. buatnya tumpah kuah jeruk tu atas sofa tu sape nak jawab? eeeeeeeeeeeeee... sabar je la hati ni. tadi masa berkemas balik pon dia duduk je tercongok mengadap tv. adik2 dia je yang kemas kulu-kilir menyusun barang dalam kereta dan kemas kain baju. aahh.. malas nak pikir.

hari ni sebanyak2 rumah yang saya pergi meraya cuma kat rumah mama je saya makan nasi. opss.. lupa nak bagitau. dalam 6 buah rumah yang saya pergi tadi semua bagi air oren korang. wahh... sekarang air sirap sudah dilupakan,. oren sunquick menjadi pilihan. hahhahahhahaa.. termasok le kat rumah saya, hantam la...



obek lak cherry-berry sebab banyak sangat minum air gas. biarkan. orang degil memang itu je balasannya, bukan tak warning, nak jugak minum tak hingat dunia. air kosong takmo minum. lantak sana jadi teman setia mr.tan.

so, itu lah cerita untuk hari kedua beraya . belom ada yang menggembirakan hati saya dan merehatkan badan dan fikiran saya. ada je hal. alaa... tiap2 tahun pon memang macam ni la. seronok memang seronok nak beraya tapi keadaan macam ni yang buat spoil. saya nak je tengok what will happen if im not here next year. lantak saya.

luv u nezha. kau je la penawar hati lara saya. sayang nezha sangat2...

No comments: