mari mencari....

Google
 

Saturday, October 4, 2008

sabtu yang sengal...

hari ni saya pepagi buta dah bangun. ye la.. semangat nak balik katakan. tak kira la ma bising ke hapa ke, saya get ready je cepat2. by 10am, saya blah. ma bising juga tanya apsal nak balik cepat sangat. saya kata penat. sebelum dia pokpek2 banyak baik saya angkat kaki dulu..bye2..


hehehhee.. sampai je rumah, terus pegiamik nezha. haaaaaaa.. baru le korang tertanya2 kan (agaknya la) apsal selama ni saya tak pernah cerita pasal nezha. sebabnya dia telah diboardingkan la... sebab tu saya malas nak sebut2 sangat pasal dia kang banjir rumah ma tu kang. masa nak hantar dai tu pon saya menangis bagai nak rak kat kedai tu sampai orang kedai tu cakap..'haiya... apasal lu nangis manyak..lu kasi tinggal dia saja bukan jual dia..' ehhheeeee.. tapi time tu saya tak peduli dah, lantak la sana. pelok2 bagai nak rak. tapi hari2 saya call kedai tu tanya dia okey ke tak? orang kedai report la dia takmo makan. if makan pon sikit je. hehhehee...

ok2..lupakan hal itu. kisah nezha nanti baru cerita. hari ni nak cerita pasal tadi mama call tak habis2 nak suruh saya beli rumah. wahhhh....ingat beli rumah tu macam beli baju ke? memang le nak buat investment. tapi banyak perkara nak kena pikir. itu ini semua nak kena kira. eee..tak paham betol la. ingat duit petik kat pokok je agaknya. tapi layankan je la apa yg dia cakap tu..dengar dan ye kan je. last2 saya cakap nanti saya buat personal calculation. hehehhee...

macam2 cerita ada masa ray ni. ni baru cerita kat rumah saya, belom kat rumah obek lagi. hahhahaa.... lagi havoc punya cerita. nanti2 la sambong. malas la.

petang ni ingat nak pegi beraya. obek gila ada ke nak pegi genting highland raya2 ni? tak kuasa la dah sah2 peak season. sure over ramai orang. genting highland tu bebila boleh pergi. yang penting pergi beraya melawat sahabat handai. kalo bukan musim raya tak de hal nak pergi berjalan ke rumah orang.

eh.. berapa kali ok daa..... nanti saya update lagi dan boh gambar NEZHAAAAAAAAA!!!!!!!

ok, luv u...

2 comments:

~Cinta Milo Ais~ said...

huhu habislah lepas ni penyek si nezha tu kena peluk hari2 buat lepas rindu hehe

saya said...

hehehee..tau takpe.. bukan penyek lagi, dah pengsan saya pelok2 dia. hehehhee...