mari mencari....

Google
 

Thursday, October 30, 2008

sambong la...

tak de idea so sambong je la cerita pergi rumah orang kawen tu. lagi pon dah kata nak boh pics kat sini. area sini kira still kampung lagi la so gift untuk tetamu ala kadar saje. tak de la beriya sampai nak bak bagi yang pelik2 or yang mahal2. kat sini takdenye nak bagi asing2 special gift for vip ke, untuk special guest ke, apa ke. semua pukul rata. ada tak ada yang special sikit ada la dapat bunga telor yang bunga pahar kat pelamin tu. itu je la. jimat belanja. hehhehehee...

so, rumah 1st yang saya pergi dia bagi kek boh dalam kotak. besar. 4 segi ada le besar tapak tangan ni. ini pengantin lelakinya orang kerja best2 sikit le kononnya... tu yang gift pon paling canggih le kat dalam kampong tu. hahhahaha.... menu rumah dia biasa la, nasi minyak, nasi putih, ayam masak merah, rendang daging, masak lemak umbut kelapa, dalca, air sirap. tapi yang ni takde pics sebab lupa le pulak. theme gold. tapi pengantin pakai baju kaler putih2 silver gitu. kira masok la. ada band ke orang panggil kugiran. haa.. meriahh...

2nd house, jauh sikit. kat sini theme hijau. standard la dari kanopi, baju family, baju pengantin ke door gift. tapi pengantin ala2 seksi untuk dikategorikan bersanding ke kampung. hehhe.. pakai tudung 2 lapis tapi baju ala2 kebaya jarang dalam pakai tube. apo ke ceritanya. kepala tutup, dada bahu lengan belakang semua nampak? hantam la.. fesyen katakan. sini simple je dia bagi gift pon dalam beg plastik biasa je, isinya kerepek dengan gegula. hehhehe... pengantin lelaki doktor gigi ye. wahh..best le kawen doktor. menu standard, nasi minyak, nasi putih, rendang daging, sini ada ikan masin, ayam masak merah, agar2 merah, air sirap, dalca. yang ni pon ada kugiran gak. sian lak tengok penyanyi tu nyanyi tengah2 panas tu. ye la walopon dok bawah khemah tapi berbahang tu.. nasib suara maintain. hehehhehe...


ini yang 2nd house tu. serba hijau.


3rd house pulak, masa ni perot memang dah nak meletop. nak terkucil pon ada. sini theme kuning gold jugak tapi sedeh sebab orang yang supply canopy tak basoh kain canopy dan langsir tu. so, nampak kotor. ini bukan kotor yang baru terjadi di hari majlis, tapi dah ala2 berkarat kehitaman bagai. kalo saya jadi tuan rumah mesti saya marah. orang buat majlis sekali seumur hidop bagi le yang elok2 sikit. orang bayar tau bukan mintak free. sian kat pengantin. baju vogue2 sekali khemah berkarat. hangin2. ok2, enough merepek. menu standard, nasi minyak, nasi putih, ikan masin, kerabu kacang botol, dalca, ayam masak merah dan pajeri nenas. ada juga bubur kacang as pencuci mulut. sini tak de kugiran tapi ada deejay. best meriah. abang deejay yang chubby tapi suara sedap korangg. siap buat2 kuiz lagi ni sapa menang dapat hadiah tupperware. hehehee... opss.. kat sini air kaler hijau pulak. perisa apa ye, saya minum banyak kali tak tau lak perisa apa. consider guna pencelup hijau je la. kat sini dapat door gift lawo sikit begnya. tapi isi oren sebijik dengan muruku. sempena deepavali le tu kot.


3rd house door gift.

nak balik tu ibu biasa la salam2 berisi berapa ibu bagi taktau le. saya tukang teman dan makan saja. hahahhah.. tapi seronok le suasana kahwin di kampung. meriah. lagi best is semua majlis tu buat nasi minyak pure, bukan nasi beriani or nasi hujan panas ke hujan mendung ke hapa ke. so original. kanak2 berlari main, ada orang jual ais krim kat tepi jalan, walopon buat style buffet tapi kemeriahan yang berbeza. sangat lain kalau buat majlis di dewan yang dihadiri oleh orang2 tertentu saja. ada majlis yang tak boleh bawak kanak2. sebab takot kot nanti menganggu majlis. patutnya diraikan ini nak kena ikut banyak beno peraturan, protokol berlapis2. owhh.. sukati depa le nak buat majlis camne pon kan. semua jenis majlis pon saya dah merasa. yang obvious formal, yang formal, yang separuh formal, yang tak formal lansong pon ada gak. ye la.. persekitaran pon berbeza, tentulah tetamu yang dijemput pon berbeza. pokok pangkalnya, majlis pasti meriah.

kepada bakal pengantin.. selamat pengantin baru.. semoga bahagia ke akhir hayat.

2 comments:

Ummibatrisya said...

salam,

ramai yang mengambil kesempatan untuk melansungkan perkahwinan

mau pecah perut makan kat 3 buah kenduri

nak tanya, tuan empunya blog bila lagi?

jangan lupa jemput hamba di sini :)

saya said...

errkk..erkk..erkk...hwuahahhahhahahahhahahaha.....