mari mencari....

Google
 

Saturday, November 29, 2008

29/11/08, 6:24pm...



finally, on 29/11/08 at 6: 24pm i got the most awaited call. its from obek!!!! oh my. how i miss him terribly. after 3 days without any news, i got to talk with him today. thanks god for this news. and guess what? obek will be back tomorrow instead of tuesday. yeahhuuuuuuu!!!!! i guess this is the reward for my almost faint patience and not kacau-ing him at all during his out-of-this-world work. hehehehhee... this should make my day. alhamdulillah...

just don't be too excited. anything will be happen in between. just pray that the plan will flow as smooth as possible. obek, don't worry to get me anything from there. i don't want anything, i just want you to be home healthy and safely as ever....


kek ku hangitttt....



pagi ni konon nak masak kek la kononnnya. memang masak pon. masak kek oren. wahh.. bersemangat saya ni. pukul 9am dah gila cari bekas kek, mixer, butter segala benda la. setelah bersusah payah menggodek2, makanya jadilah kek oren saya tu tapi seperti biasa --- hangittttt... hehehhehee... itu memang tak dapat nak ditolong la. tak amik gambar sebab malu tapi rasanya sedap juga. bila dah potong bahagian tepi dan bawah yang hangit tu still boleh makan lagi. ma kata maybe terlebih kuasa kot darjah celciusnya. hehehehe.. entah la. mana le saya nak tau. kat tulisan tulis bakar 180C selama 45 minit so macam tu la yang saya buat, tapi kuar2 hangit le pulak.

hari ni tak de mood. mood masih mendung. rindu kat obek. uuwwaaaaaa..... nak buat apa2 pon takde mood. tadi pon masak juga gulai lemak jering. ma dah masakkan rendang ayam daun kunyit. semua tu favorite saya tak ntah la, tak boleh masok apa pon. dari pagi tadi baru sehiris kek oren hangit tu je yang saya makan dengan segelas oren. wahh.... hari ini ialah hari oren sedunia sebab tu segala2nya oren. mmmm... ntah bila la nak makan nasi tu sebab saya takde selera betol. asyik nak nangis je. huhuhuh.....

boring betol. nak buat apa2 pon tak menjadi. tengok tv malas, nak tido mata tak boleh lelap, nak makan takde selera. haihhhh...cepat lah selasa...obekkkk.....

Friday, November 28, 2008

mari kita kemas rumah...

yeahhhhhhhhhhhhh... mari kita kemas rumah supaya rumah kita sentiasa kemas dan cantik dan lawa dan berseri2 walopon tanpa guna cecair pencuci perisa serai wangi. whauhahahha.....

kalau rasa malas kemas rumah pon takpe.... ada pembantu yang akan setia membantu mengemas tidak kira masa, katakan saja dan beliau akan sedia berkhidmat.

chehhh!!!! macam ye-ye je kan bunyik iklan. ini apa lagi la.. kes mamat kepochi telah mengemas meja saya la. habis diponggahnya table runner tu dibuat macam bungkus belacan. bungkus belacan zaman milenium ni pon lagi lawa tau dari yang dia buat tu. geram betol. time tu tak terkata dah.

puncanya dia nampak saya bawak wayar charger tu le. udah le wayar tu bergantung-gantungan dia pon ingat mainan ke hapa dibedalnya melompat2 sampai kesudah. sampai naik ke atas meja habis ditarik2nya alas meja saya tu. huhuhu... tau le alas meja murah jangan le pi koyak2kan dia nezha....

tengok, udah tonggang langgang...



kombah lagi, kombah. takpe.. saya suka je semak2 tu. gggrrrr.....


nak wat camne... biarkan je la dulu dia main. dah puas main dia pandang tempat lain baru saya alihkan wayar charger tu cecepat. fuhh..selamat. pas tu sapa nak kemas balik??? saya jugakkkk.... eee... tak suka, tak suka, tak suka!!!

tu pon main sampai mujur tak tumpah air teh saya. kalo tumpahhh... masak saya kerjakan dia nanti. hehehhee... cakap je. takdenya. dah tau budak tu main situ alihkan je la gelas tu kan. apa la pulak pasal ko takmo alih. hahahahha.... itu cakap dalam hati sendiri la tu.

petang ni balik rumah ma... huhuhuhu... sure ada berita terkini hiburan sakit hati. opss... kenduri yang kata nak buat petang ni tak jadi atas sebab2 teknikal yang tak dapat dielakkan. hhehehhe.. katanya ganti lepas raya haji nanti. apa2 la labuuuuu....

cepat la selasa... uwwaaaaaaaaaa..............

dinner yang sempoi...

malam tadi kami dinner yang sempoi. obek kan ada belikan nasi goreng ikan masin tapi saya macam tak teringin lak nak makan. tak larat la takde selera. yang seleranya nak makan roti telor. jadinya gigih jugak le menggoreng roti telor kami dua beranak ni. saya goreng, mamat kepochi seperti biasa la, menyebok tak sudah2. ada ke patut sinki basah tu nak dipanjat. oppss.. itu tak boleh, tak boleh. jadinya kan dah kena marahhhh..... haa.. bila kena marah nezha buat apa? ye pandai.. merajukkkk...

tapi biarkan dulu dia merajuk tu. saya kan dah dapat jambu tu, so buat le sambal kicap tu., buat air teh dan goreng roti telor. jadi itu lah dinner saya malam tadi. roti tu goreng 3 keping sebab nak mengabihkan telor yang dah dibancuh tu. tapi seperti biasa tak habis pon. makan sekeping je terus macam tak boleh makan dah.


ni dinner malam tadi, roti telur, teh o, jambu dan cicahnya.


tengah2 sedap makan tu boleh lak mamat kepochi tu nak pi jilat sambal kicap tu. saya apa lagi, menjerit le, 'Heiii!!!!!!!!!!! kan pedas tuu!!!!!'. hahahhaha.. dia punya terkejut dengar suara saya terus melompat kebawah. hahahhaa... harus le saya menjerit. buatnya bebetol terjilat sambal kicap tu kan ke satu hal. budak kecik mana reti tahan pedas. eeeeeeeee.. geram sangat tau. ye la, saya pon mana la pernah nak jerit2 tu kat dia. hehehhee.... saya sendiri pon terkejut apatah lagi dia.


merajuk lepas kene jerit kan. duduk tepi tu.
korang nampak ke dia yang mana?
hehehe.. saya dah buat bentuk dia tu.
saya sendiri pon tak nampak dia. hahahahhaa...


lepas pujuk2 semua saya bawak tempat makan dia kat ats meja. kalo tak tu letak kat bawah je kan. dia mana nak makan bersuap lagi, saya nak makan lagi, sudahnya saya suruh dia makan sendiri. protes pulak tu. cium2 makanan pas tu tengok saya, cium2 tengok, cium2 tengok. aarrgghhh.... saya suap 2-3 kali pas tu gilir2 suap diri sendiri. hehehehhe... nak wat camne.


tu tengah ada mood nak makan sendiri tapi sekejap je,
pas tu tengok2 saya balik.
sila abaikan roti telur yang hangit tu ye. itu kitchen signature saya.


lepas makan tengok tv kejap. cerita tak best malam tadi. ntah la cerita apa saya dah lupa dah. pukul 10pm 2-2 pon kebabommmm...... pagi pukul 530am dah terjaga. terus bangun kemas2 tempat uk-uk dia, kemas apa yang patot dan lepak tengok tv sebelom pergi kerja. huhuhuhu... sedih still tak habis2 lagi. uuwwaaaaaa......

award apa???...

kussss semangat.. pepagi buta buka blog dah dapat award dari puan paya rumput. mujur juga award, kalo tag2 saya lemah dah. takmo dahhhhhh.... eh, award je ke, hadiahnya takde ke???

award apa ni ha?? kecik beno tulisanya tapi rerasa macam 'I LOVE YOUR BLOG' la kalo tak silap. hehehe.. love blognye je ke, puannya takmo di love jugak ke...




tapi ada syarat le pulakkk...

  • letak award dalam blog memasing

  • Link semula kepada pemberi award

  • Bagi award kat 7 orang bertuah

  • Tinggalkan la mesej pemberitahuan kepada penerima baru

haaa... jadi penerima anugerah award bermaskotkan monyet tersenyum ini ialahhhhhh.....

azwa

darleezuriss

echah

faizah

janggel

mala

huhuhu... sekian, terima kasih.

dah dapat dah...

alhamdulillah... akhirnya dapat juga saya jambu air idaman kalbu ini.. kan hari tu saya cerita yang saya kempunan jambu ni cicah sambal kicap, malam tadi saya dah dapat.

ini semua kerana jasa baik obek. rupanya sebelum obek pergi dia ada pergi ke cheras buat kerja sikit then nampak le buah jambu ni. dia terus beli untuk saya dan letak kat rumah. owhh.. saya suka dan sedih. uuwwaaaa.... dia beli juga nasi goreng ikan masin untuk saya dinner, siap boh dalam fridge, tapi saya tak makan pun. tak lalu la. takde selera. tak boleh masok. dan siap tulis note lagi. uuwwaaaaaa...


ini le jambu yg dah buat saya kempunan sampai luka2 jari ni.
memang saya gigit dia bebetol. geram tau.


jadinya saya makan le jambu ni malam tadi. tapi sambal kicap tu udah terpedas le pulak, terus spoil. orang nak macam manis2 sikit tapi terlebih potong cili kot. huhuhu.. takpe la, janji dah lepas kempunan. lepas ni takmo teringin2 lagi la. buat susah saya je. orang lain pon susah juga especially obek sebab nanti dia pening kena dengar saya bebel dan nak kena cari makanan yang saya nak.

thanks again obek. balik cepat ye. uuwwaaaaaaaaaaaaaaaa........

Thursday, November 27, 2008

oppsss.. sampai tergolek...

hehehhee.. malam tadi lepas dating (chewahh... pompuan gatalll!!!) lepak2 le kat rumah tengok tv. ye la.. kata obek nak out-station harus le dinner kan. lagipon dah 5 hari dah tak jumpa. jumpa dalam phone je. hwuahahaha.. nak gak la belagak ada 3g kan. ahh..tak kisah le semua tu. lepak2 tengok tv cerita numbers. syiok, suka tengok cerita tu.

so, sesambil tengok tu sesambil bagi mmat kepochi makan le. dia tu heeiiii... manja bebeno. geram betol. geram2 pon sayangggg.... lepasa bagi dia makan saya dok la sapu yoko2 tu kat bahu kat leher. macam lenguh2 la. stress kan memang akan melenguhkan bahagian2 badan yang macam tu. then letak atas table. sekali mamat kepochi suka lak dia main benda tu. ye la, mana tak suka, dia sepak2 tolak bawah nanti saya ambil letak balik atas meja, sepak-ambil-sepak-ambil, wahhhh... banyak lemak betol mamat kepochi ni. lenguh le saya nak tunduk2 banyak kaliiii...


tengok tu dia tengah dok sepak2 yoko2 tu le.. hehehhee...


suka betol dia main sepak2 ni ye.. bagus..
nanti kita main bolasepak lak ye nezha...


takpe la.. dah kata anak kesayangan, layankan je la. sekali tu saya dah penat le main2 tu, tapi dia nak jugak. saya saje je menyakat dia baling2 towel. hahahahha... dia punya nak sepak2 tangkap2 towel tu sampai tergolek dari atas meja. hwuahahhaha... kelakar sangat2. saya gelak bagai nak rak malam tadi tengok dia jatuh bangun jatuh bangun dari meja tu. dia pon bukan main suka beno main termau-mau kuat.


hehehhee...tengok itu dah hampir nak tergolek jatuh dah tu.
eh, korang nampak ke yg mana dia yg mana tepi meja tu?
mihahahhahha.... gelap bebeno katakan.


arrgghh... kepenatan main

geram betol tengok dia main tu rasa nak gigit2 je dia. heheheh.. itu gila namanya nak gigit kucing. so, dah penat2 main kita minum dulu... ada lak csi miami malam tadi tapi agaknya yang lama punya kot. saya pon macam tak berminat sebab mengantok sangat. so, jom kita tidorrrrrr...

malam tadi tidor tak berapa lena. asyik la terjaga2. heeeeii..tensen betol. tambah penat badan tau tak. tapi saya tengok nezha pon tak berapa lena sangat la. dia pon bangun2 juga. alalala..sian dia mesti dia penat nanti.

hari ni bangun awal, pukul 500am dah bangun tak boleh tidor2 lagi dah. tapi still golek2 pukul 630am baru bergerak. siap2 pergi kerja. mmmmm.... obek dah bertolak dah tadi pukul 2pm. uuwaaaa.. semoga selamat pergi selamat balik. kalo kerja cepat siap, cepat le baliknya so jangan kacau2 selalu. cepatlah isnin tiba.. supaya obek cepat balik. huishh.. melampau tu, baru 2 jam orang tua tu pergi sampai pon belom. hahahahhaha... takpe la kan, kata motivasi diri.

so malam ni kita nak buat apa nezha???

friends...


hehehe... sebenarnya dapat tag dari ummi yang baik hati tu... tak silap saya, ceritakan pasal kawan2 kita la kan. kawan masa sekolah ke, masa kerja ke, masa cucuk bintang ke, masa huha-huha ke, masa berskandal ke.. opss..terlebih sudahhh.. takde la, ceritakan pasal kawan2 le then ada la beberapa soalan (bapak punya banyak soalan) yang kena dijawab berdasarkan kepada persahatan tu tadi le kan.

secara dasarnya saya ni kurang ada kawan. kalau ada pon yang jenis gitu2 je la. tak de la kategori sampai kawan baik beno. ada pon dalam 2-3 orang je itu pon jarang beno contact2 ni, kekadang je tapi dekat dihati.. chewahh..macam tagline tv9 le pulakkan. anyway, pada saya, berkawan tu tak kisah la sapa2 pon. saya dengan sapa pon saya kawan asalkan dia tu tak jenis kurang hajar sangat dan tak bersikap keterlaluan. pendek kata, yang boleh masok kepala la kan.

saya pon kurang sebenarnya berkawan dengan perempuan ni. kebanyakkan kawan saya semuanya lelaki. ehehhee.. apsal ye? entah la. lebh senang berkawan dengan lelaki dari perempuan ni. memang dari kecik2 saya macam tu. saya tak main pondok2, masak2, anak2 patung, mekap2 ni. saya main polis sentri, tembak2, panjat2 pokok, racing2, tumbok2. itu saya. tapi ada masa tersesat main gak dengan bebudak pompuan tu. itu pon sebab memenuhi permintaan mereka la nak main mak2 ayah2 ni.. huhuhu.. kena jadi anak la konon. hahahhahaa....

bila dah besar bersekolah rendah, still kawan dengan budak lelaki. dok sebelah budak lelaki sebab budak pompuan yang dok sebelah saya tu ciwek. apa tu? alalla.. yg suka nangis2 tu. sikit2 nangis, eraser hilang - nangis, tersepak kasut - nangis, terkuis beg - nangis. aarrggghhhh.... tensen makcik. sekolah menengah pon sama. tapi dah ada group dengan budak pompuan la masa tu, but still pompuan yang peel ganas tak senonoh sama macam saya. hahahhaa.... kiranya kumpulan kami ni bukan pilihan untuk dimengoratkan untuk jadi awek2 la tapi untuk dijadikan kawan bertekak dan aktiviti2 jantan la. panjat2 semua tu. haihhh... tak ladylike lansong...

lepas sekolah kerja dan zaman huha-huha still dengan lelaki. tapi walopon kita ni open minded kawan dengan lelaki but still cover2 gak la kang aweks they all marah. ye la asyik kuar je dengan balak diaorang. hahahha....

sampai sekarang, kawan yang masih melekat cuma ada 2-3 kerat je. al-maklum, masing2 ada berumah tangga, dah ada anak dan dah kembali bersendirian pon ada. pon masing2 sekarang sibuk dengan kerja masing2. kalao ada kawan2 kahwin baru le ada macam reunion kecil2.

macam saya cakap tadi, saya berkawan dengan setiap golongan, tak kira ko bos ke ko kuli ke hatta ko tu tukang kutip sampah or pakcik jaga sekali pon. kadang2 ada orang ni takmo tegur orang2 yang mereka anggap lower level dari diaorang, konon takot imej tercemar. hehehhee.. tak kisah la pendapat masing. sendiri2 makan lepat sendiri2 mau ingat. bangsa pon tak kira gak, cina india benggali omputeh orang hitam semua saya kawan. umor? tua dari saya, muda dari saya pon saya kawan. cumanya kalo saya rasa orang tu over2 beno saya slow2 la mengundur diri. malas le nak bising2.

saya pernah tersilap langkah memilih kawan yang salah. tapi tak mengapa, saya jadikan itu sebagai pengajaran dan pengalaman yang berharga. juga sebagai peringatan kepada saya supaya lebih berhati2 bila berkawan. sekarang dah tua2 ni kena la slow2 sikit.. tak boleh la nak huha2 macam dulu. tapi kekadang rindu gak zaman huha2 tu. hehehhehee..... tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermainnnn...

bila dah tau dunia blog ni lah saya nak mula mengenali dan mengumpul kawan2 perempuan. wahh... nampaknya sekarang matlamat saya tercapai. ramai dah kawan2 perempuan yang saya kenal sekarang walaupon tak pernah bersua muka, mendengar suara tapi saya yakin dan pasti, anda adalah orang2 yang baik hati. terima kasih kepada semua kawan2 blogger saya yang sudi menjadi kawan saya. tulisan2 anda kadang kala menjadi nasihat kepada saya walaupon tanpa anda sedari. kalau ada ruang dan peluang boleh le jumpa. hahahhaha...

so, ummi... harap2 ini telah menjawab tag tu ye ummi. saya ada lagi 1 tag dari missberry yang cun, tak silap saya pasal ex-ex ni la... tapi saya minta maaf pada cik yang cun sebab saya tak mampu melakukannya. takmo la cerita2 pasal ex-ex ni sebab.. arrgghh..banyak sebabnya. hehehhee... nanti bagi tag lain ye kalo nak juga saya jawab tag.

so, kepada kawan sahabat handai blogger saya.. saya sayang anda semua.....

love after all...


Here we are a year has passed

Journey to mountains and streams
Coloring all the road we’ve been through
With laughter and tears we sailed together

We stop then go for a while
Making moments each scene that’s beautiful
Taking pictures of sunrise in the morning
While talking in silence during sun set

Over and over we might be doing the same thing
Yet with us its like each day a new day for us
Finding so many reasons to enjoy love,
Not like the others who sees hurt when it comes to love

Then sometimes the road get bumpy
The sea starts to wave like there’s a storm
The rain start to pour on a sunny day
Yet we keep our hand closely together

Walking while the wind blew against our direction
And how strong the wind maybe,
Still we believe our love is stronger than nature.
The reason I see why we still in each others arm

Life and love will never be colorful without all those things
Though we ask for a smooth sailing ride
Without those wave we couldn’t see how strong we are
Despite all of those things…. It’s love after all

- mark anthony mendoza

Wednesday, November 26, 2008

pening...

pening!!! terhuyung-hayang rasanya nih. macam rasa duduk atas bot kat tetengah laut tuh. aduhaiii... tadi dah makan panadol takmo la makan banyak sangat kang lain plak jadinya. serius mata pon pon bengkak semacam je nih. apa kena ntah. tu la menonggang banyak sangat. opss..menonggang sprite je. ada gak campor sesikit. whuahhahaa... campor ice la. ada je korang ni nak speku bebukan tau. kalo betol pon apa salahnya kan. hhheuahushhaha... macam2 bintang jula juli bintang 17 pon dah nampak dah ni..... peningggggggg!!!!!! obekkkk... jangan la ostesennn..menambahkan pening kepala je ni....

fade...



a void where love was lost... in my heart, a hole
your eyes looked into me, my heart, mind, and soul
you took me into your world, and for a little bit
was I, and a hope that you'd include me in it
I might've been in, perhaps, the longest of dreams
which your smile, glance, I chanced in whatever they'd mean
might I've been a glimmer of what you sought
in your eyes what danced there, I imagined, were your thoughts
for a time I had with you, you kept me by your side
someone to laugh with, dream with, and confide
what I wished I didn't ever have to do...
was how I couldn't tell you I was in love with you

time, never a friend of mine, passing me by
inevitably you too, and became harder to find
never could I ever say I've wanted you to stay
was never my place, yet I prayed you would anyway
I'd hoped this wasn't the plan, that I couldn't be
just an instant, and distant, fading memory
now your smile... a glance, is not what I get to see
both quickly breaking away... seeing you is breaking me
you've given away your smile, elsewhere is your glance
I've been here before though... lost another game of chance
I knew with you I was destined, at best, as a memory
I was bound to a promise, my heart wasn't free
from you I know I would have to break away
For you, my love... somehow must fade away

-lee degnan

Tuesday, November 25, 2008

siapa comot, angkat tangannn....

siapa comot angkat tangannn?!
sayaaaaa!!!!!!


hehehehe.... hari ni memng saya bengang gila. sejak dari petang semalam lagi sebenarnya. aahhh... malas la nak elaborate lelebih. takde gunanya. bengang2 pon kerja stil kena buat dan baik saya boh pic nezha kat sini boleh gak buat mengubat sakit hati saya nih.

ini pic pagi tadi. al-maklum, baru bangun tidor so muka harusla comot dengan air lioq basi dan mata berair2 bagai. terus tak hensem dah anak bujang saya nih.


ni muka tidor2 kucing namanya.
telinga tegak tapi mata tutup. silau le tu..



ya tuhan.. kenapa la comot beno kamu nezha???


ini lagi tak senonoh. chehh!!!
dengan mulut basah baru lepas minum.



opsss... ekor sapa kembangggg?????

entah la. otak saya weng2 hari ni. sampai bila? sampai minggu depan rasanya. totally takde mood betol la.

hari ni pon tak selera makna. cuma makan lebihan muruku hari tu tak habis2 lagi. lenguh dah gigi menyunyah tak jugak habis. dengan roti seketol. malam tadi tak makan. takde mood. nak tengok tv pon benci, tapi saya dah terbaling remote dvd dan telah pecah berderai. masa baling tu nezha terkejut bukan kepalang sampai terlompat dia. ye la, mana pernah dia tengok saya mengamok macam tu. huhuhu... sebenarnya rasa nak je mengamok dalam rumah malam tadi tapi mengenangkan nanti nak kena kemas, penat le pulak. ahahhha... nak mengamok pon kene pikir2 dulu korang.. jangan main hentam baling je kang dah pecah segala benda tu sapa nak kena kemas?? saya jugakkkk...sudahnya saya nangis je la sensorang sambil say sorry to nezha sebab buat dia terkejut. dokong masok bilik terus tidor. benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......

my breakfast, lunch and dinner maybe?

sorry la kawan2 kalo saya tak melawat blog tulisan anda hari ni. saya kurang mood la. ni nak menulis ni pon paksa2 diri sebab soan lak kat nezha. opss.. makanan nezha dah habis. nak kena beli petang ni.

nak kuar jalan2 ponmacam takde mood. kl ni tau je la, asal melangkah keluar je dari pintu rumah semua guna duit. cadang nak pergi tengok wayang tapi macam takde selera. harus kang membazir je duit beli tiket. tengok kat rumah boleh baring2 bagai. aarrrgghhhh!!!! benci la. tak suka dengan keadaan yang macam ni.

dari pada saya terus merepek ntah hapa2 baik stop menulis. bye2..

serabut...


hari ni otak buntu..kepala berserabut. musim masalah telah melanda. semua serba serbi ada halangan, ada keperluan, ada ketentuan. tapi sampai bila sanggup bertahan. setakat ni masih boleh memejamkan mata, harap masalah cepat berlalu dan dapat diselesaikan dengan sebaik2nya. eeeee...serabot kepala otak macam niiiiiiiiiiiiiiiiii...................................

Monday, November 24, 2008

best ke??

wahh... hari ni saya dapat hadiah lagi dari en. janggel. hehehhee.... kuss semangat. kalo award ni buleh tahan lagi, kalo bab tag tu yang saya lomah sikit. hehehhe.. kali ni dapat award blog gila / best katanya. wahh..gila??? best?? heheh..apa la sangat isi kandungan blog saya ni. pusing2 situ juga ceritanya. lain takde. cerita pasal nezha je la yang banyak pon. selebihnya cerita pasal saya ngamok2 membebel2. hehehe.. agaknya itu yang syiok tu kot.

pada saya blog saya ni biasa je. cerita pasal aktiviti harian walopon bukan setiap saat punya pergerakkan. saya tak betah kalau isi kandungan harian saya terlalu ditulis2 dijaja untuk tatapan umum. perlu ada keperluan untuk individu dan privasi sikit. takkan la setiap pergerakkan nak kena masok blog. saya tak suka tu. kata saja yang saya ni kedekut atau berlagak tapi itulah hakikatnya saya. saya suka berkawan, berkenalan tapi saya takmo terlalu exposed tentang kehidupan saya. kadang kala ada juga blog yang saya baca every second punya cerita pon nak masok. takde hal. itu kehendak individu cumanya kadang kala macam tak syiok pulakkan if semua orang tau apa saya buat setiap saat.

memanglah blog ni boleh kata macam 2nd diari dalam hidop. jangan tak percaya zaman IT ni pon saya still ada diari tulisan tangan macam zaman dinasour dulu tu. heheheh.. sentimental value.

tujuan saya berblog ni pon bukan sebab nak bermegah, nak menunjuk atau seangkatan dengannya. bukan juga nak mengaut keuntungan sebab ada letak iklan kat situ. saya letak tu sebab saya tengok semua orang pon ada benda tu so nak le juga tapi tak tau lansong apa fungsinya. pada saya selagi ianya tidak membebankan dan mendatangkan kesan negatif tak salah saya letak. if sesapa kawan2 yang ada perniagaan online nak letak iklan kat blog saya pon boleh, cumanya kebarangkalian mendapat customer amatlah rendah sebab pengunjung blog ni tak ramai. takde mencapai 100 hits pun sehari. tapi saya tak kisah. sebab pada saya kawan yang setia itulah yang lebih penting walopon hanya seorang dua.

so, berbalik kepada award bertemakan kucing oren berlatarbelakangkan rumput hijau tu.. en. janggel, dengan ini saya dan nezha menerimanya dengan hati dan tangan yang terbuka. lepas ni if ada award untuk blog paling sengal pon boleh gak bagi kat saya ye. hehehehhee.....

kebanyakan kawan2 cyber saya, saya lihat mereka sudah ada pon award ini tapi takpe, saya bagi lagi, kerana itu menunjukkan anda benar2 mempunyai blog yang gila dan best!!!!!








oleh kerana disebabkan ianya award, saya takmo pilih sapa2, SAYA NAK BAGI KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA ini tidak kira anda ada blog atau tidak, anda pernah komen sebagai anynom atau tidak, anda suka saya atau tidak, anda lelaki atau perempuan dan apa juga. terima kasih kerana terus membaca tulisan yang selalunya ntah hapa2 ni. hehehehe... semoga kita terus bergila dalam berblog.

bosannya...

aduhaii... bosannya. kerja banyak tapi tak de mood lansong la. perot berkeroncong memainkan irama kelaparan. hehehhe... pagi ni tak makan apa pun, baru nak mengunyah2 lebihan muruku hari tu. jadi la. lapar tapi takde selera. call obek cakap they all baru nak on the way balik. hehehhehe... mama ada kat rumah tolong jaga opah. sian kat mama sampai terpaksa ambil cuti pulak. habis nak buat camne... terpaksa la gilir2. next month ma ada lagi appointment. sampai masanya baru la pikir sapa lak nak kena take in charge jaga opah kat rumah tu. mmm...

kat otak berlegar2 macam2 jenis makanan. maklum la, lapar katakan. amik pelunag jengah blog kawan2. menarik2 semuanya. tapi terjumpa blog yang menyedihkan dan itu telah membuatkan saya down sekarang. dah le memang takde mood, baca lak pasal benda2 yang menyedihkan. eeee.. rasa nak balik je tido polok nezha.


macam2 pikir pasal makan.. hehhehe..


asyik pikir pasal makan je, apsal takmo pikir pasal dosa? apsal takmo pikir pasal balasan di akhirat? hahahhahaha... itu le pasal. pikir nak yang seronok je. tentang pembalasannya takmo lak dipikirkan. biasa la tu. jarang ada orang nak pikir2 benda macam tu. saya le terutamanya sekali. saya pernah terbaca kat emel, dia tulis teruskan berdoa walaupon pada dasarnya kta tak nampak pon doa kita tu dimakbulkan, kerana kita diberi kebaikan pada benda yang lain. maksudnya, macam kita ni kengkadang mengeluh, kenapalah aku tak macam dia tu, begini begitu walhal kita tak sedar yang sebenarnya kita ada kelebihan lain yang lebih istimewa dari orang tu. itu saya la tu. selalu je mengeluh apsal la saya tak macam ni, apsal saya tak macam tu. bak kata orang, pikir pendek je. tapi kesenangan dan keselesaan yang kita ada tu mungkin orang lain tak ada.

sebab tu kalu saya tengah marah selagi boleh saya akan mengelak dari mengeluarkan perkataan yang tidak elok. mencarut tu harus dipisahkan dari diri kita tak kira walau apa keadaan pon. saya kecik2 dulu pon tak le pandai sangat bab2 ni, tapi pengaruh kawan2, mudah benar mereka bercakap perkara2 itu, secara tak lansong saya pon cakap sekali benda tu. tapi satu hari saya terpikir, apa faedahnya cakap benda2 macam tu. tak elok. mujur kesedaran cepat sampai. sejak hari tu saya berazam selagi boleh menahan diri dari bercakap mencarut. hingga ke hari ni, alhamdulillah. tapi kadang tu tersasul juga tapi tak le yang terok2 beno.

kadang2 saya rasa macam tak puas hati je dengan hidop ni. sebab saya rasa saya lebih layak terima yang lebih dari apa yang ada sekarang. tapi, saya tak tahu, sebenarnya, setiap perkara tu ada penyebab dan hikmahnya. tak semestinya hidop susah ni membebankan kita. mungkin ada penyebab kesenangan di masa hadapan. supaya bila kita senang nanti kita tak lupa diri sebab kita bermula dari orang susah, yang jerih payah mencari sedikit kesenangan. dan, siapa saya nak meminta lebih dari yang sepatutnya. jadinya, bersyukur la. lebih banyak orang di luar sana yang tak merasa senang pon sepanjang hidup mereka. ada orang senang harta, tapi susah hati. ada orang senang hati tapi miskin harta. kan dah kata, hidop umpama roda. yang dibawah takkan selamanya berada di bawah, yang diatas pon takkan selamanya diatas, jadi harus beringat2.

bukan apa, panjang lak tulisan kali ni. sekadar mengingatkan diri sendiri je. nak kata pergi surau masjid dengar ceramah memang tak pernah la. asal ada forum perdana ehwal islam sanggop ni tukar channel tengok mtv. habis tu camno nak insaf. caranya ialah kena la pikir lebih sikit... entah la. kadang2 bercakap tu memang mudah, tapi nak melaksanakan tu yang amat le payah.

mmm...cakap punya cakap. saya teringin nak makan gingerbread man le. n dah dekat2 nak krismas ni mesti ada banyak jual. wahhh..sedapnyaaa.... jangan tak dapat lepas tu kempunan lagi sudahla. nangis saya nanti. semalm jari yang luka, lepas ni apa pulak?? jangan hati yang luka sudahh....

yummy yummy gingerbread man... tunggu.. nanti saya cari jugak

opis hari ni merudum je. entah le kenapa. hahahha.. saya tau. tapi tak leh le cerita kat sini. dah kata rahsia kompeni. hehehhehee.....

aduhaii..totally takde mood betol la hari ni. rasa nak balik je tidor. korang2 tolong la doakan supaya jam tu cepat bergerak ye. tau2 je dah pukul 6pm, so boleh le balikkkkk!!!!!!

cerita weekend dulu...

macam2 cerita adaaaaa.....

jumaat : balik rumah ma petang tu. macam biasa je. ma masak gulai tempoyak ikan bilis. malam tu saya tambah goreng tempe. hehhee..

sabtu : saya punya angin kus-kus rajin sudah sampai. habis 1 laman saya sapu. kebetulan sekarang daun pokok mempelam tu luruh. buang2 daun katanya sebab nak tumbuh yang baru. waduh-waduh.... tu dia bagai nak rak saya menyapu. siap pelbagai peralatan ni, penyapu pencakar tu, penyapu lidi, pencedok sampah, penyapu lembut, habis segala benda jenis penyapu saya bawak keluar. ma masa tu takde, dia pergi keluar kejap. dia balik tu tengok saya tengah menyapu dia kata, wahh... petang ni tak jadi hujan le sebab ada orang menyapu laman. hehehe..saya kata apa ingat free ke menyapu ni? upah kfc laaaa... ma jawab, kfc pon kfc laaaa... hehhehehee.... lepas menyapu, pegi bersihkan pokok ubi tepi rumah tu. kasi cantas semua sebab dah tinggi beno. so, amik ubinya. goreng pon sodap. nyummm nyumm...

ahad : tak de buat apa sebab semua dah siap. dok lepak sekali tu ma suruh mesin kelapa. saya pon mesin la, sekali zassss... tu dia. kene jadi la. luka berdarah. waduh2.. nangis le melalak2 apa lagi. bisa gila. mujur tepi ibu jari je tapi memang sakit la. selama2 ni tak pernah lansong luka time mesin kelapa, ntah apsal kali ni le pulak. tu la.. saya kempunan nak makan jambu air tu cicah dengan kicap. tu la dia nya,. jumaat before balik rumah ma saya dah singgah giant dan singgah pasar malam cari buah tu takde. itu le dianya.... ma standard la, dia cakap, alalala.. jauh dari perot, tak de apa2 la tu. uuwwaaaa.... bukan nak pujuk orang, lagi cakap mcm tu lak. sudahnya saya siapkan gak mesin kelapa tu, ye la, orang kata tak baik buat keje sekerat2, so kasi siapkan jugak. tapi ahad tu memang saya mogok takmo masak, pegang sudip pon saya takmo. huhuhuhu...

jari luka. tpai cartoon ni luka kena tukol, saya kena mesin kelapa.


isnin : hari ni la tadi pepagi dah hantar ma pergi HKL sebab ma ada check-up. balik kang obek yang ambik dia. so saya pergi kerja. jumaat ni ma kata nak buat kenduri hapa ntah ada makan2 sikit2. kenduri usrah ke hapa saya dengar. haihhh.. memacam la orang tua nih. adaaa je plan dia.

so sekarang saya susah beno nak menaip. al-maklum jari luka sakittttttt....

Friday, November 21, 2008

lepas kenyang kita? tidorr....

hehehhe... betol la kan. lepas kenyang kita tidor laaa... malam tadi memang lena betol kami 2 beranak tido. tak nyedor2 dunia. tapi still ada mimpi2 la. ntah la mimpi hapa2. hari2 pon mesti ada mimpi tau, tak pernahnya yang takde mimpi.

pukul 430am terjaga. sebab maybe lena beno so dah cukup gamaknya. bangun kejap pusing2 rumah, bangun slow2 sebab kepochi ada kang dia ikut bangun kang. tapi dah kata hidung super power, harus dia terjaga gak masa saya bangun tu. so, ikut gak la, saya pergi toilet, dia sempat sebat seround makan. appa la nezha ni, makan tak ikut timing.

lepas tu sambong tido balik. pukul 600am, terjaga dah sebab jalanraya depan tu dah start bising2. orang dah start nak pergi kerja. siankan. saya kadang selalu je bertenggek tengok kat tingkap. pepagi pukul 6am orang dah kuar rumah pegi keje. mesti keje jauh atau masuk kerja awal. kot2 keje shift ke kan. dalam 630am bas sekolah dah start pusing2 dah. ye la, dia ada banyak kali giliran. mana yang skolah menengah jauh dia kasi hantar dulu. sekolah rendah dekat dia kasi kemudia so takde la kanak2 tu tido dalam bas tu kan. sian. comel2 je pergi sekolah.

okey, ini pic pagi tadi le. hehehhehee.. sebok je nak tido dengan orang. tempat sendiri ada takmo, nak juga menempek kat tempat saya.


badan bangun dah tapi mata pejam.. ngantok lagi tu...


close-up sikit muka budak tersenggok2 tidor.
hwuahahha... .. tak hensemmm....


pagi tadi malassss betol nak pergi kerja. rasa nak baring2 je dok kat rumah. tapi mana la bolehkan. dah kat sekarang ni waktu2 puncuk kat office. so, gagahkan juga bangun. pagi seperti biasa saya akan buka pintu depan dulu, bagi angin masuk la tak de la terkuap je rumah tu. sekali sikurap ada landing depan pintu daaa... nezha punya mengamok. diterajang2nya pintu grill tu. aduhhhhh.... marah benar dia dengan sikurap tu. walhal sikurap tu takde buat apa pon, just duduk je kat situ. kesejukkan le tu.

lepas bagi makan kat semua orang, saya pon mandi dan siap2. hari ni saya pergi kerja lambat. 815am baru kuar rumah. memang gamble gila la. saya cakap kalo jem juga pagi ni tak bergerak, saya buat u-turn je la pusing balik rumah tido. kalo tak jem, saya terus pergi kerja. hahahha... sampai macam tu sekali nawaitu. tapi alhamdulillah.. jalan clear. jem biasa2 je so sempat juga sampai office 915am. tak kisah la...

petang ni balik rumah ma. mmm.. nak makan apa ye? wahh..asal balik rumah ma je ada je akal menu yang nak dibuat. teringin makan tempe goreng la. dan juga teringin makan jambu air cicah2 sambal kicap. wahhh... mesti sedap nih. mana nak cari jambu air tu ha???

rupa orang merajuk...

nak tengok muka orang merajuk malam tadi sebab kena tinggal sorang kelaparan kesejukan ketakutan. mari2, saya tunjukkan.


ini adalah aksi2 merajuk. dipanggil dia pandang tempat lain,
konon tak heran la dengan saya. cheeiitttt.. majuk konon...


ini pulak aksi2 head-banging sebab tak puas hati
marah beno le tu kononnya.
siap mau-mau lagi kuat kenmain.

ye laaaa... tau la saya salah. tapi bukan salah saya pon. jalan yang jem gila2 nak wat camne. tu pon nasib baik dah buka lampu kalo tak bergelap le. mamat tu dah le penakot bukan main. kalo kena time dia tengah ketakutan tu, suruh masok dalam baju pon dia masok. hwauhahhahaa... saje je saya selalu menyakat dia.

so, sayapujuk2 la dia polok2 sikit ajak pergi makan. sebab saya pon tenagh kebuluran yang teramat tu kan. saya hangkot sekali tong makanan dia tak kuasa nak duduk bangun duduk bangun. haa.. letak kat situ senang.


hehhe..tengok. mamat tu udah terpengaruh untuk makan.
marah2 manja je dia tu sebenarnya.


tu diaaa.. orang yang merajuk takmo makan tu... gelojohhhh....


tak pandang kiri kanan dah babe... makan cukup2.

memang banyak diamakan malam tadi. tu pon kena makan sendiri sebab saya pon dok tengah suap mulut sendiri. kalo bersuap tu lagi la banyak. lepas makan, minum, lepak2 bagi vitamin kat dia. alallalalala...bucuk bucuk manja marah ye....

malam tadi tido dengan saya. gatal. bengkok aje badannya dalam selimut. haihhhh... semput saya. pagi buta taktau pukul berapa pegi panjat badan saya. ingat mimpi ke hapa berat semacam je rupanya makhluk hitam ni daaa.. bikin suspen je.

buat la camne2 pon nezha, takde nya saya marah. saya pon marah2 manja jugak. hehehhehe....

traffic jam.. saya suka...

aduhaiii... petang semalam jalan balik sangat2 lah jem nya. rasa nak menangis dalam kereta. actually dah menangis dah pon. dah le hujan lebat, dengan jem yang tak bergerak walau seinci pon, dengan laparnya, dengan battery handphone habisnya. uuwwaaa... tensen gila.

dengar2 kat radio cakap ada banjir kat area puchong. camne pon ldp tu itu le sesatunya jalan sehala, nak mencilok ke mana pon still kena lagu jugak. aduhaiii... dah le dengan perangai monyet2 yang kejap ke kiri kejap ke kanan nak potong2 que. dah sah2 jem sepanjang jalan takde maknanya ko nak potong2 que tu, buat cari marah orang je. asal nampak lobang je nak masok, asal nampak lobang je nak masok.

ldp tu patot dihapuskan je. orang buat highway bagi lancar perjalanan, tapi ini lagi menjahanamkan perjalanan. dah le mahal. takde kebaikan lansong. toll booth staffnya pon kojaq boleh tahan, itu area puchong selatan le tu. bodoh. kat sunway ok, damansara pon ok. memangada problem la staff toll booth area puchong tu. hambek ko... tak pasal2 sampai ke staff attitude pon haku komplen. mujur makcik pakai t&g dan tag, so takde la nak tgk muka2 staff ldp tu. hapuskan toll!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


lebih kurang camni la jem.. tapi smalam lagi terok,
dengan hujannya, dengan gelap pekatnya...


dah le lapar benor. siang tu tak makan apa melainkan muruku dengan ice lemon tea tu je. aduhh.. nampak seteng kereta tu rasa macam nampak donat dah ni. gigil kepala lutut makcik. handphone lak battery kong. uwwa... nak sms or call mengadu2 pon tak boleh. benciiiiiii...... mana nak mengingatkan anak kat rumah lagi bergelap lampu tak buka, kelaparan la anak saya tu.

sudahnya pukul 9pm baru saya sampai rumah. on the way nak sampai rumah tu pegi beli nasik lemak dan tapau kfc. haaa..hambek.. melampau2 punya nafsu makan tu. lapar gila.


dinner saya malam tadi


sampai2 je rumah nampak lampu depan dah terpasang. huhuhu.. lega. mesti obek yang tolong pasangkan ni. sure dia call saya tak dapat2 kan. mujur ko nezha, kalo tak bergelap le. masok je rumah mamat kepochi udah melompat2. nak ngadu le tu konon. polok2 jap nangis2 le kami berdua tu melepaskan tensen. sikurap pon ada gak tunggu depan pintu. sian dia kesejukkan. terus charge handphone, amik hp nezha call obek. cakap saya baru sampai rumah. obek kan takde dia pergi tahlil rumah arwah ayah talib malam tadi.

lepas ngadu2 semua dah lega, baru le pergi mandi dan bentang surat khabar depan tv, makan. nezha pon makan sekali. sian dia. so, makan le kami 2 beranak ni depan tv sambil tengok tv. konon nak tengk the amazing race tu le sekali macam boring je terus tengok tom & jerry. hehehhee....

lepas makan, rehat kejap terus kebabommmm.. 2-2 pon pengsan.

Thursday, November 20, 2008

10 little knowns facts about me...

Dapat hadiah dari en.janggel kita yang hensem itu. Hahahah..hadiah la sangat. Setiap kali dia bagi hadiah harus saya kena sesuatu tau. Anyway… tak kisah la kan, kta kawan2. hantam buat jugak la.

Katanya kene cerita 10 weird / habits / little known facts tentang diri sendiri. Ayoyoyoyooo.. ini yangsusah yang teramat2 ni sebab mana ad ayang weird tentang saya., semuanya normal2 belaka. Hehehehe….

So, kita try test tengok camne… memula copy & paste dulu la kan. Hehehehe…


Rules & Regulations :

  1. Each player of this game starts off with 10 weird things/habits/little known facts about yourself.
  2. People who get tagged need to write a blog of their own 10 weird things/habits/little known facts as well as state this rule clearly.
  3. At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.
  4. No tags back!



Per-tama : saya susah nak tidor. Kalau tidor pon tidor2 ayam, tidur2 kucing dan tidur2 badak. Ada bunyik je saya akan terjaga. Tapi saya suka tidor. Hahahhaa.. camne tuh???


Ke-dua : suka potong kuku. Kuku tangan, kuku kaki, kuku nezha. Rasa rimas if dia dah nampak macam nak panjang. Geli2 gitu nanti kalau kuku panjang nak makan camne, susah kan? Dah le suka makan. pun tak suka juga tgk orang kuku panjang.


Ke-tiga : suka makan makanan baru. Try something new dan tak memilih jenis makanan. Cumanya memilih ikut mood ketika itu sahaja. Takde pantang2 apa pon. Semua masukkk…


Ke-empat : suka bercakap dalam hati. Akan pokpek hanya dengan keluarga terdekat. Suka juga bercakap sorang2.


Ke-lima : selalu sakit perot, muntah2. apsal ha??? Itu memang sejak azali lagi ketentuannya.


Ke-enam : cepat naik angin.. suka marah2, suka komplen2, suka komen2, hehehhee.. perasan macam bagus beno walhal sendiri tunggang langgang.


Ke-tujuh : cepat terasa hati. Walhal orang bercakap pasal hal lain tapi saya je yangsuka perasan orangtenagh cakap pasal hal saya.


Ke-lapan : ada koleksi teddy bear yang banyakkkkkk… nanti if ada masa saya amik pic sebab bear2 semua kena tinggal kat rumah lain. Sedeh.


Ke-sembilan : kadang2 rajin macam superman, celah pint upon nak korek kasi sapu bersih. kadang2 malas macam batu, nak bergerak ambil remote pon malas.


Ke-sepuloh : ini confirm semua orang tak tau pasal saya. Saya ni cun, baik hati, pemurah, mudah kesian, selalu kene tipu, kadang2 terlalu jujur, selalu kena buli dan macam2 lagi la. tak terpikir rasanya. Mwauhahahahahha……. tapi takpe la.. apa2 kejadian ada la balasan dan hikmahnya...


So, udah siap kerjaannya ye. Nak tag sapa lak nih??? Jap aaaa…. Camne nak tag orang, orang takde pon baca blog saya ni. Saya je dok sebok nak baca blog orang. Hehehhee… Balik2 kawan2 yang baik hati yang sama je yang sudi masok dan baca.. so, kepada kawan yang baik hati sila buat ye.

* cik darleezuris yang kene tinggal tak dpt ikut pi holiday

* cik mala yang tenagh marah

* pn. KV yang tak dapat kasut boot itu

* pn. Ummi yang selalu ada cerita sensai

* pn. Asampayarumput yang sedang pikir nak hantar anak ke asrama ke tak

* and last but not least, pn. Ena kuantan yang ada 2 chubby girls, my new cyber friends additions

so, enjoy with the task dan en.janggel..bagi la hadiah yang real2 punya.. asyik hadiah mengena je...ehehhehehe... nak jam tangan tag heuer boleh tak? hahahahhaa....

diet konon...

hehehehe.... mana ada diet. takde maknanya. cumanya tak sempat nak makan. pagi tadi teringin sangat nak maka meehun goreng, tapi pon tak sempat. kata cuti sekolah tapi jalan jem seperti biasa gak, malah bertambah teruk je saya tengok. ye la, tau la yang cuti tu bebudak sekolah mak bapak tak de cuti pon. tapi kadang2 kalau ada je any season harus jem melampau2. benci tau.

so sebelom sampai office singgah di petrol station beli roti konon. sekali tengok2 takde yang berkenan. so beli muruku pakcik wahab rahman namanya. hwuahahah... free promo nampak. ni kena bagi percent ni. anyway, beli muruku dengan ice lemon tea ni le.


brunch saya

jadinya, ini le yang saya dok krup krap krup krap dari pukul 11am sampai la ke sekarang ni. tak habis2 pulak. hadushh.. kenyang tu memang macam kenyang tapi macam kenyang sebu le pulak. ye la, penuh tapi tak padu. wahh..ada lak istilah2 macam tu. tak kisah la. camne nak explain tak tau la tapi macam tu la gayanya. ini jawabnya pukul 4pm kang harus menggaru2 tali perot ni kang.

kat office ni untuk minggu ni dengan minggu depan ada macam bz sikit la. standard la. biasa pon bz tapi ini luar biasa sikit bznya. but still ada je masa nak baca blog2 kawan2 semua. time koje tu koje je la, jangan ngada2 nak bukak blog pulak. dah ringan tu bukak2 le jenguk2, tak gitu???

teringin makan buah oren la tapi tak sempat2 gak nak pergi beli. petang semalam pon tak sempat. if dah masuk rumah memang malas betol nak keluar balik. malam tadi pon just makan goreng pisang lebihan petang tu je. itu pon bukan saya beli, obek yang beli saya jumpa dalam kereta saya bedal je. lepak2 tengok csi. owh..horatio kena tembak malam tadi, last season lak tu, so means horatio tu mati ke?? uuwwaaaa... tak suka la macam ni. sian kat dia. dia tu baik tapi banyak sangat musuh. al-maklum, gangster2 semuakan tak suka kat dia. tapi saya lagi benci kat julia tu, ex-si horatio tu le. menyampah. banyak betol persoalannya malam tadi, last2 apsal lak si wolfe tu yang dapat message it's done tu??? dah le hari tu si alexx tu brenti pasal anak dia bongok pi kawan dgn orang yang ntah hapa2, pas tu si calleigh lak macam2 kena, ada je yang terjadi, si delko lak sampai kena tembak2. haihhh.... drama sungguh. owhhh... cepat la new season sampai. tak sabar nak tengok.


hehehe..horatio dan spek hitamnya yang tak dapat dipisahkan.


owh... malam ni nak buat apa ye? boring2. dok rumah je la tengok tv. nak keluar malas. saya nk tengok la kartun madagascar tu. selepas baca review ramai blogger, nampak macam menarik. tapi malas le pi tengokkat wayang, nanti saya pow obek suruh beli dvd je. tengokkat rumah senang. nakbaring, nak tergolek, nak makan, nak minum, sukahati. nezha pon boleh tumpang empat kaki tengok sekali. hehehehhee.....

hot or cool...




You Play it Cool



You're not in your face, smokin' hot... and it's all by design

You have a carefully crafted cool persona, leaving everyone wanting to know just a little more.

Are You Hot?



anda2 pon boleh try... hot ke, cool ke, romantic ke, selebet ke. hehehehhe..... tapi apsal gambar kartun tu melengkong benor badannya? oittt...sapa tau kat mana nak belajar berenang?? jom pi sesama jom.

fever and flu...

sejak semalam sebenarnya obek tak berapa sihat. asyik terbersin2 aje. badan pon dah naknaik panas. tapi dia biasa la, still pergi kerja. suruh pergi jumpa doktor ut macamnak suruh masok dalam mulut naga. penakot bukan main. ada je alasannya. beli panadol la hapa benda la. ngabihkan duit je. saya cakap jumpa doktor tu bukannya nak di cocok. dia akan prescribed ubat yang bebetol sesuai dengan tahap sakit kita. eeeee... degil.



tak de pic la. entah kenapa blogger ni tak boleh nak load pulak. bila tekan je button add pic tu terus dia diam je tak de apa2 pon terjadi. anda2 punya pon mcm tu ke? ke saya punya je yang mcm ni??? *** dah boleh load pics dah....

malam ni pulak ada kenduri arwah 40 hari arwah ayah talib, ayah angkat obek. dai lak macam tak larat je tapi nak jugak pergi. saya kata kalo tak larat sangat takyah le pergi. lagipon ramai lagi orangakan ada kat sana, takdenya kenduri tu tak menjadi if u tak pergi. degil. nak pergi jugak. biorkan. kang orang tengah baca tahlil awal ter srok-srek-srok-srek...



saya pon ala2 takde mood pulak harini. malas yang sebenarnya. nezha? dia okey je. dah 2-3 malam ni sejak sikurap datang, dia makin manja lak dengan saya. dah lama dia tak tido dengan saya, dia tido tempat sendiri, tapi sekarang hari2 dok menempek kat katil saya. kalo saya lepak tengok tv pon dia dok kat tepi saya. kalo tak tu melompat je 24jam. agaknya dia takot kot if saya sayang sikurap lebih dari dia. hehehhehe.... macam2 perangai la dia ni.

Wednesday, November 19, 2008

yahoo..dapat dah...

malam tadi lepas pergi dinner dengan obek pergi pusing2 la naik kereta. lama dah tak dating kan. kalo bab berjalan menggelejat je perginya. hehehehe... takpe la, bukan kacau orang pon. anyway... masa dalam kereta saya seperti biasa la, pokpek-pokpek tak berhenti2, al-maklum, sinomim degan radio katakan. obek selalu perli bila la radio ni nak berhenti bercakap. atau dia akan buat gaya tangan pulas volume radio la. huhuhhuhu.. tak suka tau.

anyway.. masa saya tengah bercakap2 non-stop tu dia seperti biasa buat muka selamba dia tu je la. sekali tu tangan dia capai seat belakang macam nak cari barang la, saya buat dek je, teruskan jugak dengan agenda memberi laporan untuk hari tu, sekali tu,

"nah, ni hadiah untuk orang yang penat hari ni. bior dia duduk diam2 buat kerja takde la nak bercakapppp je"

hukhukhuk.. lorr..terkejut makcik. ingat apa tadi rupanya.. jeng, jeng, jenggggg....


my new things


saya dapat ini la. external hard disc. hehehehe... so cute lawa depan dia ada corak2 macam cermin. tepi2 dia tu yang macam ring tu soft tau. so kalau kiranya terjatuh atas nezha pon tak sakit le kot. rasanya 80gb kot. entah la.. saya bukan reti bab2 IT tu semua. tak kisah le cukup besar ke tak cukup besar ke, yang saya tau saya memang memerlukan external hard disc ni lama dah dulu. sebab thumb drive dah tak cukup2. kalo boh dalam laptop bebanyak kang hilangle pulak. dah le virus selalu je datang menjengah. hari2 nak kene clean virus. tak suka la. so sebagai permulaan, saya kira 80gb tu cukup le kot. tak cukup kita suruh obek beli lagi bapak besar punya. hehehehhe....

saya tanya juga bagi sempena apa? dia jawab takde sempena2 apa de, saje je. ya bagusssssss!!!!

anyway.. saya sangat suka hati malam tadi. tunjuk kat nezha, dia apa tau. tapi dia cium2 gak la dan jilat2. cheiitt.. orang punya external hard disc pon nak jilat2 ke? dengki la tuuuu...

to obek : thanks for a millions times. buat2 la lagi surprise untuk saya supaya 'radio' saya ni diam ye. hehehhehee.... macam ni punya perangai, bungkus botak orang tua tu nanti.

si kurap dan yang senasib dengannya...

wahh... meleret2 lak tajuk hari ni. bukan apa. saya ni nak boh cerita pasal si kurap yang menumpang kasih kat rumah saya tu. tapi al-kisahnya paya bebeno nak ngambik gambor dia tu. lari2 aje. kalo saya balik rumah memang nampak je dia lepak depan pintu. dia nampak je saya buka pagar terus ni mencicit lari menyorok2.

saya pikir dia ni trauma kot. mungkin dulu2 manusia selalu pukul2 dia tu pasal sekarang dia ingat saya nak pukul dia gak kot. huhuhuuh... tidak. saya takkan pukul. tapi camne ye. saya dah panggil2 banyak2 kali pon dia tak datang. saya saja le tuang makanan kot2 dia terbau makanan tu then dia datang. takde maknanya. dia duduk menyorok bawah kereta saya.

selera makan dia boleh tahan. hari2 kosong bekas tu saya tengok. hehehhehe.. uk-uk pon ok, bulat2 je saya tengok dan tak bersepah2. bagus. itu macam la kurap, baru le orang sayang.

saya still try snap pic dia tapi ini je la hasil yang ada. masa tu dia tengah menyorok bawah kereta. lenkali kalau ada rezeki saya try amik lagi. itu pon jangan tak tau, sampai tertonggeng2 saya kat garaj tu punya nak snap pic sikurap ni.


golap bona duduk bawah kereta nampak mata je.


tengok, nampak tak. betapa kurus keringnya si kurap ku itu.


sedih tengok dia. kalau dia nampak saya dah masuk rumah baru dia akan datang dekat dengan makanan tu. tapi nezha le pulak udah menunggu menerajang2 pintu grill tu. marah le tu konon. apa la nezha, kita share2 le, lagipon sikurap tu kat luar rumah. relax la brother...


itu cerita di rumah. kat parking lot kat office pon ada cerita jugak. apakah saya ni berbau kucing yang telah menyebabkan kucing datang kat saya? owhh.. kalo kucing cun2 takpe gak, ini semuanya kurapppp. bukan kurap la, ala2 kucing terbiar gitu.

semalam saya nak balik, dari jauh saya nampak ada la benda tertonggok atas kereta saya. wahh..apakah benda itu. al-maklum, makcik ni walopon dah paki lens tapi still rabun lagi. datang dekat lagi rupanya kucing daaaa.. masyaallah... dalam beratus2 bijik kereta kat parking lot tu apsal kat kereta saya jugak yang dia berkenan???? dia nampak je saya datang terus la terjun. bunyik2. ketakutan je rupanya. lapar agaknya. kaki dia ala2 tempang sikit, maybe sebab kena pukul atau kena langgar ke hapa tak tau la kan. owhh..terus sedih nih. kalo kat rumah takpe la, ini jauh camne nak tolong.


ini la dia. takde nama lagi.
nanti nak tengok petang ni dia ada lagi ke tak.



pun comel juga kalau dia bersih. tapi sebab comot so nampak le tak comel kan. sian je saya tengok. tu mesti makan sisa2 makanan kat restoran je tu. siannya.... saya cerita kat obek, obek geleng kepala dah. hehehehhe... dia tau la saya memang hantu kucing. memana pergi pon ada je kucing berkenan dengan saya. muka saya ni macam muka kucing ke? nak kata ala2 muka pussycat doll bapak jauh bebeno. cat women maybe?? hehhehehe.....

hari-hari penuh...

masa saya pergi ke kuala selangor last saturday tu, lalu ikut klang la konon. rerasa saya itu le pertama kali saya lalu area kelang setelah lebih 10 tahun ni. oppss...tau lak makcik dah tua kang. spoil je tau. hehehhe...

so sepanjang perjalanan banyak perkara2 menarik yang saya jumpa. salah satunya ialah ini....



hehehhehee..nampak tak signboard tu? restoran hari-hari penuh. for the first impression memang le nampak macam kelakar, tapi kalo dipikir2kan itukan ke satu doa. hari2 cakap hari2 penuh kedai makan tu harus le penuh ramai pelanggan datang kan?? not bad gak ye idea dia. masa saya lalu tu dah pukul 3pm.. tapi still ada orang makan2, means, memang bebetol laku le kedai tu.

sebab tu kita disarankan bagi nama yang elok2 kan? kedai makan rahmat ke, supaya rahmat sentiasa, kedai makan untung besar ke, supaya untung besar selalu. hehehhehee... psikologi tu. tapi memangla saya rasa saya macam pernah nampak restoran nama restoran untung. tak tau le itu sempena nama owner ke atau memang dia nak boh untung. hehehhehe...

so sesiapa yang terjumpa signboard2 yang pelik2 tapi benar tu jom le share. ilmu pengetahuan am tuuuuuu.....

Tuesday, November 18, 2008

makan dan mini-perampok...

Malam tadi pergi rumah ibu. Tujuan utamanya ialah nak amik baju. Hari tu bawak baju balik rumah ma tapi mesin basuh lak rosak. So pass bagi kat ibu mintak tolong basuhkan. Ibu ok je. Hehhehe..lega. lepas beban basuh baju dan sidai dan lipat. Huwahhahaha… dasar pemalas. Jimat duit tak hantar dobi minggu lepas. Dasar kedekot. Hahahahhahaa…..

Sampai2 je rumah ibu acara standard ialah makan. Malam tadi ibu masak gulai lemak pucuk ubi campur bunga kantan cincang sedap gila pedas nak mati, masak kicap ikan kembong campor suun yang marvelos, goreng telor dadar dengan rebus bayam. Oppss.. air sarsi dengan oren. Hehehhehe… memang melampau kan nak air sampai 2 perisa. Saya dengan obek makan gila2 la. Saya tapaukan juga sate untuk buat makan2. ye la.. takkan pergi tangan kosong je kan. Dah le ibu tolong basuhkan baju, masak lagi, takkan kita bawak perot je. Sangat kurengg okeh.

Tengah sedap2 makan sekali,

Hensap!! Yan der resssss!!! (read : hands up! You are under arrest!)

Ayoyoyoyooo… udah le kita ni tengah menahan pedas macam nak terkeluar api kat anak tekak, boleh lak mamat perampok amatur ni nak merompak kita. Sapa lagi.. si budak aish tu le. Dia tu still pelat sebab tu bunyik amarannya tu lain macam sikit. Kalo sebut perkataan ada huruf ‘S’ tu kene panjang sikit. Al-maklum, gigi termancung sikit itu le pasal nya. Hahahhaha…. Jangan memain, sampai ada 2 pistol ye. Siap ada peluru lagi. Peluru kecik2 macam telor cicak je saya tangok tapi kalo kene memang menangis le. Aduhh…mujur tak tersedak. Dalam banyak2 manusia tu kat pinggang saya gak yang dia cocok. Dah le makcik ada sikit ala2 melatah. Hehehehhee…. Terus tak vogue. Si Aish tu kalo suruh makan bukan main susah. Apa yang dia nak makan ialah makan nasi himpit tu je. Kosong ye puan2. takmo cicah apa ke benda pon. Kalo raya pon macam tu la dianya. Owh, dia tak panggil nasi himpit, dia panggil buah putih. Huhuhuh…jimat belanja. owhh... layankan je la.


the gun which used to merampok me while i'm having my sinful gulai pedasss..


Lepas makan, tengok tv saya main2 le dengan si Aish tu. Hehehehe..kesudahannya saya dengan obek yang terover2 main pistol tu. Hwuahahhaha.. siap tembak2 sampai ke laman lagi. Havoc betol malam tadi. Bagai nak pecah le 1 rumah tu dengan suara orang tua main pistol mainan. Hwauhahhahaha… takpe la kan, sekali sekala.

Dalam pukul 10pm balik rumah dah. Penat la. Say thanks to ibu coz tolong basuhkan baju dan masak yang sedap2 itu. Opsss.. lupa, ibu ada bekalkan bubur som-som. Hehhehe…


cheeky boy (aish) posing with his guns... excited je dia tu.


Tapi yang sedihnya lupa nak bawak bubur tu masok rumah malam tadi. So sudahnya bubur tu tido dalam kereta je la semalaman. Pagi tadi nak pergi kerja baru perasan. Taktau le elok lagi ke tak. Kalo basi rugi le sebab saya belom makan lagi. Saya suka bubur tu sebab lembut2 gitu. Korang tau ke bubur som2 tu camne? Alahhhh…google le sendiri. Hahahhahahahha…..