mari mencari....

Google
 

Thursday, November 13, 2008

ada orang merajuk...

malam tadikan..ada orang merajukkkk… hahhahaha…. Dah le semalam balik jem bukan main. Memang le bukan main2, real punya jem. Benci ahhh… tak larat dah kaki nak tekan break semua tu. Dengan sakit perotnya, dengan peningnya lagi. Rasa nak nangis je dalam kereta tu. Tapi tak nangis la kan.

Sampai rumah 730pm. Bek dah tunggu kat pagar terus zoom pergi makan. Sampai kedai makan order nasik goreng dengan order keropok goreng. So sementara tunggu nasi goreng siap saya makan dulu keropok goreng tu. Sekali tengah sedap2 makan ternampak le bapak besor lalat mati kat dalam atas keropok tu. Uwwaaaa…… memang saya campakkan keropok tu tau. Obek dah tau dah.. ni mesti gunung berapi meletus nih. Dia kata dah2, takyah makan lagi, minum dulu tunggu nasi. Tau la dia tu bukan suka bising2 nih. Saya yang meroyan tak tentu hala. Ye la, memang saya tau maybe orang tu tak perasan tapi kan ke dia yang amik keropok tu satu per satu camne boleh tak nampak. Bukan kecik, tapi besar okehhh!!! Memang spoilt the mood betol. Dah le lapar jadi hal pulak. Sudahnya saya tak makan pon nasik goreng tu sebab selera dah tumpol tapi perot berkeroncong.


keropok tu mcm ni la.. tapi yg ni amik gambar kat tenet.. dia kan mcm telungkop2 tu..


On the way balik rumah obek lak cakap nak pergi kerja. Uuwwa…lagi satu perkara menyakitkan hati. memang saya tau dia nak pergi kerja malam tadi tapi saya pikir dia boleh la skip ke apa ke. dah dengan benagng kepala saya ni. Saya yang dari tadi dok menahan perasaan terus la terhambur segalanya. Ah..sudah.. budak ni dah merajuk.


Balik jer terus ni nangis2 sorang polok nezha la. Entah la apsal. Rasa geram je tak tentu hala. Obek lak bagi sms say sorry. Uuwwaaaa.. bukan melegakan. Lagi menambahkan liter airmata ku tumpah jek. Dah relax tu saya siap2 nak kuar. Membawa hati yang lara ni la konon. Sms kawan if dia free boleh pi tengok wayang midnite. Dia tak free le pulak. So saya pergi jalan2 pusing2 sensorang naik kereta. Pergi singgah jusco pusing2 dalam tu. Nak membeli belah pon takde selera. Beli jugak kek 2 keping boleh share dengan nezha.

Masa saya kat jusco tu obek sms tanya semua la. Saya jawab saya kat luar. Pergi mana? Tak tau lagi nak pergi mana. Dia kata jangan keluar dok rumah kejap lagi dia sampai bawak saya keluar pergi memana. Saya kata takyah la.. pergi la kerja saya boleh kuar sendiri. Khahahhahaa… ada unsur2 cerekarama di situ ye. Dia kata jangan mengada. Kejap lagi dia sampai. Saya tak reply pon. Malas. Tak kuasa.

Lepas pusing2 semua saya pon balik le rumah. Sampai je dari jauh dah nampak kereta dia kat pagar. Hahahhahahha…. Tak tau lak kalo merajuk sampai lari2 ni menjadi jugak ye. Mujur juga saya tak jadi tengok wayang. Kalo tak harus le saya off hanphone then balik rmh pukul 2am. Baru la menggelupor obek cari saya tak dapat. Bagus2. lenkali nak buat macam tu. Biar dia tau, biar dia rasa.

Saya ni bukan apa.. bukan le nak berkepit je 25jam sehari tapi nak le jugak kuar jalan2. dengan otak runsingnya dengan perangai orang mcm tu.. buat saya tambah tensen. Keterlaluan ke saya ni? Am I such a burden??

4 comments:

one love said...

drama minggu ini yer?
slot RTM tv satu yer?

hehehehe

~dARlee zURiS~ said...

hehee..biasa lah tu
mood ting tong ting tong nie kan lumrah pompuan ;)

sekali sekala merajuk best gak kan
baru tau betapa dye sayangkan kite! :)

Ummibatrisya said...

salam,

drama ni biasa-biasa aje, tak leh kalah dengan drama cekerama kat tv3
malam-malam lalat pun ada ke?

obek keje sebab nak cari duit banyak :)

nanti nak jemput ummi dan kawan-kawan lain makan nasi minyak kan :)

jangan marah.... LARIIIIIIIIII!

saya said...

1love : bukan slot RTM.. ini live telecast niii....

darlee : ye la tu. sesekali terjadi baru tau.

ummi : baru berlatih drama.. esok2 lagi hebat la tu. hahaha.. KEJARRRR!!!!!