mari mencari....

Google
 

Tuesday, November 18, 2008

aksi2 notty nezha...

Jom kita tengok aksi-aksi notty dari en. Nezha yang dikasihi serta disayangi dari hujung kuku sampai hujung ekor kembangnya. Waduh2…. Dia tu kan, ada je kerjanya tau. Ini kira cerita flash back le ni... cerita hari ahad. Petang tu saya beli mcD la konon lapar nak makan. Lepas makan saya tidor depan tv bentang toto la senang. Sedar2 dah dekat nak senja. Saya tengok mamat kepochi tengah syiok tido gak kat atas coffee table belakang kepala saya. Hehehehhee.. saya pon amik le peluang untuk snap gambar dia tengah tido. Hwauhahahhaha… sungguh comot.

tido tak nyedor2 dunia.....


syiok beno nampaknya..tengah mimpi apa la agaknya tu.


Agaknye dia tersedar le sebab camera tu ada flash2 le pulak. Then dia bangun. Dasar pendengki dan bengang sebab saya kaco dia tido tau dia buat apa? Dia gigit2 straw air milo tu. Whauhahahha… saya alihkan dia pergi jugak kejar straw tu. Huhuh..sangat cute masa tengok dia gigit2 tu. Beriya-iya dia menggigit straw tu kegeraman. Sudahnya sebab tak dapatkan, dan air pon hampir tumpah dikerjakan dia, saya amik la sikt bagi dia rasa. Wahhhh… suka beno melompat2 dia minum milo tu. Tak kuasa tau melayan dia nih. Demand semacam. Saya bagi sikit je sebab takot kang dia sakit perot le pulak ke hapa ke. Naya je.

cubaan menggigit2 straw.. pendengkiiii...



bila dah dapat dipulas2kan straw tu ye...

yeahhh...geget lagiiiiiii....


So, lepas ni the verdict is kalo beli air milo mcD kene sorok kalo tak nanti dia nak jugak. Mana bolehhhh.. tak cukup nantiiiiii……

3 comments:

one love said...

suka minum milo ais :)
cutenya lah si nezha nih!

saya said...

hehehhe..mummy nezha ni lagi cute tauuuu...hwuahahaha...mak gak promote diri sendiri nih.

IdaShah said...

nezha nak try minum pki straw tuh