mari mencari....

Google
 

Monday, November 24, 2008

best ke??

wahh... hari ni saya dapat hadiah lagi dari en. janggel. hehehhee.... kuss semangat. kalo award ni buleh tahan lagi, kalo bab tag tu yang saya lomah sikit. hehehhe.. kali ni dapat award blog gila / best katanya. wahh..gila??? best?? heheh..apa la sangat isi kandungan blog saya ni. pusing2 situ juga ceritanya. lain takde. cerita pasal nezha je la yang banyak pon. selebihnya cerita pasal saya ngamok2 membebel2. hehehe.. agaknya itu yang syiok tu kot.

pada saya blog saya ni biasa je. cerita pasal aktiviti harian walopon bukan setiap saat punya pergerakkan. saya tak betah kalau isi kandungan harian saya terlalu ditulis2 dijaja untuk tatapan umum. perlu ada keperluan untuk individu dan privasi sikit. takkan la setiap pergerakkan nak kena masok blog. saya tak suka tu. kata saja yang saya ni kedekut atau berlagak tapi itulah hakikatnya saya. saya suka berkawan, berkenalan tapi saya takmo terlalu exposed tentang kehidupan saya. kadang kala ada juga blog yang saya baca every second punya cerita pon nak masok. takde hal. itu kehendak individu cumanya kadang kala macam tak syiok pulakkan if semua orang tau apa saya buat setiap saat.

memanglah blog ni boleh kata macam 2nd diari dalam hidop. jangan tak percaya zaman IT ni pon saya still ada diari tulisan tangan macam zaman dinasour dulu tu. heheheh.. sentimental value.

tujuan saya berblog ni pon bukan sebab nak bermegah, nak menunjuk atau seangkatan dengannya. bukan juga nak mengaut keuntungan sebab ada letak iklan kat situ. saya letak tu sebab saya tengok semua orang pon ada benda tu so nak le juga tapi tak tau lansong apa fungsinya. pada saya selagi ianya tidak membebankan dan mendatangkan kesan negatif tak salah saya letak. if sesapa kawan2 yang ada perniagaan online nak letak iklan kat blog saya pon boleh, cumanya kebarangkalian mendapat customer amatlah rendah sebab pengunjung blog ni tak ramai. takde mencapai 100 hits pun sehari. tapi saya tak kisah. sebab pada saya kawan yang setia itulah yang lebih penting walopon hanya seorang dua.

so, berbalik kepada award bertemakan kucing oren berlatarbelakangkan rumput hijau tu.. en. janggel, dengan ini saya dan nezha menerimanya dengan hati dan tangan yang terbuka. lepas ni if ada award untuk blog paling sengal pon boleh gak bagi kat saya ye. hehehehhee.....

kebanyakan kawan2 cyber saya, saya lihat mereka sudah ada pon award ini tapi takpe, saya bagi lagi, kerana itu menunjukkan anda benar2 mempunyai blog yang gila dan best!!!!!








oleh kerana disebabkan ianya award, saya takmo pilih sapa2, SAYA NAK BAGI KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA ini tidak kira anda ada blog atau tidak, anda pernah komen sebagai anynom atau tidak, anda suka saya atau tidak, anda lelaki atau perempuan dan apa juga. terima kasih kerana terus membaca tulisan yang selalunya ntah hapa2 ni. hehehehe... semoga kita terus bergila dalam berblog.

3 comments:

Ummibatrisya said...

salam,

nasib baik tak ada specific name :)

sambil mengelap peluh di dahi :)

kalau tak berpeluh mak cik :)

Janggeltrekker said...

hahahahah blog giler best!!!

saya said...

ummi : hehhehe.. dont worry sebab saya pon rasa yang sama seperti ummi...letihhh

janggel : bior blog yg best gila jgn saya yg gila. huhuhu...