mari mencari....

Google
 

Monday, November 3, 2008

cerita anak sendiri le pulakkan...

asyik cerita pasal anak orang je dari pagi tadi, sekarang cerita pasal anak sendiri le pulakkan. hehehhee... nezha macam biasa. baik sangat (ye la tuh). semalam saya asyik le dok baring tidor je. memula tu dia teman gak tido baring, lelama dia boring la sebab takde pon main2 dengan dia. sampai dia mau-mau banyak kali baru saya paksa diri bangun dan suap dia makan. kalo tak tu memekak je. sekarang ni pandai pulak nak memekak2 nih. gggrrrr.....



malam tadi saya keluar kejap pergi beli gas. itu pon tunggu sampai obek habis kerja. benci tau. dah berkurun dah gas kat rumah tu habis baru malam tadi nak berbeli. saya mana le larat nak hangkot tong gas tu. berat yang amat. nak call orang kedai tu segan le pulak.

so, pergi le malam2 tu kami bertiga. wahh..kenmain suka mamat kepochi naik kereta malam2 tengok lampu ye. mau-mau je dia dalam kereta. hehehhehe... siap berdiri2 lagi tu. gatal.



sekali sampai rumah dah masokkan tong gas borak2 kejap dengan obek. panggil2 mamat kepochi senyap je. eh, mana lak perginya dia nih. cari2 tak jumpa. baling2 dart tak datang. owh..risau nih. lorr..rerupanya dia tertinggal dalam kereta. hwuahhahahhaa.... mengiaw2 dia dalam kereta. boleh saya terlupa. mujur cepat sedar kalo tak entah la apa jadi.

amik je dari kereta menjerit2 dia. kesian dia ketakutan. saya lak pelok le bagai nak rak. dia pon bukan main melekap lagi. lalalalla.... kesiannya. sorry nezha...



masok je rumah mencicit dia dok menyorok bawah meja. hahahhaha... agaknya2 ngeri dah dia kot. tapi saya rasa nezha macam dah kurus sikit le sekarang ni. risaunya.. camne nak bagi gemok ni. opss..malam ni kene korek telinga nezha la. nampak macam dah kotor. tak vogue le muka comel tapi tinga busuk. hehehhehee.... tapi nak mengoreknya 1 hal. dengan obek je dia takot sikit tak bergerak itu pon kena kepit bebetol. kalo dengan saya.. huiii... dikentutnya je la. kalo dengan obek, obek sound je haippp... tau lak dia diam2. kalo dengan saya banyak lak cengkadaknya. nak kene upah makan dulu, gosok2 dulu sudahnya korek telinga ke mana dia ke mana. haii.. nezha, nezha... macam2 perangai kamu ni ye. cubit nak? kahkahkahkah.....

4 comments:

debikdebuk said...

muka kucing ko tu mcm tak puas hati je. aku siku gak kucing tu kang.. aku kalau geram kat kucing, aku gigit telinga dia..

~dARlee zURiS~ said...

hahaa..lawak lah
camne blh tertinggal dlm kete??
cian dye...
nsb baik ingt
kalu x..mau terkencing terberak dye dlm tu takot..huhuu...

Ummibatrisya said...

salam,

kesian kat baby bucuk tertinggal dalam keta :)

nasib baiik teringat kalau tak ada yang pengsan :)

saya said...

debik!!!! sampai hati nak geget dia ye? saya geget awak dulu. hahahha..

darlee..tu la pasal. lupa sangat2. betol la tu nsb baik tak uk-uk dalam kereta.. kalo tak 1 hal pulak.

ummi-yang bakal pengsan tu saya, bukannya dia. hahahhaa...