mari mencari....

Google
 

Monday, November 3, 2008

the day i met syuib...

dah katakan hari sabtu tu saya pergi amik ubat penawar demam ni. Sekali amik ubat demam campak baby arwah man. Rupanya malam tu yang saya tidor mati tu mak baby tu call ma saya. Menangis2. ma saya ap alagi, risau le dia apa hal pulak memalam call menangis2 ni kan. Rupanya dia cakap dia tengah ada kat klinik ni. Bawak baby sebab demam campak. Dah keluar sebijk dua dah campaknya. So dia mintak tanya la kat ma saya nak bagi ubat camne. Ma saya kata nanti dia carikan daun bamboo untuk buat mandi ke hapa ke saya pon tak perasan le. Dengan nanti mintakkan penawar. So, itu le yang kitaorang pergi tu. Orang ubat tu bagi kelapa muda suruh sudukan kat baby tu dan sapu sikit2 kat badan baby.. bagi sejuk dan bagi kuar habis campak tu. Orang tu kata ini kalo orang tua2 kita panggil sakit sayang. Tak boleh memarah baby if dia nangis2 pasal campak tu takot nanti campak tu merajuk nanti dia tak kuar habis so then nanti boleh kena balik. Kena puuk2 je baby cakap sayang, sayang macam tu la. Hahaha.. petua orang tua2 ni kadang2 boleh diikut.

Nama baby tu panjang 3 perkataan tapi yang saya ingat nama hujung je – syuib. Menarik. Jarang ada baby nama syuib sekarang. Sekarang semua nak boh nama omputeh je. Saya memang tak pernah jumpa baby ni. Jumpa arwah man pun ada la sekali dua itu pon tak jumpa berdepan2. biasa kalo dia datang rumah ma, saya dok kat depan atau kat atas. Bini dia pon (nama wani) saya jumpa sekali je itupon sekali lalu je. Masa tu dia tengah preg si syuib tu la. Gemok masa tu.

so cute.. bagi jelingan manja pulakk..

Tapi hari yang saya jumpa tu punya la kurus. Tapi baby masyaalaah.. debab-bab-bab. Alhamdulillah. Muka baby sebijik muka arwah ayahnya. Saya pulak yang sedih. Kaki baby tu kalo tendang saya harus melayang saya. Hehehhee.. saya teringin nak dukung baby tu tapi takot la pulak. Dah le time tu saya tak sihat demam, kang berjangkit pulak kat baby. Baby pon bukan sihat sangat time tu, demam campak. So saya just main2 kunci je la. Ma dukung la baby tu. Sangat comellllll.. gerammm

posing time....


Masa nak balik tu salam2 udah ada drama le pulak. Standard le ma tu. Si wani tu pon pelok2 ma nangis. Ma pon nangis. Saya nampak they all menangis saya cepat2 lari keluar sebab saya takmo nangis dalam tu. Saya lari keluar pergi kat kereta buat2 kemas paper dalam kereta walhal saya dok nangis kat situ. Hahahha.. sedih. Sungguh sedih, hidup umpama sebatang kara kat sini. Baru nak menikmati hidop berkeluar suami pula meninggal. Tinggalkan anak yang masih terlalu kecik. Syuib sekarang umur 5 bulan. Memang tak kenal lansung dengan arwah ayahnya. Wani pula saya duga dia seorang wanita yang sungguh kuat. Kuat menghadapi perjalanan hidup. Kuat mengadapi dugaan yang begitu besar. Keluarga pula jauh di kelantan. Jadinya, cuma ma saya la tempat mereka 2 beranak mengadu nasib. Sedih benar saya. Kerja kat sini sebagai guru, tapi belom confirm lagi. Saya pun tak tau le camne peraturan prosedur guru ni kan tapi dia dah mohon pindah ke kelantan sana la. Harap2 dapat. At least kat sana dekat dengan saudara mara, mak bapak. Kuat la sikit tempat bergantung. Kat sini, semata2 harap gaji bulanan je la. Kereta nak bayar, rumah sewa nak bayar, upah orang jaga syuib nak bayar, makan minum lagi, keperluan baby lagi. Kalau saya pon entah la. Tak sanggop hidop agaknya. Hidop kerana ada anak yang sedang menunggu. Tapi kalo kita sensorang takde anak lain pulak ceritanya. Entah la.. saya doakan semoga dia dan baby syuib mampu hadapi.

gonna miss you cute lil' baby...


Taktau la kalau saya yang berada di tempat dia. Entah la. Takot dan takmo pikir. Minta dijauhkan perkara2 macam tu dari kita semua.

5 comments:

aD said...

sedih nya hidup saudara awak nih.. rasa insaf sangat..

~dARlee zURiS~ said...

sedihnya rasa..
kesian nye..
semoga dia tabah menghadapi dugaan nie..

baby tue sangat comey kan..
geram!!!

Ummibatrisya said...

salam,

sedih!

sensor!!!! ada orang tak pakai baju :)

comel sungguh!

montel :)

kesian kat syuib, semoga syuib cepat sembuh :)

saya said...

ad-tu la sedih sangat. dia bukan saudara saya cuma anak angkat ma saya je.. tapi kita anggap dia family kita jugak, bukan orang luar. owhh..sedih!!!

darlee-kita sama2 doa ye. saya ckp kat ma if dia tak larat jaga syuib bagi je kat saya. ahhahaha... gerenti saya mauuuuu..

ummi-opss..lelaki seksi takpe.. dialu2kan. hwuahahhaa...

payarumput21 said...

Salam..

Berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul..

Sedihnya... :-(