mari mencari....

Google
 

Thursday, November 6, 2008

dapat anugerah konon...

wahh...ada orang dapat anugerah kononnya.

ceritanya camne. semalam (alalala..hari yang saya bengang merajuk sakit hati tu le kan), obek rupanya tetiba ada staff meeting kat office dia le petang tu. mana le saya tau jadual kerja dia. tapinya semalam tu saya sampai rumah dalam pukul 7pm tu dia pon sampai terus ni bawak kuar hamper. ingatkan hamper apa. dia ada gak call awal2 petang tu inform dia dapat hamper tapi saya buat layan tak layan je. ye la orang tengah bengang pi dok cerita pasal hamper mana nak masok otak.

dia bagi kat saya wahh..siap cakap ni, "nah... hamper untuk orang bengang, dengan ucapan jangan bengang2 selalu,". uuwwaaaa... benci tau. orang tengah hangat hati ni pegi buat lawak2 pulak apsal???

saya tanya dapat hamper sempena apa? dia jawab tadi ada staff meeting tergempar. semua kena bambu la dari A sampai Z semua kena. dah habis2 meeting tu big bos cakap ada hadiah nak bagi. rupanya udah hujung tahun ada dapat hadiah daa.. kiranya hari penganugerahan pekerja la nih. hahahha... yang sangat lawaknya, biasa kita bagi hadiah kat staff yang paling rajin la paling baik la kan, tapi bos dia staff paling malas pon dapat.

yang lagi best, lagi terok anugerah ko dapat, lagi tinggi hampernya. uuwwaaaa... makan hati le orang2 yang dapat title baik2 tu. obek punya hamper kecik je so guess what? harus le dia dapat title yang baik2 kan. ahhahahaa... nasib baik. tak sesia kerja siang malam.


hamper kecik yang obek dapat...

ada macam2 title korang.. bos dia gila la. ada title most hardworking staff (obek le nih, huhuhu.. sungguh perasan orang tua tu semalam), ada title most tidy & neat staff, most talkative, most drama king/queen, most lazy pon ada jangan tak tau, most unorganized pon ada, most annoying pon ada, most buzy-body pon adaaaaa. huhuhuhuuu... apa la bos dia tuh. yang dapat hadiah paling besar ialah yang most lazy tu... dapat motor kat site yang dah tak guna but still elok lagi. biasa la motor guna kat site main hentam je, moto pree katakan. kalo repair touch-up sesikit elok sesangat lagi motor tu. hahahha.. jangan sukahati ye ko dapat hadiah moto tu.. hadiah diiringi dengan surat berenti kerja sebab totally no contribution and no improvement after several reminders. haiyooooo.. ngeri dapat bos macam nih.


pandangan dari tepi le pulak.
eeeehh.. lupa le pulak nak suruh nezha posing2 kat hamper tu.
mamat tu kan suka kepoh2 nih.
masa saya tgkp gambar ni dia ke mana ntah.


kiranya setiap staff dapat hadiah tu, takde yang terkecuali. lepas tu kena paksa bagi ucapan yang kena guna perkataan 'thank you for choosing me as the most blablabla' (apa yang dia dapat tu le). huhuhuhuhuu... adegan kena bambu time meeting tu bertukar jadi meriah. sebenarnya bos dia nak tegur tapi cara terbuka dan still berhemah lagi la kan. mentang2 bos dia tu baik.. anak2 buah semua pijak kepala la. dia ingat orang tua tu diam, buta tak nampak apa yang diaorang buat. haa.. hambek ko.. terus dapat surat berenti. tapi yang mamat dapat surat tu memang patot le pon. asyik le missing-in-action je kerjanya. call office cakap kat site, call site dia takde, cakap ada kat sana sini. bila call the other party cakap orang tu tak de pon datang jumpa dia. so camno nak tolong lagi. sementelaah, bos dia pon bagi le surat cinta tu sebab ko nak sangat takde dalam kompeni tu kan. haaa..merasa.

sesambil tu bos diaorang pon sound la..yang talkative tu please la, cakap perkara penting je, hal2 kerja je. nak sembang boleh tapi jangan over2 la. yang busy-body tu please jangan busy-body hal2 personal staff lain, buat hal memasing je dah. macam tu le bos dia bagi nasihat. aduhaii..kalo saya dapat anugerah macam tu.. malu beb. mau tak malu, walopon dalam suasana gelak2 tapi sinis pedas tu ucapan bos. lepas ni kalo tak sedar jugak entah le. memang muka kulit gajah le jawabnya. mana yang dapat title bebaik tu dapat angpow. obek dapat berapa? hahahhahahha... envelope kosong, tapi ada kertas tulis 'please check your bank account', signed : bos. haiyoooooo......

dah cerita2 tu baru le saya macam ada hati sikit nak gelak2. tapi still sakit hati. malam pukul 930pm kuar makan. perot dah masok angin. cadang2 nak masak maggy je tapi tak de mood. pergi kedai makan mihun tomyam, nak diet kononnya, tapi banyak beno orang tu boh bawang. spoil la. membazir je boh bawang banyak2 bukan makan pon.

pagi ni mood dah okey sikit. nezha pon macam tau2 je saya tengah moody. baik je dia tak buat kacau kat rumah. luv u my baby nezha. oopsss.. luv u to obek, extra balance in bank account is for me, right? hahahhaha.. tetiba je nak pow orang tua tuh. sesuatu tau...

No comments: