mari mencari....

Google
 

Friday, November 14, 2008

hari diabetes sedunia (14 november)...

hari ni ialah hari sambutan Hari Diabetes Sedunia, yang disambut setiap tahun pada 14 november. apa diabetes tu? bahasa pasarnya yang selalu kita sebut ialah penyakit kencing manis. apsal lak kencing manis? sapa yang rasa? jangan ko gila2, ini takde sapa2 yangrasa. ini dia buat test kandungan paras gula dalam air kencing. punca utama? biasa la... pengambilan gula yang berlebihan. sebab tu orang kata makan ikut rasa bukan ikut tekak. tapi penyakit ni dikatakan penyakit keturunan. jadi, if kita tau salasilah family kita ada penyakit kencing manis, ada baiknya jika kita buat pemeriksaan awal. bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari merawat. untuk info pasal sambutan hari diabetes sedunia boleh baca di sini - World Diabetes Day

aaaaa..itu dalam penjelasan bahasa yang mudah, kalo dalam bahasa yang rasmi2 sikit, penyakit kencing manis atau diabetes ialah merupakan keadaan di mana terdapat glukos di dalam air kencing seseorang. ini disebabkan oleh glukos (gula) dalam darah tidak dapat dicernakan oleh badan disebabkan oleh samada kekurangan penghasilan insulin, kurang keberkesanan insulin, atau kedua2nya sekali. glukos yang berlebihan itu akan dikeluarkan bersama air kencing. kencing manis boleh menyebabkan masalah lain, bagaimana pun pengidap penyakit kencing manis boleh mengambil langkah2 untukmengawal atau megurangkan risiko masalah sampingan.

aaa..baru le kita tau yang selama ni orang sakit diabetes tu dia injek2 insulin kan? rupanya insulin yang diinjek tu adalah untuk menambah balik insulin yang dah hilang tu.

sesiapapun boleh terdedah dengan ancaman diabetes ni. orang dewasa, lelaki, perempuan, kanak2 pon ada jugak yang kena.

kalau kat Malaysia ni, ada Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) yang bertujuan untuk memberi maklumat dan sokongan kepada pengidap serta ahli keluarga pengidap tentang langkah2 mengawal pengakit itu. boleh tengok info lebih di sini Persatuan Diabetes Malaysia (PDM)




aaaa...so ada la beberap tanda awal untuk kita mengesan samada kita mengidap sakit diabetes atau tak. antaranya :

1. Jumlah urine yang dikeluarkan lebih banyak (Polyuria) - jgn taktau urine tu air kencing ye

2. Sering atau cepat merasa haus/dahaga (Polydipsia) - asyik la nak minum je

3. Lapar yang berlebihan atau makan banyak (Polyphagia) - owhhh....

4. Kekerapan urine meningkat/kencing terus (Glycosuria) - selalu je nak buang2 air

5. Kehilangan berat badan yang tidak jelas sebabnya - bukan sebab makan HL ke JDM5 ke ye.

6. Kesemutan/mati rasa pada ujung syaraf ditelapak tangan & kaki - rasa kebas2

7. Cepat lelah dan lemah setiap waktu - mudah penat la tu.. kecuali u memang sempot la

8. Mengalami rabun penglihatan secara tiba-tiba - haa.. ini ramai ni

9. Apabila luka lambat penyembuhannya - ada gak ni.. hati2

10.Mudah terkena jangkitan terutama pada kulit - gatal2, ruam2,



jadi kalau rasa2 kita atau keluarga atau sahabat kita ada sebahagian besar dari tanda2 tu lebih baik pergi check cepat. tape keluar duit awal untuk check jangan dah terlambat lagi susah. kita susah, keluarga dan orang2 yang tersayang pon akan turut merasainya. ye la..cubit peha kiri peha kanan pun terasa kan.

ini info yang saya ada la setakat pengetahuan saya. kalau salah sila betolkan, kalau betol kita share sama2. ada juga antara sahabat blogger saya yang saya sayangi ni mengidap diabetes. diharap bersabar dan harus ikut selalu saranan doktor. jangan malas makan ubat ye.

saya doakan semoga sesiapa juga yang mengidap diabetes agar cepat sembuh dan gembira selalu... luv you...

No comments: