mari mencari....

Google
 

Monday, November 3, 2008

huhuh...kepoh kembali...

hari ni kawan saya yang kepoh tu dah start bekerja semula selepas habis cuti bersalin. dapat anak perempuan, nur aqasha liyana namanya. macam2 cerita saya dapat hari ni.. most of it cerita mengumpat la. al-maklum.. dah sebulan lebih tak berym dengan dia. hahahahha.....


macam2 cerita ada..cerita pasal adik ipar dia yang nak kawen bulan 12 ni tapi duit baru ada 2k, cerita pasal raya kat kampung, cerita pasal dia kata dia takde mood nak kerja sebab dah best cuti lama....



paling tak tahan cerita pasal dia buat kenduri cukur jambul last month. standard la... cerita pasal persiapannya, cerita pasal kemeriahhannya, cerita pasal menunya yang canggih, cerita pasal grandnya majlis tu. mana ada orang lebih bagus dari dia kat kampung tu. dia ada jemput saya tapi saya tak boleh pergi. paling tak tahan cerita pasal budget kendurinya.. perlu ke mention budget kenduri ko rm4k tu??? saya kata ada apa hal kenduri 4k, kata gaji laki sebulan 6k tu belom campur bonus berbulan2 lagi. hahahaha...




mmmm.. layankan jugak la. orang mcm tu kalo dibangkang cakapnya tak boleh diterima jadi ye kan je la apa yang dicakapkan. ni nanti if dah ada masa nak pergi melawat dia kat rumah dia kat subang ni. harap2 ada la kesempatan sebab saya cuma pergi melawat dia masa kat hospital je hari tu. itu pon nak kene tunggu time laki dia ada kat rumah malam sebab laki dia selalu je kerja shift malam. kalo laki dia takde kang obek nak sembang dengan sapa lak. kita pompuan harus nak cerita pasal hal pompuan je.

dia cerita tadi dia dapat hadiah stroller dari kompeni dia.. kawan2 office tong2 la bagi hadiah. saya kata bagus la, dah jimat duit. kurang2 dah ringan beban sikit. tapi katanya orang office bagi cop anakku.. dai nak cop lain. haiyooo.. orang dah bagi pon banyak bunyik lak. hari tu saya suruh beli cop gracco ko takmo. macam2 la. harap2 baby dia baik sikit mulutnya, jangan macam tu. jenuh. so tadi saya tanya dia nak hadiah apa untuk anaknya. sebab hari tu melawat saya just bagi yang set baby macam baju + beg je. kot2 la dia nak apa yang lain. dah kata anak sulung mesti nak meriah sikitkan. dia kata nanti la dia tengok dulu apa yang takde. saya tak kisah le if dia nak playpen pon, dah kata kawan bagi je la. hope nanti time saya beranak dia bagi pulak. dapat stokin sepasang jadi la. ahhahahha.. entah bila tahun le tuh. doakan je la moga ada rezeki.

2 comments:

Nurmala said...

dulu masa kawan saya cuti bersalin, alahai...sunyi jer..kerja menimbun lak tu..sbb saya kena cover kerja dia..

saya said...

takpe mala sabar2.. esok2 mala lak cuti bersalin dia lak cover mala. hehehe...