mari mencari....

Google
 

Monday, November 10, 2008

huhuhuhu.. nezha berkemas...

malam tadi kononnya nak tidor lena2.. sebab badan tak berapa sedap le pulak asyik terbersin je tak henti2. entah la apa kenanya. banyak sangat habok kot kat rumah. wahh.. dasar pemalas memang macam tu la. habuk tu kalo boleh dijual timbang kilo harus saya la yang kaya raya maulana sekali agaknya.

anyway, sebelom tidor saya dah makan ubat selsema. mencegah lebih baik dari merawat. tapi pagi tadi still ada gak bersin sikit2. sekarang dah tak bersin2 dah tapi macam nak selsema tapi saya sms kat obek cakap saya dah selsema terok. whuahahhahaha.. propah lebih. yang orang tua tu lak bercaya je bulat2. hehhehehehe.. siap kata nak belikan ubat. takpe2.. kita tengok betol ke tak dia belikan nanti.

tengah syiok2 tidor malam tadi saya dok dengar bunyik kelenkang kelenkung.. ayoyoyooo.. apa benda tu. saya bangun sikit tengok tempat tidor nezha dia takde. sah!! memang sohih la nih mamat kepochi punye kerja la tu. apa la yang dikejar agaknya memalam buta tu walhal saya tutup dah lampu depan. just lampu dapur je buka, means rumah just ada samar2 cahaya je la. memang nak kena dia ni tau. sekali dengar kelentunggggg kuat. bunyik macam periok jatuh daa.. haiyoooo.. hangin betol saya. tengok jam pukul 430am. sebab geram sangat saya bangun juga pergi check apa yang dikerjakan dek budak tu.

pergi2 check rupanya betol la dia dah jatuhkan periok. ntah le camne gayanya dia mencekau piok tu walhal piok tu kat tempat pinggan. mujur bukan pinggan yang jatuh. kalo pecah kena kaki camne? kaki saya takpe la.. kaki dia? dah satu hal camne nak berjalan. memang nak kena tau budak ni. dia nampak je saya datang dia pon mencicit lari dok bawah meja. bila tanya apsal buat bising pepagi buta ni, dia diam je. mau-mau suara menyesal le konon. nak berkemas rumah lakdia pepagi buta tu. gggrrrrrr.....

udah satu kerja kene mengemas pepagi buta tu. macam nak sahur le pulak. agaknya dia kejar lipas kot. sebab hari tu ada lipas. agaknya la. takpe la.. jangan buat kerja bukan2 sudah. saya risau je if dia makan lipas tu. ye la.. dia bukan biasa sangat makan2 lipas ni. kang sakit perot cerry-berry camne?

sesambil kemas standard la saya dok membebel2.



muka menyesal la konon. puas hati la buat saya mengemas pepagi buta tu kan? dendanya takleh tidor kat bilik. tidor je kat depan tv tu. very good.



takde maknanya saya nak marah dia lama2. dah siap kemas saya pon sempat la pulak turn on tv tengok ada cerita apa. entah la cerita apa saya tengok kartun. polok2 nezha, cakap2 sikit bagi nasihat kuliah pre-subuh, mamat tu pon dah menyesal. dok menggesel2 suruh dukong le tu. tak kuasa makcik. jalan sendiri.



ada je tau akal dia tu. macam2 perangai. pagi tadi saya dah siap semua awal2 memang saya dah tuang makanan dia. so sambil saya mandi dia boleh le makan sambil tengok free show tu. hwuahahahahhha..... saya siap je mandi dia pon dok mengekor ikut saya pakai baju. gatal. pas tu saya dah start kereta baru la dia melompat2 mau-mau. nak makan le tu. aduhhhhhh... kene la dok tunggu mengadap dia makan sambil sapu2 belakang dia. uuwwaa...orang dah lambat ni nak pergi kerja kang jalan jem. salah saya jugak kot sebab terlalu manjakan dia. tapi tak sampai hati pulak biarkan dia makan sorang. dah le siang2 dia sorang je kat rumah tu. sudahnya memang lambat saya hari ni. pertama sebab memang kuar dari rumah lambat. kedua jalan jem gila sebab maybe ada xcident kot. sudahnya 915am baru sampai parking lot, plus 5 minutes jalan kaki ke office. hahahahhahahha.....

4 comments:

IdaShah said...

comeii nya...
aku pun minat kucing

payarumput21 said...

Salam..

Hmmmm... manjanye... mengada2 nye...
Kalau siPohPoh ngan ChanChan.. lambat kalu.. haa.. hang tunggu la sampai bebudak balik sekolah.. baru dapat makan.. Sian..

BlankQo said...

adakah nezha itu seekor jantan? jika ya, tidak hairanla mengapa begitu :P

saya said...

ida..bgs2 minat kucing..ada geng

cikpaya..huhuh..tu yg kesian sangat tu

blankqo..ye..nezha seekor jantannnnn