mari mencari....

Google
 

Monday, November 10, 2008

james bond dan membebel....


dah kata pergi tengok cerita jamil bong (james bond) dengan obek semalam. Pergi tengok yang belah malam punya la. Kan ke siang saya dok membuta tak menyedar2 diri. Pergi2 nasib baik ada show pukul 815pm punya. Masa tu dah pukul 745pm. Wahhh.. cecepat le kitaorang beli tiket, pas tu saya pi toilet hehehhe.. sebab saya mudah terkucil waktu2 sejuk2 tu so kena buat persediaan awal la. Obek pulak pergi beli roti untuk alas perut sebab belom makan lagi dari petang.



So, 810pm je kitaorang pon masok le lepas beli2 popcorn segala neka benda bagai. Cerita dia ok-ok je la. Dah kata cerita aksi harus le tembakkk je dari mula sampai akhir. tapi kira sambungan dari yang lama la so if sapa yang tak tengok cerita sebelom ni maybe payah sikit nak paham walopon banyak kali ada adegan yang hint2 pasal si vesper awek dia tu. Seperti biasa, there must be some ethical problems while watching movies. always. there are hundred and thousand of warning to switch off or at least remain your handphone to silent mode while watching movie but takde maknanya. Semua jenis buta mata buta hati. Tet tott tet tottt bermacam2 lagu. Bodoh.

Im not against baby out day and bring your baby to watch movie but is it logic to bring along your 3 months old baby into the cinema and watch james bond??? Macam le baby tu tau beno. Ini bukan baby yang nak tengok, ini parents yang menggelejat gatal tak nyabor2 nak tengok wayang. Udah le dengan loud sound system dalam cinema tu harus le baby tu melalak2 menagis terkejut2. udah satu cerita kita ni nak mendengar sound effect tambahan pulak. Kalo dah tau ada baby kecik, tengok cd je la.. or tinggalkan baby at rumah. Lain la if ini cerita toy story ke Cinderella ke boleh le bawak budak2 baby. Lagi pon baby kecik macam tu tak paham lansong pasal james bond tu. Stupid.

Occasioanally came in late into any function have been known as malaysian attitude. Baik majlis formal, majlis tak formal, attending appointment, meeting friends, you name it. Same goes as yesterday show. Still masih ramai yang masok lambat wal hal dah siap2 tulis dah please do not came in late. Kalo tak tulis pon, it’s a common sense for us to understand the situation. Sebab mengganggu orang2 nak tengok movie kena lak tengok kepala ko tetengah alam tu. Tu belom masok lagi orang2 yang suka kuar masok kuar masok time cerita. Spoilt.

Attitude time movie screening period pon kena jaga le jugak. Tak pedulik la ko nak beromen ke pelok cium dalam wayang tu tapi jejaga sikit. Semalam couple belakang saya entah buat apa sampai tendang2 kerusi saya walhal saya tengok jarak antara kerusi depan dengan kerusi belakang adalah sangat luas. Melainkan ko memang melunjur macam monyet baru le kena kerusi depan. Saya nak je sound semalam tapi obek tu tau la, penyabar jek, dia kata diam je la. Sekali couple belakang tu entah apa dibuatnya sampai tendang hand rest yang kat tengah2 tu antara saya dengan obek. Saya tak dulik dah memang saya pandang belakang sound baik punya. “Nak beromen pergi carik hotel ye. Gatal!!” wahhhh… menyirap betol darah dibuatnya. Sesuka ati mak bapak dia je nak tendang2 kerusi belakang tu. Yang sedihnya tu melayu. Melayu yang kononnya pakai tudung beriya ni bersimpul2 kepala. Perangai macam lahanat. Memalukan bangsa je. Nak je saya snap pic dia dengan camera tapi kangtak apsal2 saya lak kena marah coz mengganggu orang lain nak tengok movie. Aduhhh.. saya ingat zaman dinasour dulu je orang buat projek dalam wayang. zaman sekarang pon ada gak. Bangang.

Entah la.. tu pasal saya tak suka pergi tengok movie. Macam2 hal. Buat menambah dosa je. Baik beli cd tengok kat rumah puas hati. Benci betol dengan keadaan macam tu. Semua2 tu common sense dan attitude law yang memang takde tertulis dalam mana2 buku undang2 pon tapi kena la guna akal. Elok2 kita happy2 nak tengok movie terus jadi menyampah. Kadang2 saya tak paham la dengan perangai orang2 ni. Perkara2 umum macam jangan la meludah merata2, kalo nak masok lif tu bagi orang dalam keluar dulu baru le ko muat nak masok dalam lift tu, sama macam naik bas, bagi orang turun dulu baru la kita naik, jangan buang sampah dari dalam kereta kat tetengah jalan, kumpulkan dulu sampah tu then baru la buang. Jangan potong que tak kira time kat kaunter ke, kat jalanraya ke. Ini tak. Asalkan ada kawan kenal je kat kaunter dia ke depan dulu. Habis, kita yang berjam2 beratur ni apa? Takde kesedaran sivik lansong. Bila orang cakap kurang ajar tau lak nak marah.

mmm..dari nak cerita pasal james bond terus melalut cerita lain lak. Entah la. Masa balik tu saya drive. Agaknya hati tengah hangat, mata lak ngantok dok terbayang bantal je saya telah 'terlaju' sikit mendrive. Kata nak test power enjin. Jalan pon clear je takde kereta. Obek kata.. wah.. ini pengaruh james bond le ni. Orang lain memalam buta kene tahan pasal memandu dibawah pengaruh alcohol. U nanti kena sebab dibawah pengaruh james bond. Uuwwaaa… benci tau perli2 nih. Balik2 saya jugakk yang kena. Huhuhuhuuuuu….

7 comments:

KV said...

hadoii...kita kt sini panggung wayang pun nan ado!!

~dARlee zURiS~ said...

hahaa..tragis tul citer tgk wayang kamu ek..
tp kan..saye sokong 101% tau
mak bapak bwk anak2 kecik nengok wayang
x pk ke mengganggu org?
penah skali..parents nie bwk anak dye
dok lak blkg saye
anak dia dok ketuk2 kusi
hangin tol.4,5x dok pusing2 lakang jeling tp..heran makpak dye wat derk je.
last2 dah x tahan..pusing2..ketuk!
kepala budak tu saye ketuk!
hahaaa..jahat kan?
mampus lah. =P

saya said...

kv..sana lain..kat sini selang 1km ada je wayang. hehehehe

darlee... memang pon. say asmlm tu rasa nak je tampar couple tu.. benci betol tgk perangai tak reti2 sopan lansong. kita ni pon dok bercinta bagai nak rak tapi takde la gatal merenyam sampai mcm tu sekali.

Ummibatrisya said...

salam,

conclusionnya, best ke tak best cite tu :)

ummi nak gak pergi tengok :)

macam tulah kalau tengok wayang, macam-macam perangai manusia ada :)

tapi yang bawa baby umur 3 bulan tu le kesian, kesian kat baby tak leh tido :)

suruh le sapa-sapa jaga kalau nak pergi dating :)

saya said...

ummi..pergila tgk wayang sekali sekali seronok.. release2 tensen katakan. mcm ummi pon harus la pergi dating2 jugakkk...... baru la meriahhh

AZWA said...

isy..isy...sadis jugak keadaan cerita jamil bong tu ek...bukan dapat release tension, terover tension lagi ada hehehe

saya said...

itu la dianya azwa... cdg2 nak rehat2 otak rupanya lagi parah otak..