mari mencari....

Google
 

Wednesday, November 12, 2008

luahan rasa...

wahhh..pepagi dah tajuk luahan rasa. bukan luahan rasa saya.. tapi luahan rasa orang lain.

pagi tadi, pagi2 buta lagi dah dapat call. dari sapa? dari obek. tanya, "oby pagi ni obek ada meeting, nak pakai baju apa??" waduh, waduh, waduh.... kok ponting bona meeting eh sampaikan baju pon mau tanya ka??? pepagi buta lak tuh. pagi buta pukul berapa? 630am kawannnn.... kaco je tau. dia tu dah le cerewet gila kalo bab2 baju ni. kalo iron baju tu berjam2. sikit kedut pon takmo. haiihh... lemas. lepas bagi opinion dan selepas sedikit merengek mengadu domba saya pon bangun terus le kan nak bersiap2 pergi kerja.

owh..itu hanya selingan cerita. cerita yang sebenar selepas ini.

pagi tadi sesampai je saya kat office, handhone bunyik. sekali tengok my ex-bos la kan. saya still kamceng dengan dia walopon dah berlainan tempat kerja. chinese man, so-so good looking, tapi baik hati and soft spoken type of person. you can talk about everything to him, he's very open minded and willing to listen to whatever problem you have, even it's your girl's problem. to make it short, he is a nice guy. kira memang ciri2 idaman wanita la.

lepas tanya2 khabar cerita-cerita tanya sekarang projek kat mana, dia cakap kat penang, petang ni nak bertolak pergi. saya tanya berapa lama nak pergi oustation kali ni? dia cakap don't know yet, i've go somebody there. wahhh... direct to the point nampak... ingat dia main2 rupanya betol. aduhh... then baru la he came into the real conversation. talking about his new life. mind you, he is a married man with 3 daughters. wife dia not bad, keje bank. saya tanya camne boleh terjebak nih? dia jawab there's a competition among them (wah..competition katanya, competition tackle aweks) that he never get involved with but after lots of bambu-ing from his colleagues he said why not he give it a try, just for fun. the target is this young women, a widower with 1 kid who's husband past away last year. katanya nak for fun only but don't know somehow it became into serious relationship.

banyak la saya cakap, jangan main api, nanti terbakar diri. you have family down here, what in the world you need another women in your life. it will only brings much much much problems in your life. dia cakap entah la.. it just happened. ayooyoyo..


gambar takde kene mengena dengan cerita. saja sesuka.


knowing him for 6 years, i personally memang tak percaya that he will put himself in this kind of black hole. tapi entah la.. susah nak cakap. saya pon memang very the surprise bila dengar dia cakap tadi tu. saya cakap sebab u tu mulut manis (sweet talker) sebab tu girls suka dan mudah sangkot kat you. hahahhahaha.. memang pon. boleh lak dia cakap, habis, if im a sweet talker why I did not get you before? ahhahahhaha.... saya jawab because im attached with somebody at that time, if not, you might be mine by now. huwahahhaha... ayat berani mati tuh. tapi betol la kan. ada sejarah disebaliknya tu.

saya cakap macam2 kemungkinan negatif yang bakal dia tempuhi kalau dia teruskan jugak. saya kata maybe dia ingat just for fun tapi that girl ingat for real pulak. kan ke kecoh nanti. and, if you are muslim ada le chances untuk kawen 4 but since he is a chinese, jadi gundik je la jawabnya. dia kata tu la pasal. ni tengah dok pikir ni. saya just cakap, pikir la baik2. sebelom penyakit merebak, baik hentikan. pikir family, pikir kerja semua. once you are in that problem, its hard for you to get out.

so, lepas sessi motivasi ceramah kuliah pagi tadi, he sound relieve, sebab before this dia tak tau nak cakap dengan siapa. haa.. tau pon ko awek lama ko ni sangat baik hati nak dengar masalah ko kan. hwauhahahhaa...

entah la... secara peribadinya kita sebagai orang luar hanya boleh bagitau apa pro dan kontra perbuatan dia tu je la. pokok pangkalnya hati dan diri sendiri. kes ni tak kira la melayu ke cina ke india ke benggali ke, sama je. susah nak berdepan dengan perkara ni. kita yang tukang cakap ni pon kene pikir ayat bebaik dulu baru bukak mulut. apa pon, saya nak bagi ingat kat dia dan sesiapa pon, jangan cuba main api, nanti terbakar diri. tapi kalo rasa diri dah terbakar, tak semestinya kita rentungkan diri, masih ada air sejuk untuk meredakan keadaan. kesimpulannya, pikir, pikir dan pikir lagi sebelum bertindak.

3 comments:

Nurmala said...

wak!!!!
competiton???

Ummibatrisya said...

salam,

lu fikirlah sendiri , cakap kat bos itu ye :)

jangan main api, nanti terbakar diri :)

saya said...

mala..ye competition katanya...hahahha

ummi.. itu la pun yg saya cakap tu.. takdo kojo carik kojo..takdo boban batu digaleh..