mari mencari....

Google
 

Tuesday, November 18, 2008

makan dan mini-perampok...

Malam tadi pergi rumah ibu. Tujuan utamanya ialah nak amik baju. Hari tu bawak baju balik rumah ma tapi mesin basuh lak rosak. So pass bagi kat ibu mintak tolong basuhkan. Ibu ok je. Hehhehe..lega. lepas beban basuh baju dan sidai dan lipat. Huwahhahaha… dasar pemalas. Jimat duit tak hantar dobi minggu lepas. Dasar kedekot. Hahahahhahaa…..

Sampai2 je rumah ibu acara standard ialah makan. Malam tadi ibu masak gulai lemak pucuk ubi campur bunga kantan cincang sedap gila pedas nak mati, masak kicap ikan kembong campor suun yang marvelos, goreng telor dadar dengan rebus bayam. Oppss.. air sarsi dengan oren. Hehehhehe… memang melampau kan nak air sampai 2 perisa. Saya dengan obek makan gila2 la. Saya tapaukan juga sate untuk buat makan2. ye la.. takkan pergi tangan kosong je kan. Dah le ibu tolong basuhkan baju, masak lagi, takkan kita bawak perot je. Sangat kurengg okeh.

Tengah sedap2 makan sekali,

Hensap!! Yan der resssss!!! (read : hands up! You are under arrest!)

Ayoyoyoyooo… udah le kita ni tengah menahan pedas macam nak terkeluar api kat anak tekak, boleh lak mamat perampok amatur ni nak merompak kita. Sapa lagi.. si budak aish tu le. Dia tu still pelat sebab tu bunyik amarannya tu lain macam sikit. Kalo sebut perkataan ada huruf ‘S’ tu kene panjang sikit. Al-maklum, gigi termancung sikit itu le pasal nya. Hahahhaha…. Jangan memain, sampai ada 2 pistol ye. Siap ada peluru lagi. Peluru kecik2 macam telor cicak je saya tangok tapi kalo kene memang menangis le. Aduhh…mujur tak tersedak. Dalam banyak2 manusia tu kat pinggang saya gak yang dia cocok. Dah le makcik ada sikit ala2 melatah. Hehehehhee…. Terus tak vogue. Si Aish tu kalo suruh makan bukan main susah. Apa yang dia nak makan ialah makan nasi himpit tu je. Kosong ye puan2. takmo cicah apa ke benda pon. Kalo raya pon macam tu la dianya. Owh, dia tak panggil nasi himpit, dia panggil buah putih. Huhuhuh…jimat belanja. owhh... layankan je la.


the gun which used to merampok me while i'm having my sinful gulai pedasss..


Lepas makan, tengok tv saya main2 le dengan si Aish tu. Hehehehe..kesudahannya saya dengan obek yang terover2 main pistol tu. Hwuahahhaha.. siap tembak2 sampai ke laman lagi. Havoc betol malam tadi. Bagai nak pecah le 1 rumah tu dengan suara orang tua main pistol mainan. Hwauhahhahaha… takpe la kan, sekali sekala.

Dalam pukul 10pm balik rumah dah. Penat la. Say thanks to ibu coz tolong basuhkan baju dan masak yang sedap2 itu. Opsss.. lupa, ibu ada bekalkan bubur som-som. Hehhehe…


cheeky boy (aish) posing with his guns... excited je dia tu.


Tapi yang sedihnya lupa nak bawak bubur tu masok rumah malam tadi. So sudahnya bubur tu tido dalam kereta je la semalaman. Pagi tadi nak pergi kerja baru perasan. Taktau le elok lagi ke tak. Kalo basi rugi le sebab saya belom makan lagi. Saya suka bubur tu sebab lembut2 gitu. Korang tau ke bubur som2 tu camne? Alahhhh…google le sendiri. Hahahhahahahha…..

5 comments:

~dARlee zURiS~ said...

ohhh
best nye
dah lama x mkn masakan mak
huhuuu...
teringin lak tetiba.

AZWA said...

hensap u...alamak...opocot..hehehe notty betoi si aish tu ek. comel banget posing dia dengan pistol tu...

payarumput21 said...

Salam..

hahaha.. bubur som2 je ke yang bawak balik??? Pistol???? tak rebut2 bawak naik keta sekali ke?? Boleh main kat rumah.. Wakakakaka..

KV said...

hihii...wat saspen jerk!

saya said...

darlee-memang sodap..

azwa-si aish tu memang kaki posing.

rumput-kalo say abawak pistol tu harus meraung budak kecik tu nanti

kv-suspen jgn tak suspen...