mari mencari....

Google
 

Friday, November 7, 2008

perlu ke kesian??...

memang hantu betol la...

baru kejap tadi ada satu kejadian telah berlaku di office saya. tak tau la samada saya bakal dikategorikan sebagai kurang ajar, sombong atau berdosa. ceritanya macam ni.

kebetulan saya pergi ke depan, dan loceng office berbunyi menandakan ada orang datang la. kebetulannya semua orangtakde kat depan ni, ada yang kat toilet, kat pantry, kat belakang2 la kiranya. saya tengok memang ada orang lelaki buta yang diapit oleh seorang perempuan dan seorang lelaki yang sihat walafiat tanpa sebarang tanda kecatatan samada fizikal mahupun mental. sbb apa saya tau dia sihat fizikal mental? sebab saya nampak depa dok bersembang sesama sendiri at that time. kalo pekak harus guna bahasa isyaratkan? saya tak terus buka pintu sebaliknya bercakap melalui interkom.

saya : ye, ada apa?
depa : hello cik.. mintak derma, saya orang buta
saya : takpe la.. terima kasih



terus letak interkom. bukan sombong atau kedekut. perkara ni dah banyak kali berlaku. bila kita buka pintu sibuta dan di celik akan masok. sibuta akan tanya pelbagai soalan dan sicelik akan round2 dalam office. sungguh bahaya tau tak. walopon sicelik tu pompuan muda, macam2 perkara boleh berlaku. serik rasanya. tambah2 kali ni ada lelaki pulak. badan boleh tahan tegap.

ting tongggg... loceng bunyik lagi

saya : ye?
depa : tanya orang lain dalam ofice tu (nada tak puas hati nih)
saya : takde orang dalam ni saya sorang je (tak kuasa nak round office tanya)
depa : orang takde.. berok ada?

wahhh... berdesing telinga hakuuuuu!!!

saya : oi, dah le buta, bodoh pulak tu. pemalas, pergi la carik kerja.

terus hempas interkom.

setannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

memang betol pon tindakan saya tak buka pintu dan tak bagi derma kat orang macam tu,. entah2 berlakon buta je sebab pakai spek hitam besarrrr... sungguh kurang ajar betol. dah le melayu. memang memalukan kaum betol. badan elok sihat tegap pon nak mintak derma. kalo si buta tu buta takpe la lagi, ini yang sicelik 2 ekor tu apa kejadahnya???? dah le perangai buruk. orang muka buruk takpe, biar buta ke pekak ke kudong ke tapi perangai tu elok2 sikit. mujur tak mencarut2 tadi. biasa la saya selagi boleh akan tahan dari mengeluarkan perkataan2 yang hina2 tu. kalo betol yang sicelik nak menolong sibuta tu cari rezeki, masokkan dia kat jabatan kebajikan masyarakat. kat sana ada kelas untuk melatih orang2 buta ni cara2 kemahiran hidop, belajar cra urut orang, belajar buat itu ini. kalo tak tau nak tanya kat sapa, tanya je kat balai polis, nanti polis boleh bagitau.

apa yang saya nak cakap kat sini, macam ni ke perangai orang2 tu? ye la nak mintak derma, tapi if orang dah tak mo bagi, jangan le cakap yang bukan2. kita tak bagi bukan bermakna kita ni kedekut. saya selalu pesan kat budak2 sini tanya, check dulu bebetol sebelum bagi orang2 masok. kadang depa tu nak amik kesempatan buat checking kat ofice kita ni. kes bebudak india kata nak beli paper lama rupanya ko pergi hangkot sekali harta office pon pernah terjadi. takpe la.. pengalaman mengajar kita so untuk kehadapan jangan terpedaya lagi. dalam keadaan saya tadi, kebetullannya saya sorang je kat depan ni kalo depa masok mencuri nak kata apa. jangan tak tau ofice ni ah long pon pernah datang bawak parang. gila!!!!



saya rasa orang2 tu tipu je. mesti ada sindiket. bukan saya tak pernah jumpa orang buat mintak derma. berlambak2 kat kl ni. tapi takde la perangai macam berok kata ko tadi. memang setan tau. kalo ko tipu2 ko buta tadi memang saya doakan ko buta betol2. yang sicelik yang jadi barua tu tadi saya doakan korang pon jadi buta sebab korang nak sangat terima derma sebab buta kan??? elok2 orang nak beramal bagi derma terus menambah dosa mengumpat korang. lahanat.

astagfirulah... salah ke saya? berdosa ke saya???

10 comments:

kin hashim said...

kalau dah penah kena, mesti la nak kena berhati2 kan? betul! org tu pun satu hal, kalau betul2 ikhlas nka mintak drema, kalau org tak mo bagi, redha je la..tak payah la kuorkan perkataan yg bukan2 plak...

deza said...

tu la.. kadang2 kita tak tau dorang ni betul2 buta ke buat2 buta. kalu nak mintak cara elok2 la.. kalu camtu mmg kuang ajar

AzuraNizam said...

betul tindakan awak tak buka pintu tu. bahaya..zaman sekarang semua tak boleh percaya..biarkan jela..kalau dia buta xbermakna dia tak boleh cari rezeki dengan cara yang lain..fizikal yang lain semua elok..

IdaShah said...

bagus lah berhati-hati skrg nih ramai org suka menipu... smpi kan kita ssh nak beza kan mana betul mana palsu

~dARlee zURiS~ said...

ish..teruknye camtu
dah ar nk minta duit org..blh lak kurang ajar
xsuka lah org camnie
kdg2 org yg mintak derma nie
mmg nmpk sihat je kan
tp..yg pelik nape nk mintak derma?
g lah keje.
ramai g org yg sakit..cacat..boleh je keje
lagi elok dari mintak2 kat org kan..

AZWA said...

Salam kenalan...yuhuuu...ofis nie ada orang ker???tapi saya tak datang nak minta derma hehehe...jgn risau.

Azwa rasa tindakan yang diambil itu memang sesuwai dalam keadaan semacam itu. Dalam keadaan zaman sekarang ini lebih baik berhati2 daripada terkena kan.

Ummibatrisya said...

salam,

betul tindakan tak buka pintu tu :)

sekarang ni bukan boleh percaya sangat :)

mana tahu dia dah observe lama dah, cuma nak jalankan strategy aje :)

one love said...

huish!
marah sungguh!

but i do agree with ur action!
bahaya jugak macam gitu...

eh, ahlong pernah datang bawak parang? u were there at that time? ish! bahayanya :(

saya said...

kin : itu la maknanya dia tu yg menipu kita org yg celik ni.

Deza : tu la.. tak psl2 kita laky g jadi mangsa keadaan

Azura : itu yg saya ckpkan hari tu..bagi dia sedar sikit

Ida : mmg kena berhati2 dalam apa jugak situasi

Darlee : aaa..kuwang hajor camne saya nak tolong.. tlg sumpah lagi ada la

Azwa : wahh..tu dia lawyer berhujah.. tapi betol..hrp saya takkan kena lagi

Ummi : memang..takot dai nak survery2 je.. nanti dia buat akal lain lak.

Kesimpulannya, saya benci dia cakap macam tu.. benciiiiiiiiiii

saya said...

1 luv : i was there right in front at the table... mujur makcik ada kuntau. hwuahhaha... takla.. dia dtg gertak je tapi macam nak mati dah masa tu rasanya.