mari mencari....

Google
 

Monday, November 17, 2008

sedap gak ye...

hehhehe...hari ni betol2 busy la. al-maklum, makcik kan ke harapan kompeni, harus busy selalu. whuahahhaha... takde maknanya. entah2 kalo saya berenti pon orang tak perasan yang saya dah takde kat kompeni nih.

anyway... lupakan sebentar pasal kerja, lagipon dah siap dah. cuma ada sikit2 je lagi nak kene tunggu reply dari supplier. lantak pi la.

hari ni berjalan dengan lancar. jalan pagi tadi pon tak jem. seronok sangat. jem2 biasa je la kalo tak jem sesangat kang pelik lak rasanya kan. so, sampai office cepat. cadang nak beli mihun goreng nak buat lunch tapi makcik jual tu tak meniaga le pulak hari ni. pegi holiday kot al-maklum, kan ke cuti sekolah sekarang nih. so, singgah kedai beli karipop. mahal gila sebiji besar penumbuk budak baru lahir 50sen. cekik darah betol. ingatkan sedap beno le tapi hampeh je rasa. benci aahhh....

so, tadi lunch pergi kuar makan. dah kata lapar kan (walhal memang dasar pencekik). nampak ada orang baru, jual mee jawa la wantan dry noodle katanya. saya pon excited pon nak le try. dah kata orang baru meniaga harus beri sokongan kan. lagipon tengok orang tak ramai. tapiii.. bapak le lembabulnya masayaallah... heran betol. bukan ada orang pon, masa saya order tu just saya dengan ada 1 geng ni 3 orang. means 4 meals je la tapi lama gila. saya sampai ckp kat orang tu kalo belom buat lagi just cancel je la. tapi dia lak cakap tengah buat. saya order le dry wantan noodle apa ke namanya. tapi bila sampai serupa sebijik mee tuang kicap je saya tengok. sebijik wantan pon takde. jangan kata sebijik, suku bijik kot potong2 pon takde. kat gambor ada lak. hampeh betol. the taste?? huhuhu... sedeh. so, sorry ye kak, ini le 1st and last time saya beli kat kedai akak.

lepas tu pergi setarbak. hahahha.... biasa order mocha blended tapi hari ni ada menu baru katanya. dark cherry mocha ke hapa ke kalo tak silap namanya. dia coffee base ada boh choc chips pas tu ada cherry syrup. sedap gak. harga, lebih rm2 je dari mocha biasa tu. the taste? superb!!!!! harus kene beli lagi. minum tak hingat dunia tak padan dengan semputnya. pas tu bising la perut buncit la, sempot la walhal minum setabung bosar tu tak mengingat2. rasakan!!!


ini le dark cherry mocha tu. pasal apa tinggal sekerat je? pasal yang tukang minum tu cun. so korang pastikan if nak amik pic air amik le gambar time air tu tinggal sekerat sebab maksudnya tukang minum tu cun. kalo amik time penuh or dah habis jawabnya tukang minum tu tak cun. hwuahhahaha.... suka2 hati je buat perumpamaan kan.

anyway, hari minggu saya sangat padat dan memenatkan... nanti la next entry baru tulis. tak larat la.

nezha? standard le mamat tu... melompat2 je tak hingat dunia. opss.. ada anak kucing datang rumah saya nak menumpang kasih katanya. hahahhaa..... sian pulak saya tengok tapi ada kurap le. udah le kurus kering macam nak mati je saya tengok.

memula tu saya tak perasan, tapi tengok nezha asyik le nak menendang2 pintu tu apahal le pulak mamat ni kan? biasa kalo macam tu maknanya ada kucing lain kat luar. ye la.. mamat tu kan penjealous orangnya. so saya pergi jenguk2 rupanya ada le si kurap tu bawah kereta saya. sian lak saya tengok menggigil2 kesejukkan. saya keluar bagi makanan, air dengan pasir uk-uk. sebab dia udah ter-uk-uk kat laman saya. harus le hangin nih. udah satu kerja lak saya menyudip2 uk-uk dia tengah2 laman tu. dah le hujan. kalo tak sudip nanti kembang kene air hujan harus le harum kembang setaman pulak laman tu. ggrrrrr..... lepas saya siap2kan semua tu alhamdulillah.. pandai lak dia uk-uk kat pasir yang saya siapkan tu. haaaaa.. ini macam la baru bagus sikurap. ingat nanti nak tanya klinik apa ubat kurap dia tu. sian tengok dia.

nezha marah saya baik2 dengan sikurap tu. menendang2 dia kat pintu tu bila nampak saya bagi makan kat sikurap. bila saya pujuk2 dia merajuk korang.. saya nak pegang dia, boleh dia lari dok bawah meja. wahh.. marah benar nampaknya mamat kepochi tu. nampaknya lepas ni nezha tak boleh jadi anak tunggal lagi, dah ada adik dah. adik kurap. hwuahahhaha.... owh.. takde pic sikurap la. nanti petang kang if dia ada lagi saya amik pic dia. tapi korang jangan muntah kutuk2 dia lak sebab mukanya yang buruk itu. ye la..kurap katakan. maybe dia kena buang tu agaknya. tak reti nak cari makanan. sian sangat.


aksi orang merajuk.. takmo dekat2 dengan saya. bila dipanggil dia pergi, dibaginya saya pic montot dia . huhuhuhuuuu....


cerita kat obek pasal sikurap obek dah geleng2 kepala. dia kata nanti rumah ni jadi pusat jagaan haiwannnnnn... hahahhahaha.... selalu benor ada kucing datang mintak makan kat situ. bior le, asal jangan nyusahkan saya udah. agaknya kucing2 yang sebelum ni depa dok inform kat kucing lain if nak makan datang rumah saya. ala2 welfare katanya. hehehe..mana le tau kan. bahasa kucing mana kita nak faham, sebab lepas sekor2 datang dan pergi. so, reminder kepada sikurap, jangan nakal2 if nak dok kat rumah saya. uk-uk jangan merata nescaya anda akan bahagia dok kat situ.

2 comments:

KV said...

oo...pandai merajuk yer?

saya said...

dia tu segala2nya pandai kv... nombor satu pandai ialah buat saya marah. hahahha...