mari mencari....

Google
 

Wednesday, November 19, 2008

si kurap dan yang senasib dengannya...

wahh... meleret2 lak tajuk hari ni. bukan apa. saya ni nak boh cerita pasal si kurap yang menumpang kasih kat rumah saya tu. tapi al-kisahnya paya bebeno nak ngambik gambor dia tu. lari2 aje. kalo saya balik rumah memang nampak je dia lepak depan pintu. dia nampak je saya buka pagar terus ni mencicit lari menyorok2.

saya pikir dia ni trauma kot. mungkin dulu2 manusia selalu pukul2 dia tu pasal sekarang dia ingat saya nak pukul dia gak kot. huhuhuuh... tidak. saya takkan pukul. tapi camne ye. saya dah panggil2 banyak2 kali pon dia tak datang. saya saja le tuang makanan kot2 dia terbau makanan tu then dia datang. takde maknanya. dia duduk menyorok bawah kereta saya.

selera makan dia boleh tahan. hari2 kosong bekas tu saya tengok. hehehhehe.. uk-uk pon ok, bulat2 je saya tengok dan tak bersepah2. bagus. itu macam la kurap, baru le orang sayang.

saya still try snap pic dia tapi ini je la hasil yang ada. masa tu dia tengah menyorok bawah kereta. lenkali kalau ada rezeki saya try amik lagi. itu pon jangan tak tau, sampai tertonggeng2 saya kat garaj tu punya nak snap pic sikurap ni.


golap bona duduk bawah kereta nampak mata je.


tengok, nampak tak. betapa kurus keringnya si kurap ku itu.


sedih tengok dia. kalau dia nampak saya dah masuk rumah baru dia akan datang dekat dengan makanan tu. tapi nezha le pulak udah menunggu menerajang2 pintu grill tu. marah le tu konon. apa la nezha, kita share2 le, lagipon sikurap tu kat luar rumah. relax la brother...


itu cerita di rumah. kat parking lot kat office pon ada cerita jugak. apakah saya ni berbau kucing yang telah menyebabkan kucing datang kat saya? owhh.. kalo kucing cun2 takpe gak, ini semuanya kurapppp. bukan kurap la, ala2 kucing terbiar gitu.

semalam saya nak balik, dari jauh saya nampak ada la benda tertonggok atas kereta saya. wahh..apakah benda itu. al-maklum, makcik ni walopon dah paki lens tapi still rabun lagi. datang dekat lagi rupanya kucing daaaa.. masyaallah... dalam beratus2 bijik kereta kat parking lot tu apsal kat kereta saya jugak yang dia berkenan???? dia nampak je saya datang terus la terjun. bunyik2. ketakutan je rupanya. lapar agaknya. kaki dia ala2 tempang sikit, maybe sebab kena pukul atau kena langgar ke hapa tak tau la kan. owhh..terus sedih nih. kalo kat rumah takpe la, ini jauh camne nak tolong.


ini la dia. takde nama lagi.
nanti nak tengok petang ni dia ada lagi ke tak.



pun comel juga kalau dia bersih. tapi sebab comot so nampak le tak comel kan. sian je saya tengok. tu mesti makan sisa2 makanan kat restoran je tu. siannya.... saya cerita kat obek, obek geleng kepala dah. hehehehhe... dia tau la saya memang hantu kucing. memana pergi pon ada je kucing berkenan dengan saya. muka saya ni macam muka kucing ke? nak kata ala2 muka pussycat doll bapak jauh bebeno. cat women maybe?? hehhehehe.....

No comments: