mari mencari....

Google
 

Friday, November 7, 2008

terjumpa pulak...

semalam sampai je rumah obek memekak ajak pergi ke jusco. nak redeem point katanya. wahh... tak menyempat2. macam le takde hari lain nak redeem bendealah tu. saya kata kan ke lambat lagi, sampai 31/12/08 pon boleh redeem. dia lak kata jom je la.. kang if redeem dapat voucher ke apa ke boleh la guna. wahh... dia ni suka over tau. saya pon tak gila2 shopping dia lak yang lelebih. ni apa hal nih???

anyway, pergi jugak le kan. kang memekak lak dia tu. pergi2 sekali kat counter customer service tu ramai orang la.. ye la, semua orang pon nak redeem. sekali masa tengah2 beratur tu saya ternampak la sorang pompuan ni tengah bawak reket badminton. eh, eh... macam ku kenal pompuan ini tapi dimana ya???

pikir punya pikir, loorrr.... ini kawan saya yang tak makan sengkuang sebab itu makanan kuda katanya tu. ahahhahhaa... ada jodoh lak terjumpa kat jusco tu. so saya try call in case betol ke tak dia. so, call punya call dia kata dia kat jusco tu la saya pon pergi jumpa dia kejap. memang lama betol saya tak jumpa dengan dia da la dekat 2 tahun. ye la.. dia pon bz je. saya pon bz je.

dalam suka2 jumpa tu perangai still tak berubah. dah kata lama tak jumpa jangan le kutuk2 saya. ini belom apa2 wahh... gemoknye ko. puiiii... hangat betol hati. cakap la cantik ke, comel ke. ahakss... tau la gemok jangan le sebut kuat2. kat jusco lak tu. mujur takde promoter ubat kurus kalo tak harus terus promote product kat saya time tu tau. benci ahhhhh!!!!!

saya lak mulut macam takde insuran, cakap.. haa... ko apa cerita? dah kawen 'lagi' ke? hhahahhaaha... padan muka kene balik. opss.. ada cerita disebaliknya tu nanti la cerita.



so sembang lebih kurang. dia dengan kawan dia. pompuan la.. mmm..boleh la. tengok perangai lebih kurang sama je. so lepas tangkap2 gambor, we take our own separate way. cerita kat obek, sebab dia tak sempat jumpa kawan saya tu. cerita2 tunjuk gambor obek kata.. dia nampak lagi tua dari saya walhal sebaya je. ahakss... baru la berseri muka sikit, huhuhu....

owh... cerita pasal redeem point tu.. pointnya tidak mencukupi untuk diredeem ye cik2, tuan2 puan2. buat penat je beratur. orang jusco tu kata boleh simpan sampai 3 tahun point tu. lorr... itu le pasalnya. lenkali shopping lelebih sikit baru le boleh collect point!!!!

anyway, lepas tu kitaorang makan kat food court. which is make me head ache sebab pilihan makanan yang entah hapa2. tak de feel pon nak makan sebenarnya tapi kena paksa makan. pilih punya pilih order le nasik ayam honey bbq namanya 1 set ada pilihan samada nak tauhu goreng atau sawi goreng. saya pilih tahu goreng. nampak macam sedap sekali makan aduhduhduhhhh... nasi keras, ayam kejung, tahu goreng tak sedap lansong. mmm..jawapannya memang tray je la yang makan. order abc, boleh tahan sebab ada kacang goreng tu rangup2. leceh la orang meniaga makan main hentam je. kitaorang beli pakai duit tau tak bukan main mintak2 je. as jusco pon please la check the food quality coz its brings your name on it. buat malu je. nanti orang cakap makanan jusco tak sedap. hahahha.. sapa yang malu? jusco dan warga jusco juga yang malu.

lepas makan balik rumah la... nak ganti mentol lampu. huhuhuu.....

No comments: