mari mencari....

Google
 

Friday, November 21, 2008

traffic jam.. saya suka...

aduhaiii... petang semalam jalan balik sangat2 lah jem nya. rasa nak menangis dalam kereta. actually dah menangis dah pon. dah le hujan lebat, dengan jem yang tak bergerak walau seinci pon, dengan laparnya, dengan battery handphone habisnya. uuwwaaa... tensen gila.

dengar2 kat radio cakap ada banjir kat area puchong. camne pon ldp tu itu le sesatunya jalan sehala, nak mencilok ke mana pon still kena lagu jugak. aduhaiii... dah le dengan perangai monyet2 yang kejap ke kiri kejap ke kanan nak potong2 que. dah sah2 jem sepanjang jalan takde maknanya ko nak potong2 que tu, buat cari marah orang je. asal nampak lobang je nak masok, asal nampak lobang je nak masok.

ldp tu patot dihapuskan je. orang buat highway bagi lancar perjalanan, tapi ini lagi menjahanamkan perjalanan. dah le mahal. takde kebaikan lansong. toll booth staffnya pon kojaq boleh tahan, itu area puchong selatan le tu. bodoh. kat sunway ok, damansara pon ok. memangada problem la staff toll booth area puchong tu. hambek ko... tak pasal2 sampai ke staff attitude pon haku komplen. mujur makcik pakai t&g dan tag, so takde la nak tgk muka2 staff ldp tu. hapuskan toll!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


lebih kurang camni la jem.. tapi smalam lagi terok,
dengan hujannya, dengan gelap pekatnya...


dah le lapar benor. siang tu tak makan apa melainkan muruku dengan ice lemon tea tu je. aduhh.. nampak seteng kereta tu rasa macam nampak donat dah ni. gigil kepala lutut makcik. handphone lak battery kong. uwwa... nak sms or call mengadu2 pon tak boleh. benciiiiiii...... mana nak mengingatkan anak kat rumah lagi bergelap lampu tak buka, kelaparan la anak saya tu.

sudahnya pukul 9pm baru saya sampai rumah. on the way nak sampai rumah tu pegi beli nasik lemak dan tapau kfc. haaa..hambek.. melampau2 punya nafsu makan tu. lapar gila.


dinner saya malam tadi


sampai2 je rumah nampak lampu depan dah terpasang. huhuhu.. lega. mesti obek yang tolong pasangkan ni. sure dia call saya tak dapat2 kan. mujur ko nezha, kalo tak bergelap le. masok je rumah mamat kepochi udah melompat2. nak ngadu le tu konon. polok2 jap nangis2 le kami berdua tu melepaskan tensen. sikurap pon ada gak tunggu depan pintu. sian dia kesejukkan. terus charge handphone, amik hp nezha call obek. cakap saya baru sampai rumah. obek kan takde dia pergi tahlil rumah arwah ayah talib malam tadi.

lepas ngadu2 semua dah lega, baru le pergi mandi dan bentang surat khabar depan tv, makan. nezha pon makan sekali. sian dia. so, makan le kami 2 beranak ni depan tv sambil tengok tv. konon nak tengk the amazing race tu le sekali macam boring je terus tengok tom & jerry. hehehhee....

lepas makan, rehat kejap terus kebabommmm.. 2-2 pon pengsan.

6 comments:

Ummibatrisya said...

salam,

habis ke makan 2 ketul ayam dengan nasi lemak :)

lapar sungguh!

lain kali naik moto :)

~dARlee zURiS~ said...

meh dok ipoh ek
ipoh x jem
lalalaaa... =P

Nurmala said...

aha kan..semalam jammed sangat..benci betul la KL ni asyik jam jer..

saya said...

ummi : tak habis la... magic tau kalau habis. nasi lemak habis, tapi ayam 1 je. lagi 1 simpan dalam peti esbok.

darlee : jauhh tuuuuu... camne nak beronggeng2 di club2 dok kat ipoh. hwuahahhhaa.....

mala : memanggggggggg..benciiiiiiii

one love said...

ha elok...
kucing dengan tuan kucing, dua2 lapor... hehe

payarumput21 said...

Salam..

hehe.. dinner package ngan breakfast.. Wakakaka..

Terasa indahnya suasanan jalanraya di melaka.. hehehe..