mari mencari....

Google
 

Wednesday, December 31, 2008

good bye 2008, welcome 2009...


Let me be true as the steel of a blade,
Make me bigger than skillful or clever;
Teach me to cling to my best, unafraid,
And harkens to false gospels, never.
Let me be brave when the burden is great,
Faithful when wounded by sorrow;
Teach me, when troubled, with patience to wait,
The better and brighter tomorrow.
Spare me from hatred and envy and shame,
Open my eyes to life's beauty;
Let not the glitter of fortune or fame,
Blind me to what is my duty.
Let me be true to myself to the end,
Let me stand to my task without whining;
Let me be right as a man, as a friend,
Though a thousand false beacons are shining.

If it didn't bring you joyjust leave it behind,
Let's ring in the new yearwith good things in mind,
Let every bad memorythat brought heartache and pain,
And let's turn a new leafwith the smell of new rain.
Let's forget past mistakes,
making amends for this year,
Sending you these greetings to bring you hope and cheer,
Happy New Year!

New years are a chance for a beginning,
Even when there hasn't been an end.
Wheels turn in an interminable bend,
Yet, marked in one spot, seem to wobble spinning.
Each year we hope to do a little better
Although we know that really nothing's changed.
Reason thinks that everything's arranged,
So we must dream if we would fate unfetter.


Here’s for 2009 :
For each and every one of you,
May it be filled with significant steps,
Towards the fulfillment of our fondest wishes.

Wishing all of you a happy and prosperous new year!!!



p/s : semoga tahun hadapan kita semua lebih diberkati oleh Allah S.W.T.. aminnn...






Tuesday, December 30, 2008

dah balik dahh...

rindu betol nak melawat blog kawan2. terima kasih kepada kawan2 yang masih sudi hadir dalam blog saya walopon saya belom sempat membuat kunjungan balas. kat office, pc saya kena virus selsema burung. hahahaha... idak le selsema burung tapi macam tu nampak gayanya. kena masok wad pc saya tu. laptop office dah terlalu berat. banyak beno benda dalam tu so dah slow. laptop sndri kat rumah, kadang malam takde masa dah nak bukak tenet. penat. mana nak melayan nezha lagi, nak melayan sikurap lagi. owhh.. sikurap sekarang ni dah berani dan bertambah2 manja. dah berani nak bersenggol-senggolan, gesel-geselan dengan saya. chehh.. gatal gak rupanya sikurap ni.

obek dah balik semalam. petang. janji pukul 3pm sampai kl rupanya pukul 3pm baru terhegeh2 nak start enjin kereta. ggrrrrrr... lepas je sampai sini terus call saya ajak kuar. tolong teman dia hantarkan laok2 bunga2 telor pengantin kat kengkawan dia yang tak dapat datang. lagipon ada lebih bunga telor dan jajan2nya tu. mak midah lak buat nasi minyak tambahan. saja nak bagi semua orang merasa. jadinya, semalam jadi delivery boy le kami. boy ke? hehehehe... hantam la...

tak le lama beno prosesnya tu.. obek sampai sini pukul 530++pm, terus pegi hantar2 semua tu pukul 930pm settle. saya dapat gak sebeban. haihh.. sapa la yang nak makan semua tu. takat2 kerepek tu larat la klagi dok hadap, kalo dah nasi, laok kuih semua tu camne? tak maik kang kecikkkkkk lak hati orang tua tu. diambik kanng memang dah tau membazir punya la jawapannya. takp2.. think positif. simpan dalam peti ais so minggu ni jangan makanluar. panaskan je laok tu selagi ada. hehehehe.....

rindu? haih..bukan rindu lagi. macam nak pengsan dah ni. chewahh.. kalah cerita hindustan. dalam rindu2 tu bergadoh gak. haih.. gadoh2 manja la katakan. baru la ceriaaaaa... obek kata saya selalu temper. memang pon. dah dia selalu senyapp je harus le say ayang selalu temper. eee.. tak paham le dengan orang pendiam macam tu. tak paham, tak paham ponnn... cuba kalo orang tu takde, tau sasau. hahaha...mcm2 hal daa...

orang repair pc kata nak datang hari ni. tapi ni dah nak balik dah tak gak sampai2 lagi. benci ahh.. dah le perasan macam bagus teror beno. saya dah cakap kat budak office sini jangan panggil mamat tu lagi. banyak lagi supplier lain yg teror repair komputer bukan dia sorang je. getik la tengok. kalo bercakap tu kita je yang salah. ayat standard dia.. tu laa.. you all dok download itu ini. kepala hanggok dia la... kalo kitaorang tak donlod benda2.. ko tu takde income. bongok.

haaa.. kan dah merapu. dah le. petang ni gak kata ada orang nak datang repair paip kat rumah say atu. dah pecah ke hapa ke taktau la.. takde manusia pon bil air sampai rm150.. obekkata maybe ada pecah kat tetengah tu, yang kita tak nampak. payah le dah sebulan ni saya asyik la dok tutup main meter kat luar tu. nak guna baru turn on. leceh. tu yang bercinta kalo nak tercerry berry tgh2 malam. takot sehh nak kuar gate memalam buta. mana ada kolam. takong dalam baldi aje. mana syiokk... bikin terbantut hajat guwe tak jadi kuar. so, dia ada tunggu kat rumah tunggu orang tu datang repair. harap2 bukan major repair le. dah cakap lama dah tapi ye la.. obek pon bz je keja mana ada masa. saya lagi la.. satu hapa benda tak paham part2 paip air ni. kalo cable2 tu boleh gak le harap. lagi pon saya kerja. takkan nak amik cuti semata2 pasal nak tunggu orang tu datang repair. haih.. harap semua ok.

ok la.. sambong lainkali. love you....

p/s : tadak pic la hari ni.. pc yang ni lagi mengong...

Sunday, December 28, 2008

banyak kenduri...


hari ni ada banyak kenduri. kat taman rumah ma ni je ada 2 buah rumah. selang2 jalan. hehehe.. yang 1 tu jauh sikit dari rumah saya, yang lagi 1 tu dekat bebeno.. nampak khemahnya dari rumah saya. siap ada karaoke lagik ni. masa tengah type ni bebudak tu tengah belasah nyanyi ntah hapa2 ikut suka ati diaorang je. hantam la... ada yang suara sedap. ada yang tak sedap. hehehhee.... meriah. pengantinnya alahaiii.. muda bebeno. baru habis sekolah. baik laki baik bini. mana la diaorang cekau duit buat belanja kenduri kawen tu. temanya merah+putih. pagi tadi ada marhaban kat rumah pengantin. kumpulan marhaban terpaksa dibahagi kepada 2 group la kan. sebab kalo pergi semua satu tempat nanti tak sempat. pengantin yang lagi satu tu tema purple. yang ni katanya ada bua khatam quran sekali. sekali pengantin tak jadi khatam le pulak. tak buleh katanya. saya rasa buleh kot. kalo time 'demam' pon still buleh ngaji kan just tak boleh sentuh ye tak? ke tak betol? entah la. tapi mujur juga ada adik pengantin dan anak sedara pengantin yang nak khatam sama. so, majlis tetap berlansong la. ok gak la tapi kurang meriah dari sini sebab takde karaoke2 ni de. dia konsep biasa2 je. boleh la. makanan 2-2 pon sedap. menu? menu standard orang kawen la.. takyah sebut. benda yang sama jugak. yang penting air sirap harus ada ye. hehehhee...

obek? boleh tak tadi dia sms saya cakap dia tengah pengsan ni. haiyoo.. tengah pengsan boleh sms gak ke? pelik bin ajaib nih. tak kisah le. itu kenkonon nak mengadu domba kepenatan le tu.biarkan dia tidor puas2. esok saya rejan gak dia suruh balik kl. tak pedulik. kalo tak nanti saya merajuk plus mengamok. rindunyaaa... rasa macam dah berkurun tak jumpa walhal baru berapa hari je. hehehehe...

cuaca hari ni panas betol. tengahhari tadi macam ada tanda2 nak hujan. mendung dan angin bertiup kencang. tapi bak kata lirik lagu tu.. mendung tak bererti hujan.. haa..hambek ko panas berdenting ni. takpe2.. panas takpe senang orang nak pergi rumah pengantin makan2.

malam tadi saya mimpi. huh.. mimpi tak elok agaknya. entah2 siap ngigau sekali kot. al-maklum.. makcikkan ratu ngigau ni. ahh.. risau gak if pikir2kan mimpi tu. tapi malas le nak pikir2. kebelangan ni dah terlallu banyak perkara yang nak saya pikirkan. rasa naik demam dah otak ni. otak penat camne nak kasi urut2? osim belom cipta lagi alat urut otak.

tengok tv ada kemangkatan. mmm... dah ajal, nak buat camne. dunia kaya, akhirat? jawab sendiri.

ok la. tak tau dah nak tulis apa. mata pedih nak tido tapi tak boleh lelap pulak. dah le panas ni. kalo hujan maybe sejuk tapi saya takot la hujan... fobia.

nezha? i love you nezha. nezha pon jangan stress2 ye.. nanti habis bulu gugur tak hensem dah nanti camne???

Saturday, December 27, 2008

doa awal dan akhir tahun...

saya ada terjumpa doa awal dan akhir tahun ni, kat intenet la masa dok godek2 tadi tu. terima kasih kepada main poster tu ye. saya copy paste je ni. yang boleh kita baca esok. ingat nak post esk tapi takot la kot2 tak sempat.. mana tau kot2 saya terlupa ke, terbz ke, ter-ter ke.. jadi saya harap dapat kita kongsi bersama2 doa ni dengan kelaurga dan rakan2 kita. yang baik itu elok kita panjang2kan. kalo tak reti baca jawi arab tu.. baca tulisan melayu pon boleh. yang penting niat mesti baik okeyy..


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"





Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".




sorry la tak clear.. tapi still boleh baca kot tu. click boleh jadi besar kot. entah le. aaa.. mudah2an kita semua akan diberkati. amin...

rindu dan macam2...


rindu.... rindu.. rindu... asyik2 rindu je lain takde ke? hehehhee... dah lama tak dengar saya gelak kat sini ye? eh.. boleh dengar ke? haa.. tu la korang. sesapa ada komputer canggih je buleh dengar saya gelak kat sini. hehehe.. anyway.. miss all of you la.

masalah still ada but hey, malas le nak pikir2. lagi pikir lagi serabot kepala otak. tapi kalo tak pikir tak boleh lak rasanya. ntah la. cakap berbelit2 macam tali rapia je ni.

hari ni asyik makan je. makan nasi, makan kuih, makan hati, ulam jantung. itu standarddd...

majlis kawen jemi? alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walopon pada awalnya hujan turun dengan lebat sekali. saya kata takpe la.. lagipon masa tu awal lagi baru pukul 11am. harap2 by the time tetamu sampai hujan dah berhenti. dan alhamdulillah... hujan berhenti. terima kasih allah kerana mendengar doa dari kami semua. ada gak guest yang laser tu. cakap tu la pengantin tak 'mandi' malam tadi tu pasal hujan lebat. haiyaaaa!!!! sungguh kojaq mulut hang ye. saya ni pon bukan le suka beno dengan si jemi tu tapi tak le sampai nak kutuk or doakan benda2 yang tak baik kat dia. kita patut doakan kebahagiaan orang lain walopon kita tak suka kat orang tu. macam saya ni, mulut je marah, tapi hati sayang. hehehhe... opss.. sayang sebagai adik. not more than that le. tak hingin teman.

obek tengah pengsan sebab kepenatan. hehehehhe...alalalal siannya dia. takpe la. walopon banyak perisiwa yang mengguris hati sebelom majlis, tapi majlis dah selesai. dan harap2nya si jemi tu boleh berpikir dengan lebih matang lagi lepas ni. jangan buat buta lak tentang hal kenduri tu. ada akal, ada mata, ada otak, harap boleh pikir kat mana datangnya semua modal nak kenduri tu. buka guna air lioq je mintak kat kedai. kalo ye pon guna air lioq, kering habis dah tu. sapa yang susah? obekkkkkk jugak yang susah. saya yang sakit hati? sayaaaaaa jugak yang sakit hati. hancus harapanku untuk pakai gelang berat 3 kilo tahun baru ni. hancussss... hehehhee....

suruh obek balik esok dia lak kata tak boleh sebab nak kena kira pinggan le hapa ke benda lagi ntah. monday baru nak jejak kl. haiyaaa.. udah2 le tu. bior le pengantin yang kasi settle semua tu pulak. korang dah penat buat perkara yang sebelom kenduri, so lepas kenduri biaq bagi pengantin le settle. benci aaahhh... orang rindu ni...

acha? dia biasa je. manja bagai nak rak. lama dah tak boh pic dia kat sini ye. nanti nak gak boh sebab dah banyak sangat kat hp tu. aaa.. sebut pasal hp, baju hp saya udah takde la. udah le bolen je hp saya tu. haiyooo... bukan baju la.. macam cover dia tu la. udah terkopak koyak bagai. macam tak syiok lak hp tu tak pakai baju. aawww..maluuuuu....

tak lama lagi 1 muharram. yahuuuu... satu muharram detik permulaan, perkiraan tahun islam hijerah..kihkihkih..meh le nyanyi reramai. ini lagi syok dari happy new year tu tau. anyway.. saya doakan semoga tahun depan kita semua beroleh kejayaan. jangan ada sapa pon yang tak beroleh kejayaan. biarpon sikit, tapi harus tetap berjaya. mendoakan yang baik tu lebih baik. chewahh.. tetiba je jadi ustazah hari ni. ustazah jd? huishh... tak baik tau korang ni.. tau ke? tak tau sudeh..

ok la.. malas nak tulis banyak2. malam ni nak pegi cari buku doa awal tahun akhir tahun. eh.. ye ke? entah la.. pas tu nak tengok tv. yahuuuu... say asuka tengok tv.

obek.. balik cepat... i miss u so much.

i miss you my blog friends too... love alll of you...

Thursday, December 25, 2008

lama jugak ye...

agak llama jugak ye saya dah tak update blog ni. entah la kenapa. musim masalah melanda telah menjadikan saya kurang mood untuk bersuka ria. hidop tak habis2 dengan masalah. agaknya oranglain pon macam ni jugak ke? atau sebenarnya saya je yang selalu macam ni. kekadang malas je nak pikir. menyampah.

obek minggu ni takde. biasalah busy uruskan kerja kawen adik dia kat kampung minggu ni. harap semuanya berjalan lancar. sian kat dia. penat macam ngalahkan kuli bangla buat kerja terkejar2 sana sini. harap2 new year nanti semuanya baik2 belaka.

saya pon harap say atak dibelenggu dengan masalah lagi. dah bosan. harap tak jadi maca dulu2. saya kalo boleh takmo lagi maca dulu2. tapi, semakin kuat berusaha untuk jadi baik, makin kuat pulak dugaan.

entah la. biar la.....

will miss obek until monday. love u...

Saturday, December 20, 2008

benci


hari ni adalah hari paling terok untuk saya. bergadoh. dengan orang yang tak sepatutnya. tak suka. benci. sakit hati. sensara jiwa raga. tak suka dengan keadaan ini. telah banyak kali mencuba untuk mengelak daripada berlaku tapi terjadi juga. saya benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

Friday, December 19, 2008

teringinnyaaaaa.....


tetiba teringinnya nak makan waffle + ice cream + strawberry tabor2 kat atas waffle tu. wahhhh... sedapnyaa... teringinnyaaaaaaaa....

ada sesapa nak belanja ke? hehehhehee...

takpe la..saya beli sendiri la nanti makan kat rmah so boleh lah makan dengan sepuas hati dan boh strawbery tu banyak2 plus tuang choholate banyak2. uuwwaaa.... nakkkkkk.....


uuwaa....


weekend ni mesti jadi weekend yang boring. sebab obek takde. pegi hantor pengantin le katakan.. huhuhuh...

harap2 perjalanan jauh tu semuanya selamat dan majlis berjalan lancar. aahh.. malas le nak cerita pasal tu.

malam tadi tak kuar. balik rumah terus. malas nak kuar2 dah. sekali balik nampak ada mekdi obek dah belkan. bagus2. kenyang perot tapi lepas tu berkejar lagi ke bilik termenung. hehehehe.. takpe la. hari ni macam dah okey sikit. harap2 takde lagi la berkejar ke bilik termenung tu.. seksa rasanya.

nezha macam biasa la. terlebih manja. tapi semalam dia kena marah dengan saya sebab dia uk-uk tu terkais kuat beno pasirnya sampai tercampak uk-uk tu keluar. yang saya lak tak perasa udah le terpijak uk-uk tu. haaa... kan dah harum tapak kaki saya jadinya. geram dan marah betol rasanya. rasa nak cubit2 je dia tu. cubit gak, tapi cubit bulu dia je la. huhuhu.. tak sanggop makcik nak cubit bebetol. sayanggggg.... tapi mujur juga saya yangterpijak, buatnya dia yang terpijak harus tercalit2 1 rumah tu nanti. lagi haru camne nak cuci. so, sambil lap2 tu sambil membebel la. dia tau dia buat salah datang lak dekat2 dengan saya bunyi bising mau-mau konon ala2 mintak maaf le kot. hahahha... ntah2 dia kutuk saya cakap padan muka kena pijak uk-uk. hehehe.. mana le tau kan.

so, lepas kemas2 saya ala2 merajuk. dia datang dekat pon saya buat dek je. bior malas nak usap2 dia. bior dia rasa. lelama dia baring kat peha saya. huhuhu.. terus tak marah dah.. anyway, lepas pesan jangan buat lagi semua tu dah ok dah. so tengok tv cerita apa ntah malam tadi. tak berapa best sangat channel tu. menyampah je. ooo... tengok tv2 cerita toyol. geggegeee... ntah hapa2 je. pukul 10pm terus kebabommmmm!!!!!!!



hari ni saya takde mood. sebab mood lonely esok a.k.a hujung minggu udah mari. hehehhee.... lamanya isnin.. isnin baru dapat jumpa obek. cepatlah isnin sampai hendaknya. itupon kalo dia tak bz koje or sambong cuti dok kat kampong dia. huhuhu.. hantam la. kata ada 3g, gunakan jela. memangla guna, ongkosnya tu harus dikira pak. sirah mumet orak biso turu, andum tresno ugo andem wektu, njur sak iki bingung atine. jo' dipikir koen podho gak duwe sangu. jo' dipikir angger podo gelem m'laku. nanti2 ujong minggu gak apik digowo nglamun.. hhuhuhuhuhuuhu...

oklah... have a nice weekend. doakan isnin cepat sampai ye....

Thursday, December 18, 2008

ghaib??


eh.. betol ke ada kes yang telah menyebabkan blog kita hilang? atau lebih tepat lagi telah dideletekan oleh google or hapa ke bendanya witout logic reason? ada sesapa yang tau pasal isu ni? katanya kena buat back-up blog kita ye? anybody out there yang tahu kindly share the information pleaseeeeeee....................

malu? sapa malu??...

cerita : satu peristiwa
lokasi : food court
masa : lunch hour
bilangan penonton : terlalu ramai

scene 1 :
kelihatan seorang perempuan cun tengah terhegeh2 nak memilih stall mana untuk dibeli makanan lunch hari itu. pusing punya pusing punya pusing so, terbekenan dengan stall jual mihun sup. apa lagi, mehun sup ayam satu!!!!

scene 2 :
sedang perempuan cun itu menunggu2 mihun supnya siap diproses, datang seorang lagi perempuan yang ala2 seksi (takde la seksi beno, pakai skirt biasa je), muka biasa2 je tapi sebab tepek make-up sekilo so nampaklah cun. juga order mihun sup ayam. wahh.. laku kedai mihun sup tu hari ni ye.

scene 3 :
tetiba datang seekor jantan terus memeluk pinggang dan bahu perempuan ala2 seksi itu. tak kisah. pemandangan biasa. tapi.. tiba2 jantan itu merangkol dan mencium perempuan seksi itu. cium dalam ertikata cium pipi, cium dahi, cium pipi lagi sekali, pelok kuat, berdakap rapat. hahahhaha... ini ambil kisah. sebab pemandangan luar biasa di food court. pasangan shehati shejiwa meneruskan adegan2 pelok memelok cium bercium tanpa menghiraukan orang sekeliling. "aahh.. persetankan mereka, ini hak kita. malaysia negara demokrasi, rakyat bebas melakukan apa juga". makanya kami rakyat2 malaysia yang lain yang masih tahu adat resam walopun sudah moden telah menonton wayang free laksana menonton wayang pacak sambil makan. fuhh.. berselera betol rakyat malaysia yang lain makan di food court itu semalam. makcik mihun sup tercengang, budak cashier ternganga, orang yang lalu lalang menoleh sampai juling, perempuan cun yang berada disebelah pasangan itu terkaku.

scene 4 :
setelah mihun sup perempuan cun siap, lekas2 dia membayarnya. bukan sebab mahu lari dari pasangan bercinta itu, tapi sebab mahu merebut meja dan kerusi. al-maklum... waktu puncak katakan. sebab tu pelbagai perkara telah memuncak berlaku. psss... perempuan cun sempat menjeling pada pada 'benda' lelaki itu yang juga sedang rancak memuncak. ahhahahhaa.... pasangan bercinta pon menerima juga tempahan mereka. mihun sup mereka siap dan mereka berlalu pergi, sambil tangan lelaki masih lagi merangkol pinggang si perempuan.

scene 5 :
as a regular customer kepada stall makcik mihun sup, perempuan cun lihat makcik mihun sup mahu berkata sesuatu kepadanya. namun, lekas2 dihalang oleh perempuan cun dengan berkata, " takpe la makcik, saya tau apa yang makcik nak cakap, biarkan lah.. ". makcik mihun sop pon diam sambil tersenyum kelat.

scene 6 :
perempuan cun duduk sambil menikmati mihun sup yang marvelous. sambil2 otaknya ligat memikirkan keadaan dunia sekarang. sudah hilangkah rasa malu untuk bercumbu di khalayak ramai? sudah hilangkah rasa segan untuk berangkulan di depan orang? oh, jangan suka menuduh orang. cuba berfikir secara positif. mungkin pasangan tadi adalah suami isteri, tapi perlakuan sebegitu tidak kena pada waktu dan tempatnya. memang suami isteri perlu bermesra bila2 masa, tapi perlukah ianya dilaksanakan ditengah2 kesibukan orang ramai begitu? jika dulu kita fikir remaja tak cukup akal saja yang hilang rasa segan silu bercumbu dikhalayak, tapi pasangan itu nampaknya sudah cukup dewasa dan professional, berdasarkan pakaian serta tag yang tersangkot dilehernya. mungkin malaysia patut merangka rang undang2 untuk mengawal keadaan ini.. malu sungguh. sebangsa, seagama, serumpun tapi tidak sepegangan dan pemikiran yang berbeza. mungkin mereka dibesarkan ditengah2 kelompok perlakuan bebas, yang mengangap perlakuan2 seperti itu adalah normal. ye, memang ianya normal kalo kita berada di dunia barat, tapi tidak di malaysia. masih ada rasa segan dan silu di kalangan kebanyakan rakyat malaysia ini... siapa yang malu? pasangan itu? tidak.. tapi perempuan cun itu yang malu. malu dengan diri sendiri kerana terpaksa menonton adegan percuma seperti itu, orang ramai di food court itu yang malu kerana terpaksa berdepan dengan situasi itu. tapi jangan lupa, ada juga yang bersorak, bangsa2 lain yang melihat. mereka bersorak sambil mengutuk dan mengeji bangsa dan agama perempuan cun itu sendiri.. malu.... perempuan cun itu malu....

siap sudah lakaran filem untuk hari itu. filem yang pastinya akan menggondol tempat pertama dalam mana2 festival filem dalam mahupon luar negara. kerana aksi2 dalam filem pendek itu bukan lakonan, ianya adalah perkara sebenar yang dibawa wataknya oleh manusia yang melaksanakan tanpa rasa sangsi.

Wednesday, December 17, 2008

pedas, sakit perot & mengantok...

sakit perot semalam tak habis lagi. petang pukul 4pm pergi lagi buat lawatan ke bilik termenung tu. ingatkan bila dah petang tu dah okey, tapi balik je keje tak nyempat2 rasanya nak menyampaikan ke rumah. berpeluh2 dalam kereta menahan perot. sampai je rumah terus ni menuju bilik termenung. aduhhhh... cerry berry lagi. apa la kenanya perot saya nih. penat dah nak termenong kat bilik termenung tu.

memang takde mood betol la. tensen. obek lak call ajak pergi rumah pakcik dia. saya kata malas le sebab perot tak berapa sedap kang tengah kat rumah orang nak tumpang toilet malu le pulak rasanya. tapi obek lak menggatal kata nak makan asam pedas le nak makan gulai lemak le. dia kata kita pergi pasar le beli barang then masak kat rumah pakcik tu. uuuwwaaaa.. mana le orang reti nak masak2 ni. dah le kat rumah orang pulak. lagi le lemah longlai anggota semua. tak suka aaahhhhhh....

baru tengah nak membebel2 tu tetiba udah terpancul je kat depan pagar. haihhhh... selalu je macam ni tau. saya kata saya sakit perot nak cerry berry kang bior saya cerry berry je dalam kereta. gelak je dia. hehehehhe...

jadinya pergi le ke pasar malam beli le bahan2 tu semua complete le tu. so, sampai je kat rumah pakcik obek tu mula la kelentang kelentung. bukan saya la... saya tukang potong2 je, makcik tu yang tukang masak. masa makcik tu tumbuk cili api untuk buat gulai lemak udang tu saya dah pening berpinar mata menengokkan kuantiti cili api tu. uuwwaaaaa... takot pedas sangatttt.. udah le saya sakit perot. rupanya family dia orang tu suka beno makan pedas2 ni. saya tau jugak tapi tak sangka la sampai macam tu sekali tahap kepedasannya tu. ikut tekak saya memang tak boleh masok le.. berasap!!!!


semua jenis cili guna semalam, cili hidop, cili kering,
cili api hatta cili sos pon. pengsan!!!!


so, dinner time. mak ai.. semuanya laok pedas. uwwaaa... asam pedas, sambal tumis, gulai lemak pedas. uuwwaaaa... seksa jiwa. tapi makan juga la walopon sambil nangis2 nih. dah kata makan rumah orang takkan nak demand macam2 lak. makan je la apa yang tuan rumah dah masak. memang la makcik tu tanya saya makan pedas ke tak, tapi saya jawab makan juga. takmo le kang sebab saya sorang dia kena masak laok lain pulak, nyusahkan je. masa makan makcik tu pulak tak sudah2 dok tambah laok kat pinggan saya. uuwwaaaa.. tekanan sungguh, orang udah le tak tahan pedas lagi boh kuah pedas tu mana boleh larat nak makannnn... rasa2 macam nak terkeluar api dah ini ikut tekak!


mujur tak kuar api bebetol kalo tak haru....


lepas je makan, perot saya dah memulas2 dah ni. ingat2 nak tahan je bior sampai rumah tapi tak boleh tahan korang. harus ke bilik termenung jugak. momtot saya ni udah le ala2 sensitif sikit. dia kalo pegi toilet yang tak dikenali ada sikit segan nak melaksanakan business. hahahhahaha.... tapi disebabkan tak tahan sangat, masok gak la. buat malu je mintak tumpang toilet. mujur saya dah spare bawak towel, baju & suar spare. sebab dah tau tak berapa nak sihat perot tu. huhuhuhu...

lepas tu sambil dok lepak2, makcik tu bawak kuar buah pelam lak. aduhh... bertambah2 sakit le perot nanti. dah tu bawak lagi kuar kopok goreng dengan nescafe. uuwwaaaa.. ini penderaan perot namanya!!!!!!

saya tak larat dah terus sms obek. apa hal nak sms walhal dok berdepan2 je ni. hehehhee.. segan le nak cakap terang2 kat dia depan pakcik dia tu. so sms ajak balik, sebab saya perot tak selesa rasa nak membuang lagi ni. pukul 11pm, kitaorang bergerak balik. fuhhh...lega. dalam kereta obek kena ceramah dengan saya sebab saya sakit perot. hehehhee... ada je point nak marah mamat tu kan.

sampai je rumah terus tuju bilik termenung lagi. hehehehhehee....... so, pagi ni saya tetap jadi pengunjung setia bilik termenung. harap2 sihat la hendaknya. tak larat dah ni.... teh o udah bergelen2 minum tak gak baik2. malam tadi tido tak berapa selesa sebab sakit perot asyik je terjaga2. jadinya pagi ni saya pergi kerja dalam keadaan yang mengantok. complete package dah ni, sakit perot dan mengantok. what do i need more???

Tuesday, December 16, 2008

jelir2 pulakk....

hehehhe..ada je tau perangai nezha ni. main jelir2 lidah le pulak. ni muka pagi tadi baru bangun tido sebelom kena marah yang tak bersalah tu. kihkihkihhh.. suka beno jilat2 pepagi buta ni.


bluwekkk..


ngauuuuu.. garang konon..

sekarangni manja menjadi2. kalomakan tak disuapkan harus la dia menggaru2 saya suruh saya pegi dapor. kalo saya bangun je dia pon mula la melompat mengejor ke dapor tu. macam2 la dia ni. hadushhh.. kadang saya malas je layan dia. bior dia makan sendiri. hehehhee... kalo time saya suap tu kalo tak termasok kat mulutnya yang terjatuh tu bukan dia nak makan sendiri, nanti dia tengok saya, maknanya suruh saya amikkan benda tu suap dia!! haihhh... over tau. padan dengan muka saya. manja kan sangat sekarang rasakan... saya risau ni nanti krismas nak kena tinggalkan dia kat pet hotel sebab saya nak kena keluar jauh. risau sangat. nezha kalo dok pet hotel tu mesti dia stress. ye la, terkurung je dalam sangkar. dia kan dah biasa lepas bebas. saya sungguh risau. nanti mesti kurus. dia kalo stress makanpon kurang, bulu pon gugur banyak nanti. pas tu lama tau dianak recover sebab dia nanti jadi pendiam, sampai la kita pelok2 dia lama ada la dalam 2 hari baru merajuk dia tu hilang. kalo tak nak main dengan dia pon dia takmo dia akan diammm aje. tengok la nanti. hari tu pon macam tu. walopon saya hari2 call kedai tu tanya dia tapi ye la... camne nak cakap dengan diaaaaaaaa!!!!!!! uwwaaaa... masa tulis ni pon tetiba je rasa nak nangis dah ni.

sekarang pon saya dah start sedih2 ni. risau mikirkan nanti camne. obek lak dok le nyakat saya. dia kata habis la nanti orang tu nezha takde, mesti nangis2 tu nanti. uuuwwaaaaa...bukan nak bagi motivasi lagi bagi matibasi lak kat saya. benci aahhhhh!!!!!!!!

dulu masa untuk raya yang saya hantar tu kan ke saya siap nangis bagai nak rak kat kedai tu sampai orang kedai tu risau lak apahal la dengan minah ni. hehehehe... sebab biasa obek yang hantar sebab saya takde kekuatan nak berpisah dengan dia. kalo obek yang hantar kurang sikit rasa sedih tu sebab tak nampak dengan mata kepala sendiri saya meninggalkan nezha. tapi nangis tetap nangisssss...

uwwa...ada sapa2 nak offer jaga nezha??? hehehhehe....


i lebiu nezhaaaaaaaaa....

harap2 semuanya okey. malam ni nak dinner apa ha? takde mood le pulak. cerry berry tu kembali menjenguk saya. sakit dah momtot dok kat toilet tu. huhuhuhuuuu....

seafood lagi?...

malam tadi pegi dinner kuar lagi. tak plan pon. ingatkan nak makan dekat2 rumah je la malas nak kuar jejauh. tapi obek lak menggatal nak pergi makan seafood lagi. nak ganti yang tak puas hati hari tu. hantam la..saya kata takmo lagi dah pergi sana. sama je masakannya. dai kat atak, kali ni pergi bagan lalang lak. wahh..bapak jauh tu. apsal tak terus pergi melaka je terus? hehehhee.. hangin je pakcik tu. saya sebenarnya dah le ala2 mengantok. kepala dok terbayang bantal je nak polok2 nezha. tapi ikutkan jugak la. kang kalo obek koje malam say adok la memekak cakap dai takmo bawak saya pi dinner, ni dia dah ajak kuar takkan saya takmo pulak kang apa lak dia kata. hhohoho...

so, pergi le meredah malam. jauh juga je. tempatnya la2 macam yang kat pelabohan kelang tu juga la..ada pelantar, ada outdoor punya tempat tapi takde la penyanyi2 tu .kihkihkih.. so order. bapak banyak order macam nak makan 20 orang. meh tengok apa yang kitaorang makan malam tadi..


ni le yang kami bedal. tu ada lagi tu yang tak masok dalam pic.
saya segan le nak snap2. hehehee...

sotong goreng tepong, butter prawn, kerapu masak asam pedas, ketam masak berempah, lala masak masam manis, pahat masak pedas, kangkong goreng belacan, air limau dengan teh o ais limau. makan macam nak pengsan. sedapppppp!!!! highly recommended kalo kekawan nak pergi. chewahh. tapi lupa le pulak nak amik gambar signboard dia. namanya pon saya dah lupa dah. kenyang buncit sampai balik tu saya terpaksa le bukak button jeans. huhuhuhu.... mujur baju t-shirt labuh so takde le nampak yang tak sepatutnya. tapi memang ok la. harga pon ok boleh tahan jika dibandingkan dengan kuantiti yang dimakan tu. hantam la labu... on the way back tu saya dah tak boleh bukak mata dah tapi pejam2 jugak risau lak if obek drive sorang dah le gelap tu. hhohoho..bahaya. layan je la sembang.

masa tengah makan ada banyak kucing datang mengempek. hehehhee.. ada yang tgh bunting pon ada tapi selamba je dok melompat2 kat tepi tebing tu. camne la dia teror boleh lak tak jatuh dalam laot tu. huhuhu... so, share sikit2 dengan kucing2 tu. wahh.. sekali ramai lak yang datang. masakkk makcik. tapi ada yang demand le pulak. orang bagi sotong goreng tepong tu takmo dia, tapi bila bagi ketam wahh.. mencicit makan. heheh...seperti biasa semua merasa makan suap saya. so cute. obek tu bboleh lak tak perasan saya dok melayan kucing2 tu. punya le makan banyakkkk!!!!!!


2 of them. yg putih tu tgh preg.
ada lagi yg kaler coklat tompok2, ada kaler hitam kelabu.
total dalam 5 ekor la.




masa tengah makan tu ada la 1 group adik beradik ni kecik2 la. kanak2, 2 pompuan 1 lelaki. tapi ceria dia tu bukan main lagi. kat hujung tu ada la projektor untuk tgk tv la kan. then bawah tu macam ada pentas. so si kakak2 kecik ni pon dok la menyanyi menari bagai. hehehhehee... ntah hapa la laguyang dia nyanyi tak paham saya tapi yang pastinay kedengaran 'who you areee??" wahh..siap lentik2 badan ni menari. hehehehe.. lagi best adik yang kecik tu lelaki, badan very chubby, geram betol rasa nak cubit2 je. wahh.. dia tengok akak2 dia menari dia pon ak menari tapivery funny. bayangkan la chubby boy menari. kihkihkih... saya dengan obek gelak tak henti. walopon bebudak tu menyanyi menari tapi very well behaved. tak la nak lari2 sana sini usik2 barang ke, nak try2 turun kat air tu ke. haaaa... sapa kata kanak2 tak reti well behave? ni dah ada bukti dah ni. boleh apa bebudak jadi baik. so, depa 3 orang pon menyanyi la menari sampai penat sampai mak dia panggil dok kat table. hehehhehe....

sampai rumah dah pukl 1230am. penat bukan main dengan perot sendatnya tu. maybe sebab tu saya terbangun sakit perot tu. terlebih muatan. bali, salin baju, bersih2kan badan then kebabommmmm..... mamat kepochi pon tidor jugak. memangla dia tidor baik je malam tadi, udah dikombahnya table saya. takpe2, sabar je la.


wahh..nezha dah ala2 blonde lak sekarang ni... apakah?

nezha.. malam ni kita tidor polok2 kuat2 ye.. takot hantuuu.. uuwwaaaa....

yuhuuu...

yuhuuuu, amboi... lama betol rasanya saya tak bergurau senda beramah mesra dengan blog sendiri ni. 2-3 hari ni ada je perkara yang mendatang. pening kepala la. tak sempat juga nak jalan2 melawat blog kawan2. huhuh... mesti ada macam2 cerita dah tu. takpe2, kang kalo sempat nak gak pusing2 kelilimg. kata menambah info (sambil mengumpat dan kutuk2). kihkihkihkih....

semalam memang la sangat2 busy. eee.. tak suka la ngalahkan perdana menteri. eh, harga petrol dah turun lagi kan? tapi harga barangan masih tak turun2, camno tu?? aaa.. mana ajk2 dan badan2 khas yang membuat pemantauan harga tu? sekarang la masa untuk bekerja, bukan dok kat office sambil tunggu hamper dan invitation makan free. opsss... tersalah tajuk lak nih.

anyway, malam tadi kuar dating, tapi takmo cerita la, nanti nak tulis dalam entry lain. hari ni berazam nak tulis sampai 10 entry, boleh?? hwuahahhaha... makcik belom lagi la gila kuasa so 3 entry tu dah kira maksimum la tu.

malam tadi tidor tak berapa syiok. mimpi hantu korangggg.... saya mimpi saya nak pegi macam cari rumah le, sekali dapat le tu. sekali tu rumah tu kat area kedai getah arwah atok saya la. huhuhuhu... jalan nak ke rumah tu macam dilindungi oleh pokok2 getah le yang meredupi jalan. so macam sejuk je la. rumah tu macam kembar 3, tepi kiri sekali macam rumah dah tinggal, tingkapnya dah bertutup macam kain hitam,macam rumah berhantu jek. belah tengah ialah rumah tuan rumah le, kanan sekali tu le rumah yang saya nak sewa ke tu. kecik je tapi lawo. kalo tengok dari luar nampak macam 4 segi biasa je, tapi bila masok dalam lawo. tuan rumahnya ialah 2 beradik mamat2 hensem korangg.. hehehhe... sempat gak menggatal ye dalam mimpi. terok punya perangai. ok2, then masa tengah discus harga rumah le dok cerita2 le sekali tu keluar le penghuni rumah hantu tu. pompuan le. rambut panjang. dia pon nak joint sekali sembang dengan kitaorang. dia ada anak tau, anak lelaki dah besar dalam umur 9 tahun macam tu, tengah dok berpangku kat salah sorang mamat tu le. sekali dia sembang2 dgn tuan rumah tu dia cakap nanti dia macam nak kuar le pergi mana ntah, sekali anak dia jawab, "takmo la, haikal takmo kuar, nak duduk sini. takmoo, nak duduk sini juga!!!" wahhh.. anaknya nama haikal korangggg.. huhuhu. bila anak dia jawab macam tu dia macam muka marah la. pas tu saya terjaga. kihkihkihkih... tak cukup suspen ke?

nak bagi lagi suspen, saya terjaga je saya terus sakit perot. real punya sakit perot rasa nak tercherry berry atas katil je nih. so, lari2 pergi toilet dengan mata separuh terbuka. mamat kepochi pon ikut gak lari2 sama. dia tu mana boleh tinggal sorang, harus nak mengekor saya je. masa tengah dok melayan perot tu sekali terdengar macam pintu kayu tu kena ketuk2 la, aik.. pelik nih. mana ada orang. or kalo ada pon camne lak orang boleh masok pagar ni. rumah saya depan belakang berpagar. then pikir2 biarlah, kot2 rumah sebelah kot. al-maklum, duduk rumah dinding kiri kanan share dengan orang memang le memacam boleh dengarkan. tambah2 waktu2 sunyi macam tu. saya pergi toilet yang belah belakang la, sebelah dapor tu. tak lama lepas tu dengar bunyi pintu gril pula diketuk2. wahhhh... makcik tengah sedap nak cherry berry tu terus terbantu korang.. harus termasok balik bendaalah tu. huhuhu... pas tu terus kuar toilet. pasang2 tinga lagi senyap je la pulak. tengok jam baru pukul 330am. nezha pon dok pandang saya, saya pandang dia. lelama 2-2 lari masok bilik selobong. hahahhahaha....

lepas tu dah tak lena tidor dah. sebab dah ketakutan dan tak sedap hati. pagi pukul 630am bangun siap2 segala semua. bagi nezha makan. sekali tu saya dah siap ni nak kuar saya turun tangga sekali nampak nezha dok diamm je kat atas kotak. saya tanya apsal? dia dok pandang2 atas je. saya tengok atas siling takde menda pon maybe dia dok tengok cicak le tu tadi. saya turun je last anak tangga terpijak airrrrr!!!!!! mujur tak tergelicik jatuh,. kalo jatuh tangga harus la mc hari ni (bestnya mc, boleh tidor). saya tak pikir panjang terus marah nezha, sebab ingat dia kencing merata. tapi dalam otak dok pikir gak dia tak pernah buat perangai kencing merata2 ni. kata anak penuh berdisplin, harus ikut peraturan kan. so, amik le tisu, spray, kain, paper semua la untuk cuci air tu. masa tengah lap2 tu saya tengok air tu kaler putih jernih dan takde bau. means bukan le kencing nezha!! tupp!!! hati saya berdetak dah ni. apahal lak tetiba je ada air kat anak tangga ni walhal mana ada manusia kat rumah tu. saya dengan nezha je nih. dan rasanya saya takde la lenjun sangat masa lepas mandi tu sampai air bertakung kat tangga tu. uuwwaaaa... sangat takot okehhh!!!!! tengok2 siling, kot2 bocor ke hapa ke? haram satu bekas tompok pon takde. gigih ni saya panjat tangga pepagi buta punya nak cari punca air tu kat situ. uuwwaaa.. takot sangat. so call obek, dia lak kata saya tumpahkan air. cheittt!!! ada ke patot. but maybe dia pon takmo cakap yang bukan2 kang saya lagi takot. sian nezha, tak pepasal pagi2 buta dah kena marah dengan saya sebab saya ingatkan dia kencing kat situ. owwwhhhh.. so sorry sayang.

so saya takmo pikir banyak. saya anggap je memang saya tumpahkan air kat situ dan saya lupa. uuwwaaaa.. kena la buat andaian yang menyedapkan hati sendirikan.. kalo tak kang camne???? rumah saya ada hantu air ke??? uuwwaaaa.. tolonggggggg!!!!


adakah ini tangan hantu itu? hitam dan berbulu2.
huwahahhahaha... sian nezha, dah le kena marah bukan salah dia,
ni kena chop jadi hantu lak. kihkihkihkih,.....


takpe la, berserah je la pada Allah. Dia-lah yang maha mengetahui tentang segala2nya. mudah2an takde apa2 yang bukan2. hantu oiii.. kalo ye pon nak berkawan dengan saya, kawan le elok2, jangan le main2 macam tu. ni kena panggl krew expose mistik nih. jangan biarkan hidop anda diselubungi.... misteriiiiiiiiii......

Monday, December 15, 2008

takde, takde...


takde, takde... hari ni maybe takde apa2 update la..busy la kat office ni memacam hal le pulak yang nak kena dimengadapkan. kalo kecik2 hal takpe ini bapak2 hal. benci aaahhh... tak suka kerja dalam tekanan. kalo tau tadi mc je. kihkihkihkih....

anyway, selamat bekerja kepada semua sahabat2 yang disayangi.. semoga hari isnin anda cerah dan ceria... juga doakan semoga hari saya juga ceria dan tak de stress2.

Saturday, December 13, 2008

mencari mimpi...


Sepanjang perjalanan
Meniti kehidupan
Kucari mimpi-mimpi
Tak pernah kutemui

Umpama pengembara
Kuhadapi segalanya
Walau sering terkecewa

Sekali ku melangkah
Aku kan terus melangkah
Biarpun kusedari
Ku meniti pelangi

Kerana keindahan
Warnanya mempesona
Kelabu pandangan mata...

Lingkungan warna-warna indah
Biar seketika
Pelangi di langit yang muram
Mengasyikkan...

Sejenak kubiarkan diri
Melayani hati
Mencari mimpi-mimpi indah
Sia-sia

Seumpama...
Pengembara...
Terpedaya...

Kerana mimpi... hanya mimpi

mencari mimpi - azlina aziz

adap...


hari ni macam biasa je. cuaca panas jugak masa pagi tadi. so pagi ni breakfast simple je. makan pau. pau segera just kukus je. hehehehe... malas punya pasal. takpe2..janji kenyang dah. lepas breakfast ma pergi kebun dia la... saya lak kemas2 rumah. kemaskan tempat pinggan kat store tu. ye la, dah kata raya semua dah habis harus le pinggan yang berlambak2 bawak kuar hari tu kene susun balik dalam store. lambat lagi kot nak guna. kalo ada kenduri baru kuarkan balik. penat tauuu... ingat sikit2 ke. kihkihkihkihh.....

lunch masak gulai lemak udang dan pechal lagi. yeahhuuuu... saya suka. 2-2 pon laok favorite saya. balik rumah ma harus masak lauk kegemaran saya je kan. kihkihkih..suka2 je nak conquer laok. bior la lantak situ.

petang tadi pukul 6pm saya makan nasi. biasa kalo kat rumah ma memang dinner pukul 6pm. tengah makan ada orang datang nak melawat opah la konon. 1 group makcik2 marhaban. ramai gak dalam 10 orang macam tu. wahhh.... sakan je they all tu xsyen semacam jek. kihkihkih.. yang paling tak tahan perangai anak memasing ngalahkan setan. mak paknya bukan main sembahyang surau 5 waktu sehari semalam tudung sampai ke lutut tapi anak tak reti ajar. berlari2 sana sini usik2 barang rumah orang. memang le budak2 kecik tapi kita mak bapak kena ajar anak adap bila berada dirumah orang. ada budak kecik tu pi korek gabus putih alas akurium tu then pi masukkan dalam akurium tu bagi ikan makan, boleh??? mujur saya sempat nampak so saya tegah cecepat. tapi taktau la ikan2 tu sempat makan ke tak butiran2 tu. saya tegah pon bukan saya marah2 dia, saya cakap jangan buat macam tu. risau gak kang saya tegor kang tetiba je dia bantai menangis tak ke haru. tapi dia lak buat dek je. saya lak yang kena cubit dek budak kecik tu. wahhh.. ini udah over2 nih. eee..geram betol. lepas tu dia pi main tv lak.. tekan sana sini pas tu habis jatuh semua barang atas cabinet. aduhhhh... sabar je la. mak dia buat dek je. pui..rasa nak je tangan2kan anak orang tu. huhuhuhu.....

saya ni memang le takde anak lagi, tapi saya rasa kita ni wajib ajar anak kita adap2 bila pergi ke rumah orang. sekurang2nya cakap dan bagitau if pergi rumah orang jangan usik2 barang2 orang, duduk diam2. ini takkk.. lagi melompat2 dari tangga ke bawah. buatnya jatuh luka kepala sapa nak tanggongjawab??? harus tuan rumah juga yang susah nanti. harap sapa yang ada anak if terbaca ni jangan nak bagi komen over2 lak ye. memang la nanti korang cakap, alahh..bebudak memang le aktif, biarkan je la. hahahhaa.... ye, saya tau bebudak kecik memang aktif tapi jangan le sampai melampau2 sangat macam tu. macam kita kecik2 dulu kan macam tu.. patuh je arahan ibu bapa. mak kata duduk dendiam, makanya duduk kat situ je la takde bergerak2. kalo mak kata main kat luar, kat luar tu je duduknya takde pepandai nak masok rumah orang. ma saya dulu tengok je bagi jelingan manja kita semua dah faham maksudnya mak kita tu takmahu kita buat benda yang bukan2. mmm..entah la.. kata zaman dah moden, maybe ajaran macam tu dianggap ketinggalan zaman kot?? nanti kata tak bagi kebebasan untuk anak bergerak bebas pulak. tak bagi peluang meneroka alam le pulak. hahahhaa...macam2 la istilah moden ni, tapi pada saya ajaran tradisional tu pon ada gak eloknya.

ok la, enough pasal bebudak tu. obek hari ni dia bz sangat. almaklum, sepupunya kawen tu hari ni. petang tadi lepas kenduri terus hantar mak midah dan tokngah balik kampong. kihkihkih..ada la plan depa anak beranak tu. biarkan. tapi disebabkan hari hujan lebat so perjalanan tu jadi lama sikit la. mudah2an semua selamat. baru kejap ni tadi obek call pukul 8.14pm dia dah selamat sampai dah.. alhamdulillah. so, he will be back by tomorrow afternoon.

esok turn saya lak dok mengadap orang kawen sampai 4 rumah sekali ni. jejauh lak tu taktau le samada sempat atau tak nak pergi semua rumah tu. kalo tak pergi semua tu family friends, lagipon depa bukan tetiap tahun buat kenduri kawen. tengok la nanti camne.

saya ni dok tingin nak makan sandwich. bahan semua ada kat rumah ni tapi rotinya la pulak tak ada. haihh...camne nih. nak makan sandwich, nak makan sandwich, nak makan sandwich......


sedapnya sandwichhhh....


ok la..malas nak membebel banyak2. sekarang ni dah start hujan2 dah ni. ohohoho...saya ni fobia betol dengan hujan2 ni. harap2 semuanya selamat dan berjalan lancar. aminn....

Friday, December 12, 2008

banyak hal lak...


semalam khamis 11/12/08, saya cuti. pi teman ibu kena uruskan sesuatu kat tetengah bandar kl tuh. benci aahh..dah le jem. pas tu urusannya bukan main lama lak tu. seperti biasa pekerja yang makan gaji buta bersembang bukan nak buat koje. bongok. tak pasal2 je korang kena kutuk pepagi ni. lantak la... memang dah tak boleh tukar mentaliti diaorang ni. anyway, benda tu settle jugak walopon menunggu berjam2. standarddd.....

pegi dengan ibu dan aish je. boleh tak mamat kecik tu mengamok2 dalam kereta nak beli baby?? saya ingat baby bear ke hapa ke, rupanya baby betollll.. gila ke hapa? ntah le mana dia dapat idea ank beli baby tu. ibu cakap hari tu pergi melawat kawan ibu bersalin kat hospital then pegi le tengok baby bersusun2 kat bilik baby bercermin tu. itu le pasal dia ingat boleh lak beli2 baby ni. haiyoooo.. tak dapat den nak nolong tu de...

balik je dari memenatkan badan tu kononnya nak tidor. tapi udah bergadoh lak dengan obek. standard la.. gadoh2 manja, baru la excited kan. so, biarkan dia menggelabah kat site saya dok melepak kat rumah polok2 nezha. pukul 5pm obek sampai bawak saya kuar pi jenjalan katanya.. menebus kesalahanlah katakan. tapi malangnya hujan lebat. saya takmo kuar tapi dia paksa2 jugak. eeee... keluar pon nak kena main paksa2 ye. pelik betol. pergi ke puchong tu jangan taktau, ioi jusco puchong tu le. konon nak merasa camne rasanya ioi tu. kira boleh la.. not bad. banyak kedai dan ada lagi building akan dibuka. sure havoc je puchong tu nanti. makan kat wendy's. tapi malangnya tak mengikut standard piawaian saya. sebab macam tak sama je dnegan wendy's midvalley. tu yang pelik tu camne lak boleh beza2kan bendanya. anyway, perot dah lapar makan jugak la. saya makan chili & baked potato. obek amik burger. lepas makan pusing2 dalam kedai tu takde beli apa pon. oebk je beli beg pouch baru. ntah la hapa2 dia tu. biarkan. tapi memang tengah offer sekarang. murah2 je.

sampai rumah pukul 8pm. obek pergi kerja lagi. saya dok melepak dengan nezha. petang tu saya ada beli makanan untuk sikurap dan aweknya. wahhh.. yang memurah punya jadila. kihkihkih... sian bebudak tu kena double standard dengan saya. ekonomi tengah merosot ni, apa nak buat. malam tengok tv cerita tak best. main2 dengan nezha. main kejar2 suka je mamat kepochi tu sampai termengah2. saya le yang termengah2 tu. sekali main punya main, lari punya lari saya terlanggar bucu pintu. tu diaaaa.. punya le sedap sangat sampai menangis!!! uuwwaaaa.. gila sakit tau tak lengan saya sampai lebam ni ha. besar lak tu. aduhhhh.. tu la suka2 sangat kan dah menangis. so malam tadi tido ngereng kiri je, tak boleh ngereng kanan sebab tangan lebam. sakitttt... call ngadu2 kat obek bukan nak pujuk lagi kena perli2. benci aahhhhh!!!!!!

pagini jalan tak berapa jem. jem sesikit tu consider tak jem je la. tapi hujan le pulak. ingat nak singgah beli nasi lemak pon tergendala. mals le nak berhenti2 cari parking nak berpayung bagai pasal nasi lemak sebungkus. so, tahan je la perot. ada la snacks ration kat dalam laci ni tapi kang takot lak perot menolak. haihhh.. sabar je la.

opss.. ada orang mimpi kena patuk ular. kihkihkih.. apakah maksudnya. masalahnya bukan saya yang mimpi kena patuk ular tu..tapi obek!!!! apakah???? kot2 ada orang nak ngorat dia kot ni. harus dibenteras dengan kadar segera nih. i declare WARRRRRRRRRR!!!!!!

kihkihkihkih.... macam2 hal la.. banyak hal lak...

Wednesday, December 10, 2008

buat perangai...


semalam saya buat perangai. tetiba je ambik half-day. time lunch hour tu tetiba obek call tanya saya buat apa. lorr..masa tu saya tengah kat kedai dok pilih2 roti le konon nak buat lunch. sekali dia kata alaa..oby amik half-day je la, kita pegi dating2. lorr..kok mau dating2 siang2 hari koje? huhuhu.. pikir2 tulang dah le memang malas, kena lak cucuk dek hasutan obek tu harus le saya half-day jugakkan. terus ni dari kedai terus tuju kereta. mujur dah bawak handbeg sesiap. so saya menonong je terus balik rumah, dengan tak off pcnya, dengan tak inform officenya. hahahhha.. lantak sana.

dah sampai rumah baru call office. hehehhe.. bior lantak. actually ada gak keje semalam nak kena buat budgeting tapi tunggu2 supplier tak gak fax2 pricing, so bior lantak sana. kalo siamang nak cepat ko buat le sendiri. saya nak pegi dating dengan obek. huwahhahaha....

sampai rumah makan roti dulu, kejap tu obek sampai so off we go. takde la pegi mana pon. still teman dia pergi tetengah kl tu buat keje dia tapi kejap je pas tu pegi makan2. opss..lupa nak infor, jusco tengah sale ye puan2 sampai 4 january. sila pergi membeli2 ye. petang pukul 5pm balik dah pas tu tido sampai pukul 730pm. nezha pon naik heran tengok saya tido pengsan. hahahha...

malam nak makan tapi perot sebu. obek lak ajak pegi makan nasi lemak. saya malas je makan nasi lemak memalam tu tapi dia nak jugak. haihh..camne nak diet ni. jadinya pergi le jugak makan nasi lemak tetengah malam. pukul 10pm baru kuar rumah. sampai balik dah pukul 1230am. huhuhu.. rugi masa tidor saya. penat. bestnya kalo hari2 macam tu takyah keje pegi jenjalan je. huhuhu... banyak lemak la tu nanti.

pagi ni pergi kerja jalan still tak jem. bagus la. tapi petang ni ada hal so tak boleh balik cepat. benci aahhhh.... orang nak balik nak lepak2 tengok tv pon tak senang. tak suka! tak suka!!!

adik obek tumpang letakkan barang hantaran dia kat rumah saya. huhuhuu.. theme gold ko tak ngalah. tak padan dengan takde duitnya sebok nak buat hantaran2 bagai. kan dulu masa bertunang dah bagi hantaran kawen pon nak kena bagi gak ke? saya bukak2 semua beg tu nak tengok apa isinya. ada set mekap, handbeg, kain pasang, bunga telor, pas tu macam bakul2 la ntah hapa ntah saya tak paham. owh..ada rama2 kecik sebagai hiasan. perhatian : beli barang hantaran guna duit makmidah, boleh? hwuahahhahaha.... saya tanya obek, mak midah cakap apa? obek kata mak midah dah malas nak sebut, cakap kang bergaduh so biarkan je la. saya kata senang banyak le hidop kalo macam tu. nyampah. ada ciri2 busuk hati disitu ye. kihkihkihkih.... bukan apa, sian kat makmidah dan minah gedik yang kena jadi mangsa. entah la pa yang dia pikirkannya.

minggu ni 13 & 14 sepupu obek lak kawen. tapi itu takpe, sebab semua hal settle sendiri. kawen buat kat dewan, amik katering. senang. tak nyusahkan mak bapak. tapi tu la..bercinta bagai nak rak dengan orang lain sampai 6 tahun sudahnya kawen dengan orang lain. hahahhahaa... dah jodoh entah la saya pon tak paham. kekadang memang ada je kejadian yang macam tu. apapon, doakan yangterbaik untuk pengantin. masa memula dia cakap nak kawen hari tu memang kitaorng excited la.. ye la sebab lama beno bercintan-cintunnya. mak bapak pon dah kenal, makcik obek pon setuju dengan pilihan calon menantu tu. tup2 dia kata bukan dengan orang tu la.. dengan orang lain. lorrr.. melopong je la kami dengar.

pic atas tu saja je.. sebab gambar dragonfly. saya paling suka dragonfly. sebab pada saya ada sedikit misteri disitu. ciri2nya, sifat2nya, bentuknya, warnanya, semua saya suka. masa saya kecik2 dulu saya suka bagai nak rak kat kuda laut (seahorse). itu pegaruh tv le tu. nangis sampai guling2 lantai mengempas2 sebab minta kat ma suruh belikan kuda laut tapi tak dapat. ahhahaha.. ye la, ingat senang ke nak cari kuda laut time2 dulu2 tu. kalo ada pon harus le nak kena ada akurium segala bagai. appadaaaa... tapi sampai sekarang pon saya suka gak kat kuda laut.

Tuesday, December 9, 2008

masok kerja...


hari ni dah masok kerja dah..takde cuti2 malaysia de. hari ni jalan tak jem. bagus2.. pukul 815am saya dah sampai office. ehehhee... gila cepat. orang pon baru terhegeh2 nak sampai office. parking adalah lapang sebab maybe ada ramai orang cuti kot. perot lapar tapi paksa diri takmo makan sebab semalam dah makan banyak. bior kebulur hari ni.

baru cadang2 hari ni nak dok melepak je kat office sekali siamang datang bari task le pulak. eeee..benci la. hehehehe.. kalo bagi keje benci je ye, kalo bagi duit mencanak2 semangat. biasa la tu. saya bukan workaholic.. itu obek. ni sampai pagi terus terjah site. lantak le sana. malam ni tak plan nak pegi memana, nak dok rumah tido nak polok2 nezha. rindu sama mamat tu.

owhh..takde idea la. malas.

Monday, December 8, 2008

hari ini hari raya aidiladha...




wahh.... hari ni saya penat betol. pepagi pukul 6am dah bangun masak sambal tumis udang campor petai. hantam la. heheheh.. boring asyik makan ayam dan daging je, so tu yang masak udang tu. laku weehhhh.... owhh..sungguh tak sangka saya pandai masak. ahakss.. itu ayat perasan sendiri ye. ma lak masak nasi minyak. waduh-waduh.. marvelous betol makan dengan sambal tumis tu.

masak cepat2 siapkan table then pukul 8am kita orang pergi sembahyang raya kat surau depan tu je. hujan dari malam tadi tak berhenti. walaupon tak lebat tapi tetap mengerikan saya. lepas sembahyang ada acara qorban. tapi maybe lambat siap sebab hujan lebat je.

lunch kitaorang masak ikan bakar dengan pechal. wahh..memang semua pon laok favorite saya. hehehe.. lantak la. dah kata saya je yang kena masak harus le kena ikut tekak saya. orang lain jangan banyak bunyik ye. nak ikut tekak sendiri masak sendiri.

almaunah tak balik. hohohoho.. sian ma menunggu dia sampai ke malam. sampai hati. ibu pukul 12pm baru sampai sebab dia kena deliver tempahan kuih. takpe2, masyuk-masyuk... petang pukul 6pm baru mama sampai. dia pon kene uruskan hal qorban kat area dia dulu baru boleh balik. heheh..semua orang pon ada hal. kalo yang bebetol ada hal tu tak gak.. macam almaunah tu memang saya tak paham lansong le. orang call takmo jawab, sms tak reply. apa le terok benor.

obek lak mengadu makmidah ngadu kat dia si jemi terejal yang gatal mengenyam nak kawen ni lepas tangan habis pasal persiapan kawen dia. wahwahwah..beso telor ko ye. kalo ko letak duit 20k boleh le jugak nak lepas tangan ini bagi duit belanja kenduri pon tak cukup, lagi ko nak dera orangtua tu macam2. dari dulu kitaorang dah agak dah mamat ni sure tak cukup duit nanti. memang ye pon. dia minta makmidah guna dulu duit untuk masok kolej minah gedik (adik bongsu obek le tu). saya dengar memang menyirap darah betol la. sian le kat minah tu. nanti bila time betol2 masok kolej kang dah takde duit pulak. kata je nanti nak bayar balik, bilanya??? dah tau takde duit jangan leberangan nak gata kawen dulu. tahan2 le dulu puasa ke apa ke ini tak. nak kawen tapi nyusahkan semua manusia. si yon (adik obek jugak) pon dah bising. dah tau nak kawen balik2 le kampong tu selalu kemas2 apa yang patot. jangan dok harap orang yang tinggal kat urmah tu je yang nak kemas segala. dah le ko lepas tangan. semalam lepas raya makmidah le kene pergi ke kedai order semua barang2 kering untuk kenduri. memang la anak dia sendiri, tapi anak tu pikir la sikit. dan lagi terok, raya korban semalam si jemi tu tak balikkkkk!!!!! memang terok betol perangai dia. saya sian kat makmidah je. patotnya nak nak kawen ni happy2, bukan nak kena pikir masalah lagi pulak. nak kawen pon duit tak cukup ada hati lagi tu nak beli rumah segala bagai. puuiii... sedar2 le diri sikit wwoiiiii... saya dah sound obek awal2 jangan menggatal nak tolong2 sponsor. bior dia cari duit sendiri bior dia tau camne cara tanggungjawab menyara keluarga. kalo pakai makan suap je sampai bila pon takkan tau hidop susah. tetiba je sakit hati.

malam cadang lepas isyak nak tido, tapi dah dok melayan tenet sudahnya pukul 11pm jugak baru tertidor. heuhuhuhu.... selasa kerja. hadap je la. ada gak apply cuti tapi pikir2 takda ap dah nak buat baik kerja. cuti tu boleh simpan untuk time2 emergency nanti.....jadi manusia ni kena pikir lebih sikit, bukan main hentam keromo je ikut sedap hati.... benci aaa dengan orang2 yang bongok macam tu.

Sunday, December 7, 2008

ahad, 07-12-08



hari ni hari ahad. perjalanan bermula seawal jam 700am, pergi pasar beli barang2 untuk juadah raya. penat sangat. beli macam2. macam nak buat kenduri kawen punya beli barang. ayam, udang, ikan, sayor segala mak neka la. hehehe... lepas pergi pasar pegi kedai lak beli barang2 kering. huishhh... ma ni beli macam 1 kedai tu dia nak bungkus kasi masok kereta. haru2...

sampai rumah pukul 10am.. penat. mujur dah beli siap2 nasi lemak so breakfast. lepas breakfast bermulalah agenda potong memotong, basuh membasuh, blender memblender dan tumis menumis. penat gila macam nak patah pinggang ni. tukang masaknya 2 orang je saya dengan ma tapi masak untuk makan 20 orang. huhuhuuu.....manusia2 tu tak balik. esok pagi baru nak balik. nyampah.

ingat petang ni nak pergi hantar kereta cuci kat depan tu. tengaok la kalo rajin. sebab macam malas penat la pulak. mood tak berapa nak elok.

saya cakap kat ma next year punya raya kita takyah raya kat rumah la, kita pegi holiday. ala, setakat nak sembahyang raya tu memana pon ada, bukannya wajib nak kena sembahyang kat kariah sendiri. ma gelak je. dia kata kita pergi holiday sapa nak jaga opah? huhuuhuuuu... spoilt the plan.

malam ni nak tengok tv je. malas nak buat apa2. tapi takkannya la tu. tadi ma dah bising2 surh kemas kuih raya lak. alahaiii.. raya haji mana ada orang celebrate beriya2. ma je yang macam tu. tak paham betol la.

anyway, harap2 semuanya berjalan lancar esok. harap2 mood saya semakin baik dan ceria. kepada semua yang rajin, selamat buat kerja. kepada yang pemalas tau makan tengok tv je.. go to hell la. hwuahhahahhaa!!!!

Saturday, December 6, 2008

sabtu...


hari ni hari sabtu. cuaca amatlah mendung. dari pagi suasana muram je. pagi buka tv tengok berita buletin pagi kat tv3 ada berita pasal tanah runtuh kat bukit antarabangsa. aduhaii.. bencana alam melanda lagi. kesian kepada mereka. tak kira la apa juga bangsa dan agama kesedihan kehilangan harta benda dan orang tersayang turut dirasai. mudah2an peristiwa ini menjadi peringatan kepada kita....

hari ni saya memang malas. satu apa benda pon malas je nak buat. bangun pepagi nak masak breakfast pon malas. mujur ma kata takyah masak breakfast just goreng je karipap segera dai ada beli semalam. yahuuu.. selamat. senang je goreng2 gitu. ma lak nak pergi kebun dai kejap amik bunga kantan dan pisang ada orang nak. balik tu dia bawak sekali pucuk betik. yahuuu.. saya suka benor le tu. terus rebus terus makan nasi breakfast tu. pagi pon tak le pagi beno. dah pukul 10.30am gak le baru nak makan. jadinya saya tak lunch pagi tadi.

lepas breakfast hantar kereta ma pergi cuci. wahh.. ramai lak orang hari ni nak cuci kereta. hehehe... murah rezeki orang cuci kereta tu hari ni. kereta saya je yang tak bercuci2. malas.

hari ni saya lansong takde tido siang. biasa kalo hari2 cuti macam ni saya ada je nak curi masa nak tido siang. bukan senang nak merasa tidor siang wehhh... weekday dah tentu2 mengadap pc kat office mana ada chance nak tido. time cuti2 ni le masanya pon...

petang, ma masak udang cili api campor tauhu. uuwwaaa... pedas macam nak pengsan saya makan. ma tu dah tau saya tak tahan pedas lagi dia boh cili api banyak2 sampai sakit perot saya ni. dia kata takde pedas ponnn...huhuhu... makan sampai kuar hingus sampai hidong tersumbat sebab asyik hembus2 hingus je. hehehhee.. tak senonoh betol perangai. lepas tu ada lagi buat cucur ikan bilis. wallahhhh... kenyang sampai ke tekak makan petang tadi. so, dah makan petang malam takyah le dinner. nak tengok tv.

saya risau je sebab cuaca mendung. area rumah ni dah ada history banjir masa dulu. takot perkara yang sama berulang. risau sangat2.

esok pagi nak pergi pasar. apa lagi.. nak kena pegi memborong barang untuk raya la. tapi saya dah pesan dengan ma takyah beli banyak2. takmo la rendang2 semua tu, jemu la. esok say aplan menunya ialah sambal tumis udang, pecal, ikan bakar dan nasi himpit. hehehhee... semua favorite saya je yang saya sebut tu. kihkihkih.. saya pesan dengan ma kita 2 orang je masak mana ada orang nak datang raya. manusia2 tu semua balik bawak perot je. tak kuasa la nak makcik nak memenuhkan tekak diaorang. penat haku. tak suka.


petang tadi juga ada orang surau datang bagikan kupon untuk ambik daging korban nanti lepas sembahyang raya. mmm.. nant pas je la kat bebudak mintak tolong ambikkan. lagipon rumah saya ni tak makan daging.

okla.. saja je tulis sebab takot la kot2 esok tak sempat nak tulis. maklumla.. mesti busy sangat2 esok ni. mana tak sebok, saya dengan ma je 2 orang nak hadap semua. harap2 semua berjalan lancar. kalo tak saya ngamok nanti. hehehhehe....

apapon, selamat menyambut hari raya aidil adha kepada semua pembaca (if any). semoga ibadah korban kita diberkati oleh Allah s.w.t....

luv u....

Friday, December 5, 2008

tido ke pengsan?...


wahh... semalam balik pon tak jem. bagus2.. sangat suka hati. sebelom balik singgah kedai beli nasi lemak le untuk dinner (so-so je rasa dia). sekali nampak ada orang jual rojak buah, so beli jugak (sebenarnya tak sedap sebab nenas dia masam. bukan masam yang masam tu, tapi masam sebab dah macam lama/basi. tau ke?). sebab nampak macam sedap je. tekak melonjak2 nak terkeluar. eeee... benci geram betol.

lepas makan lepak2 tengok tv. badan rasa macam lesu sangat. mandi then terus lepak kat katil cadang2 nak baring2 je rupanya terus tertidorrrr..... aduh, aduhh, aduhhh... dengan pintu grill tak kuncinya, mujur pintu kayu dah tekan siap2 punat kunci tu, dengan berlenggeng pakai towel je, lampu depan tak bukak, paling kecut kereta tak kunciiiii.... memang terok betol. sedar2 sebab rasa nezha dok garu2 kepala. ingatkan baru pukul 9pm ke hapa sekali kejap saya terjaga tu alarm hp bunyik. lorr.. bunyi tu biasanya untuk bangun pagi pukul 545am je. sekali bangun tengok memang dah 545am pon. aaaarrrggghhhhhh!!!!!! gila tido mati ke pengsan semalam saya pon tak tahu. mujur takde apa2 berlaku. ye la.. ko gila nak tido pakai towel je dah le dengan lampu tak bukaknya. tv memang on je la. entah le kenapa saya jadi macam tu.

tengok hp nampak miss call sampai 10 kali dari obek. harus orang tua tu risau kemana le saya pergi tak jawab2 call. so terus call dia pepagi buta tu inform saya tidor mati. dia tanya apsal? pengsan ke hapa ke? dia nak datang tak sempat sebab kerja tapi dalam kepala hotak dia bapak risau beno. hehehehe.....

aduhh... apsal la saya jadi macam tu, tapi memang flat habis la. macam tayar pancit betol. lenguh2 badan sebab tidor tak bergerak. sebelom2 ni tak pernah jadi macam tu. dah la tu siap mimpi2 lak tu. mimpi jadi cikgu tadika lagi. hehehehe... mimpi la ada 1 student ni dia aktif tapi ntah camna bila exam dia dapat result terok la pulak. result semua C dengan D je. hehehehhee... sekali mak dia dah le macam garang nak marah2 budak tu, so saya sebagai cikgu tadika yang disayangi (chewahhhh..) telah memujuk dan memberi ceramah ringkas kat mak budak tu supaya jangan marah budak tu. siap explain i apsal budak tu jadi macam tu siap cakap bahasa psikologi siap keluar teori2 perkembangan kanak2 lagik ni. rugi tak ingat apa yang saya cakap kalo tak boleh tulis jadi jurnal dah. siap pelok2 lagi budak tu sebab dia dah nangis2 ketakutan. alahaii..siannya budak tu. cheh..tak pasal2 ko dapat pelukan free ye budak. budak lelaki lak tu. hantu betol. ntah le anak sapa yang saya pelok tu. mujur mimpi pelok budak kecik, buatnya mimpi pelok bapak budak tu tak ke haru punya cerita???

anyway, agaknya nezha pon risau sebab saya dah tido pengsan malam tadi. asyik le nak dok berkepit kat saya dok jilat2 cium2 bagai. haihhhh..sian dia. mesti dia ketakutan dan keboringan sebab sensorang je. huhuhuhu... i luv u nezha.

apsal saya boleh flat sangat sampai macam tu sekali????

Thursday, December 4, 2008

masa...

saya ni kekadang ada je rasa macam tak cukup masa la. rasa cepat atau sekejap beno masa tu berlalu especially time2 tengah syiok2 tido tu kan. rasa macam baru je pejam mata udah terasa mamat kepochi garu2 kepala maksudnya tu udah pagi rupanya. eeee..geram. atau masa kita tengah banyak kerja. or deadline nak sampai dah. hahahah... itu jam rasa tak cukup tangan nak membuat kerja. masa tu rasanya kalo kaki boleh menaip or buat kerja memang dah disuruh la tu.

masa saya kecik2 dulu kan, saya paling tak suka tengak / baca jam. hehehe.. tetambah kalo jam analog. ala..jam bulat ada nombor2 tu la. memang anti betol dengan jam tu. pulak tu kat sekolah tengah musim belajar baca jam. jenuh makcikkkk.... biasa saya akan sebut 'jarum panjang nombor 3, jarum pendek nombor 5'. hehehe... pas tu nanti kena bebel dengan ibu. saya dok merengek nak jam tangan robot. hehehe.. jam tangan digital la dulu2 tu ada 1 kaler je yang kaler hitam gemok2 tu. hehehe.. glamer tau kalo ada jam macam tu. or ada jugak yang version pompuan punya gambar mickey mouse. uuwwaa... nak sangat2 tapi sampai sekarang tak pernah merasa. serious. sampai sekarang tak beli2 pon jam digital.

ada sekali tu kiranya macam ada test la kat sekolah. cikgu cakap esok ada test baca jam. malam tu menggelupor le menangis2 suruh ibu ajar camne nak baca jam. hehehhee... ibu sampai bagi janji dia cakap if saya dapat jawab nanti dia bagi hadiah jam tangan. hahahhhaa... ma lak malas nak layan saya. biasa la. ma tu straight sikit. ibu je yang rajin melayan saya. hohohoh... nak dijadikan cerita, saya lulus le test tu sebab cikgu ada bagi kertasnya. hehehhe.. jadinya saya dapat la jam tu. lapi bukan kejap2 tu gak dapatnya, berkurun gak menunggu. jadinya jam tangan pertama saya ialah jam tali kaler coklat analog bentuk bulat. jenama? takde jenama daaa... masa tu tidor pon pakai jam korang... excited gila la sangat.

bila dah besar2 ni saya jarang beno beli jam tangan. rasa satu tu je cukup la untuk dipakai selagi jam tu bernyawa. masa memula kerja kira gamble ni beli gak jam. masa tu jam guess. mahal gila. ye la waktu tu baru nak merasa pegang duit sendiri. gigil2 wooo kuar duit keping2 buat bayar jam. hehehehe... tapi elok sampai sekarang.

lepas tu saya gila dok beli jam tangan tipu2 tu. alala..yang dekat petaling street tu. jenama mahal tapi harga murah. hwuahahhaa... saja je suka2. seronok pulak. ada yang elok tahan lama, ada yang kong. tak kisah la. jam kat giant booth yang satu rm1o pon saya hentam beli jugak. sebab dia ada macam2 kaler so boleh le buat tukar2 pakai match kan dengan baju.

saya tak kisah le ada jenama ke takde jenama ke. asal saya berkenan saya beli je la. ada kawan saya yang jenis suka merendah2kan orang, saya pakai jam mahal pon dia kata saya beli kat pasar malam. hahahaha... malas nak bising2 ye kan je la. hanya jauhari mengenal maknikam. hanya johari mengenal maniam. kihkihkihkihkih.... ori atau tak orang yang tau je yang boleh bebetol tau.

ada orang suka pakai jam tangan kiri, ada suka pakai tangan kanan. kawan saya dia kidal tapi still pakai jam tangan kiri. ada orang suka pakai muka jam menghala ke atas, ada suka menghala ke bawah. kalo orang2 rap pakai jam rantai beso. hehehee.. macam2 peel. tapi bebudak sekarang juga yang untung. memacam jenis jam they all boleh dapat. spiderman, superman, ben10, memacam. zaman saya kekecik dulu tu la mickey mouse je yang ada.

kalo ikut lagu raihan, demi masa sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yg beriman dan beramal soleh. demi masa sesungguhnya manusia kerugian melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran. kalu difikir2kan hidop saya ni dah terlalu banyak membuang masa. ilmu dan amal amatlah sedikit. kadang2 rasa takot tu timbul tapi entah la. susah nak cakap. bila nak bak bebetol sedar dan insaf agaknya. saya pandai je cakap jangan buang masa. kalo cakap dengan bebudak kecik mana dia tau apa maksud buang masa tu. cakap le sampai berbuih2 mulut pon they all bukan peduli pon. proses pembelajaran tu terlalu lambat. nak kena tunggu real experience baru boleh nak sedar. heheheh.. itu saya le tuh. kalo orang cakap, degil, bila dah kena batang hidong sendiri baru la terhegeh2 nak sedor. hehehhehe.....

so, mulai hari ni saya nak lebih menghargai masa. masa perlu diisi dengan perkara yang lebih berfaedah. bukan tengok cerita kartun je 24jam wehhh.... huhuhuh..

owh.. yang saya dok bermukadimah berjela2 tu bukan apa. saje je sebagai intro. sebenarnya nak bagitau saya dapat ni malam tadi. hehehhee....


dapat hadiah jam tangan le....


apa la mimpi obek bagi saya ni malam tadi. huhu.. tak kisah le murah ke mahal ke kalo dah barang free namanya harus diterima dengan hati dan tangan yang terbuka. kihkihkihkih... memang dasar materialistik. dia hulur time on the way balik dari makan2 tu le. wahh...sangat suka saya nih. bila tanya kenapa tetiba je bagi, dia jawab takde apa. saja je. owhh...ada sedikit curiga disitu. tapi takpe, nanti makcik check slow2. takde la, dia kata sekarang kan musim karnival jualan malaysia, ala, yang dulu tu dipanggil karnival beli belah tu, so ada banyak discount. tu la dia beli satu. kalo takde discount kempunan le saya nak merasa. huhuhu... sedihnya dapat gift discount items. aahh..lupakan. asalkan dapat, sudehhh....

owhh... saya suka nice surprise macam ni. obek, surprise2 le saya selalu lagi ye. yeaaahuuuu!!!!!





nak sangat, rasakan....

weehuuuu... semalam balik tak jem lansong. 630pm udah sampai rumah. yahuuuuuuu.. clap! clap!! clap!!! agaknye semua manusia belom kuar lagi kot sebab semalam saya kuar awal pukul 545pm. hehehhehe..... curi tulang. takpe la.. bukan selalu pon. saya kan ada share kat kompeni ni tu pasal la. hahahhaha....

so sebelom sampai rumah singgah kedai dulu la beli roti untuk buat dinner. saya suka je anytime makan roti ni. tetambah roti2 yang funky2 yang ada macam2 perisa ada macam2 bahan kat atasnya. memang suka betol. tapi semalam beli roti kek tulisannya. dia macam cantum 2 la tetengahnya ada inti kaya dengan butter. sedap jugak. beli air kotak sekali kang senang tak yah masak2 air minum. memang dasar pemalas melampau.

balik, lepak2 tengok tv, makan2 dengan nezha, mandi2, relax. sekali pukul 830pm obek call ajak kuar dinner. arrghh... saya dah kenyang melantak roti tapi sebab dia ajak, kuar jugak le. on the way dia tanya nak makan apa. saya saje je gatal mulut sebut nak makan seafood, nak makan sotong goreng tepong, ketam segala mak-neka seafood la. sekali dia kata lak okeh, we should go to port klang. what!!! nak pegi port klang dah memalam buta ni?? no, no, no.... takmo. penat. lagipon saya dah kenyang. lagipon jauh. tak sukaaaaa...

tapi dia nak jugak. huhuhu.. so pergi jugak la. kononnya nak makan seafood le ni. so, pergi jugak la. sampai je sana terus amik bakul untuk pilih2 ikan. sekali tengok sotong tak best. dah lembek2 dah kuar2 dakwatnya. eeee... tak suka. tapi obek paksa2 jugak amik sebab saya dah sebut nak makan sotong goreng tepong dia kata kang saya kempunan kang naya je. owhh... sayang juga ye kat saya. hwuahhahaha.... ada sedikit unsur2 gatal disitu.

then, amik udang. bapak banyak obek amik macam nak makan 4 orang. biarkan, biarkan. senyap2 je. then dia amik lak ikan pari, pas tu ketam 2 ekor. most of the fish is not that fresh anymore and very limited choices. ikan terubuk ada tapi keras macam batu. hahahhaha... takat ikan air batu tu pegi pasar malam pon belambak tak yah saya bersusah payah meredah malam pergi ke port klang tu. lepas timbang dan sebut nak masak apa, orang tu bagi la the bill then we off to cari table pulak. sampai table baru ada waiter datang tanya nak minum apa dan amik side order. ada orang kebulur tu order kangkong belacan (dowhh.. kata nak makan seafood but still order kangkong), dan tambah kerang rebus. eerrkkkk... saya tak dapat bayangkan camne nak habiskan makanan tu semua.

so, ini yang kitaorang makan malam tadi. hambekk.. nak sangat makan seafood. order macam nak makan 10 orang. sabar je la.

the menu last night.

saya order air limau tapi rasanya amatlah weird sekali. seumur hidop tak pernah lagi rasa air limau macam tu. nak kata masam tak juga, manis tak juga. entah la. bagi kat obek suruh rasa obek kata orang tu buat air limau guna limau yang dah masak, yang dah kaler oren tu. cheeiittt!!! ini telah menimbulkan rasa marah saya. sabar, sabar.. jangan spoil mood. udang masak masam manis pon sangat la weird rasanya. tak masam dan tak manis. rasa ntah macam apa ntah tak boleh nak explain la. hohohooo... conclusionnya semua tak sedap!!! diulang : TAK SEDAP!!! hanya ketam masak pedas yang boleh tahan itu pon ketamnya tak berapa nak masak sangat sebab bila gigit isinya tu tak boleh nak bercerai dari kulit means tak berapa masak le tu. baik haku sumbat ketam mentah je kan. hangin dah ni.

kitaorang amik port duduk kat tepi laut tu.. ala2 terapong la konon. menakotkan je. saya takmo tapi again.. kena paksa dengan obek suruh duduk gak tepi tu. mana tak takot. udah le malam pekat, atas laut lak tu. air bergoyang2. (erkk.. air bergoyang??) saya dah dok terbayang dah what if pelantar tu runtuh ke or tetiba ada ular or buaya or ikan jaws melompat naik... obek kata kena la belajar berani2, kata nak belajar swimming. ye, ye.. memang le nak belajar swimming tapi swimming tu kat dalam pool, siang2 terang. nampak hujung dasarnya. ini apa, gelap gila dalam ntah berapa meter tu. uuwwaaa..... aarrggghhh.. tekanan sungguh. sudahnya saya dok je dendiam. terus saya macam nak semput semalam tau. sakit ketat je rasa dada. naik gigil2 tangan kaki semua. obek tengok muka saya cuak dia pon dah risau. so alih tempat duduk yang ke tengah sikit means jauh sikit la dari duduk bebetol atas pelantar laot tu. huhuhuu...ngeri gila.

owh..ada gak hiburan murahan kat situ. konon2 ada ala2 life band la. huhuhuh.. takde le bandnya just sorang musician main keyboard dengan singer gedik yang hanya tau nyanyi lagu dangdut indon. suara?? perrgghhh.... hancorrr.. tapi bab gelekk.. tu dia.. syakira dengan beyonce tengok pon boleh nangis tau. harap bontot je gelek2, suara ntah hapa2. itu bukan hiburan namanya, itu bagi tekanan namanya. tak menambah selera lansong. penyanyi pub lagi sedap la suara. ini tak boleh blah lansong. dah le nyanyi lagu indon sesaja, then ada satu lagu malaysia iaitu lagu zaiton sameon tapi tak tau lak tajuknya, boleh lak dia salah masok, intro tak habis lagi udah masok. hwauhahhaa... kami bantai gelak. entah le labu.. apasal le owner restoran tu buat macam tu. obek kata kalo macam ni baik pasang kaset je lagi puas hati, ini tak buat menambah dosa i je mengata orang memalam buta ni. hahahhaha...


see... penyanyi tengah bergelek habis.
dressing standard, singlet with a very2 short skirt.


ini gambar pemandangan waktu malam tu le.. tak berapa clear le pic ni.
tepi2 tu memang ada bot, pas tu ada kapal2 tengah belayar.
saya je yang penakot. huhuhuhu....


owhh..ada cerita kelakar. masa kitaorang tengah makan tu sekali table sebelah pon ada la 1 family baru datang. so waiter tu cakap cik boleh amik ikan kat depan. pakcik tu tanya, ikan apa ada. waiter cakap macam2 ikan ada, kerapu, jenahak, siakap, pari.. sekali pakcik tu cakap ikan kekek ada tak? saya kat tepi tu punya la terkejut sampai mengalir2 air mata ni tahan gelak. waiter tu jawab.. hehe..ikan tu takde cik, pas tu dia terus blah. hahahhahaa... obek lak tak perasan part lawak tu. dia tengok saya mengalir2 air mata gelak slow2 baru dia tanya apsal. bila saya cerita dia lak bantai gelak kuat2. haiyooo... saya yang tak tahan dari tadi pon burst out gak. hadoiihhh.... sebenarnya pertanyaan pakcik tu tak le salah pada pendapat saya cumanya macam weird sikit je la kan. sebab jarang ada jumpa ikan kekek ni. saya memang seumur hidop tak pernah jumap ikan kekek tu. ke ikan kekek ni just imaginasi je bersempena dengan lagu ikan kekek mak iloi, iloi tu?? haahhah.. tapi obek memang nyanyi lagu tu sampai ke sudah. haru2....

makan2 lepak2 sampai pukul 1am. ikan pari bakar tak boleh habis so tapau bawak balik. haiihh..memacam dah ada dalam fridge saya tu hasil tapauan. sabar je la. sampai rumah terus tidor.. hehehe..sian nezha tak dapat ikut. kihkihkihkih.....

owhh.. sebelum tu nak le bagitau the verdict of last nite. food was horrible. environment is not that good. baik makan kat kedai tomyam biasa ni je. cumanya yang best kengkonon tepi laot la. dowhhh..... entertainment was sucks. cuma yang ok is service dia cepat. punya cepat sampai ketam saya tak masak dengan betol. hantu betol. kalo saya nak makan ketam mentah saya pegi sushi la woi..tak de nya nak pegi seafood. perjalanan jauh, tak berbaloi. kalo food marvelous perjalanan jauh boleh diabaikan. so, conclusionnya : tak best. yang best hanya sebab kuar dengan obek. nak bagi berapa bintang? lupakan je la... saya pon tak recommend you all pergi situ. but kalo nak merasa pergi je la. habis tu kedai mana yang saya pergi semalam? hohohoho.. kedai ni...


no-no-no... i won't go there again.


maybe ada banyak lagi kedai lain kat area situ tapi takpe.. lenkali pergi try kedai lain lak. on the way back tu saya saje je perli obek, esok kita makan seafood kat umbai melaka lak ye. dia jeling2 je. hwuahahhahaa....... nak sangat, rasakan!!!!!