mari mencari....

Google
 

Sunday, December 28, 2008

banyak kenduri...


hari ni ada banyak kenduri. kat taman rumah ma ni je ada 2 buah rumah. selang2 jalan. hehehe.. yang 1 tu jauh sikit dari rumah saya, yang lagi 1 tu dekat bebeno.. nampak khemahnya dari rumah saya. siap ada karaoke lagik ni. masa tengah type ni bebudak tu tengah belasah nyanyi ntah hapa2 ikut suka ati diaorang je. hantam la... ada yang suara sedap. ada yang tak sedap. hehehhee.... meriah. pengantinnya alahaiii.. muda bebeno. baru habis sekolah. baik laki baik bini. mana la diaorang cekau duit buat belanja kenduri kawen tu. temanya merah+putih. pagi tadi ada marhaban kat rumah pengantin. kumpulan marhaban terpaksa dibahagi kepada 2 group la kan. sebab kalo pergi semua satu tempat nanti tak sempat. pengantin yang lagi satu tu tema purple. yang ni katanya ada bua khatam quran sekali. sekali pengantin tak jadi khatam le pulak. tak buleh katanya. saya rasa buleh kot. kalo time 'demam' pon still buleh ngaji kan just tak boleh sentuh ye tak? ke tak betol? entah la. tapi mujur juga ada adik pengantin dan anak sedara pengantin yang nak khatam sama. so, majlis tetap berlansong la. ok gak la tapi kurang meriah dari sini sebab takde karaoke2 ni de. dia konsep biasa2 je. boleh la. makanan 2-2 pon sedap. menu? menu standard orang kawen la.. takyah sebut. benda yang sama jugak. yang penting air sirap harus ada ye. hehehhee...

obek? boleh tak tadi dia sms saya cakap dia tengah pengsan ni. haiyoo.. tengah pengsan boleh sms gak ke? pelik bin ajaib nih. tak kisah le. itu kenkonon nak mengadu domba kepenatan le tu.biarkan dia tidor puas2. esok saya rejan gak dia suruh balik kl. tak pedulik. kalo tak nanti saya merajuk plus mengamok. rindunyaaa... rasa macam dah berkurun tak jumpa walhal baru berapa hari je. hehehehe...

cuaca hari ni panas betol. tengahhari tadi macam ada tanda2 nak hujan. mendung dan angin bertiup kencang. tapi bak kata lirik lagu tu.. mendung tak bererti hujan.. haa..hambek ko panas berdenting ni. takpe2.. panas takpe senang orang nak pergi rumah pengantin makan2.

malam tadi saya mimpi. huh.. mimpi tak elok agaknya. entah2 siap ngigau sekali kot. al-maklum.. makcikkan ratu ngigau ni. ahh.. risau gak if pikir2kan mimpi tu. tapi malas le nak pikir2. kebelangan ni dah terlallu banyak perkara yang nak saya pikirkan. rasa naik demam dah otak ni. otak penat camne nak kasi urut2? osim belom cipta lagi alat urut otak.

tengok tv ada kemangkatan. mmm... dah ajal, nak buat camne. dunia kaya, akhirat? jawab sendiri.

ok la. tak tau dah nak tulis apa. mata pedih nak tido tapi tak boleh lelap pulak. dah le panas ni. kalo hujan maybe sejuk tapi saya takot la hujan... fobia.

nezha? i love you nezha. nezha pon jangan stress2 ye.. nanti habis bulu gugur tak hensem dah nanti camne???

8 comments:

goasop said...

haha. nezha stress sb apa? catu makanan kah?

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

slamat tahun baru..muharam dtg lagi...

~dARlee zURiS~ said...

cuti2 sekolah camnie mmg bnyk kenduri kan..
kadang2 sampai tak tau nk pegi mana satu
huhuuu...

tdo x basuh kaki kot..
tu asyik mimpi je
biasalah tu..lagi bnyk pk,lagilah mimpi yg bukan2 :)

BlankQo said...

budak2 zaman skang adalah begitu kaye...
aku yg dh tua ni pun xmampu lagi nk kumpul duit kawin, haha...

owh, apekah releven kenduri kawin ngan samurai :P

CuTeMiUt78 said...

heh..heh.. dah nama pun musim cuti sekolah kan.. so pastinya kenduri kendara ni pun pada waktu ni gak yg meriah kan

one love said...

kenduri menandakan tahun baru nak mai sebab cuti sekolah dah nak abis dah! hehehe

selamat tahun baru dan selamat berazam!

:)

ur blog's lagu cool sangat!

Ummibatrisya said...

nampaknya dapur tak berasap lah sebab kenduri banyak :)

ummi suka jugak pergi kenduri ni, sebab boleh cuba berbagai jenis lauk :)

kalau yang sedap makan banyak kalau yang kurang sedap makan sikit

mimpi adalah mainan tidur, jangan fikir-fikir sangat :)

saya said...

Hello kengkawan..sorry lama tak update ye..

Goasop : nezha tu stress sebab selalu kena tinggal…sian dia. Huhuhu…

Pentoi : selamat tahun baru.. ye betol muharam darang lagi..

Zuris : hari2 nk tido pon mmg dah basoh kaki..tak tau la..habis la tu..

Blanqo : relevannya samurai dgn kenduri kawen ialah… kahkahkah.. ada laaa…

Cutemiut : aaaa.. lenkali kita wat kenduri kawen bukan cuti sekolah


1love : takmo buat azam..nanti tak tercapai. Kahkahkha..

Ummi : dapor tak berasap pon beg kemps jugakkk.. pegi rmh orangkawen kena salam berisi..kadang2 lagi mahal dari makna kat kedai. Huhuhu…