mari mencari....

Google
 

Tuesday, December 30, 2008

dah balik dahh...

rindu betol nak melawat blog kawan2. terima kasih kepada kawan2 yang masih sudi hadir dalam blog saya walopon saya belom sempat membuat kunjungan balas. kat office, pc saya kena virus selsema burung. hahahaha... idak le selsema burung tapi macam tu nampak gayanya. kena masok wad pc saya tu. laptop office dah terlalu berat. banyak beno benda dalam tu so dah slow. laptop sndri kat rumah, kadang malam takde masa dah nak bukak tenet. penat. mana nak melayan nezha lagi, nak melayan sikurap lagi. owhh.. sikurap sekarang ni dah berani dan bertambah2 manja. dah berani nak bersenggol-senggolan, gesel-geselan dengan saya. chehh.. gatal gak rupanya sikurap ni.

obek dah balik semalam. petang. janji pukul 3pm sampai kl rupanya pukul 3pm baru terhegeh2 nak start enjin kereta. ggrrrrrr... lepas je sampai sini terus call saya ajak kuar. tolong teman dia hantarkan laok2 bunga2 telor pengantin kat kengkawan dia yang tak dapat datang. lagipon ada lebih bunga telor dan jajan2nya tu. mak midah lak buat nasi minyak tambahan. saja nak bagi semua orang merasa. jadinya, semalam jadi delivery boy le kami. boy ke? hehehehe... hantam la...

tak le lama beno prosesnya tu.. obek sampai sini pukul 530++pm, terus pegi hantar2 semua tu pukul 930pm settle. saya dapat gak sebeban. haihh.. sapa la yang nak makan semua tu. takat2 kerepek tu larat la klagi dok hadap, kalo dah nasi, laok kuih semua tu camne? tak maik kang kecikkkkkk lak hati orang tua tu. diambik kanng memang dah tau membazir punya la jawapannya. takp2.. think positif. simpan dalam peti ais so minggu ni jangan makanluar. panaskan je laok tu selagi ada. hehehehe.....

rindu? haih..bukan rindu lagi. macam nak pengsan dah ni. chewahh.. kalah cerita hindustan. dalam rindu2 tu bergadoh gak. haih.. gadoh2 manja la katakan. baru la ceriaaaaa... obek kata saya selalu temper. memang pon. dah dia selalu senyapp je harus le say ayang selalu temper. eee.. tak paham le dengan orang pendiam macam tu. tak paham, tak paham ponnn... cuba kalo orang tu takde, tau sasau. hahaha...mcm2 hal daa...

orang repair pc kata nak datang hari ni. tapi ni dah nak balik dah tak gak sampai2 lagi. benci ahh.. dah le perasan macam bagus teror beno. saya dah cakap kat budak office sini jangan panggil mamat tu lagi. banyak lagi supplier lain yg teror repair komputer bukan dia sorang je. getik la tengok. kalo bercakap tu kita je yang salah. ayat standard dia.. tu laa.. you all dok download itu ini. kepala hanggok dia la... kalo kitaorang tak donlod benda2.. ko tu takde income. bongok.

haaa.. kan dah merapu. dah le. petang ni gak kata ada orang nak datang repair paip kat rumah say atu. dah pecah ke hapa ke taktau la.. takde manusia pon bil air sampai rm150.. obekkata maybe ada pecah kat tetengah tu, yang kita tak nampak. payah le dah sebulan ni saya asyik la dok tutup main meter kat luar tu. nak guna baru turn on. leceh. tu yang bercinta kalo nak tercerry berry tgh2 malam. takot sehh nak kuar gate memalam buta. mana ada kolam. takong dalam baldi aje. mana syiokk... bikin terbantut hajat guwe tak jadi kuar. so, dia ada tunggu kat rumah tunggu orang tu datang repair. harap2 bukan major repair le. dah cakap lama dah tapi ye la.. obek pon bz je keja mana ada masa. saya lagi la.. satu hapa benda tak paham part2 paip air ni. kalo cable2 tu boleh gak le harap. lagi pon saya kerja. takkan nak amik cuti semata2 pasal nak tunggu orang tu datang repair. haih.. harap semua ok.

ok la.. sambong lainkali. love you....

p/s : tadak pic la hari ni.. pc yang ni lagi mengong...

4 comments:

goasop said...

mak aih bil air rm150.. comfirm pecah mane2 yang tak nampak tu. ehe

=)

CuTeMiUt78 said...

uish.. sampai cam tu ke.. aduh.. pening pala.. byr bil..

payarumput21 said...

Salam..

Ushhh... sampai RM150!!!! Check dgn Nezha.. ada buat parti ke apa time orang tak de umah.. keh keh keh..

Lebih dari bil air dari kilang la pulak.. rumah akak.. kalau lebih dari RM10 sebulan pun dah rasa macam tinggi sesangat..

Tak pe la kalau tak buat kunjung balas pun.. asal kita tau Cik Saya sihat.. Alhamdulillah..

:-)

saya said...

goasop / cute / cikpaya : nezha buat party??!!! memang nak kena budak tu. patot rumah selallu selerak jee.. huhuhu... dah cek dah semalam.. memang confirm ada pecah kat laluan dalam tanah tu.. tu le pasal. memang kena major repair le jawabnya...