mari mencari....

Google
 

Monday, December 1, 2008

im smiling today...

hehehhehee... i'm smiling today. dah kata obek dapat balik semalam, awal 2 hari dari yang sepatotnya. haruslah gembirakan. semalam pukul 1230pm bertolak dari rumah ma balik rumah sendiri la, kemas2, main2 dengan nezha. nak tidor tak mata tak boleh lelap pulak, end up tengok power puff girls sampai petang. semalam marathon gila power puff girls tu. syiokkk!!!!




pukul 430pm obek call kata dia dah sampai kl. yeahhhuuu.. suka2, tepok2. so, malam tu saya rejan juga suruh dia kuar bawak saya pergi dinner. hehehhee... aktiviti membuli kembali bermula. so, kononnya nak pergi makan sate. memula dia yang beriya tapi bila dah order takmo le pulak, sudahnya saya yang makan sorang. haiyooo...tak habis, tapau bawak balik. obek lak gatal nak order nasi goreng kampong katanya. konsep makan kat situ macam self-service la.. pergi kedai order, bayar, then nanti datang balik amik makanan. tapi since obek tengok kat kedai tu takde ramai orang so dia tunggu je la depan kedai tu. after 15 minutes waiting obek tanya la kat budak tu nasi gorengnya dah siap ke belom? boleh budak tu jawab? hah? order apa tadi? lorr... pakcik tu udah le penat harus hangin. nak kata ramai orang takde la pulak. obek kata tadi saya order apa? budak tu menjawab lak, ntah la awak order apa. habis sekarang nak apa? waduh2,.. sungguh kojaq ko sebagai peniaga cakap kat orang yang datang beli macam tu. tapi ada kawan budak tu kat tepi dah meredakan keadaan. baru la say sorry bang kitaorang terlupa. kecut juga saya buatnya obek tu marah ke hapa, mujur tak. tapi tak puas hati betol la.

anyway.... lupakan hal nasi goreng kampong yang tak sedap tu. bagi goreng telor mata pon hangittt... ngalahkan saya yang tak reti masak ni. melampau. so, makan2, sembang2 semua, happy2. depan table kitaorang is satu kumpulan budak remaja la. dari percakapan they all ada yang still sit for spm this year. sampai kawan dia cakap woi..pegi balik la belajar. hahhaha.. saya taktau la samada dia bergurau ke bebetol. tapi sedih. sungguh sedih. yang melepak2 tu anak bangsa sendiri. hisap rokok. cakap benda yang bukan2. x-rated jangan cakap la. berlonggok menatap handphone canggih memasing tengok video pas tu komen2. malu. saya sangat malu.

waktu tu dah pukul 10pm lebih, parents diaorang tak de call pon saya dengar kot2 dok cari suruh panggil balik. mmm... agaknya dia kata anak lelaki, biar la. agaknya la.. tapi kalo saya, kalau boleh takmo la macam tu. camne dengan masa depan negara kalau generasi muda macam ni. jangan tengok jauh, tengok masa depan diri sendiri je la. ntah le nak jadi apa.

so, lepas makan, we all pon bergerak balik. the group still gelak ketawa bergembira macam takde apa yang akan berlaku dalam hidop mereka. mmm..entah la. sendiri mau ingat la nanti. kita lak nak susah2 pasal anak orang, walhal mak bapak dia sendiri pon tak kisah. mak bapak dia kaya agaknya, 7 keturunan makan pon tak habis hasil kekayaan. hahahhhaa... ye beno le tu. tengok dari gaya pon dah tau, takdenya... aahh..lantak la.

sampai rumah dah malam. main2 dengan nezha sekejap dan tidor. hehehe..tidor lena. tapi sakit tangan sebab tak bergerak2. lenguh.

apa pon, i'm smiling today.....

3 comments:

Ummibatrisya said...

seronok nampak, buah hati dah balik

ni mesti doa siang dan malam ni, suruh obek balik awal :)

depan rumah ummi, budak bawah 13 tahun suka lepak sambil hisap rokok sambil cakap entah apa-apa :)

rasa macam nak pegi lempang aje sorang2, yang syoknya lepak sampai pukul 10.30 malam

yang ummi takutnya, ummi ada anak dara 7 tahun :(

~dARlee zURiS~ said...

wahhh..
senyum smpi ke telinga ye..
=P

sweet dream x?
heheee...

saya said...

ummi : mestiiii..doa bagai nak rak. huhu..tu la ummi, takot tgk bdk2 skrg.. nk ckp lebih pon payah nanti org kata kita bz body lak..

darlee : ehehhee... takde mimpi, tido mati. hahahhaa...