mari mencari....

Google
 

Thursday, December 18, 2008

malu? sapa malu??...

cerita : satu peristiwa
lokasi : food court
masa : lunch hour
bilangan penonton : terlalu ramai

scene 1 :
kelihatan seorang perempuan cun tengah terhegeh2 nak memilih stall mana untuk dibeli makanan lunch hari itu. pusing punya pusing punya pusing so, terbekenan dengan stall jual mihun sup. apa lagi, mehun sup ayam satu!!!!

scene 2 :
sedang perempuan cun itu menunggu2 mihun supnya siap diproses, datang seorang lagi perempuan yang ala2 seksi (takde la seksi beno, pakai skirt biasa je), muka biasa2 je tapi sebab tepek make-up sekilo so nampaklah cun. juga order mihun sup ayam. wahh.. laku kedai mihun sup tu hari ni ye.

scene 3 :
tetiba datang seekor jantan terus memeluk pinggang dan bahu perempuan ala2 seksi itu. tak kisah. pemandangan biasa. tapi.. tiba2 jantan itu merangkol dan mencium perempuan seksi itu. cium dalam ertikata cium pipi, cium dahi, cium pipi lagi sekali, pelok kuat, berdakap rapat. hahahhaha... ini ambil kisah. sebab pemandangan luar biasa di food court. pasangan shehati shejiwa meneruskan adegan2 pelok memelok cium bercium tanpa menghiraukan orang sekeliling. "aahh.. persetankan mereka, ini hak kita. malaysia negara demokrasi, rakyat bebas melakukan apa juga". makanya kami rakyat2 malaysia yang lain yang masih tahu adat resam walopun sudah moden telah menonton wayang free laksana menonton wayang pacak sambil makan. fuhh.. berselera betol rakyat malaysia yang lain makan di food court itu semalam. makcik mihun sup tercengang, budak cashier ternganga, orang yang lalu lalang menoleh sampai juling, perempuan cun yang berada disebelah pasangan itu terkaku.

scene 4 :
setelah mihun sup perempuan cun siap, lekas2 dia membayarnya. bukan sebab mahu lari dari pasangan bercinta itu, tapi sebab mahu merebut meja dan kerusi. al-maklum... waktu puncak katakan. sebab tu pelbagai perkara telah memuncak berlaku. psss... perempuan cun sempat menjeling pada pada 'benda' lelaki itu yang juga sedang rancak memuncak. ahhahahhaa.... pasangan bercinta pon menerima juga tempahan mereka. mihun sup mereka siap dan mereka berlalu pergi, sambil tangan lelaki masih lagi merangkol pinggang si perempuan.

scene 5 :
as a regular customer kepada stall makcik mihun sup, perempuan cun lihat makcik mihun sup mahu berkata sesuatu kepadanya. namun, lekas2 dihalang oleh perempuan cun dengan berkata, " takpe la makcik, saya tau apa yang makcik nak cakap, biarkan lah.. ". makcik mihun sop pon diam sambil tersenyum kelat.

scene 6 :
perempuan cun duduk sambil menikmati mihun sup yang marvelous. sambil2 otaknya ligat memikirkan keadaan dunia sekarang. sudah hilangkah rasa malu untuk bercumbu di khalayak ramai? sudah hilangkah rasa segan untuk berangkulan di depan orang? oh, jangan suka menuduh orang. cuba berfikir secara positif. mungkin pasangan tadi adalah suami isteri, tapi perlakuan sebegitu tidak kena pada waktu dan tempatnya. memang suami isteri perlu bermesra bila2 masa, tapi perlukah ianya dilaksanakan ditengah2 kesibukan orang ramai begitu? jika dulu kita fikir remaja tak cukup akal saja yang hilang rasa segan silu bercumbu dikhalayak, tapi pasangan itu nampaknya sudah cukup dewasa dan professional, berdasarkan pakaian serta tag yang tersangkot dilehernya. mungkin malaysia patut merangka rang undang2 untuk mengawal keadaan ini.. malu sungguh. sebangsa, seagama, serumpun tapi tidak sepegangan dan pemikiran yang berbeza. mungkin mereka dibesarkan ditengah2 kelompok perlakuan bebas, yang mengangap perlakuan2 seperti itu adalah normal. ye, memang ianya normal kalo kita berada di dunia barat, tapi tidak di malaysia. masih ada rasa segan dan silu di kalangan kebanyakan rakyat malaysia ini... siapa yang malu? pasangan itu? tidak.. tapi perempuan cun itu yang malu. malu dengan diri sendiri kerana terpaksa menonton adegan percuma seperti itu, orang ramai di food court itu yang malu kerana terpaksa berdepan dengan situasi itu. tapi jangan lupa, ada juga yang bersorak, bangsa2 lain yang melihat. mereka bersorak sambil mengutuk dan mengeji bangsa dan agama perempuan cun itu sendiri.. malu.... perempuan cun itu malu....

siap sudah lakaran filem untuk hari itu. filem yang pastinya akan menggondol tempat pertama dalam mana2 festival filem dalam mahupon luar negara. kerana aksi2 dalam filem pendek itu bukan lakonan, ianya adalah perkara sebenar yang dibawa wataknya oleh manusia yang melaksanakan tanpa rasa sangsi.

3 comments:

~dARlee zURiS~ said...

hmm..kalu org dah kawen,biasanya diorg x wat camtu kat kalyak ramai kan...

budak2 skrg...konon2 tu cara diorg tuk tunjuk cinta kot
huhuuu...

saya said...

entah la zuris...hantam la...

payarumput21 said...

Salam..

Hmmm.. setelah membaca.. analysisnyer..

perempuan cun 1.. hehehe.. memang cun.. memang cun.. ;-p

perempuan cun2.. mungkin jugak memang cun.. mungkin jugak effect dr makeup.. hmmmm...

lelaki yang datang dan memeluk serta mencium.. hmmm "love is blind.. so let me feel my way around".. tu yang dok busy "feel his way around" dgn mulut.. dengan tangan.. loklaq!

Ntahlah.. kekadang tu rasa mcm tak faham.. kat mana silapnyer bangsa kita?? Kurang dah ke didikan agama?? Nak salahkan mak bapak yang mendidik ke?? Tak suka la orang mcm ni..