mari mencari....

Google
 

Thursday, December 4, 2008

nak sangat, rasakan....

weehuuuu... semalam balik tak jem lansong. 630pm udah sampai rumah. yahuuuuuuu.. clap! clap!! clap!!! agaknye semua manusia belom kuar lagi kot sebab semalam saya kuar awal pukul 545pm. hehehhehe..... curi tulang. takpe la.. bukan selalu pon. saya kan ada share kat kompeni ni tu pasal la. hahahhaha....

so sebelom sampai rumah singgah kedai dulu la beli roti untuk buat dinner. saya suka je anytime makan roti ni. tetambah roti2 yang funky2 yang ada macam2 perisa ada macam2 bahan kat atasnya. memang suka betol. tapi semalam beli roti kek tulisannya. dia macam cantum 2 la tetengahnya ada inti kaya dengan butter. sedap jugak. beli air kotak sekali kang senang tak yah masak2 air minum. memang dasar pemalas melampau.

balik, lepak2 tengok tv, makan2 dengan nezha, mandi2, relax. sekali pukul 830pm obek call ajak kuar dinner. arrghh... saya dah kenyang melantak roti tapi sebab dia ajak, kuar jugak le. on the way dia tanya nak makan apa. saya saje je gatal mulut sebut nak makan seafood, nak makan sotong goreng tepong, ketam segala mak-neka seafood la. sekali dia kata lak okeh, we should go to port klang. what!!! nak pegi port klang dah memalam buta ni?? no, no, no.... takmo. penat. lagipon saya dah kenyang. lagipon jauh. tak sukaaaaa...

tapi dia nak jugak. huhuhu.. so pergi jugak la. kononnya nak makan seafood le ni. so, pergi jugak la. sampai je sana terus amik bakul untuk pilih2 ikan. sekali tengok sotong tak best. dah lembek2 dah kuar2 dakwatnya. eeee... tak suka. tapi obek paksa2 jugak amik sebab saya dah sebut nak makan sotong goreng tepong dia kata kang saya kempunan kang naya je. owhh... sayang juga ye kat saya. hwuahhahaha.... ada sedikit unsur2 gatal disitu.

then, amik udang. bapak banyak obek amik macam nak makan 4 orang. biarkan, biarkan. senyap2 je. then dia amik lak ikan pari, pas tu ketam 2 ekor. most of the fish is not that fresh anymore and very limited choices. ikan terubuk ada tapi keras macam batu. hahahhaha... takat ikan air batu tu pegi pasar malam pon belambak tak yah saya bersusah payah meredah malam pergi ke port klang tu. lepas timbang dan sebut nak masak apa, orang tu bagi la the bill then we off to cari table pulak. sampai table baru ada waiter datang tanya nak minum apa dan amik side order. ada orang kebulur tu order kangkong belacan (dowhh.. kata nak makan seafood but still order kangkong), dan tambah kerang rebus. eerrkkkk... saya tak dapat bayangkan camne nak habiskan makanan tu semua.

so, ini yang kitaorang makan malam tadi. hambekk.. nak sangat makan seafood. order macam nak makan 10 orang. sabar je la.

the menu last night.

saya order air limau tapi rasanya amatlah weird sekali. seumur hidop tak pernah lagi rasa air limau macam tu. nak kata masam tak juga, manis tak juga. entah la. bagi kat obek suruh rasa obek kata orang tu buat air limau guna limau yang dah masak, yang dah kaler oren tu. cheeiittt!!! ini telah menimbulkan rasa marah saya. sabar, sabar.. jangan spoil mood. udang masak masam manis pon sangat la weird rasanya. tak masam dan tak manis. rasa ntah macam apa ntah tak boleh nak explain la. hohohooo... conclusionnya semua tak sedap!!! diulang : TAK SEDAP!!! hanya ketam masak pedas yang boleh tahan itu pon ketamnya tak berapa nak masak sangat sebab bila gigit isinya tu tak boleh nak bercerai dari kulit means tak berapa masak le tu. baik haku sumbat ketam mentah je kan. hangin dah ni.

kitaorang amik port duduk kat tepi laut tu.. ala2 terapong la konon. menakotkan je. saya takmo tapi again.. kena paksa dengan obek suruh duduk gak tepi tu. mana tak takot. udah le malam pekat, atas laut lak tu. air bergoyang2. (erkk.. air bergoyang??) saya dah dok terbayang dah what if pelantar tu runtuh ke or tetiba ada ular or buaya or ikan jaws melompat naik... obek kata kena la belajar berani2, kata nak belajar swimming. ye, ye.. memang le nak belajar swimming tapi swimming tu kat dalam pool, siang2 terang. nampak hujung dasarnya. ini apa, gelap gila dalam ntah berapa meter tu. uuwwaaa..... aarrggghhh.. tekanan sungguh. sudahnya saya dok je dendiam. terus saya macam nak semput semalam tau. sakit ketat je rasa dada. naik gigil2 tangan kaki semua. obek tengok muka saya cuak dia pon dah risau. so alih tempat duduk yang ke tengah sikit means jauh sikit la dari duduk bebetol atas pelantar laot tu. huhuhuu...ngeri gila.

owh..ada gak hiburan murahan kat situ. konon2 ada ala2 life band la. huhuhuh.. takde le bandnya just sorang musician main keyboard dengan singer gedik yang hanya tau nyanyi lagu dangdut indon. suara?? perrgghhh.... hancorrr.. tapi bab gelekk.. tu dia.. syakira dengan beyonce tengok pon boleh nangis tau. harap bontot je gelek2, suara ntah hapa2. itu bukan hiburan namanya, itu bagi tekanan namanya. tak menambah selera lansong. penyanyi pub lagi sedap la suara. ini tak boleh blah lansong. dah le nyanyi lagu indon sesaja, then ada satu lagu malaysia iaitu lagu zaiton sameon tapi tak tau lak tajuknya, boleh lak dia salah masok, intro tak habis lagi udah masok. hwauhahhaa... kami bantai gelak. entah le labu.. apasal le owner restoran tu buat macam tu. obek kata kalo macam ni baik pasang kaset je lagi puas hati, ini tak buat menambah dosa i je mengata orang memalam buta ni. hahahhaha...


see... penyanyi tengah bergelek habis.
dressing standard, singlet with a very2 short skirt.


ini gambar pemandangan waktu malam tu le.. tak berapa clear le pic ni.
tepi2 tu memang ada bot, pas tu ada kapal2 tengah belayar.
saya je yang penakot. huhuhuhu....


owhh..ada cerita kelakar. masa kitaorang tengah makan tu sekali table sebelah pon ada la 1 family baru datang. so waiter tu cakap cik boleh amik ikan kat depan. pakcik tu tanya, ikan apa ada. waiter cakap macam2 ikan ada, kerapu, jenahak, siakap, pari.. sekali pakcik tu cakap ikan kekek ada tak? saya kat tepi tu punya la terkejut sampai mengalir2 air mata ni tahan gelak. waiter tu jawab.. hehe..ikan tu takde cik, pas tu dia terus blah. hahahhahaa... obek lak tak perasan part lawak tu. dia tengok saya mengalir2 air mata gelak slow2 baru dia tanya apsal. bila saya cerita dia lak bantai gelak kuat2. haiyooo... saya yang tak tahan dari tadi pon burst out gak. hadoiihhh.... sebenarnya pertanyaan pakcik tu tak le salah pada pendapat saya cumanya macam weird sikit je la kan. sebab jarang ada jumpa ikan kekek ni. saya memang seumur hidop tak pernah jumap ikan kekek tu. ke ikan kekek ni just imaginasi je bersempena dengan lagu ikan kekek mak iloi, iloi tu?? haahhah.. tapi obek memang nyanyi lagu tu sampai ke sudah. haru2....

makan2 lepak2 sampai pukul 1am. ikan pari bakar tak boleh habis so tapau bawak balik. haiihh..memacam dah ada dalam fridge saya tu hasil tapauan. sabar je la. sampai rumah terus tidor.. hehehe..sian nezha tak dapat ikut. kihkihkihkih.....

owhh.. sebelum tu nak le bagitau the verdict of last nite. food was horrible. environment is not that good. baik makan kat kedai tomyam biasa ni je. cumanya yang best kengkonon tepi laot la. dowhhh..... entertainment was sucks. cuma yang ok is service dia cepat. punya cepat sampai ketam saya tak masak dengan betol. hantu betol. kalo saya nak makan ketam mentah saya pegi sushi la woi..tak de nya nak pegi seafood. perjalanan jauh, tak berbaloi. kalo food marvelous perjalanan jauh boleh diabaikan. so, conclusionnya : tak best. yang best hanya sebab kuar dengan obek. nak bagi berapa bintang? lupakan je la... saya pon tak recommend you all pergi situ. but kalo nak merasa pergi je la. habis tu kedai mana yang saya pergi semalam? hohohoho.. kedai ni...


no-no-no... i won't go there again.


maybe ada banyak lagi kedai lain kat area situ tapi takpe.. lenkali pergi try kedai lain lak. on the way back tu saya saje je perli obek, esok kita makan seafood kat umbai melaka lak ye. dia jeling2 je. hwuahahhahaa....... nak sangat, rasakan!!!!!

7 comments:

Mr. Janggel said...

wah,..wahhh..macam buat kenduri pulak yer bila tengok lauk-pauk dihidang di atas itu meja...

Sabar je lah...

KV said...

hui..kenduri ke apa tu?

~dARlee zURiS~ said...

wahhh..dasat mkn ek

bkn situ slalunya seafood dia fresh2 ke??
hmmm...musim ujan kot
org x turun laut tgkp ikan ;P

saya said...

janggel & kv : ha'ah..kenduri pak-kepak-kepung. hehehehhee... mana ada kenduri..makan2 je..

darlee : haa.. tu la pasal. tu yg saya pon confused gak tu.

Ummibatrisya said...

banyaknya order :)

ikan kekek ada kat dalam radio :)

sambil mulut menyanyi lagi ikan kekek... lalala

saya said...

ummi : iakn kekek ada dlm radio?? channel apa tu? nak jugak dengarrrr..

DeLLa said...

ya Allah..tmpt ni MEMANG TAK SEDAP makanan nye...sy lama dah banned restoran nih!!mahal je lebih!!