mari mencari....

Google
 

Wednesday, December 17, 2008

pedas, sakit perot & mengantok...

sakit perot semalam tak habis lagi. petang pukul 4pm pergi lagi buat lawatan ke bilik termenung tu. ingatkan bila dah petang tu dah okey, tapi balik je keje tak nyempat2 rasanya nak menyampaikan ke rumah. berpeluh2 dalam kereta menahan perot. sampai je rumah terus ni menuju bilik termenung. aduhhhh... cerry berry lagi. apa la kenanya perot saya nih. penat dah nak termenong kat bilik termenung tu.

memang takde mood betol la. tensen. obek lak call ajak pergi rumah pakcik dia. saya kata malas le sebab perot tak berapa sedap kang tengah kat rumah orang nak tumpang toilet malu le pulak rasanya. tapi obek lak menggatal kata nak makan asam pedas le nak makan gulai lemak le. dia kata kita pergi pasar le beli barang then masak kat rumah pakcik tu. uuuwwaaaa.. mana le orang reti nak masak2 ni. dah le kat rumah orang pulak. lagi le lemah longlai anggota semua. tak suka aaahhhhhh....

baru tengah nak membebel2 tu tetiba udah terpancul je kat depan pagar. haihhhh... selalu je macam ni tau. saya kata saya sakit perot nak cerry berry kang bior saya cerry berry je dalam kereta. gelak je dia. hehehehhe...

jadinya pergi le ke pasar malam beli le bahan2 tu semua complete le tu. so, sampai je kat rumah pakcik obek tu mula la kelentang kelentung. bukan saya la... saya tukang potong2 je, makcik tu yang tukang masak. masa makcik tu tumbuk cili api untuk buat gulai lemak udang tu saya dah pening berpinar mata menengokkan kuantiti cili api tu. uuwwaaaaa... takot pedas sangatttt.. udah le saya sakit perot. rupanya family dia orang tu suka beno makan pedas2 ni. saya tau jugak tapi tak sangka la sampai macam tu sekali tahap kepedasannya tu. ikut tekak saya memang tak boleh masok le.. berasap!!!!


semua jenis cili guna semalam, cili hidop, cili kering,
cili api hatta cili sos pon. pengsan!!!!


so, dinner time. mak ai.. semuanya laok pedas. uwwaaa... asam pedas, sambal tumis, gulai lemak pedas. uuwwaaaa... seksa jiwa. tapi makan juga la walopon sambil nangis2 nih. dah kata makan rumah orang takkan nak demand macam2 lak. makan je la apa yang tuan rumah dah masak. memang la makcik tu tanya saya makan pedas ke tak, tapi saya jawab makan juga. takmo le kang sebab saya sorang dia kena masak laok lain pulak, nyusahkan je. masa makan makcik tu pulak tak sudah2 dok tambah laok kat pinggan saya. uuwwaaaa.. tekanan sungguh, orang udah le tak tahan pedas lagi boh kuah pedas tu mana boleh larat nak makannnn... rasa2 macam nak terkeluar api dah ini ikut tekak!


mujur tak kuar api bebetol kalo tak haru....


lepas je makan, perot saya dah memulas2 dah ni. ingat2 nak tahan je bior sampai rumah tapi tak boleh tahan korang. harus ke bilik termenung jugak. momtot saya ni udah le ala2 sensitif sikit. dia kalo pegi toilet yang tak dikenali ada sikit segan nak melaksanakan business. hahahhahaha.... tapi disebabkan tak tahan sangat, masok gak la. buat malu je mintak tumpang toilet. mujur saya dah spare bawak towel, baju & suar spare. sebab dah tau tak berapa nak sihat perot tu. huhuhuhu...

lepas tu sambil dok lepak2, makcik tu bawak kuar buah pelam lak. aduhh... bertambah2 sakit le perot nanti. dah tu bawak lagi kuar kopok goreng dengan nescafe. uuwwaaaa.. ini penderaan perot namanya!!!!!!

saya tak larat dah terus sms obek. apa hal nak sms walhal dok berdepan2 je ni. hehehhee.. segan le nak cakap terang2 kat dia depan pakcik dia tu. so sms ajak balik, sebab saya perot tak selesa rasa nak membuang lagi ni. pukul 11pm, kitaorang bergerak balik. fuhhh...lega. dalam kereta obek kena ceramah dengan saya sebab saya sakit perot. hehehhee... ada je point nak marah mamat tu kan.

sampai je rumah terus tuju bilik termenung lagi. hehehehhehee....... so, pagi ni saya tetap jadi pengunjung setia bilik termenung. harap2 sihat la hendaknya. tak larat dah ni.... teh o udah bergelen2 minum tak gak baik2. malam tadi tido tak berapa selesa sebab sakit perot asyik je terjaga2. jadinya pagi ni saya pergi kerja dalam keadaan yang mengantok. complete package dah ni, sakit perot dan mengantok. what do i need more???

5 comments:

KV said...

aku tak boleh makan pedas. Konfem cirit birit dan panas. Haha

~dARlee zURiS~ said...

hahaaa...
memang dramatik tol lah
cian dia...
samalah ngan mr sharil..x reti mkn pedas
masuk family zuris..ambik kau.
sumanya pedas2.
tp..dlm pedas2 tu bertambah2 gak pun
haihh...

mkn pil chi kit tek aun ye..

saya said...

kv-sama le kita

zuris-saya blh mkn pedas sikit2 tu ok lagi..tapi kalo yg pedas2 sgt tu tak blh la..

one love said...

kesian...

payarumput21 said...

Salam..

Saya.. heheheheheehhehe.. kita sampai tak tau nak tulis apa untuk awak.. cumanyer.. "segala kesulitan amatlah dikesai.."

Sabar je laaa...

:-)