mari mencari....

Google
 

Saturday, December 6, 2008

sabtu...


hari ni hari sabtu. cuaca amatlah mendung. dari pagi suasana muram je. pagi buka tv tengok berita buletin pagi kat tv3 ada berita pasal tanah runtuh kat bukit antarabangsa. aduhaii.. bencana alam melanda lagi. kesian kepada mereka. tak kira la apa juga bangsa dan agama kesedihan kehilangan harta benda dan orang tersayang turut dirasai. mudah2an peristiwa ini menjadi peringatan kepada kita....

hari ni saya memang malas. satu apa benda pon malas je nak buat. bangun pepagi nak masak breakfast pon malas. mujur ma kata takyah masak breakfast just goreng je karipap segera dai ada beli semalam. yahuuu.. selamat. senang je goreng2 gitu. ma lak nak pergi kebun dai kejap amik bunga kantan dan pisang ada orang nak. balik tu dia bawak sekali pucuk betik. yahuuu.. saya suka benor le tu. terus rebus terus makan nasi breakfast tu. pagi pon tak le pagi beno. dah pukul 10.30am gak le baru nak makan. jadinya saya tak lunch pagi tadi.

lepas breakfast hantar kereta ma pergi cuci. wahh.. ramai lak orang hari ni nak cuci kereta. hehehe... murah rezeki orang cuci kereta tu hari ni. kereta saya je yang tak bercuci2. malas.

hari ni saya lansong takde tido siang. biasa kalo hari2 cuti macam ni saya ada je nak curi masa nak tido siang. bukan senang nak merasa tidor siang wehhh... weekday dah tentu2 mengadap pc kat office mana ada chance nak tido. time cuti2 ni le masanya pon...

petang, ma masak udang cili api campor tauhu. uuwwaaa... pedas macam nak pengsan saya makan. ma tu dah tau saya tak tahan pedas lagi dia boh cili api banyak2 sampai sakit perot saya ni. dia kata takde pedas ponnn...huhuhu... makan sampai kuar hingus sampai hidong tersumbat sebab asyik hembus2 hingus je. hehehhee.. tak senonoh betol perangai. lepas tu ada lagi buat cucur ikan bilis. wallahhhh... kenyang sampai ke tekak makan petang tadi. so, dah makan petang malam takyah le dinner. nak tengok tv.

saya risau je sebab cuaca mendung. area rumah ni dah ada history banjir masa dulu. takot perkara yang sama berulang. risau sangat2.

esok pagi nak pergi pasar. apa lagi.. nak kena pegi memborong barang untuk raya la. tapi saya dah pesan dengan ma takyah beli banyak2. takmo la rendang2 semua tu, jemu la. esok say aplan menunya ialah sambal tumis udang, pecal, ikan bakar dan nasi himpit. hehehhee... semua favorite saya je yang saya sebut tu. kihkihkih.. saya pesan dengan ma kita 2 orang je masak mana ada orang nak datang raya. manusia2 tu semua balik bawak perot je. tak kuasa la nak makcik nak memenuhkan tekak diaorang. penat haku. tak suka.


petang tadi juga ada orang surau datang bagikan kupon untuk ambik daging korban nanti lepas sembahyang raya. mmm.. nant pas je la kat bebudak mintak tolong ambikkan. lagipon rumah saya ni tak makan daging.

okla.. saja je tulis sebab takot la kot2 esok tak sempat nak tulis. maklumla.. mesti busy sangat2 esok ni. mana tak sebok, saya dengan ma je 2 orang nak hadap semua. harap2 semua berjalan lancar. kalo tak saya ngamok nanti. hehehhehe....

apapon, selamat menyambut hari raya aidil adha kepada semua pembaca (if any). semoga ibadah korban kita diberkati oleh Allah s.w.t....

luv u....

No comments: