mari mencari....

Google
 

Wednesday, December 3, 2008

tak jadi tapi jadi....

aaaaa... tak jadi tapi jadi. camne tuh?? huhuhuh... petang semalam kan baru je menggedik2 konon ada harapan nak pergi dating malam tadi tapi baikkk je pukul 530pm obek sms kata ada hal so tak boleh keluar. choyyy!!!!! geram betol.

on the way balik semalam tak berapa jem sangat. just so-so je la. tekak lak tak berapa sedap macam nak melonjak2 je dalam kereta tu. geram betol. sampai rumah nak buka pintu je sekali pintu grill tak boleh bukak. aarrgghhhh!!!!! tensen betol otak. grill tu dulu dah jadi sekali yang saya dok terkunci kat luar tu.. semalam jadi lagi. geram betol. dah le gelap. mujur pintu kayu tu boleh buka so nezha udah termau-mau kat pintu tu ketakutan. aduhaiiii....

nak wat camne saya terpaksa gak la sms obek suruh dia datang tolong buka pintu grill tu. geram betol. dia lak ntah kemana2 hala. dia suruh saya congkil dulu pintu tu. hapa ke jadahnya yang nak dicongkil gelap gelita. lagipon tak tau la nak congkil apa? tapi jangan mengalah..tetapkan usaha mencongkil tu sementara tunggu obek datang. uuwwaaa... sedihnya.

dah 1 1/2 jam tu baru le orang tua tu datang. uuwwaa... sekali dia dua kali ketik je congkil udah boleh terbukak pintu grill tu!!!!! hantu betol. lepas ni memang nak kena tukar le kunci grill tu. menyakitkan hati betol. mujur ada obek ada kat sini buatnya pegi outstesen mana hala nak diarahkan? ingat semalam nak je panggil orang grill or tukang kunci tapi saya takot lak sebab saya sensorang je masa tu. dah le gelap2 kan, harap lampu jalan je. huhuhuh... bahaya, bahaya.

so, lepas pintu grill berjaya dibuka, obek pergi kerja semula. biarkanla lantak sana. saya masok lepak2 kejap lapar. ingat nak buat roti telor udah bancuh telurnya sekali rotinya pulak expired. haihhh.... serba tak kena betol la. korek2 ada lagi balance roti boom dulu semalam tu. so, goreng 2 biji dengan goreng telur dadar sebiji tu. jadi la. minum air teh o. settle hal perot.


dinner saya malam tadi...


lepas makan tengok tv jap crita crossing jordan then tidorrrrr.....

tengah syiok2 tidor siap mimpi2 dah ni sekali obek call. ajak keluar. gila nak keluar ke mana malam2 buta dah pukul 1130pm tu??? tak kuasa la. tapi dia paksa2 gak suruh kuar sebabnya dah janji malam semalam nak dating. aduhhhh... pada saya baik la saya layan bantal dari meredah malam buta tu. sementara saya dok membebel2 tu rupanya dia dah sampai depan pagar. haihhh.... so terpaksa jugak la bersiap ala kadar. lantak le.

pergi dating mana? pergi dating kedai mamak. hahahhaha... benci tau. tak de selera dah nak makan. ye la, orang tengah tidor suruh bangun makan mana nak lalu. lain le kalo bersahur tu. tapi order gak fresh orange dengan cheese nan share. jadi la buat kunyah2 teman obek makan sebab dia belom makan lagi. borak2 sampai pukul 130am. hhuuwwaaaaa... ngantok gila.

pagi ni punya bercinta nak bangun tidor. selimut tu macam bergulung2 je kat badan saya tak bagi bangun. huhuhuhu.. nezha pon sama. walopon dia tetap kejut saya 530am tadi tapi lepas tu dia pon melingkor balik. hehehhe.. sian dia kena tinggal memalam. allalallala.....

apa pun, itu la dianya cerita dating yang tak jadi tapi jadi jugak. jadi la dating kedai mamak pon kedai mamak laa.. janji jumpa. so, mulai sekarang takmo letak harapan. ada chance, dating. takde chance takyah.

5 comments:

KV said...

eh, tak pernah lak makan roti boom tu.

saya said...

ohohoo...dia mcm roti cnai gak kv tapi gebu lagi sikit laa....sedap

one love said...

heheehe!
jadik jugak!

hehehe

~dARlee zURiS~ said...

hehee..
alaa..kedai mamak pun ok pe
asalkan jumpa obek gak kan ;)

saya said...

1 lov & darlee : jadi laa...dari takde..hhuhuhuhu...