mari mencari....

Google
 

Friday, December 5, 2008

tido ke pengsan?...


wahh... semalam balik pon tak jem. bagus2.. sangat suka hati. sebelom balik singgah kedai beli nasi lemak le untuk dinner (so-so je rasa dia). sekali nampak ada orang jual rojak buah, so beli jugak (sebenarnya tak sedap sebab nenas dia masam. bukan masam yang masam tu, tapi masam sebab dah macam lama/basi. tau ke?). sebab nampak macam sedap je. tekak melonjak2 nak terkeluar. eeee... benci geram betol.

lepas makan lepak2 tengok tv. badan rasa macam lesu sangat. mandi then terus lepak kat katil cadang2 nak baring2 je rupanya terus tertidorrrr..... aduh, aduhh, aduhhh... dengan pintu grill tak kuncinya, mujur pintu kayu dah tekan siap2 punat kunci tu, dengan berlenggeng pakai towel je, lampu depan tak bukak, paling kecut kereta tak kunciiiii.... memang terok betol. sedar2 sebab rasa nezha dok garu2 kepala. ingatkan baru pukul 9pm ke hapa sekali kejap saya terjaga tu alarm hp bunyik. lorr.. bunyi tu biasanya untuk bangun pagi pukul 545am je. sekali bangun tengok memang dah 545am pon. aaaarrrggghhhhhh!!!!!! gila tido mati ke pengsan semalam saya pon tak tahu. mujur takde apa2 berlaku. ye la.. ko gila nak tido pakai towel je dah le dengan lampu tak bukaknya. tv memang on je la. entah le kenapa saya jadi macam tu.

tengok hp nampak miss call sampai 10 kali dari obek. harus orang tua tu risau kemana le saya pergi tak jawab2 call. so terus call dia pepagi buta tu inform saya tidor mati. dia tanya apsal? pengsan ke hapa ke? dia nak datang tak sempat sebab kerja tapi dalam kepala hotak dia bapak risau beno. hehehehe.....

aduhh... apsal la saya jadi macam tu, tapi memang flat habis la. macam tayar pancit betol. lenguh2 badan sebab tidor tak bergerak. sebelom2 ni tak pernah jadi macam tu. dah la tu siap mimpi2 lak tu. mimpi jadi cikgu tadika lagi. hehehehe... mimpi la ada 1 student ni dia aktif tapi ntah camna bila exam dia dapat result terok la pulak. result semua C dengan D je. hehehehhee... sekali mak dia dah le macam garang nak marah2 budak tu, so saya sebagai cikgu tadika yang disayangi (chewahhhh..) telah memujuk dan memberi ceramah ringkas kat mak budak tu supaya jangan marah budak tu. siap explain i apsal budak tu jadi macam tu siap cakap bahasa psikologi siap keluar teori2 perkembangan kanak2 lagik ni. rugi tak ingat apa yang saya cakap kalo tak boleh tulis jadi jurnal dah. siap pelok2 lagi budak tu sebab dia dah nangis2 ketakutan. alahaii..siannya budak tu. cheh..tak pasal2 ko dapat pelukan free ye budak. budak lelaki lak tu. hantu betol. ntah le anak sapa yang saya pelok tu. mujur mimpi pelok budak kecik, buatnya mimpi pelok bapak budak tu tak ke haru punya cerita???

anyway, agaknya nezha pon risau sebab saya dah tido pengsan malam tadi. asyik le nak dok berkepit kat saya dok jilat2 cium2 bagai. haihhhh..sian dia. mesti dia ketakutan dan keboringan sebab sensorang je. huhuhuhu... i luv u nezha.

apsal saya boleh flat sangat sampai macam tu sekali????

5 comments:

~dARlee zURiS~ said...

owhh..bahaya tu
nasib pintu terkunci
haihh..

nasi lemak tu taruk ubat tdo kot =P
penat sgt lah tu kot..
hehee..

saya said...

hehehe..tu la pasal.. mujur je takde apa2 berlaku. risau jugak..

one love said...

penat sgt tu...

Mr. Janggel said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha... Salam Persahabatan daripada Janggel

saya said...

selamat hari ray aidiladha kepada semuaaaa...