mari mencari....

Google
 

Tuesday, December 16, 2008

yuhuuu...

yuhuuuu, amboi... lama betol rasanya saya tak bergurau senda beramah mesra dengan blog sendiri ni. 2-3 hari ni ada je perkara yang mendatang. pening kepala la. tak sempat juga nak jalan2 melawat blog kawan2. huhuh... mesti ada macam2 cerita dah tu. takpe2, kang kalo sempat nak gak pusing2 kelilimg. kata menambah info (sambil mengumpat dan kutuk2). kihkihkihkih....

semalam memang la sangat2 busy. eee.. tak suka la ngalahkan perdana menteri. eh, harga petrol dah turun lagi kan? tapi harga barangan masih tak turun2, camno tu?? aaa.. mana ajk2 dan badan2 khas yang membuat pemantauan harga tu? sekarang la masa untuk bekerja, bukan dok kat office sambil tunggu hamper dan invitation makan free. opsss... tersalah tajuk lak nih.

anyway, malam tadi kuar dating, tapi takmo cerita la, nanti nak tulis dalam entry lain. hari ni berazam nak tulis sampai 10 entry, boleh?? hwuahahhaha... makcik belom lagi la gila kuasa so 3 entry tu dah kira maksimum la tu.

malam tadi tidor tak berapa syiok. mimpi hantu korangggg.... saya mimpi saya nak pegi macam cari rumah le, sekali dapat le tu. sekali tu rumah tu kat area kedai getah arwah atok saya la. huhuhuhu... jalan nak ke rumah tu macam dilindungi oleh pokok2 getah le yang meredupi jalan. so macam sejuk je la. rumah tu macam kembar 3, tepi kiri sekali macam rumah dah tinggal, tingkapnya dah bertutup macam kain hitam,macam rumah berhantu jek. belah tengah ialah rumah tuan rumah le, kanan sekali tu le rumah yang saya nak sewa ke tu. kecik je tapi lawo. kalo tengok dari luar nampak macam 4 segi biasa je, tapi bila masok dalam lawo. tuan rumahnya ialah 2 beradik mamat2 hensem korangg.. hehehhe... sempat gak menggatal ye dalam mimpi. terok punya perangai. ok2, then masa tengah discus harga rumah le dok cerita2 le sekali tu keluar le penghuni rumah hantu tu. pompuan le. rambut panjang. dia pon nak joint sekali sembang dengan kitaorang. dia ada anak tau, anak lelaki dah besar dalam umur 9 tahun macam tu, tengah dok berpangku kat salah sorang mamat tu le. sekali dia sembang2 dgn tuan rumah tu dia cakap nanti dia macam nak kuar le pergi mana ntah, sekali anak dia jawab, "takmo la, haikal takmo kuar, nak duduk sini. takmoo, nak duduk sini juga!!!" wahhh.. anaknya nama haikal korangggg.. huhuhu. bila anak dia jawab macam tu dia macam muka marah la. pas tu saya terjaga. kihkihkihkih... tak cukup suspen ke?

nak bagi lagi suspen, saya terjaga je saya terus sakit perot. real punya sakit perot rasa nak tercherry berry atas katil je nih. so, lari2 pergi toilet dengan mata separuh terbuka. mamat kepochi pon ikut gak lari2 sama. dia tu mana boleh tinggal sorang, harus nak mengekor saya je. masa tengah dok melayan perot tu sekali terdengar macam pintu kayu tu kena ketuk2 la, aik.. pelik nih. mana ada orang. or kalo ada pon camne lak orang boleh masok pagar ni. rumah saya depan belakang berpagar. then pikir2 biarlah, kot2 rumah sebelah kot. al-maklum, duduk rumah dinding kiri kanan share dengan orang memang le memacam boleh dengarkan. tambah2 waktu2 sunyi macam tu. saya pergi toilet yang belah belakang la, sebelah dapor tu. tak lama lepas tu dengar bunyi pintu gril pula diketuk2. wahhhh... makcik tengah sedap nak cherry berry tu terus terbantu korang.. harus termasok balik bendaalah tu. huhuhu... pas tu terus kuar toilet. pasang2 tinga lagi senyap je la pulak. tengok jam baru pukul 330am. nezha pon dok pandang saya, saya pandang dia. lelama 2-2 lari masok bilik selobong. hahahhahaha....

lepas tu dah tak lena tidor dah. sebab dah ketakutan dan tak sedap hati. pagi pukul 630am bangun siap2 segala semua. bagi nezha makan. sekali tu saya dah siap ni nak kuar saya turun tangga sekali nampak nezha dok diamm je kat atas kotak. saya tanya apsal? dia dok pandang2 atas je. saya tengok atas siling takde menda pon maybe dia dok tengok cicak le tu tadi. saya turun je last anak tangga terpijak airrrrr!!!!!! mujur tak tergelicik jatuh,. kalo jatuh tangga harus la mc hari ni (bestnya mc, boleh tidor). saya tak pikir panjang terus marah nezha, sebab ingat dia kencing merata. tapi dalam otak dok pikir gak dia tak pernah buat perangai kencing merata2 ni. kata anak penuh berdisplin, harus ikut peraturan kan. so, amik le tisu, spray, kain, paper semua la untuk cuci air tu. masa tengah lap2 tu saya tengok air tu kaler putih jernih dan takde bau. means bukan le kencing nezha!! tupp!!! hati saya berdetak dah ni. apahal lak tetiba je ada air kat anak tangga ni walhal mana ada manusia kat rumah tu. saya dengan nezha je nih. dan rasanya saya takde la lenjun sangat masa lepas mandi tu sampai air bertakung kat tangga tu. uuwwaaaa... sangat takot okehhh!!!!! tengok2 siling, kot2 bocor ke hapa ke? haram satu bekas tompok pon takde. gigih ni saya panjat tangga pepagi buta punya nak cari punca air tu kat situ. uuwwaaa.. takot sangat. so call obek, dia lak kata saya tumpahkan air. cheittt!!! ada ke patot. but maybe dia pon takmo cakap yang bukan2 kang saya lagi takot. sian nezha, tak pepasal pagi2 buta dah kena marah dengan saya sebab saya ingatkan dia kencing kat situ. owwwhhhh.. so sorry sayang.

so saya takmo pikir banyak. saya anggap je memang saya tumpahkan air kat situ dan saya lupa. uuwwaaaa.. kena la buat andaian yang menyedapkan hati sendirikan.. kalo tak kang camne???? rumah saya ada hantu air ke??? uuwwaaaa.. tolonggggggg!!!!


adakah ini tangan hantu itu? hitam dan berbulu2.
huwahahhahaha... sian nezha, dah le kena marah bukan salah dia,
ni kena chop jadi hantu lak. kihkihkihkih,.....


takpe la, berserah je la pada Allah. Dia-lah yang maha mengetahui tentang segala2nya. mudah2an takde apa2 yang bukan2. hantu oiii.. kalo ye pon nak berkawan dengan saya, kawan le elok2, jangan le main2 macam tu. ni kena panggl krew expose mistik nih. jangan biarkan hidop anda diselubungi.... misteriiiiiiiiii......

3 comments:

~Cinta Milo Ais~ said...

mcm citer dark water kot hehehe

Nurmala said...

fuh...cerita hantu...g bagi skrip kat david teo

saya said...

uwwwaaa..korang kutuk2 ye.. nanti saya suruh hantu tu pegi rumah korang. ahhahahaha...mana? mana alamat david teo meh sini nak post scrip. kihkihkih...