mari mencari....

Google
 

Thursday, December 31, 2009

doa-doakan lah...

obek susah hati..
family obek pon susah hati..
secara tak lansung saya pon terlibat jugak susah hati..
sedang berhadapan dengan ujian kehidupan..
semoga Allah s.w.t memberikan petunjuk dan hidayahNya..
semoga obek sekeluarga dikurniakan kesabaran yang tinggi..
semoga semuanya selesai dengan baik...
doa-doakan lah...

Wednesday, December 30, 2009

entry ke 680...


hello..wahwahwahwahh... dengan tak disangka2 ini adalah entry ke 680 ye. hehehe.. banyak juga le ye dah menulis. kiranya kalo tulis kat buku dah mukasurat ke 680. amboi... bukan main lagi rajin. cuba kalo suruh buat keje sekolah dulu2 menggelupor. anyway... best gak kan dah banyak tulis2 ni...
~~~
nak cerita pasal petang semalam. ceritanya petang semalam nak kena pergi hantar kereta si nizam tu le. sebab dia dah balik sini la kan. kan kereta dia stay kat rumah saya tumpang berteduh. hehehe.. makanya, saya kena menderaip kereta dia, obek bawak kereta obek le. masaelah nyaaaaaaa.. kereta dia tu manualllllll..... idak le makcik tau menderaip kereta manual. kalo kedepan kebelakang gostan gohed tu reti le. infact kereta ma pon manual tapi setakat kuarkan dan masokkan dalam garaj tu memang succes le kan. ni nak kena mengadap jem, nak kene mengadap trafik light, nak kena mengadap bukit, masyaallah... sedih betol. sebelom tu dah berbakol2 le membaca ayat apa2 yang patot. hujan pulak tu. mamat tu pulak dah tunggu kat lrt sungai besi. nak pegi ke melaka le pulak. uuwwaaa.. saya tanya obek apsal tak amik je si nizam tu amik kereta kat rumah saya? obek kata dia pon tak sempat nak pi amik nizam tu sebab keje. aduhaiii... mula2 start enjin ok la.. sekali sampai kat bukit depan rumah saya tu dia... enjin mati lorrr.. hantu betol. mula la menggelabah. dah kan kat bukit nak kene hati2, kereta lak banyak nak melintas jalan tu, uuwwaaaaa... takotnyaaa... hentam je la. mencicit kereta tu berbunyi. hwuahahha... sorry la nizam, saya tak reti bawak manual. kalo auto insyaallah.. bagi la bos ke lori 24 tayar ke boleh saya bawak, ini manual, ya amponnnnnnnnn..... on the way tu sepanjang2 jalan mengucap je la kojenya. dengan hujannya, lebat lak tu. tak pernah2 seumor hidop bawak 50km/j semalam la saya bawak macam tu je. hehehhe.. eh..masa driving school dulu memang bawak manual tapi itu memula darah tengah panas ok je. terror je. time driving school pon bukan saya pernah bawak 40km/j pon..hentam terus 70-80km/j. hehehhee... kena lak berenti isi minyak kereta nizam dulu. uuwwaa... kena lak berenti bayar tol lagi. uuwwaaaaa.... tensen betol. sampai2 je kat stesen lrt tu, nizam pon datang. takde bagi salam, takde tanya khabar terus saya sembor dia, apsal beli kereta manuallll??? susah nak bawakkkk!!! hwhahhahaha.. mamat tu tak tau cerita tercengang2 cuma jawab hah, ye ke? heheh..terima kasih ye... hantu betol. hehhee.. ingat nak makan sama2 sebelom dia berangkat tapi dia kata dia dah makan dan nak cepat, so takpe la.. masok je kereta obek terus le saya mengadu macam2. uuwwaa.. lenkali takmo bawak kereta manual lagiiii.. takmaooooo...
~~~
disebabkan hujan, so, tak berenti makan kat mana pon la.. terus balik makan kat area rumah saya je. berkurun menunggu makanan siap. bukannya order kepala zirafah masak merah, cuma order tomyam, daging masak merah dan telor dadar, nasi putih 2. aduhaii...1/2 jam tak siap2 lagi ngalahkan nunggu pizza. pizza pon 15 minit je la. benci la..mula la mood pon dah kureng. benci betol. sampai2 je makanan, saya dah tak larat makan. and still, telor dadar tu tak jugak sampai2. dah panggil2 orang tu sampai 2 kali. jawapannya, kejap ye kak..kejap ye kak.. hai..payah beno ke nak buat goreng telor dadar??? sampai ke sudah habis makan telor dadar tak sampai2. mula la kan saya telinag kuar asap dah tu. dah le servis lembab. bukan ramai sangat orang pon malam tadi. kacau betol la. obek tengok saya dah tarik muka, cepat2 le dia pi bayar. biasa saya yang jadi tukang pegi kat cashier tu. kalo saya yang pegi malam tadi, harus kena cuci dah orang kedai tu. melampau2 la diaorang ni. lenkali takkan pegi kedai tu lagi dah. tutop buku.
~~~
disebabkan geram kempunan telor dadar, balik tu ajak obek singgah kedai nak beli telor nak buat telor dadar sendiri kat rumah. geram betol. kebetulannya stok telor pon dah habis kat rumah. 2 pek sekali saya amik telor tu. balik rumah, terus goreng telor dadar 3 bijik sekali. hambekkk.. puas hati. makan le sampai muntah. geram betol. payah beno pulak nak makan telor dadar macam order telor dari langit.
~~~
malam tido lambat. badan letih yang teramat. rasa macam nak tumbang. kepala pusing2 sebab tak cukup tidor. but still tak boleh lena. pukul 2am baru boleh tido. aduhaiii..lunyai badan macam ni selalu. tapi elok pulak malam tadi tido tak terjaga2.. seterettttttt je lena. hehehhee.. bagus betol. tapi by 515am dah terjaga dah..takpe la. memang waktu bangun tido pon. sedapnya tido lena malam tadi 3 jam direct. syukur alhamdulillahhhhh...... bangun golek2 kejap dengan nezha. mamat tu lak tido melampau lena. geram betol tengok muka dia masa tido tu. comelllll... tak buat breakfast pon. makan biskut semalam baru beli. hehehhe.. dengan air suam. nak minum milo pon rasa takde selera. tapi macam kenyang pulak. pegi office. jalan macam biasa, tak berapa jem. sampai2 office bukak fail dulu check apa yang perlu dan apa lagiii..bukak blog laaaaaaaa...
~~~
lupa le pulak friday ni cuti. penat je makcik iron baju sampai 5 pasang. hehehe..sebab minggu ni dah terajin iron baju awal2. kalo tak tu takde nya la.
~~~
almaunah ajak pi rumah ibu utk buat birthday utk ngah... tgk camne.. dah inform ibu, ibu kata ok, tapi kena bawak makanan sendiri. uuwwaaa.....
~~~
obek buzy melampau2. hehehhee.. alala siannya dia. takpe..keje rajin2 ye nanti boleh bawak balik duit 5 guni. yahuuuuu......
~~~
nezha dengan budak abang bergaduh malam tadi. menjerit2 berkejar2 1 rumah. dengan saya2 sekali le jawabnya menjerit tu. puncanya dengki le.. si abang dok kat port dia. maunya acha tak mengamok. hambekkk...
~~~
ok la..nanti sambong lagi. ingatkan hari ni khamis, rupanya baru rabu daaaaaa...
~~~
i love you obek..(always love you)
i love you nehza..(makan banyak sikit, macam dah kurus je tu)
i love all of you...(peace!)

Tuesday, December 29, 2009

ngantok dan awal...


hello.... hehhehe.. ini muka budak baru bangun tido. mamai lagi lor pepagi. saje je menyakat dia. dia paling tak suka la kalo kena flas camera tu. hwuahahhaha... tangan bukan main kedepan macam nak tahan teksi je rupanya. layan je la. malam tadi baik pulak dia tak banyak songeh cumanya suruh suap makan. takpe.. itu biasa2 je...
~~~
semalam balik lambat sikit. pukul 8pm baru sampai rumah. aduhai... terkejar2 betol la. sampai2 je semuanya mengeow. kelam kabut betol. kemas2 tempat uk-uk siap2 then mandi. kononnya nak mandi berangan2 le sekali itu mamat kepochi sudah garu2 ketok2 pintu toilet. geram betol la. so, tak boleh mandi lama, kena cepat. kalo tak kang selagi tu la dia dok mengetok, mengeow kat depan pintu tu. bila dah buka pintu bukan dia nak apa pon.. saje je dia. malam tadi tak dinner. rasa tak selera sangat2 la.. lapar tu ada tapi entah la. tengok tv cerita apa ntah. lupa dah. tukar2 channel je sana sini. owhh..tengok without a trace. lepas tu nak sambong tengok ncis tapi dah mengantok pulak. sambil tengok tv makan cheese cake sekeping. takde la sekeping..sekerat keping sebab kena share le pulak dengan budak 2 orang tu. si budak abang pon suka jugak. habis laa.. hari tu kena share dnegan nezha, kali ni kena share dengan nezha dan si abang. bungkus betol. takpe2... kalo ada kita share sama2 ye..kalo takde kang kita nganga sama2 jugak. hehehhee....
~~~
lepas tu tido, badan rasa lemah2 sangat. masa nak masok pintu kepala lutut terlanggar tepi pintu. aduhaiii..kenapa le sedap sangat rasanya bla kepala lutut tu terhentak kat bucu pintu. masakkkk dibuatnya. terus nangis. hehehe..sendiri buat sendiri nangis. tampal koyok la kot2 elok sikit. pagi ni pon tampal koyok lagi. uuwwaaa...so, malam tadi tido tak berapa lena. tak pernah pulak kan tido lena2 ni. obek keje. pukul 1130pm macam tu dia call tanya dah tido ke. saya jawab udah la.. dah malam buta wat pe bangun lagi. borak2 kejap, ngadu2 itu ini, lepas sambung tido. pukul 2am bangun lagi. entah le kenapa terjaga. macam terkejut je kan. pas tu rasa perot lapar le pulak. since tak boleh tido tu saya merayap le ke dapor memalam tu kan. tapi taktau le nak makan apa. biskut, ada la. kek gulung yang swiss roll tu pon ada jugak. tapi tekak tak rasa macam nak makan benda2 tu. nak nasi la. gila ke apa nak makan nasi pukul 2am tu. mana nak carik. masak? assalamualaikum... so, gigit2 keropok hari t ada goreng lebih sikit. jadi la. minum air suam. pas tu sambong tido. hehehehe... pukul 5am bangun lagi. pon terkebil2 jugak. tengok nezha tido lena betol terkalok je. tepok2 dia, kejap tu saya pon terlayan pulak. pukul 6am bangun lagi. yang ni terus bangun le kan. siap2 semua, godek itu ini, lepas tu lepak tengok tv. letih la asyik terjaga2 je macam ni. boleh kata tiap2 hari macam tu le saya. in between yang tido tu pon bukan tido lena. tido2 ayam je. hehehe.. kalo terlena kang mimpi pulak. malam tadi entah mimpi apa lupa dah. tak penting pon. letih..letih...
~~~
hari ni pegi keje kuar cepat, jalan tak jem la. syukurr.. sampai awal. belom 830am dah sampai. so pergi beli sarapan dulu la since dah memang lapar dari malam tadi. makan nasi lemak yooo hari ni. hehhehehee... elok la tu kan. mata mengantok, makna nasi lemak. memang bakal produktif le hari ni. sampai je office terus breakfast dulu. lepas tu bukak pc, lepas tu emel segala benda tok nenek bagai lepas tu bukak blog. bagus betol kan. petang ni tak tau lagi apa program. nak tidooo..nak tidooo.. bila nak merasa nikmat tido2 ni...
~~~
nezha macam biasa. dengki masih ada tapi dah berkurangan dah. memang good boy betol la dia tu, macam paham je apa yang kita cakapkan kat dia. sayang nezha. si budak abang pon dah baik hari ni. lepas kena ceramah semalam pasal uk-uk merata, hari ni baik le pulak. malam tadi sya buka sekejap collar dia tu, bagi chance kat dia menjilat2 bulu dia. sian pulak saya tengok. tu pon tak lepas mata saya memandang dia sebab takot dia tergaru kat mata dia tu. naya je kang. dah nak tido tu saya pakaikan balik collar tu. takot la. belom berapa nak elok tapi mata nampaknya dah jernih. mudah2an Allah permudahkan segalanya supaya mata si abang elok. opss...makanan nezha dah habis la.. kene beli petang ni kalo tak kang meraoung mamat tu.
~~~
obek still buzy. macam2 plan la pulak dia tu. owh.. semalam tengahari obek call cakap bini si jemi dah bersalin. dapat baby boy. mmmm....takde nak komen apa. hehhehee... semoga semuanya bahagia.
~~~
ok la.. nanti2 sambong lagi. mata pedih lor mengantokkkkkkkkkkkkkkkkkk...
~~~
i love you obek..(bila nak pi jalan2)
i love you nezha..(good boy)
i love all of you..(korang pon ngantok ke)

Monday, December 28, 2009

dah lama sangat cuti, badan pon lemau...



hello... huhuhu..betol la tu kan.. dah lama sangat cuti badan pon lemau semacam je nak bangun pergi keje. kehkehkekehhh..memang dasar betol la. walhal kalo cuti pon bukannya buat apa pon kat rumah tu. tercongok depan tv 25jam. anyway.. takpe la.. jangan malas2.. mesti pikir rajin, rajin, rajin.......
~~~
cerita pasal semalam, ahad, 26/12/2009
takde apa yang menarik. macam biasa je. semalam bangun lambat yo.. hwuahhaha.. takde la. bangun macam biasa, pagi buta, tengok tv kejap, lepas tu bentang toto depan tv, baring2, al-kisahnya terlelap pulak. pukul 915am macam tu terjaga. wahwawahhhhh.. baru la terkebil2 bijik mata kan. matahari dah mencanak2 atas kepala baru nak bukak mata. not good..not good... teringat obek ajak pegi amik kereta si nizam sebab nak tumpang letak kat rumah saya. nizam nak pegi outstation ke terengganu. wahhh..bestnya.. nak kirim lah. tapi nak kirim apa? ala..semua pon biasa2 je takyah kirim la. orang tu pegi koje bukan pegi berjalan2 holiday. tak baik menyusahkan orang. so, pukul 11am tu keluar naik kereta saya la.. saya dengan obek pi tunggu dia kat tol sg. besi. sebab nizam pegi naik dengan kawan2 dia. wahwahwahhh.. ada harapan le kan saya melenjan kereta dia. tapi tak boleh lorr.. kereta dia manual. idak le teman reti nak menderaipnya... reti tu reti tapi ada sikit lembab. hehehhee... rosak kereta orang tu kang. so, dah bye2 semua, saya cakap nanti beli jajan tau. nizam kata ye laaaa.. hehehe..lawak2 je mamat tu. then, hantar kereta dia balik rumah saya. sebab rumah saya ada gate lor.. kucing2 tengok ada kereta lain kat parking semau mengeow2. hehehhe.. sure tertanya kereta sapa le tu kan. layankan je la. lepas hantar kereta, saya kuar balik dengan obek. pegi dating2 lunch le kononnya. ye beno le dating lunch. makan ikan bakar. ala.. bukan ikan bakar mahal2 lor.. ikan kembong je. ahheehehe..jadi la. dengan sambal ikan bilis rangup tu. tu je a laok saya. opss.. dengan ulam kacang kelisa. dah le.. itu pon dah ketat perot. lepas makan2, pegi pusing2 kejap pegi pasaraya baru buka. best juga kedai tu. kecik tak kecik, beso tak beso, harga pon boleh tahan. bagus2... lepas tu singgah entah kemana2 mencari ruler si obek. ruler apa katanya ada bentuk bulat2 3 segi, 4 segi ada macam2 saiz. aduhaiii.. mana nak paham untk engineering punya ruler. pusing 1 pekan cari tak jumpa. hehehhee.. sorry..tak dapat nak nolong ye. lepas tu balik. balik pon dah petang, pukul 5pm dah. bab merayap lupa dunia. balik terbongkang. mata pedih nak tido tapi tak boleh tido. tengok tv2 ada cerita best tajuk 'the gift'. cerita pasal psikik2 ni le. best jugak. habis cerita pukul 6pm. sambong tengok cerita merapu2 lagi. sampai le malam. malam memang takde mood betol nak makan. sebab lagipon tadi sebelom balik tu dah beli cis kek. kononnya malam tu nak makan tu je la. tapi obek ajak kuar jugak makan. malas betol. end up makan mekdi je la. prosperity burger tu. pedas gila tak habis makan. siap kuar2 air mata air hingus bagai makan burger tu. sapa yang boleh makan habis memang terror le. saya memang la tak tahan. malam buat keje sikit, then tido. malam tadi saya marahkan budak si abang tu. wahwahwahhh..kita manja2kan dia, dia naik kepala pulak ye. entah le camne dia boleh nak melepas kat meja. takmo pegi kat tempat uk-uk tu. geram betol. saya ceramah kan dia. mula la buat muka seposen dia tu. geram... geram....nezha syiok la saya marah2 si abang, dia datang dekat2 dengan saya sambil bunyik.2 ala2 mengadu bagi lagi api le tu kan. hehehhee... marah2 pon tetap le saya sayang 2-2 budak tu. eee..rasa nak cubit2 je la.
~~~
hari ni, isnin, 27/12/2009
bangun macam biasa la. tapi tahap kemalasan tu ada sikit tinggi dari hari2 cuti. dah kata cuti lama, harus le kan, melekat je badan tu kat tilam tak boleh bangun. mujur jalan tak berapa jem. tunggu la esok 04/01/2010..merasa la. hehhehee.... ada satu task nak kene buat tapi nanti la. malas betol nak bukak drawing tu nak mencarik benda.
~~~
ok la.. nanti sambong2 lagi ye... nak ronda2 baca blog orang pulak. hehhehee....
~~~
i love you obek..(miss you)
i love you nezha..(good boy)
i love all of you...(happy monday)

Saturday, December 26, 2009

cerita hari cuti2..



hello..



apa cerita kali ni ye? cerita apanya..hujan je sepanjang hari. alhamdulillah... hujan pon rezeki kan. meh nak cerita pasal hari cuti...

~~

jumaat, 24/12/2009-christmas day

takde buat apa. hajat hati tu nak bangun lambat pukul 11am ke.. pukul 12pm ke..takde maknanya.. pukul 530am dah terkebil2. tapi disebabkan malas, baring je. by 7am dah tak boleh baring dah. so bangun juga. pusing2, kemas lebih kurang. tak buat breakfast pon..makan biskut susu tu dengan air milo. jadi la.. buat alas perot. tengahhati, hujan berdentum2 saya kuar jugak pegi beli nasi lunch. hehehee...gila malas nak masak. walhal kalo masak tu takat2 goreng telor masak nasi tu boleh je. alahai..entah la. pegi beli tapau pon bukan beli laok kepala zirafah ke apa pon, laoknya tempe goreng je dengan kacang panjang tumis. tu je yang berkenan kat tekak ni ha... petang tak buat apa. pukul 630pm kuar dengan obek. dating2 la kononnya. pegi 1u, nak makan kat shogun. dah kata jenis tak pergi sana, boleh sesat2 dari parking nak ke shogun tu. aduhaiiii...tensennyaaa.. letih kaki ka. complecated betol la kat dalam 1u tu. benci laaaaa... tapi dah lama tu juma jugak kedai tu. so, makan dengan banyak sekali. hehehehe... lepas makan balik la.. nak ke mana lagikan.

~~

sabtu, 26/12/2009

hari ni la kononnya... pon tak buat apa. pagi bangun macam biasa. buat breakfast pancake kononnya. alahai.. yang ready mixed punya tepong tu bancunh je la apa yang payah sangat kan? so, makan tu le. obek ajak pi lunch saya malas sebab nak bawak si budak abang pi bukak jahitan mata kat klinik. pukul 11am sampai klinik. doktor bagi sedatif then kata nanti petang baru datang balik ambil. by 430pm, doktor dah call cakap boleh pagi amik. dalam hujan2 tu le saya mengharung jalan. anak punya pasal tetap le gigih mengharung hujan lebat. hehehhee... doktor kata 65% mata dah ok. cuma lagi balance 35% kena jaga2 sepanjang tempoh nak baik ni kan. insyaallah...saya jaga setakat yang termampu. nezha pon nampaknya dah boleh terima si abang. walopon ada gak tu kadang2 gaduh2. gaduh2 manja la bukan gaduh2 ganas. hehehhee... petang lepas amik abang, obek ajak pi pasar malam. hujan lebat pon tetap le mengharung jugak. beli nasi lemak dengan yong tau foo. cukup le tu, itu pon tak habis. sebab nasi lemak pedas gla macam nak terbakar lidah. uuwwaaa..tensennya.. apsal semua makanan pedas2 ha??? leceh la. yong tau foo makan sekerat. ni ada lagi, dah simpan dalam peti ais. kalo tak habis esok boleh panaskan. jimat..jangan membazir. tak baik. hehehhehe.... esok punya plan taktau le nak buat apa. ingat nak balik rumah ma kejap jenguk2 rumah. rindu kat ma....
~~
now tengah tengok majalah 3. sukan baru katanya apa ntah nama 'parkour'. wahhh.. sukan ala2 macam dalam filem tu le lari2 panjat2 sana sini tu.. menarik juga tapi kalo sempot2 macam saya tu rentikan le.... hwuahhahahaa.... memula tadi pasal team f1. bluwekkk... meluat.
~~
obek taktau le esok koje ke tak.. kalo tak koje hopefully ada harapan le nak ajak pi jalan2. hehehe.. kalo dia koje takpe la. dok je la rumah. layan je la anak2 kat rumah ni.
~~
ok la...nanti sambong lagi... happy holiday!!!
~~
i love you obek..(love you always...)
i love you nezha..(so comel)
i love all of you..(best tak lagu tu??)

Thursday, December 24, 2009

cerita pasal semalam...


hello... semalam tak update. buzy dari pagi celik mata sampai malam tutup mata. huhuhuhu...
~~~
semalam pergi hantar ma ke klia. mmmm.. pagi2 bangun masak breakfast dulu. buat kotiaw goreng je la. boleh tahan sedap. heheheh... sendiri masak sendiri perasan la kan. anyway.. lepas tu buat cucur udang sikit. sebab hari tu dengar ma cakap nak makan cucur udang so, sebelom ma pergi ni saya buatkan la sikit. ma tak minta pon..saja le saya yang buatkan. chewahhhh... pukul 1030am adik datang. ngah hantar. lepas tu dalam pukul 1115am tu almaunah pulak sampai. oooo..ingat tak reti2 nak datang or hantar ma, datang lak. bagus le tu. pukul 1140am, bertolak ke klia. kojep je dah sampai. huhuhu..sampai2 je terus pi jumpa group ma tu then register kan dia, pi check-in luggage, lepas tu lepak2 kejap sebab katanya ada taklimat pukul 1pm. melangut le kat sana. takde beli apa pon, adik je sebok nak mekdi. layan je la mamat tu. lepas zohor, ma pon bertolak. uuwwaaaa... saya seperti biasa kan jenis ciwek. nangis2 lak. hehehhee... ngada betol. will miss you ma....
~~~
tapii..sedih adalah sekejap je. kuar je dari klia baru masok kereta kami 3 orang (saya, almaunah & adik) dah buat macam2 rancangan. mula la otak menerawang. kata cuti..harus digunakan dengan sebaiknya kan. hehehhee.. plan asal adalah nak bawak adik pi beli stationery sekolah dia. hari tu ingat nak belikan baju tapi ibu kata dah beli, so ibu kata belikan stationery je la. wokeh..no problem. dari plan nka beli stationery terus le terjajar2 plan nak tengok movie. hantam la. pegi beli tiket, tengok avatar pukul 630pm punya show. sementara tu kami menerawang le mencari2 barang2 budak tu. macam2 dibelinya. hambekkkkk... takpe la..setahun sekali je. lepas tu makan2 dulu. makan apa ntah. owhh.. steak keras dan abc tak sedap. lepas makan pegi cuci2 muka kejap sebab penat ngantok then pegi tengok movie. beli 4 tiket konon nak bagi kat ngah sekali mamat tu tak datang lak. bengang betol. hahhahaha.. rugi la ko ngah tak pegi tengok wayang tu. cerita avatar. best jugak. sedih woooo... menarik..menarik..pi la tengok!
~~~
lepas movie dah malam, pukul 9pm macam tu. pergi rumah ibu sebab hantar adik, then makan kat rumah ibu. ibu wat goreng pisang & keledek malam2 sedap pulak. tapi saya makan sikit je sebab sakit kepala. plus..dok teringat bedak2 gembol yang kat rumah tu. entah apa la yang dibuat. dok la teringat nak lap mata si abang. aduhaiii... sms obek tanya dia kat mana. kot2 la dia berdekatan boleh la minta tolong hantarkan balik rumah. bior la kereta tinggal kat rumah ibu. sekali dia ada kat jauh lorr.. mmm..nak tak nak terpaksa jugak le drive malam2 tu. pukul 11pm barukuar dari rumah ibu. ibu suruh tido sana. memula ingat nak jugak tido saya tapi tu la, dok ingat kat anak2 kat rumah je, tak boleh jadi la. dah kata sakit kepala berdenyut2 tu takde maknanya nak drive slow. lagi laju ada le sebab nak cepat sampai. zummmm.... sampai dah. hehehhee.... masok je rumah budak berdua tu dah melompat2 menjerit. mandi2 bersihkan badan then lap mata abang, bagi makan ubat. settle. sudahnya saya tido je kat sofa sebab tak larat sangat.
~~~
pagi ni bangun macam biasa. tapi leti2 la. entah le letih pasal apa. jalan jem pagi ni kat area rumah saya. tapi kat tol sunway tak jem. bagus betol. sampai office cepat, 845am dah tercongok kat sini. singgah kedai depan beli karipop 2 ketol nk buat makan, tapi tak makan pon lagi. kejap2 lagi la.
~~~
esok cuti lagi. hehehhee... merry christmas!!!!! entah le nak buat apa kat rumah. ingat nak balik rumah ma kejap jenguk2 apa yang patut.
~~~
sabtu kena hantar si abang pi klinik nk buka jahitan mata tu. moga2 semuanya ok2 je la.
~~~
ok la..takde nak tulis apa sangat. rindu ma....
~~~
i love you obek..(bila nak pegi jalan2?)
i love you nezha..(so notty ye)
i love all of you..(have a nice day)

Tuesday, December 22, 2009

memperkenalkan...

memperkenalkan......
kumpulan....
pancaaa sitaraaaa....
muwahahahhaaaaa.....





jeng... jeng...jengggggg....

ehehhee... tu tengah elok2nya le tu. baik je duduk berdua berbaris je tengok tv. macamkan paham beno cerita tv tu kan.... cuba teka sapa sebelah nezha?? yee..itu le si abang yang sakit mata itu. kena pakai collar le kalo tak nanti dia garu2 habis le.. fokus...fokuss... fokus kepada 2 ekor kucing itam itu ye jangan tengok rumah yang tunggang langgang. salahkan mereka berdua sebab 2-2 pon terejal panjat gigit sana sini. wahh... bagus betol kan ada kucing ni boleh dipersalahkan kalo rumah tak kemas. yahuuuuu.... nezha semalam ok. tapi bila dah malam tu entah le apa anginnya, diam2 datang dari belakang gigit badan si abang. aduhaiii.. mengeow le mamat tu. dah le sakit mata, badan lak kena gigit kan. jadinya malam tadi riuh le dengan suara kami bertiga. saya ni kejap2 terjerit2 le acha, abang, acha, abang. wahwahwahhh..macam sekolah tadika daaa.... risik punya risik, say atau la rupanya si abang pegi kat nezha punya fav spot. patot le pon mamat tu marah kan. kata dah biasa jadi anak tunggal tetiba ada lak orang kaco, mesti le angin. tu pon kira nasib baik dia tak gaduh ke apa ke. gigit2 sikit tu biasa la. nak bergurau. tapi kasar le pulak cara guraunya nezha ni. tapi tu la.. dia pandai. saya dah pesan jangan capai or garu muka abang takot tangan nezha tu kot2 le tergaru kat mata kan.. tak ke kes naya... dia tak kaco kat muka, tu yang dia bantai gigit kat badan orang tu. sian abang. hehehe...


yee... ini pandangan dari depan. memula tu saya tak perasan. saya dok tengok tv la marathin p.ramlee katakan. cerita ibu mertuaku dengan madu3. macam2 peel. tengah2 syiok2 tu sekali terpandang lak kat meja tu macam diadun2 je 2-2 dok sebaris melepak. alahiii.. baiknya.. manjanya. jadi, sebelom dia bangun saya snap le pic dulu. hehehhe... masalahnya korang nampak ke mereka tu. dah 2-2 pon hitam legam. bantai laaa... memang rezeki saya kucing semua semuanya hitam.. kecuali si ali, kaler kuning.
~~~
semalam macam tu la. balik macam biasa. ingat nak singgah kedai nak beli barang pon malas. terus balik. lepak2 dulu then baru mandi. malas betol. tak makan apa pon. malas la takde mood. tapi perot keriuk2. korek2 kabinet nampak keropok goreng hari tu. makan tu je la. punya dasar pemalas nak buat air pon malas, hentam minum air kosong je dah le. hahahhaha.. air kosongpon bagus apa untuk kesihatan. tak gitu?? nak iron baju pon malas. dalam otak dah berkira2 nak pakai baju yang takyah airon punya. senang. habis cerita kassim selamat, sambong tengok madu3. obek takde. koje le. tapi dah pukul 12am tu dia call.. saje le tanya dah tido ke belom. saya jawab belom, tengok tv. so, dai ajak kuar pegi makan sebab dia pon tak makan lagi. alahai..siannya. tapi masalahnya saya malas nak kuar malam2 tu. pikir2 takpe la..kuar je a. dok rumah pon tak boleh nak tidor. so, siap2, keluar. makan kedai mamak je la. obek makan nasi goreng, saya makan roti canai. pas tu order lagi mee goreng share 2 orang. minum air kopi o ais, obek minum air durian belanda. pelik2 la tekak dia tu. borak2 lebih kurang pukul 1am macm tu balik. kononnya nak terus tido. sekali sambong tengok tv daa.. dekat pukul 2am baru tido. masa tu nezha pon sampai dah pergi bilik sendiri, punya lama dia tunggu saya masok bilik tak gakmasok2, last2 dia masok sendiri. hehehhee.... so cute. tido macam biasa, terjaga2. hantam la labu.....



ni le si abang. muka monyok. dah ngantok tu sebenarnya... collar tu comot sebab baru lepas makan. sian dia takboleh garu telinga gatal. so dia dok la menggaru2 collar tu. rasa macam saya nak je lepaskan collar tukejap tapi takot la kot2 kang terlajak lak tangannya menggaru tu kena mata. bahaya woooo..mana nak cari hospital malam2 tu. mintak dijauhkan. jadinya saya la jadi tukang tolong garu tinga. nak jilat2 tangan pon tak sampai dia. hehehhe..sian. takpe la ye abang, kejap je, nanti dah buka jahitan, bula collar boleh garu selagi mau. sabar ye.... pagi tadi dok lap2 mata dia tu nampak dah makin elok. kering jahitannya. so, lap2 le bagi bersih. risau saya kalo jadi apa2 kat dia. rasa le kalo kita jadi macam tu. mesti risau wooooo....

~~~~~

ni ada berita. semalam ma call.. tetiba cakap nak pergi umrah. esok. yeeeee... esok 23/12/2009 pukul 12pm kena ada kat klia. hwuahahhaha... terkejut le saya. saya memang tau dia nak pergi umrah tu tapi jangkanya esok nanti bulan 1 2010. tetiba lak jadi tercepat. saya tanya apsal cepat. balik minggu tadi ma tak cakap apa2 pon. ma kata dia pon baru tau pagi tadi orangtu call. katanya ada kosong 1 tempat so orang tu (ejen tu le) tanya kot2 ma nak joint. ma pon nak je. jadinya tu le dia pergi menguruskan segalanya. mujur semua benda dah tersedia. cuma nak tukar duit je lagi ma cakap dengan nak beli stokin. hehehhee... saya macam terkedu, terpana, terkejut, semua yang ter, ter la. hehhee.. entah la. sukati ma la. pergi la sementara masih sihat ni. saya risau ma tu bukan sihat sangat. takpe la. niat baik tu moga Allah s.w.t memberkatinya. tak lama pergi, 13 hari je. kalo ikut jadual, 04/01/2010 nanti balik la. so, esok saya cuti nak pi hantar ma kat klia. hehhehe.. entah le mana hala klia tu dah berkurun tak pergi sana. dah tu takde hal nak kesana takkan saja2 buat lawatan lak kan. kahkahkahakhhh... takpe... saya khabarkan berita tu pada semua. ibu pon terkejut sebab macam cepat sangat. almaunah--no comment. macam takde perasaan je. hehehhe.. saya bagitau kat kawan saya yang hari2 dok ym tu le. belom apa2 dah nak kirim air zam2. aduhaiii.. saya cakap mana boleh kirim2.. orang nak pegi umrah atau haji mana boleh kirim2. dia kata kenapa pulak tak boleh kirim? saya jawab orang nak pegi buat ibadat, bukan pegi soping2. kalo ma saya ada bawak balik nanti, saya bagi sikit, kalo takde, saya tak boleh janji. saya anak dia sendiri pon tak pernah nak kirim2 apa2 kalo ma pergi. saya cuma kirim doa semoga selamat pergi selamat balik buat yang terbaik. dia kata, elehh..mana ada law macam tu..tak pernah dengar pon orang pegi umrah or haji tak boleh dikirim2. memang menyakitkan hati. perkataan elehhh dia tu sangat saya benci. saya kata sukati awak la. kalo awak nak, kirim kat orang lain, jangan kat ma saya. saya kata memang takde tulis dalam law pon.. tapi budi bahasa tu mesti mau tauuuuuu... jangan meminta2.. kalo orang ada bagi baru terima. habis kata hari ramai beno sedara ko pegi haji, pi la mintak kat orang2 tu takkan le sedara sendiri pon tak bagi kat ko sikit? dia jawab..ahh..malas le nak jumpa orang2 tu. saya jawab.. terpulang. kalo rajin cari ada je jual. pas tu terus senyap.. takmo ym dengan saya sampai ke petang. saya cakap dalam hati, wahwahwawahhhh.. melampau le pulakkan. saya taktau ke korang atau orang lain, tapi kalo saya dan keluarga saya, tak kira sapa pon yang pegi umrah atau haji, kami takkan bukak mulut untk kirim2 itu ini. kita patut doakan orang2 yang nak pergi tu bior dalam buat ibadat dengan sempurna. bukan senang nak dapat pergi. bertahun2 kumpul duit baru boleh melangkah. lain la kalo pegi melancong ke hong kong ke, australia ke.. boleh la ko nak kirim2 memacam. itu pon kalo boleh takyah le nak kirim2. pandai le orang tu nak belikan ko apa. lain la kalo orang tu sendiri yang offer tanya ko nak apa. entah la...saya taktau le kalo korang, tapi kalo saya memang takkan la nak kirim2 ni. dah la..pepagi dah membebel.



ini nezha muka tak puas hati sebab abang amik port dia malam tadi. alalalla..nezha tu pon bukan pernah senyum pon kalo amik gambar. masammm je. masam-masam pon tetap la saya sayang. petang ni saya balik rumah ma. naktengok apa yang ma kemas2 tu semua dah siap ke. alahaii..ma takde 2 minggu sunyi lak rasanya. hehehhe...habis tu sapa nak bagi ayam2 ma makan? haiyokkkk..... tak tauuu.... tolong pesan kat jiran kot? tengok la camne. ayam..korang puasa le ye 2 minggu... kahkahkahkahkahhhh.... korang doakan perjalanan ma saya semua ok2 ye... amin....
~~~~~
ok la.. dah banyak cerita pagi ni. apsal takde orang komen kat blog saya? memang laa... takde orang baca. apa la luuuuu..... anyway.. have a nice day ahead!
~~~~~
i love you obek..(bek asyik koje je la...)
i love you nezha..(jangan noti2)
i love all of you...(peace!)

Monday, December 21, 2009

lamanya cuti...


hello...aduh..lamanya cuti. penat. hehehe... jangan taktau..kalo cuti lagi penat wo.. macam2 yang nak digodek kat rumah tu. tapi takpe.. minggu ni cuti lagi kan? cuti raya. hehhehee...
~~~
apa ye nak cerita. 3 hari tak update. malas la. takde masa yang benonya. buzy memanjang. tu la.. meh nak cerita sikit. kot2 terlupa nanti dah tulis kat blog boleh jadi ingatan.
~~~
jumaat : 18/12/2009 - cuti awal muharram
bangun macam biasa. sengal betol kan. cuti2 tu patut bangun la lambat pukul 10am ke pukul 11am ke.. ni tak. pukul 530am dah tercongok terkebil2. apa nak buat. bangun jugak la. tengok tv, tu dia..semangat nak tengok ucapan maal hijrah pukul 6am dah bukak tv. layan je la. entah cerita hapa2. pagi buat breakfast. yeeee.. buat breakfast le sangat. hehhee...roti bakar sapu butter & peanut butter. buat le tu kan. bagusss.. lepas tu kemas lebih kurang. sambil tengok tv sambil mengemas lagi kotak2. semua dipunggah. buang mana yangtak nak. tapi kali ni takde all out macam hari tu. tak larat dah. cuma dapat 1 beg plastik je. jadi la. ada gak berkurangnya benda2 yang bukan2 dalam rumah tu. dalam pukul 12pm macam tu, pegi klinik amik di abang. ala.. kan kucing luar yang sakit mata tu hari tu dia operete. so, jumaat tu dah boleh bawak balik. namanya nexin la tapi saya selalu panggil dia abang. hehehe.. doktor call suruh amik sebab dia dah nangis2 kat dalam klinik tu. alahaii.. manjanya luruh jantung dengar. cepat2 siap. ni mesti kene bawak masok rumah ni. kena jaga. dan yang pastinya nezha mesti tak suka. dia tu tak berapa suka kalo ada kucing lain masok rumah. dia jadi marah. jadi dengki. saya pon tak senang hati kalo tengok dia memberontak macam tu. tapi tak boleh buat apa la.... terpaksa. takkan nk biar kat luar tu si abang tak berapa elok lagi. bahaya wooo... apa? ingat manusia je operete mata? kucing pon ada tauuuu.. siapkan je la pitihnya. tapi takpe.. so, sampai klinik amik dia. sian..mata kena jahit. mesti sakit tu. again, saya nagis lagi la kat klinik. hehehhe.. ciwek katakan. terus pelok2 dia. dia pon terus pelok2 nak bermanja. mmmm..doktor suruh jaga jahitan mata tu supaya kering. kena lap2 selalu, bagi ubat. bawak balik rumah, tu dia... nezha mengamok. habis semua dia terajang. ditambah2 lagi bila tengok sya dok pelok2 si abang dan lap2 matanya. bertambah2 la hangin mamat tu. saya kena la pujuk nezha pulak. cakap slow2 semua. explain semua. ya tuhan..saya kira memang nezha kucing yang pandai dan bijak. macam paham je saya cakap tu then dia tak marah2 lagi dah. takde dah nak terajang2 semua tu tapi dia ala2 majuk la.
boleh nampak la peel dia tu. jadinya, everytime lepas saya pegang2 abang, saya kena la pegang2 pelok dia pulak. ayoyoyoyoooo... so, sementara ni abang kene dok dalam rumah. dai pon nampak macam well behave. takde la terejal sangat. panjat2 sikit tu biasa la. mata sehingga ke hari ni nampak ok. jahitan kering. takde discharge yang bukan2. cuma pagi2 tu kene la lap sebab kuar macam taik mata ke apa kan. biasa la tu. dah lap dah cantik dah. tapi bab nak bagi makan ubat tu la yang seksa. geram betol. so, next appointment ialah pada 26/12/2009, sabtu pagi. kene puasakan dia sebab doktor nak buka jahitan. mudah2an mata abang dah ok. sian la.. doa2kan ye...
~~
so, jumaat malam pon tak de kuar. obek terlalu bz la koje sekarang ni. mmm..kadang2 boring jugak tapi pikir2 takpe la.. biarkan la dia koje. takkan nak melekat 24 jam. bosan. hehehhee.....
~~~
sabtu, 19/12/2009
pagi takde buat apa. breakfast nasi goreng biasa2. ahhh... melepak je la. hantar baju pi dobi. janji isnin baru nak amik. tak lunch. sebab pukul 2pm tu saya dah berangkat balik rumah ma. ma pulak pegi berjalan. ngam2 dia sampai rumah, saya pon sampai. hehhehee....kena marah sebab saya hilangkan kunci rumah ma. sian betol saya. entah le mana saya letak kunci tu. saya pasti letak kat dalam beg baju tapi bila carik takde lak. lama dah hilang sejak raya hari tu. heran betol la. leceh kalo takde kunci, kot2 ma keluar ke, saya sampai awal ke senang la nak masok rumah. so, dah minta ma buatkan lagi 1 set kunci rumah. eeeeee...mana le larinya kunci rumah tu. tensen betol la. dinner buat nasi goreng. nasi goreng lagiiiii..aduhaiii..kembang tekak. end up saya tak makan pon nasi goreng tu. saya makan nugget2 je la. tak larat la nasi goreng pagi petang. malam relax tengok tv. majalah tiga. hehehhee... cerita lumba lembu. best gak. ma lak pening kepala. tu laa...jalan tak hengat2 kan dah sakit kepala. hahhahaha....
~~~
ahad, 20/12/2009
pagi2 pegi pasar dengan ma. beli barang basah sikit. hehhehe.. sebenarnya nak berjalan. tu je. beli apa ye... owh..beli tongkeng ayam. hehhehhe... sampai sekilo beli hambekkkk... sampai rumah terus siap2kan then goreng terus makan sambil buat koje. bagus betol kan. oooo..patot la saya suka membebel. kehkehkehkehhh... so, ahad menu sedap sikit la. kata anak ma balik harus le orang tua tu masak macam2 kan. nak bawal bekal lagi. so, masak gulai lemak telur ikan, goreng tongkeng ayam (by the time lunch tongkeng tu dah habis saya bedal), kerabu pucuk betik, buat bubur som2.. aduhaiii..sedapnyaa... makan, makan, makan. tu yang leceh kalo balik rumah ma tu. asyik la makannnn je kojenya. ada je menu yang nak dibuat. lepas habis nona, saya pon balikkkk..... obek takde. pi cameron highland tengok site. tu diaa...bukan main dah habis ke tanah kat kl ni yang nak di kojekan sampai ke cameron highland peginya???? geram betol. saya yaang beriya merengek ajak obek pegi cameron highland, nak tengok apa ada sana. last2 dia lak yang kene pegi. takpe la... bagi obek pegi dulu survey jalan. nanti lenkali pegi dah senang. last saya pegi cameron ada la 10 tahun lepas kot. hehhehe.. berkurun dah tu. balik malam tadi macam2 le dia belikan. yeee..macam2.. bantal bentuk strawberry.. aduhaii..saya tak dapat bayangkan camne gayanya dia membeli bantal tu sedangkan dia pergi dengan orang office dia. malu woooo... sure kene soal tu. ok..lagi beli tabung bentuk strawberry.. pelekat magnet bentuk rama2, belakang, kumbang, ikan.. tapi pelik nih sebab sebijik strawberri pon dia tak beli. uuwwaaaa...apakah maknanya pegi cameron tak beli buah strawberry???? tapi beli limau bali lak. macam2 le obek ni. dia kata hujan, tak sempat nak singgah2. hehehhe..tapi bantal bentuk strawberry tu sempat lak bei kan? hhahahhahaha... apa pon, terima kasih obekkk sebab belikan jajan2. lenkali pegi beli lagi ye. sian obek keje penat. takpe2.. koje la lagi. so, bantal tu dah jadi punching bag nezha. mementelaah dia pon tengah hangin tu kan. jadinya bantal tu dijadikan tempat melepas geram dia la, habis digigit2nya. layan je la... orang tengah hangin tu...
~~~
isnin, 21/12/2009
harini macam biasa. bangun pagi2 sebab nak uruskan si abang tu. nak lap2 mata tu yang amik masa lama. kena slow2 tak boleh laju2 lorrr.. sakit tau tak. cuma mata awak tu dioperete dijahit2 lepas tu kene usik2 lak. mesti sakit kan. so, tu yang takes so much time tu. nezha dah ok dah saya tengok. takde nak marah2 sangat. cumanya masih le menempek tiap kali saya pegang si abang. hehehhee... takpe2.. nezha budak baik kan? nezha hensem boy kan? nezha pandai kan? hehehhee.... jalan tak berapa jem hari ni. orang masih bercuti gamaknya. 04/01/2010 esok merasa le ko.... bertapa le dalam kereta atas jalan esok. pagi ni breakfast biskut sekeping dan air suam. tak berapa larat le pulak nak breakfast hari ni. perot pon tak berapa sedap.
~~~
ok la.. panjang dah tulis2 ni. nanti kalo saya ada masa saya boh pic abang ye. hehhehe.... dan pic nezha pon harus le ada sekali.
~~~
i love you obek...(thanks & miss you)
i love you nezha...(jangan buli2 abang je..sian dia sakit)
i love all of you...(selamat bekerja!)

Thursday, December 17, 2009

salam maal hijrah 1431...

salam...

petang ni dah mula nak masok tahun baru hijrah.. maal hijrah.. 1 muharram.. ada apa2 perubahan? ada apa2 penghijrahan? hehehehe... ada yang ada, ada yang takde. takpe la.. berusaha sedaya yang termampu je la. seperti biasa, saya sisipkan disini doa akhir tahun dan doa awal tahun. tahun lepas pon ada saya bagi. korang ada baca tak?
~~~~~
tahun ni pon ada gak juga. cuba2 la baca.. tak susah pon. kalo tak pandai baca tulisan arab, baca tulisan melayu. yang penting niat tu. tahun lepas, ada komen yang tanya saya, doa akhir tahun dan awal tahun je ke? tengah2 tahun camne? saya jawab, tengah2 tahun kene doa hari2. yang penting hari2 pon kene berdoa. tapi doa je tak boleh la kalo tak berusaha. bola bulat tu pon kalo tak disepak takkan bergolek sendiri datang kat kita. hah..sebut pasal bola ni kang jangan lupa dok ternganga2 hurey hurey tengok bolasepak final malaysia lawan vietnam petang kang, maghrib terus lebor. dah le awal2 tahun ni kan. belom apa2 dah dapat markah telor. hehehehe....
so, mari baca doa. semoga kita semua diberkati Allah s.w.t


DOA AKHIR TAHUN
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
~~
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata;
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah kerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.."





maksudnya :

Wahai Tuhan, apa yangtelah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara2 yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belumbertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkan dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa2 itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada yang Engkau redhainya dan Engkau berjanjilah dengan pahala atas yang demikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.



DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam Satu Muharram.
~~
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata;
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan Dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.."







Maksudnya:-

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yangtelah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukankejahatan dan usaha yang mendekatkan kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.


sama2 kita berusaha berhijrah kearah kebaikan. saya sendiri masih banyak yang perlu diperbaiki. aduhhhh... takut memikirkannya... apapon, inilah tahun baru bagi kita.. bukan yang hurey2 happy new year bunga api bagai tu. malam ni kebetulannya malam jumaat... bersiap sedia apa yang patut. nak pegi shopping pon boleh..takde apa marah lorr....

salam maal hijrah 1431...

Wednesday, December 16, 2009

kenapa tak boleh tidor?...


hellooo....

hari ni saya macam tak berapa larat la. malam tadi lansong tak boleh tido. kejap2 terjaga, kejap2 terjaga. nampaknya penyakit tak boleh tidor tu dah semakin terok. hehehhee... rasanya ada gak terlelap sekejap sebab saya ada mimpi. mimpi pegi rombongan yee..naik bas lagi. gila la. beramai2 lak tu kan. entah le nak pegi mana tapi macam kecoh2 le cari kasut le cari baju nak bawak travel. ngada betol. nezha ok je malam tadi. since saya tak boleh tido, so saya mengulit dia je la sepanjang malam. suka la dia. tu yang dia tido lena beno tu.

semalam balik macam biasa. hujan lebat le pulakkan. takpe la. sampai rumah pukul 7pm. takde mood. obek ajak makan pon saya takmo. so, dia tapaukan saya mekdi. saya cakap taknak mekdi. bosan dah haro2 mekdi. tapi dia still belikan juga yang set nugget tu. so boleh le buat kunyah2. malam tadi pon dah rasa penat sangat. pukul 930pm saya dah masok bilik. mata mengantok y a rabbi tapi tu la.. tak boleh lelap. baru nak lelap terjaga, baru nak lelap terjaga. dengar macam2 la. kuning mengeow la.. bunyik orang menyapu laman le. gila ke apa mana ada orang menyapu laman simen tu dengan penyapu lidi memalam buta?? bukan malam le..pagi buta pukul 2am. hehehhee... hantu le tu kot tolong kemas rumah. bagus betol. kemas bersih2 ye hantuuu... malas le nak layan. lantak le sana.

pagi ni pon dah tentu2 sah bangun awal. pukul 4am dah terkebil2. tapi just golek2 la dengar radio. hehehe..tu la..lenkali kalo tak boleh tido tu diisi le malam dengan bacaan dan solat. ni tak. melempar baring je tu le pasal. tak sedar2 betol manusia ni. hehehhee... anyway.. hari ni breakfast biskut 2 keping dengan air soya 1 kotak. jadi la. la ni mata bengkak. eh..bengkak ke? tengok cermin rasa macam tak bengkak tapi perasaan tu yang bengkak. sebab kurang tidor kan. takpe la.. kot2 malam ni boleh tidor lena.

cerita pasal obek.. semalam petang dia call kata kena sakit mata. wahwahwahhhh.. musim betol la kan sekarang orang sakit mata ni. saya kata kompom ke kene sakit mata? kat mana kenanya? dai kata ye la kot rasa pedih gatal2 mata. wahwawahhh..saya tak pernah kena sakit mata tu, so taktau camne rasanya. saya suruh pegi klinik cepat. at least dapat antibiotik ke apa ke kan. payah kalo dah kena sakit mata tu. lama baru nak elok. tapi malam tadi tengok takde lak merah ke apa ke matanya. entah ke belom lagi ke taktau le pulakkan. harap2 takde la kena penyakit2 ni. tahun ni banyak kali betol obek tu kena sakit2. demam la, sakit kepala la, sakit itu ini. last year takde pulak.

o la..saya berhenti setakat ini dulu. nanti sambong lagi.

neslo tu apa? air apa tu? bagitau sikit....

i love you obek..(always love you)
i love you nezha..(mushi2)
i love al of you..(peace!)

Tuesday, December 15, 2009

yuhuuu....


hello... hehehehe... hari ni dah takmalas dah. semalam malas betol la. dah le start dari awal pagi je udah hangin 1 badan. macam2 serba tak kena. start dari terjaga sebab mimpi yang bukan2. benci la... then berlarutan le sampai ke petang. malam baru ok. wahh..begitu terok sekali kan mood saya. takpe.. so, hari ni nak bercerita panjang le kan. cover dah berapa hari tak update blog ni. takpe2..untuk peringatan diri sendiri je la kan. ok..lets go!
~~~~~
jumaat : 11/12/09
kan cuti kan. saya dok rumah je la. dalam otak memang dah plan nak mengemas rumah selagi mampu. chewahhh... bangun macam biasa. takdenya nak bangun pukul 10 ke pukul 11 ke. tetap le pagi buta pukul 5am dah terkebil2. takpe..takpe.. bangun macam biasa nak pergi kerja. tengok kat jalan bz gak le. ye la.. mana yang koje belah kl tu still pegi keje kan. then mandi siap2 pakai lawa2 walhal dok rumah je. elehh..dok rumah pon kene la lawa2 kan.t akkan dok rumah nak pakai macam pontianak mati laki. mana bolehhhh..suri2 rumah tu walopon dok rumah mesti berhias. pakai elok2. takpe..peloh ke apa ke kang boleh mandi lagi, janji penampilan tu. chewahhhh... tetiba je kan nak ceramah pasal penampilan. ye la..saya selalu je tengok, orang kalo kat luar tu dia.. bersiap bagai nak rak, tapi bila kat rumah nak taknak je. tak syiok la macam tu. apa pon, sukati korang le ank bersiap ke taknak bersiap ke. lepas tu buat breakfast. buat nasi goreng. sedap le pulakkan nasi goreng cincai je takde bahan pon. cuma letak ubi kentang potong halus2 dengan biji jagung tu je. boleh tahan. lenkali boleh buat lagi. lepas breakfast duduk kejap. memikirkan nak start yang mana dulu. aduhhh... malas betol nak berkemas tapi kalo tak start sikit2 nanti lagi lama lagi terok. so, kita mulakan operasi. mulakan dengan kertas2 yang dah tak diguna tu. nak memilih kertas tu kena hati2. kene dibelek lak satu per satu kang kalo main buang je kang tau2 je terbuang kertas atau dokumen yang penting. hambek..mengemas itu je 4 beg plastik hitam besor saya buang. itu jam berkemas baru le terjumpa polisi insuran. hwuahahhaha... kalo tak memangtaktau lansong mana halanya. lantak situ. so, mana yang nak guna boh dalam kotak then nanti boleh boh dalam bilik iron. ringan sikit mata memandang. kerja2 pemilihan kertas adalah dibantu dengan sepenuhnya oleh tenaga kerja dari pekerja harapan dunia iaitu en. nezha. beliau begitu komited dengan kerja2 pemilihan kertas tersebut sehinggakan tergolek2 mengejar kertas yang bertaburan. hambekk..layan je la.



ye... itu namanya tukang sebok. orang baru nak bukak kotak dia dah dulu-duluan melompat2 dalam kotak tu. kejap kotak sana, kejap kotak sini. eee..geram betol la. tapi best pulak. nama je dok dengan nezha tapi mulut saya time berkemas tu ngalahkan bersembang dengan 4-5 orang. pokpekpokpek tak berhenti. melayan dia tu la. so, lama juga kemas benda2 tu. leceh betol sebab nak kena pilih. kalo menyapu ke mop lantai ke senang, sekali rap je. ni nak mengadap memilih tu yang leceh. apa pon dah siap. penat betol. badan berlengas2. hajat tu nanti cuti jumaat ni nak sambong buat benda yang lain pulak. kata nak rumah lawo macam deko bersama eric. hehahahhaha.... takde maknanya nak lawo terletak kalo mamat kepochi tu ada. harus tunggang langgang jawabnya. malam tu pegi kuar dinner dengan obek. makan kehepsi. uwwa...benci la. tak suka! tak suka! tak suka. tapi ikut je la sebab obek nak makan. ok. sekian cerita hari jumaat.
~~~~~~
sabtu : 12/12/2009
pagi tu ingat nak sambong kemas tapi malas. hehehheee.. so tak buat apa, just dok tengok tv je la. kejap pukul 1pm macam tu obek ajak kuar lunch. pegi je la. makan kat mana ntah lupa la. takpe2..tak penting semua tu. saya memang cadang nak balik rumah ma dalam pukul 3pm macam tu. elok je saya bersiap2 obek call...kereta dai tak boleh start lorrr.. haiyaa..apa pulak halnya. rasanya bateri baru lagi tukar. takpe la.. saya pergi tengok kot2 boleh joint dengan kereta saya untuk jump. sekali tak boleh daa..ada pakcik2 jiran tu tegor, so pakcik tu kata maybe guna kereta kecik tak boleh kot, so try guna kereta dia. pon tak boleh jugak. alahaii..sian obek. dah ke nak kene pergi keja lagi. malam tu nak balik kampong johor lagi. masakkkkkkk... so, takde lain la kene panggil pomen. so, saya bawak obek pegi carik pomen dia. kebetulan pomen dia lak takde, pi keluar tengok kereta gak kat jauh mana ntah. orang tu kata nanti petang baru pomen tu boleh datang. so, kitaorang pegi kedai lain dulu kot2 ada. so, ada.. bawak pomen tu tengok kereta obek. entah apa digodek tak mau gak. saya dah nak kene gerak balik jugak ni. kang lambat kang ma bising lak. so, ingatkan dah settle saya pon blah la. tinggal obek. huhuhu..sian dia je. takpe la.. awak lelaki kena la pandai settle. kalo saya yang kena lain la..harus meraoung dah tu. saya sampai rumah ma, terus cal obek, tanya dah settle ke belom. obek kata pomen tu tak reti pulak. aduhhh..apa terok beno penyakit kereta tu. dah malam baru boleh settle. sebab tunggukan pomen yang mula2 tadi tu le. sian obek. hehehhhe....
~~~~
kat rumah ma pulak, saya sampai2 tu rumah berkunci. entah la mana saya letak kunci rumah ma tu. bkan hilang tapi salah letak la. ma kunci sebab masa tu dia tengah sembahyang asar. pas tu ma buka pintu dok tanya saya mana kunci rumah. saya kata entah mana ntah. hehehehe... lepak2 kejap pas tu ma tanya nak makan apa malam ni. saya kata tak tau la. takde mood. ma kata kalo malas masak jom kuar. wahhh.. dengar macam tu melompat le makcik. so, kuar pegi makan piza. dah lama tak kuar dating 2 orang dengan ma makan2. hehehhee... ma belanja lorr. patot kenyang lain macam je. kehkehkehkehkehhhh.... malam tak de buat apa. tv pon macam boring je cerita. layan cerita tamil kejap kat 202 pas tu tidorrr....
~~~~~
ahad : 13/12/2009
pagi2 dah bangun. biasa le tu. pas tu buat breakfast. ye la tu buat la sangat. goreng nugget dengan panaskan balance piza semalam. pas tu ma buat lepat pisang sebab nak bawak pi rumah mama nak bagi kat opah. ma dah rindu kat opah. masak juga lauk sambal tumis ikan bilis dengan tumis pucuk keledek. wahh..sedapnya.. itu laok untuk bekal saya le. dah siap2, tu makan, then tengok tv. lepas zohor bertolak ke rumah mama. sekali sampai rumah mama tengok ada kereta park kat depan rumah dia. alamak..ada tetamu le pulekkk... sekali tengok2 sedara jauh dah. hehehhee..tu la.. punya tak kenal sedara sendiri. no kes orang2 tua le ni. datang mencari keluarga semula. ada le hajatnya tu. macam2 la. dah berjumpa orang2 tua ni harus le berbakol2 nasihat2 bagai.. layan je la. atok tu cakap kita yang muda2 ni bawak le turun cari keluarga balik. jangan esok2 bercinta dengan sedara sendiri. hwauhahhaha.... pepandai je atok tu tau. lawal lak. so, kata sepakat dicapai, sometimes around early next year our family lak nak pegi melawat dia kat sana. huishhhh....
~~~~~
kejap je lepak kat rumah mama. layan opah kejap. sian opah. makin uzur. bila suapkan lepat pisang tu dia nangis je. hehehhe... nangis manja la. anak cucu datang melawat besar hati dia. anak2 mama pulak semua takde. holiday katanya ke kedah nun. wahwahwahhhh... sukati le... lepas tu dalam pukul 6pm macam tu saya pon baik. sampai rumah pelok nezha le dulu kan. kemas2 lebih kurang, then rasa macam nak kuar nak beli barang2 dapor. bukan barang makanan la macam toiletries semua tu. so, sms obek saja le tanya nak kuar sebab dah lewat. orang tua tu kadang tak bagi saya kuar kalo dah pukul 6 lebih. hwuahhaha... obek kata ok, then saya pon kuar. sampai pasaraya punya ramai manusia. beli mana yang penting je walopon kat list dah bertimbun senarai. takpe la..saya rimas le orang ramai2 ni. pas tu balik. sampai rumah sebabkan excited baru beli toilet cleaner, harus le terus menyental toilet kan. gatal betol kan. saja la suka sebab ada bau2 wangi tu. hehehehe... nezha ada tolong teman. tukang tengok dengan tukang melayan saya bercakap. dalam pukul 830pm lebih tu obek call. dia hantar nasi sebab dia balik kampung kan. bagus. alhamdulillah. tapi saya punya bekal pon ada lagi kan tak bermakan. takpe la. nasi tuboleh simpan nanti boleh buat nasi goreng. laok sambal tumis pon boleh simpan. obek bagi laok ayam masak merah dengan apa ntah. makan yang tu dulu le. lepas mandi, wangi2 then makan, then tengok tv then tidorrrrr.. malam mimpi hantu.


isnin : 14/12/2009
pegi koje macam biasa. jalan pon jem2 biasa je la. tak buat breakfast tapi bawak biskut dengan air kotak soya. nak makan kat opis. sekali sampai opis terkangkang2 buat koje. tu yang terus hilang mood tu. terus jadi malas. hehehe..ala..sebenarnya memang malas pon. bukan apa. saya dah cakap saya tak suka buat keje kelam kabut. semalam nak hantar tender. part saya dah siap part otan tu tak siap. kuar entah ke mana merayap. lepas tu saya check dia salah kira lorrr... hantu betol. ko jangan gila2 hantar tender salah kira. bukan sikit.... 900k punya beza! nak mati??? hehehhee... so, saya call dan jerkah orang tu suruh datang opis sekarang jugak, sebelom siamang (bos) tau ko salah kira. baru le mencicit2 nak muncul. benci betol la. menyampahhhhh... petang balik macam biasa. singgah kedai pet kejap beli treats dengan kepit kuku nezha entah kemana halanya. puas dah saya carik 1 rumah tak jugak jumpa. so, beli je la satu kang kalo jumpa balik takpe la. buatnya takde jumap takkan nak biar kuku dia panjang. mamat tu dah le rajin nak menggaru2 saya. sakit wooo..... malam tadi pon tak kuar. malas le takde mood. dok rumah. owhh.. yang obek balik kampong tu kan dia bagi saya nasi ada jugak dengan mee bandung. hehehe.. kuah asing le. so, malam tadi saya panaskan le mee bandung tu. makan tu je la. rasanya boleh tahan tapi nak terigau2 tu takde la.
~~~~~
selasa : 15/12/2009
hari ni le tu kan. macam biasa. hari ni pon bangun awal. tapi saje la golek2 dengan nezha. sekali dengar kucing mengeow kuat2 la. alamakkk..sapa lak tu kan. saya bukak pintu check2 takde lak nampak. bila saya pergi kuat bukan main menjerit. sekali check2 rupanya dok panjat bawah kereta saya la. aduhh.. apsal le ko masuk situ. karang kalo saya gerak kereta kang terlenyek le pulak. ni anak sapa le ni datang rumah saya ni??? dah satu koje lak saya nak mengeluarkan dia dari bawah kereta tu. tertonggeng2 le pepagi tu kan. dah le pakai short je. mujur baju t-shirt besar. tapi udah nampak macam pakai baju tak pakai suar lak. haiyaa.. lantak le. budak kecik tu harus diselamatkan. lama jugak memujuk dia kuar dari bawah kereta tu. maksud saya, bukan dia dok bawah kereta kat simen tu..dia pi panjat masok kat celah2 tayar celah2 entah le apa benda bawah kereta tu. faham? tak paham sudah. so, itu yang saya takot tu. so, saya buat2 start2 kereta bior dia takot so that dia akan lari keluar. owhh..mencict lari. saya dapat tangkap. boh dalam sangkar letak kat luar. comellllllllllllllllll... cuteeeeeeeeeeee..kaler kelabu. taktau terbiar or anak orang. sian dia. agakanya anak orang kot jalan2 pas tu tersesat. takpe la.. sementara saya pi koje ni saya boh dulu dalam sangkar kat luar. kot2 kang tuan dia datang pusing2 carik kot2 ternampak dia kang mesti balik kang dia datang jumpa saya nak amik kucing dia. tapiiiiii...taklo takde sapa tuntut... budak tu akan jadi milik saya. hhehhwhwehehhehe... sebenarnya banyak dah kucing saya bela. semua dok luar. nezha sorang je dok dalam. yang dah beranak pinak pon ada. sakit pening sihat demam semua saya jaga. makan minum semua saya sedia. wohh..suka la. comel2. tapi ada jugak yang eksyen. datang makan je pas tu blah. bukan nak tegor kita ke apa ke. geram pulak rasanya. jadinya..kalo termasok si kecik pagi ni.. jumalh keseluruhan adalahhhhhh.... sepuloh ekorrrrrrrrrrrr...whuahahhahahha.... layan je la. sian kalo kene langgar kereta ke apa ke kan. lagipon bukan susah. siapkan je makanan dengan pasir letak kat luar. pandai le dia nak menggodeknya. saya sayang semuanyaa..hari tu ada sekor, manja tapi dia ada kurap. ehhehehe..saya panggil dia si kurap le. sangat manja. nampak je saya balik keje, dia dulu yang melompat2 kat pagar. menyambut kita. baikk.. kalo sapu ubat kurap pon dia diam je. tapi entah la satu hari tu dai takde sambut saya balik koje. ingatkan dia pegi jalan2. esok pagi pon tak datang makan, petang pon takde2. lama2 terus hilang. saya la yang melalak meraoung. doa banyak2 semoga sebenarnya dia diambil oleh orangyang nak jaga dia dengan baik. bukan kene langgar kereta ke apa ke. gigih saya pusing 1 taman tu kot2 ternampak bangkai kucing kene langgar. orang kata kalo hilang biarlah nampak bangkainya. tapi takde...sejak pasa tu mual la berderet2 je kucing datang rumah saya. tapi semua dok luar la. takde bawak masok rumah. kalo semua masok alamat rumah saya jadi apa entah le. nezha takkan suka. jealos bukan main.
~~~~~~
ok la.. puas baca tulisan panjang2 hari ni? hehhehehe.... saya pon dah penat type2 ni. nanti sambong lagi ye....
~~~~~~
i love you obek...(miss you)
i love you nehza...(jgn noti2)
i love all of you...(rajinnya keje...)

Monday, December 14, 2009

m.a.l.a.s...

malas nak update
banyak cerita
tapi malas
sekian

Thursday, December 10, 2009

mengacau....


wekkk... hehehehehe..tengok nezha jelir2 lidah. itu namanya marah sebab saya dok suruh dai pergi. apa lagi kalo bukan pasal dok mengacau saya. pantang betol tengok orang buat keje ke on lappy. tu tengok pi duduk atas kertas2 saya. geram betol la dengan mamat ni. lagi disuruh pergi, lagi dia duduk kat situ. siap baringggggg... sabar je la. lidah pink. hehehehe...



tengok..makin ke tengah dia duduk atas kertas tu. habis.. saya nak kira macammana??? layankan je la. sementara dia dok mendengki tu saya tengok tv dulu la. semalam balik macam biasa. pukul berapa ntah sampai lebih kurang pukul 7pm jugak la. boring. sekali malam kuar dating la dengan obek. ajak pi dinner. yahuuuu.... tapi makan dekat2 situ je la. takpe la kan. saya makan banyak malam tadi. hehehhe... obek seperti biasa dok la mengadu hal koje. biasa la... orang2 kecik ni kadang lebih sudu dari kuah. bosnya tak apa2 dia lak yang melebih2. payah nak deal dengan orang yang perasan besar ni. tapi itu le yang terpaksa dihadapi oleh obek. semoga semuanya diberkati Allah.
~~~~~
lepas makan, balik la sebab obek kene pi jumpa orang lagi. haih..siang malam koje. takpe..nanti saya nak tengok bilanya yang dia nak bawak balik duit 5 guni tu. gggrrr..... tengok numbers, pas tu csi. entah apa kisahnya sebab tak boleh concentrate sangat la. dok melayan nezha, dok melayan koje. entah hapa2. pukul 12am tido. pengsan. penat.
~~~~~
tengah syiok2 tido nezha datang suruh garu. aduhduhduhhhh..layan jugak la. kalo tak selagi tu la dia menggaru2 saya. takpe2...sayang punya pasal. pagi bangun awal. sebab nak keluar awal. hari ni pukul 720am dah keluar. ada hal la. and hari ni balik lambat. sian nezha kena la tunggu saya balik lambat hari ni. sedih tau setiap kali keluar rumah tengok dia dok tengok saya muka sayu je. biasanya saya akan bawak dia pi dapor ke mana2 yang jauh, then bagi makanan ke treat ke 3-4 bijik then baru saya blah. kalo tak macam sedih la. saya yang melebih2 sedih tu. semalam dah beli pasir dan makanan untuk kucing luar tu. ada je kucing entah dari mana yang datang makan. pandai dia. time makan baru datang. kalo tak tu tak nampak pon batang hidong. layan je la. kata rumah welfare untuk kucing. so, ramai je la yang datang. biasa kalo kuing2 tu datang nezha tak senang duduk la. hehehhe..jealous katakan. takot beno saya bawak kucing luar tu masok rumah.

ini namanya tido lena tak menyedorkan diri. entah le apa pesen terlentanggggg bersenang lenang. tu baru lepas kena garu perot le tu yang syiok sangat tido tu. bantal yang sarung polka dot tu bantal favorite nezha la. mesti tido kat bantal tu. kalo dah tukar sarong pon still kenal bantal tu. hehehehe...ada bau kot. ngada kan tido kat katil. menyelitttttt je.
~~~~~
hair ni mood agak kureng sikit. tapi hari ni dapat bercakap kembali dengan kawan lama. dah lama terputus hubungan. saya tergerak lak nak call ofis dia rupanya dah berhenti. so, try call so kot2 dapat kan. sekali dapat. wahhh... bestnya. kawan tu kira pangkat akak le pada saya. banyak kisah suka duka dengan dia. ni dah dapat contact lagi harap dapat jumpa la pulak. tapi tu le.. masing2 buzy kan.
~~~~~
okla.. sorry..cerita hari ni agak boring. sebab saya berada dalam mood benci.
~~~~~
i love you obek...(miss you)
i love you nezha..(lepas makan tido tau)
i love all of you..(esok ada yang cuti kan?)
~~~~~
p/s : button H telah dipasang kembali tapi payah nak tekan. kena tekan kuat2 baru huruf H tu akan timbul. penangan si nezha. sabar je la.

Wednesday, December 9, 2009

tanda-tanda dah sihat ialah....


yeeeee... tanda2 dah sihat adalah seperti gambar di atas. a picture can tell thousand of stories. uuwwa......
~~~~~
malam tadi macam biasa, balik terlambat sikit dalam 730pm macam tu. udah gelap. sampai je pintu mamat kepochi udah mengaum2. haduhh..tak cukup kaki tangan la nak bukak kunci pintu. bukak2 je terus menerkam. manja betol. siann dia kene tinggal ye. hehehhe... tak dinner pon malam tadi. perot sebu. cuma minum teh o je. entah la. bosan.
~~~~~
lepas tu sambil tengok tv dok la melepak turn on lappy. mamat tu mana la bolehnampak lappy tu terbuka harus la nak menyempit jugak. macam pandai sangat nak main2 lappy tu kan. sekali tu dia baik punya landing sebelah tetiba je terus naik kat keyboard then terus garu2 keyboard tu! tak sempat nak cakap apa dah, tau2 udah melompat je button H tu keluar. erkkk!!!! terkedu kedan le makcik. beriya2 dia menggaru. saya nak angkat dia pon boleh dia meronta2. geram betol la. tak puas lagi tu, boleh lak pi gigit button yang dah tercabot tu nak bawak lari. ayoooo.. saya cepat2 amik takot dia tercekik kan. lagi satu hal pulak kang. tak puas hati tu, buat muka tensen then pi gigit monitor. haduhhhh... sian monitor lappy tu kene gigit kena cakar. uuwaaa....... dah puas baru nak melanding tepi. tu la rupanya. bila kena flash saya amik pic tu tau lak nak marah. meow-meow. eeeee..geram betol.
~~~~~
lepas tu udah le jadi satu koje nak melekatkan balik button tu. godek2 macam tak boleh la. ada nampak dia punya penyangkut kat elakang tu tapi tak boleh nak melekat. maybe nak kene guna tools dia kot baru boleh. entah la.. try jugak tapi tak boleh. call obek mengadu. obek kata tu la..sapa suruh usik lappy acha kan mamat tu dah marah. ayoyoyo... macam tu pon nak marah ke. actually lappy lama tu memang untukdia la. jadi tempat lepak dia. mujur lappy tu yang tercabut button, kalo lappy baru? haa..tak ke menangis jawabnya. so, obek kata nanti esok dia tengokkan boleh lekat ke idak ke. macam2 la koje ko nezha. so.. itu menunjukkan tanda2 jelas sudah sihat kan?? sebab dah start terejal balik. huwahhahahhaha.....




tengok..button H tercabut. H for hantu, H for hangin, H for hangit, H for huruhara, H for hahahahha... padan muka. biasanya boleh lekat balik kan? takkan tak boleh kot... mesti boleh punya la. kan?
~~~~~
hari ni pergi kerja lambat. disebabkan tak makan malam tadi, so pagi ni lapar le pulak perot. tengok jalan depan rumah jem semacam. tensen betol la. so, pergi beli nasi lemak dulu. makan kat rumah. lantak le kuar lambat biorkan. geram. sedap lak nasi lemak tu, tapi sambalnya pedas le. hehehhe... tersiut2 makan. lepas makan dalam pukul 815am baru le terhegeh2 nak kuar rumah. dah terbayang dah ni mesti 930am baru boleh sampai office. biorkan. sekali jem kat depan rumah je la. ldp boleh kata tak jem. hehehhee..bagus betol. so, sempat sampai ngam2 pukul 9am tepat. bagusnya..yahuuuuuuuu...
~~~~~
obek penat. sian dia koje je siang malam. alahaii.. takpe la. awak lelaki kena la lasak2 sikit kan. lama dah tak pegi dating2 ni. hehehhe..takpe la.. selalu sangat dating pon nanti jemu. bior lama2 sikit baru le lebih rindu, tak gitu? hwuahahhah...
~~~~~
camne nak mintak balik duit kita yang orang hutang dengan kita? bagi idea sikit tolong.
~~~~~
ok la.. harap petang ni boleh sampai rumah cepat. nak beli pasir dengan makanan nezha dah nak habis. owh..nezha dah takde uk-uk cair dah. dah keras dah saya tengok bulat2 kontot je macam twisties garing. hehehhee...
~~~~~
ok la..nanti sambong lagi. thanks to everybody yang doa nezha cepat semboh. sayang korang semua!
~~~~~
i love you obek...(sian obek keje terok. nanti rehat tau)
i love you nezha...(teruskan la keterejalan awak tu. takpe.. )
i love all of you...(have a nice day)

Tuesday, December 8, 2009

motivasi ke?....


ni cerita hari ahad lepas... 06/12/2009. pagi2 buta dah berangkat ke semenyih. hehehee... tak le jauh sangat tapi nak menuju ke tempat tu masok ke dalam woo.. jalan kecik woo.. lalu macam tebing2 woo..ada kebun sayor woo.. hehhehehe... alahai.. ceritanya hari ahad tu pi hantar si budak adik le ke kem motivasi katanya..anjuran excel tu le under dr. fadzilah kamsah. amboi..bukan main lagi budak tu ye. actually ma yang masokkan nama. entah le mana dia dapat. ibu ok je. saya pulak.. entah la.. macam suka pon ada macam kesian pon ada. hwuahhhaha... sian wo kalo pegi kem2 macam tu. kalo saya yang kene memangs aya takmo pegi, tapi dia suka, haa..hantar je la. nak tengok balik esok ada perubahan ke takde. kalo ada, alhamdulillah.. kalo takde wat nagbihkan boreh je. heehhee....
~~~~~
so, malam tu dah siapkan nasi himpit. kononnya nak buat bekalan le kan. mana tau kot2 register ramai ke lambat ke kang kebulor pulak. tak pasal2 je. at least dah ada bekal. makan tak makan lain cerita la. pukul 815am dah sampai. masa sampai je dah tengok ada barisan beratur le ibubapa dan anak2 nak register. so, kitaorang pon beratur le. kawasan tu cantik. pemandangan pon lawo. fasiliti pon elok. yang penting tandas adalah banyak dan bersih. hehehehhee.... itu yang paling utama. so, sementara ibu beratur dengan adik, saya dok lepak2 le. lepak amenda, main kejar2 dengan si budak aish tu. haihh.. layan je la. layan tengok ikan dalam kolam, layan tengok bunga, layan tengok pokok. macam2 peel la budak tu. nama pon budak2, cepat je boring. dari dia meraban baik la layan.
~~~~~
kejap je register dah settle. bagus, efisien. hwuahhaha... ada gak jual insuran. haihh..macam2 la. pakcik jual aiskrim pon adaaa.. tingg..tinggg..tingg.. bunyi aiskrim pepagi tu. tapi aish takde la menunjukkan tanda2 nak aiskrim. baguss..selamattt.... lepas tu pi makan. rupanya ada dibagi makanan untuk breakfast le kepada peserta dan ibupaba. so, berbondong2 le kami ke dewan makan tu. aduhaiii.. ni yang tiba part tak sedap ni. seperti biasa, rakyat malaysia yang lapar bila beratur mengambil makanan akan terserlahlah wajah sebenar mereka. cedok selagi mau penuh pinggan. orang belakang tak dapat makan takpe..janji perot dia dulu penuh. haihh.. malu dan sedih tengok ibubapa yang rata2 jika dilihat dari segi pemakaian dan perbualan tu bukan orang2 cikai macam kita ni. ekzeketip le katakannnn... puiii.. ekzeketip taktau bahasa sopan. ahhh..lantak la. kitaorangtak amik pon makanan. sebab macam tak lapar pulak. just amik air teh tarik 2 cawan, share la kami 5 orang. kendian ada roti tu ibu amik 2 keping. saja buat kunyah2. kat situ yang lama tunggu sebab katanya pukul 1030am baru ada taklimat untuk ibubapa. berjanggut nunggu. biasa la.. again.. tipikal rakyat malaysia, ada je jenis yangtak reti tengokjam. orang dah cakap resgitration dari pukul 8am to 10am..ada gak yangtiba lewat. tengok jam tangan bukan main jenis mahal2. tapi sayang tak reti tengok jam rupanya. sedih kan. hwuahhahaha....




aaaa.. ni le kertasnya. owhh..super camp namanya. siap ada super2 tu. layan je la. tapi saya tengok aturcara kursus boleh tahan la. ada teori ada praktikal. belajar amik air sembahyang yang betol, belajar sembahyang yang betol penting tu. kadang2 kita ibu bapa sendiri pon tak pernah ajar anak. baik la ada orang yang bagi tunjuk dengan jelas. atau kadang bila kita family members yang ajar budak tak amik pedulik sangat, melainkan betol2 garang. hehehhe... tapi bila orang lain yang ajar, baru dai nak terima. mana2 la..janji ada belajar. jangan asyik do belajar math, english, sains, asas hidop dilupakan.
~~~~~

by the time 1030am... budak2 peserta pergi attend dia punya briefing, kita ibubapa pi briefing jugak kat tempat lain. kanak2 lain yang kecik2 comel tu, dia ajak pi tempat lain untuk buat aktiviti2. best jugak. menarik. so, budak2 tu takde la kaco makpak nak dengar ceramah fadzilah kamsah tu kan. tu saya temankan si aish tu pergi, mula2 nak. lepas tu sampai kat tempat tu taknak pulak. haduhh..hangin betol. siap nangsi2 takmo masok tempat tu. tapi gula2 orang tu dia sebat jugak. macam2 hal la mamat kecik tu. diaorang buat la aktiviti nyanyi2 la, mewarna, melukis, tiup2 belon, simple games la kan. tapi ada gak ramai budak2 yang takmo masok, macam mentel macam si aish tu. so, saya dok la kat luar dewan. ibu dengan ma dok dalam dewan le siap ekon bagai. saya dok luar. mujur ada gak buat khemah dan kipas. then fadzilah kamsah berceramah le. ala.. kiranya motivasi untuk ibubapa supaya boleh meneruskan sessi perubahan diri kepada anak2. ye la.. dari segi lojik akalnya takkan kursus 3 hari tu boleh merubah 100% anak2, mesti ada sokongan yang berterusan. lama gak le pakcik tu berceramah. panas bontot dah ni kat bawah khemah tu. si budak aish siap dah 50 kali bukak pakai kasut, kejap nak kencing, kejap nak air, kejap nak keropok. aduhh... bikin panas betol la. nama pon budak apa ko ingat dia nak duduk diam 3 jam tu? mintak maaf le ye....


aaa.... ini kira macam papan tanda le menyambut kedatangan. hwuahahhah.. hambekkk... bagus gak sessi ceramah fadzilah kamsah tu. banyak ilmu boleh dapat. dalam lawak2 gurau2 dia tu banyak maksud tersembunyi. u all tau2 je la camne gaya dia berceramah. memang tak kering gusi. ok.. so, sudah habis tu, dalam pukul 1pm++. berdengung yoo panassss... kami turun dari area dewan tu nak jumpa budak adik. peserta tengah sembahyang zohor rupanya kat surau. tunggu kejap then dapat jumpa budak adik then amik beg semua tu la. then lepas meninggalkan sebeban pesanan penaja, sessi bersalam2 dan berpelok2 pon mula la. ni yang tak tahan ni. tiba part budak adik salam dengan saya, saya lak bantai nangis. hampeh betol. ciwek betol la. hwuahahha.. entah la. rasa macam sedih pulak. entah apa yang nak disedihkan. bukan pergi plkn sampai 3 bulan, 3 hari je kursus. hwuahahahha... ngada2 betol saya ni. ibu dengki lagi dia usik2 saya lak. benci lahhhh..... ibu kata, apsal awak lak yang nak nangis ni? bukannya pergi lama, 3 hari je. hwuahahhahah...saya kata entah. rasa macam sedih je. gatal betol ibu jawab. kihkihkihkihh.. saya memang rapat dengan budak adik tu. dari kecik saya yang jaga. sapa kata saya tak reti jaga baby ha??? dulu lagi saya dah bela baby tau. tangan kanan ni le yang suap makan minum dia, tangan kiri ni le yang basuh berak kencing dia. 2-2 tangan ni le yang pelok gendong dia. dah macam anak saya dah ni. kalo pi jalan2 keluar pon orang cakap budak adik tu anak saya. saya ye kan je. hehehhehee.....muka pon lebih kurang lorrr... tu yang pelik tu! takde muka ibu lansong dia tu.



ni sessi angkat2 beg nak bawak masok bilik. tengok la si budak aish yangpakai baju belangkuning hitam tu terejal melompat2. tak reti dok diam lansong. see...adik lagi tinggi dari ibu.


ni dah nak menuju ke bilik dia la. bilik dia yang building hujung 2 tingkat tu kan. entah bilik yang mana satu saya taktau le. saya tak pergi hantar sampai sana. lepas tu kitaorang pon balik. on the way back, singgah rumah kawan ibu ada buat kenduri berkhatan. rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. laok sedap2 wooo.. ayam masak merah, gulai daging, acar darat, masak tempoyak udang (pedas gila sampai nangis2 makan, pas tu sakit perot lorr), ikan masin, sambal belacan dan semestinya air sirapppp..yahuuuu... dapat juga buah tangan jajan2 la kek la. macam2. meriah betol kenduri berkhatan macam kenduri kawen. pengsan. lepas makan, balik rumah ma. angkot2 baju semua pas tu saya pon balikkkkkk.... ibu pon gerak sekali. tinggal ma sorang, hwuahahha.... ala.. ma tu nak tido dah tu sebab penat. dia bukan boleh letih sikit, nanti tak larat.
~~~~~~
so, itu le cerita hari ahad saya. lama betol baru nak cerita kan. bila ntah si budak adik balik. harini ke rabu ke. entah la. ibu dengan ma pi jemput dia. masa pergi tu saya bagi dia top-up handphone dengan duit belanja sikit. menyongeh sampai telinga. ah..dia memang selalu je dapat benda2 dari saya. duit belanja sekolah, barang sekolah semua pon on saya. layan je la... adik beradik dia yang lain tu dapat jugak tapi tak le sebanyak dia. hehehe.. nak apa pon mintak dengan saya bukan cakap dengan ibu dia. huhuhuhu...kopakkk.. ni nak kasut spike. al-maklum, olahragawan sekolah katakan. tak padan dengan kurus, kuat sport dia tu. entah le mana nak beli. saya tengok2 kat campbell takde le pulak. kat sogo pon macam tak nampak je. kalo korang tau mana nak beli, inform saya ye. TQ.
~~~~~~
last but not least.. gambar acha le. hwuahhaha.. dah ok sikit dah. petang semalam lepas bagi makanubat pon dok muntah lagi tapi dah bersedia dah. lepas tu melepek. malam tengok dah cergas dah. malma tadi pukul 4am kejut saya suruh garu. aduhh..sayang punya pasal layankan je la. pagini tengok macam dah aktif sikit dah boleh mengejar towel saya. dia suka, saya lagi la beratus kali ganda lebih suka tengok dia dah boleh lompat2. walopon tak setinggi sebelom ni but at least dah ada perubahan positif. syukur alamdulillah...
~~~~~~
baru je cakap semalam obek dok kene cerry berry.. malam tadi saya yang kena pulak!!!! hantu betol. 4 kali wooo bangun memerut. rasa nak pengsan. tak dan nak bukak suar dah rasanya. hehehhee.... time saya dok memerot tu si nezha lak dok la mengetok2 pintu toilet tu suruh bukak. asyik la nak berkepit. woii... orang tengah cerry berry ni laa... bukak jugak la pintu, kalo tak selagi tu la dia dok mengetuk2 pintu tu. bukan dia nak apa pon, asalkan dia nampak muka kita dah la. pas tu duduk diam je depan toilet tu. takot beno saya lari malam2 ye. hehehhehe.....


macam dah kurus kan? sian dia. terasa ringannya dia lepas sakit ni. sedih wooo....
~~~~~
cerita obek pulak, as of malam tadi still tak berapa nak elok lagi sakit perot dia. dah minum teh o pekat, dah makan pil pochai, kurang tu ada tapi still la. harap2 dah sihat. saya mujur dah ok lak so takpe la. sakit2 tu pon kira rezeki kan. jangan asyik mengeluh je tak baik.
~~~~~~
ok la.. panjang pulak tulisan hari ni. harap2 semuanya ok.
~~~~~~
i love you obek...(bila nak pi shopping ni? y.e.s??)
i love you nezha...(dok rumah tido tau...rehat)
i love all of you...(selamat bekerja)

Monday, December 7, 2009

nezha dah sihat sikit dahh...



nezha dah sihat sikit dah... tapi masih lemah le dan selera pon masih kureng lagi. makan gitu2 je la. alahaii..siannya dia. terus jadi kurus.

jumaat pagi tu bawak pi klinik. doktor kata maybe cacing tapi bila check2 takde la pulak kan. entah le apa kena. nak kata makan yang bukan2 dalam minggu tu dia takde pulak makan benda lain selain dari makanan dia je. tapi doktor bagi jugak ubat cacing just in case. nak bagi makan ubat, masyaallah... dari klinik doktor bagi pon takmau. cabot lari. lari masok kat tempat pemerhatian haiwan sakit tu. ada lak sekor anjing godang (besar) sakit. tapi bila dia nampak nezha lari2 dia pon menyalak la. hambekk.. lagi ketakotan terkejut mamat tu. mencicit lari. hehehehe.. tau takot. pelok2 semua doktor kata bagi kat rumah la. dan dah diberitahu awal2 kalo makanubat tu nanti akan muntah dan mulut berbuih2 sebab nak mengeluarkan apa ke bendanya entah la. dengan dapat jugak antibiotik. haihh..macam2. ok.... so get ready.

balik rumah, siap sedia semua. kene pujuk2 dulu, bagi leka. garu2 leher dulu, itu jam dia terleka baru la sumbat ubat. wahhhh... melompat lariii. whuahahhaha.. jenuh kejar satu rumah. aduhaiiii..tak makan ubat camne nak sihat anak oiii.... sumbat2 jugak. tak lama dalam 5 minit lepas tu memangla dia muntah belahak bagai. habis isi perot. memang mulut kuar buih2 macam orang gian ganja je rupanya. sian betol.. masa tu dengan saya2 sekali la tumpang sekaki menangis. hehehhe.. lap2 mulut tak berhenti. lama juga kuar buih2 tu. bukan buih la..macam air lior pekat tu la. so nampak le macam buih2. camne ntah nak explain. lepas je muntah memang dia flat habis. melepekkkkkk.. nafas turun naik je. lagi le saya bertambah2 meraong. aduhhh...

lepas reda muntah2 tu, nak berak lak lagii... berak cair lagi agaknya penghabisan le kot. siannn... saya dudukkan dia kat pasir dia tu. tunggu situ dengan dia. dia kan dah le bulu tebal. habis najis cair melekat kat bulu dia kat bahagian bontot tu. aduhh... sedihnya. saya melalak lagi. agak2 dia dahsiap uk-uk tu saya angkot bawak basih bontot. tak boleh lor tak basuh... disebabkan dah takde tenaga agaknya dia diam je bila kene cucuh air. kalo tak tu menggelejat! cuci2, sabun2, bersih, then kene guna hair dryer le nak bagi kering. sambil blow sambil nangis. nezha memang dah baring je. seharian memang monitor dia je la. aduhhh..saya kata macam ni jaga baby kecik sama je dengan jaga kucing. 2-2nya menggegarkan jantung. camne la kalo anak sendiri yang sakit, ni baru kucing pon dah separuh pengsan.


petang tu dia tidor je la. doktor suruh bagi ayam rebus untuk bagi selera sikit. saya pi beli sikit isi ayam tu then rebus, wahhh... bila bagi takmau lak dia. makan tu makan tapi sikit je. that is very not nezha la. paksa gak dia makan. potong halus2 bior cepat hadam. suapkan, bagi dia nak makan. pon makan sikit je then takmau dah. hancur luluh betol hati saya. bagi mainan pon takmau. dia tengokkk je. biasa tu melompat2 mengejar. itu jam kita buat la apa pon dia diam je. memang redha betol dia. heheh.. tak larat punya pasal. dah malam, bagi makan ubat lagi, lepas tu macam ada muntah sikit. sikit la. kot2 baru nak sihat. lepas tu ok dah.

as of today.. nezha dah ok. takde uk-uk lagi or muntah2. ubat tetap maintain makan. kena pujuk2 dulu la. ada masa dia elok je bukak mulut. ada masa sekerat hari belom tentu dapat bagi dia makan ubat. takde ke ubat jenis cecair je senang sikit bagi makan. jumaat ni pegi bawak jumpa doktor lagi. tengok apa perkembangan ke penguncupan berat badan ke. hehehhee...

tapi malam tadi dah start cakar2 sofa dan kejar towel saya..

i guess its a good sign la kan...cepat sihat anak.. risau saya selagi awak tak melompat2 tinggi macam biasa. masa ni la baru la dok teringat tahap2 keterejalan dia dulu tu. alangkah indahnya.. uwaaaa..... cepat sihat ye...i love you..

-----------------

cerita obek pulak...

dia kan balik kampong sabtu tadi sebab ada sedaranya kawen. aduh..orang banyak sedara macam tu la. tiap minggu pon ada je kenduri kawen. ni minggu ni kang ada lagi. masakkkkk.... balik kl malam tadi. sampai2 je terus ajak saya kuar pi dinner. taktau le nak makan apa. saya macam kenyang lagi sebab petang tu makan nasi himpit. gila punya lama teringin nak makan nasi himpit baru petang semalam dapat merasa. sudahnya makan kehepsi. aduhh..macam dah kembang2 tekak ni tak boleh masok betol la. tapi obek nak jugak layankan je la. wekkkkk..... paling tak suka kehepsi le. nizam baru bali dari langkawi. tengok amenda lima, idak le saya paham. dapat coklat. hehehhe..ingat jugak ye diakat saya. dengar cerita nak transfer koje ke kl balik. takmo dah dok johor. haa..rasakan. hari tu gatal nak pindah johor. la ni baru menggagau2. takpe.. pengalaman hidop namanya tu. mak midah ada kirim nasi dengan laok. tak bermakan la. dah dipesan jangan bagi seba takde orang nak makan. aduhduhduhhhh... takpe.. rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. betol tak?

pagi buta tadi pukul 5am obek call. aduhh..berderau darah ingatkan apa hal le pulak. dia kata dia lak kene cerry berry tu. haaaaa... hehehhee.. tu kes makan kenduri le tu. entah laoknya ke, airnya ke. tak dapat dikenalpasti. obek kata ni mesti jangkit dari acha ni. hwuahahhahha.... patot2 le kan nak marahkan budak tu. lansong takde kene mengena! suruh minum teh ok pekat, entah dia minum ke tak. dah le pagi ni ada site visit dan nak present. lantak sana. tadi pon baru call cakap still cerry berry lagi. alahaii..siannya. agak2 lepas ni saya pulak ke yang bakal kena? uwwaa... tak nakkkk...dah selalu kena dah.

hari ni ku kuar pi koje awal. sampai pon awal. pukul 815am saya dah tercongok kat opis. ada benda urgent la... tapi dah settle. part saya le. part orang lain tu taktau le camne lak kan. harap2 semua ok.

ok la... nanti sambong lagi. penat hari ni.

i love you obek...(cepat sihat tau)
i love you nezha...(pun cepat sihat tau)
i love all of you...(u all sihat tak?)

i love monday!!!

Friday, December 4, 2009

nezha is not well...


nezha is not well...

since last night

watery poo-poo...dehydration / diarrhea

he's so weak

can't even lift his head

or open his eyes

im so worried

i cried and cried and cried

wish him a good health, will you?

nezha... i love you........

please get well soon baby....

Thursday, December 3, 2009

hujan lagi...



hello...aduhai..hari ni jalan jem betol la. berderet2 kereta tak bergerak. melekat! kat radio pon dengar rata2 memang jem je kat seluruh kawasan. maybe sebab hujan kot. ada jugak amaran banjir dan angin kencang. aduhaiii....

hari ni liat betol nak bangun. badan rasa macam dihempas2. malam tadi tak le tido lambat. lepas habis csi miami tu tido dah tapi pukul 1am tu terjaga then terus tak b oleh tido. tu yang jadi lemah je tu. jangan le tanya kenapa terjaga pulak. memang itu le adatnya. bukan pernah tido lena krohh..krohhh tu. itu nezha yang kroh..krohhh.. hehhehee... bulat je perot dia turun naik bernafas.

anywayy... petang semalam tak jai balik lambat. tapi hari ni for sure. benci betol la. menyampah. benci. so, petang semalam buat dinner nasi goreng. sebab lebihan nasi tu ada lagi kan dah siap simpan dalam peti ais so tu yang buat nasi goreng tu. singgah kedai kejap beli udang dengan sotong buat rencah. balik rumah pelok2 neza kejap terus masak nasi goreng. alalala..masak lebih kurang je dah le. obek koje. dia buzy la tu. lepas mandi saya pon makan. hehhehee...

eh..cite upin ipin kat astro yg cakap english tu tak best le. terus jadi macam tak lawak.. rasa tak best la. kalo tengok tetap le jugak nk dengar yang bm punya...

tengok tv cerita apa ntah malam tadi. owhh..numbers.. lepas tu csi kan.. lepas tu tido. malam tadi ada le mimpi2. arghhh.. bosan betol. entah sapa2 je mimpi, kali ni mimpi kat airport le plak. amboiii.. takde angin takde ribut tetiba je mimpi pi airport. lupa dah kejadian apa yang berlaku. tapi ada 1 orangtu dok la kejar ayam jantan dia kat airport tu. hehehhehe..lawak betol. camne la boleh bawak ayam pi airport then terlepas pulak tu. macam2 hal. nama pon mimpi.. macam2 boleh jadi.

mata adalah sengal mengantok sekarang. tadi masa dalam jem tu rasa2 nak patah balik je dah. balik. tido. waduhh..nyaman tu... tapi mengenangkan banyak je koje ni kan, harung je la. saya sampai 930am tadi. lantak le. nak buat camne, dah memang jalan tak bergerak, bukannya saya sengaja kuar rumah lambat ke apa ke kan.

malam tadi sambil tengok tv sambil potong kuku nezha. aduhaiii...1 jari setengah jam. potong 1 dia pon blah lari.. tangkap, potong, blah lari. habis, sampai bila nak siapnya. layankan je la. kang paksa2 kang lain la jadinya. buatnya meronta2 kang tak pasal2 luka. tu belom bab sapu mata lagi tu. nampak je saya pegang tisu dia dah mula angkat bontot. macam2 peel. tapiiii...cuba dilambai2kan makanan ke kek ke depan dia. tu diaa...mencicit datang. ahh..nezha.. buah hati pengarang jantung.. i love you nezha....

obek hari ni pon buzy katanya. nak kene pergi ke taman tun. hehehehe... tadi pagi2 dah call gerakkan dia. dia tu kalo suruh bangun memang le payah betol. takot dia terlambat. tengok pulak hari hujan memang dah jangka jalan jem. nak sampai sana pukul 9am. hambekkkk..tadi saya on the way, dalam pukul 845am tu obek call cakap dai belom pun sampai tol sunway. jem katanya. aduhh...takpe la. nak buat camne. semua tu diluar kawalan kita. harap semuanya ok ye obek. i love you obekkk!!!!

ok la.. nanti2 sambong lagi. perot ala2 mendidih le pulak ni kan. takpe..biskut ada kang boleh makan. kalo ada rasa nak makan. kalo tak tunggu je lunch kang. arghh..bosannya tak tau nak makan apa.

i love you obek...(keja rajin2..)
i love you nezha..(dok rumah baik2 tau)
i love all of you...(korang pon lambat ke hari ni?)

Wednesday, December 2, 2009

sapa rajin angkat tangan...saya!!!!...


helloo.... hehehhee...betol la kan, sapa rajin angkat tangan.. saya!!!! hehehhee...macam2 je la peel. betol.. sapa kata saya malas memang nak kena cubit. sebenarnya memang pemalas pon. rajin tu datang setahun sekali je. hwuahaha... eh..ni apsal lak nak cerita rajin malas ni. bosan betol.
*****
anyway.... cerita rutin harian macam biasa. tapi kan semalam saya macam la teramatnya mengantok yang teramat2... nak menunggukan jam balik petang tu dah beratus2 kali menguap rasanya. entah le kenapa. ni mesti sebab semalam mimpi panjat2 gunung tu le jadi penat tu. chewahhh... kalo bab mengarut bagi je la. memang juara bertahan.
*****
balik petang semalam jalan jem biasa2 je la. takde apa yang menarik. tengok kiri-kereta, tengok kanan-kereta, tengok depan-kereta, tengok belakang ponnn kereta. bosan...bosan...so, cuaca pon macam rembas2 rintik2 pulak semalam. dok pikir nak makan apa sebab lapar betol semalam. semalam lunch tak berapa makan la. nasi amik sikit ratah sayur je. itu pon tak habis nasi tu macam tak berusik. lapar tapi tak selera. dia punya selera makan kat rumah. hehehhe.. lagipon bosan la makan kat kedai yang sama. menu pon hari2 sama. dia takde buat rotation laok. hari2 pon itu le jugak laoknya. so, tu yang balik dok mengarok nak makan apa. call obek. obek kata dia koje. ok, so takyah kacau dia la. pikir sendiri nak makan apa. tiba2 teringin makan ikan bakar la. aduhh..mana nak cari malam2 tu kan. takpe2... tengok jam masih awal lagi sampai ke rumah, baru pukul 7pm. so, lajak ke kedai beli ikan. nak buat ikan bakar sendiri. wahhhh..hebat le tu. hwauhahhaha... bakar guna oben je la. bila lak masanya nak hidopkan bara. tak kuasa la. jadi la jangan tak kempunan. so, beli ikan siakap. ada pulak yang saiz kecik memangbagus betol. mintak abang kedai siangkan siap2 kasi bersih semua, then amik udang sikit dengan kacang panjang nak buat gulai lemak. wahhh..sedapnyaa.. balik je rumah pelok2 nezha dulu kejap terus bersilat kat dapor. senang saje...letak nasi, zupp zapp zupp zapp..siapppp!!!! yahuuuu..... lepas tu mandi, lepas tu apa lagi.. bersila la makan. bersila atas kerusi. ikan bakar share dengan nezha. suka mamat tu makan. sebelah dia punya je. bagus gak. tak membazir. tapi ikan bakar tu jadi macam kering la. tak berapa menarik.. tak macam yang kita bakar kat bara api tu. ke oben saya yang hampeh? entah la..janji dah masak sudah.. jangan banyak songeh.



so..ini le menu dinner saya malam tadi, ikan bakar dengan sambal kicap, gulai lemak udang campor kacang panjang. tu je. air minum air cranberi kotak. selesaiiii.....kenyang alhamdulillah ya tuhan memberiku rezeki....
*****
lepas makan lepak2 tengok berita. alahaii..isu yang pada saya picisan tapi diperbesarkan. ini le masanya sikaki2 kipas dan penjilat2 semuanya nak bersuara. ahhh..persetankan mereka semua. semuanya berpura2 dan ada agenda sendiri. sebenarnya ramai pon yang doa macam tu cumanya tak kedengaran nyata tapi bila orangtu bercakap secara berdepan2 dan lantang mula laaa... jadi isu.. standard.....
*****
tengah lepak tu obek call. ajak kuar. ahhh..saya cakap saya dah makan kenyang dah takmau la kuar lagi. dia kata takpe la..temankan dia jumpa orang kejap. ok laa... lagipon bosan je kan dok rumah. pelok2 nezha bagi treats supaya dia tak memekak dan mengejar masa saya kuar pintu then pegi la. memula pergi pj. aduhaiii..siang2 koje kat pj malam pon kena jalan ke sana ke? bosannyaa...tapi takpe. demi obek dan nak berjalan punya pasal, layankan je la. best le pulak kuar jalan2 pusing2 tengok lampu. hehehhehe..... lepas pi pj, pusing pi cheras pulak. lama gak kat sana entah le apa urusan obek. saya dok dalam kereta je la tak kuasa la nak menempek kat orang2 tu. bukan urusan kita pon. lepas tu singgah beli kuih pau, sebab obek nak. saya taknak so beli untuk dia je la. lepas tu balik. pukul 130am, tidorrr......
*****
tengah syiok2 tido sekali kebabom prang pung prengggg.. terkejut badak makcik. entah le apa yang jatuh pecah kat dalam bilik tu. terus panggil nezha.. dia pon dok menjerit..tau takott.. tengok2 dia surah tarik alas tv saya da.... atas tv tu ada letak cd game dengan buku2 sikit habis berterabor. mujur takde benda2 yang boleh mendatangkan kecederaan, kot2 kaca ke apa ke kan. kalo tak.. lagi haru. haa...tau terkejut mengeow2 dia. tu la..orang malam2 tido ko nak berkemas.. kan dah jatuh semuanya. malas nak kemas, amik dia, bagi ceramah sikit pas tu tidokan dia. pandai lak buat muka kesian tu kan. takmau kene marah kena la pandai amik hati. geram betol. pagini bangun baru kemaskan barang2 yang berterabor tu. macam2 peel mamat tu la. dia memang dari mula tido tu dah tak senang, asyik nak merayap, saya biarkan. kesana kesini sekali dah jatuh benda tu baru la reti nak diam. lenkali nak buat lagi tak??? buat la.. popok momtot tu nanti...
*****
pagini takde buat breakfast. malas. sampai opis tadi beli karipop tapi tu pon entah bila la nak dimakan. kalo tak makna pon takpe tak basi, petang boleh makan.
*****
obek hari ni ada something important.. harap2 semuanya ok. good luck obek. love you...
*****
ok la.. nanti sambong lagi. byeeeeeeeeeeeeeeeeee....
*****
love you obek...(miss you)
love you nezha...(miss you too)
love all of you...(sapa malas, tangan pegang mouse sekarang!! wahh..ramai tu pemalas. hwuahahha)