mari mencari....

Google
 

Saturday, January 31, 2009

jaga kau...


geram betol!!! hari ni dapat berita yang paling menyakitkan hati. bukan kecik2 punya hal, legal action lagik! setan betol. haa..kan dah terkeluar perkataan yang tak sepatotnya. tapi takpe, hang nak main kasar haku pon buleh main kasar. bior bertemu buku dengan ruas baru betol. so sapa2 yang yang ada kenal legal advisor tolong sket kat saya nih.

Friday, January 30, 2009

takde apa2...



takde apa2 yang menarik. semuanya macam biasa. semalam tak sempat nak update blog sebab telah terpergi berjalan. sampai melaka korang. ahhahaha.. takde plan2 pon. khamis pagi tu obek datang kononnya nak bawak pergi breakfast. ye, breakfast beno le dah pukul 11am dah. dah masok waktu lunch dah. sekali dai kata nak pergi mana. saya kata pergi le mana2 nak makan je apa yang susah sangat. so, dia kata oklah, ikut je tau jangan bising2. saya diam je la.

sekali pusing punya pusing masok highway le pulak. saya tanya nak pegi mana nih? dai kata nak makan kat r&r nilai. wahh.. gitu. bapak jauh nak makan breakfast lagi jauh tak boleh ke saya kata? melaka ke boleh makan asam pedas sekali. sekali dia kata ha.ah kan.. jom kita pergi melaka. wahh... gila.

so, berenti jugak kat r&r nilai tu beli kuih la. say abeli kuih koci 1, kuih macam apam kaler hijau atas dai ada kelapa 1 dan sandwich kononnya. sekali tak habis pon. sandwich adalah sangat bertuah sebab dapat ikut pergi jalan ke melaka.

so, sampai melaka dalam pukul 1230pm macam tu. jalan clear tak de jem pon, so terus pusing2 cari kedai nak makan asam pedas le kononnya. dah kata melaka terkenal dengan asam pedas tapi tak tau kedai yang mana yang best. so hantam saja lahhh...

so, makan le kat kedai ni. tak best pon, saya masak asam pedas lagi sedap. hahahhaa.... maybe pergi kedai yang salah la tu kot. al-maklum, main terjah je itu le pasal tak tau mana satu yang best. 1st destination ialah pergi perig hangtuah katanya. wah... dengan harapan dapat le terserempak dengan hang tuah ke. hehehe... tak le pergi dedekat, lalu gitu je la. nak buat apa pergi tengok perigi tu macam biasa je la kot. lepas makan, terus pusing2 kat banda hilir. eh.. tulisan dia memang banda la bukan bandar. memula saya ingat orang tu salah tulis kat signboard rupanya memang betol la tuh. anyway.. pusing kat a'famosa tu tetengahhari buta panas gila. tak naik pon beca sebab kononnya nak merasa jalan kaki. haaa.. hambek ko.. panas berdengung.

lepas tu pergi masok kat muzium. balai syed sheikh al-hadi namanya. bapak panjang nama. ada pameran menyingkap sejarah dan misteri pulau besar melaka. tu dia.. jangan biarkan hidup anda diselubungi---misteri.... hehehhee.. not bad. banyak le info2 yang boleh dapat. rupanya tempat tu tempat orang bertapa2 ye? saya ada jugak dengar2 cerita tapi bila dah dapat info yang bebetol baru la percaya. korang pon boleh la pergi.. tapi sampai 31/01/09 je la rasanya. bayar ye jangan ingat free. 5 hengget. ada la macam2 dalam tu, ada yang nampak real, ada yang nampak macam tipu jek. entah la..

then pergi lagi ke apa ke bendanya ada tempat beli2. kat area2 situ jugak. wah..sekarang ada fesyen beg macam jahit2 tu le. murah je rm10 je. comel. tapi saya tak beli le sebab memandangkan saya ni bukan jenis suka bawak2 handbag nih.

lepas pusing2 berlengas kat situ, patah balik pergi jalan2 kat dalam dataran pahlawan tu le. wahh... ada macam2 jugak. jakon betol la. al-maklum..kali terakhir pergi melaka dah 4 tahun lepas. kat dalam tu ada beliapa ye? owh.. beli jajan2 la kerepek2 ni semua. then sempat lagi beli seluar. macam le kat kl ni takde jual seluar. hahahhaa... then obek berkenan lak nak beli2 keris le hapa kebenda nih. menakotkan saya je la. saya kata jangan beli sembarangan. tambah2 orang tu kata keris antik katanya. gila! buatnya keris tu dah pernah bunuh orang ke, makan darah ke ko jangan buat gila!!!! tak pasal2 hantu mengikut kita balik. dah le rumah saya dah penuh dengan hantu takde tempat dah nak slot in lagi satu hantu. saya kata if nak beli keris beli yang baru. ada jugak jual. at the end tak beli pon la.. saya memang takkan bagi beli. taktau le esok2 dia pergi outstation dia beli sendiri. kahkahkahkahhh... tap banyak le macam benda2 menarik boleh tengok kat sana tu.

lepas tu dah siap beli semua, masa tu dah pukul 6pm dah. lama gila berjalan sakit kaki. itu nasib baik pakai loafer buatnay pakai heels ke sandal yang ebrtumit tu ke hazabbbbb.... ingat nak balik dah sekaliobek kata jom pergi makan seafood kat umbai. wahhh.. syioknya. say akata bukak ke sebab rasa macam awal je lagi. dia kata takpe la, on the way nanti dah 1/2 jam sure dah bukak. so off we go. sampai sana still lengang lagi. hehehe.. so pergi kedai yang hujung sekali. nama kedai parameswara. wah gituu... hambek ko segala nama pahlawan kuar semalam. dengan hang tuahnya, dengan parameswaranya. masakan biasa2 je. takde la sampai terigau2 nak pergi lagi. tapi yang paling sedap dalam banyak2 menu semalam ialah sotong goreng tepung dia. itu memang diakui the best. yang lenlain biasa je. disebabkan kedai ni hujug sekali so nampak le laot. takot gila. dah le saya ni penakot air. tapi masa tu air tengah surut. sekali saya nampak macam ada benda gerak2 kat selut tu. wahh.. ular ke saya dah menggigil2 kepala lutut segala. sekali obek kata bukan la.. itu ikan belacak. owhh.. baru le makcik tau. alahaii..siannya.. umor dah separuh abad baru nak tau camne rupa ikan belacak. tapi agaknya ikan tu tak boleh makan le sebab dia macam 2 alam gitu. hidop didarat dan diair. obek kata ikan tu buat ubat. ubat lelaki katanya. amik yang kecik2 punya then makan macam tu je 7 ekor. hantam la.. tapi rasanya kalo ada benda lain yang boleh dibuat ubat makan le benda lain. bior le itu jadi last resort. haa.. sesapa ada masalah lelaki silalah cuba jangan malu2. hwuahahhaaaa.... makan je la viagra takyah susah2 nak pi tangkap ikan tu. boleh terbang tau. gila!!

so, lepas makan hari pon dah pukul 8pm. so, kami pon bergerak la balik ke kl. on the way back, hujan lebat. apa pon, dah selamat sampai dan selamat segala2nya. penat juga ye travel seharian. ada le sikitpic yang saya amik tapi tak blh load sekarang la. nanti if ada kesempatan saya boh pic.

cerita pasal jemi, dah sedar dah tapi ye la.. masih sakit lagi la. mak midah pon dah balik ke kampung semula. nak buat camne. kat rumah kampung pon ada tugas yang menunggu. ajak jemi balik kampong untuk berubat buat takde jawapan pon lagi. entah le.. pepandai ko la.

obek selsema. haiyaaa... tak macho le lelaki kena selsema. hahahhahaa... tu la, selalu je mengata saya selsema kan dah kena. bila dah kena baru tau seksanya hidong tersumbat. baring salah duduk salah berdiri salah. apapon, harap obek cepat sihat. kerja dah berator menuggu untuk diselesaikan. kalo obek demam2 lagi payah le nanti.

nezha pulak seperti biasa manja gila. ahh.. mamat tu bila masa tak pernah manja.

ok la.. tu dia.. dalam takde apa2 berlaku tu penuh satu mukasurat menulis blog. hehehhee...

Wednesday, January 28, 2009

cacamarba...


cacamarba punya peristiwa, cacamarba punya entry, cacamarba punya mood, pendek kata semuanya cacamarba lah.

dah berapa hari tak update blog, rindu nak update, rindu nak baca blog orang, rindu nak beronline tenet.

cerita 1 :: bongokband buat hal. tak boleh online. puas le saya godek2 tak jugak boleh. cakap dengan obek pasal bongokband ni ingatkan ada apa hal ke sekali dengan senyum kambingnya dia cakap dia tak pi bayar bil. actually saya tak nampak le dia senyum kambeng tu sebab cakap tru sms je tapi saya buleh bayangkan muka obek time tu. muka orang bersalahhhh, harus le macam kambeng dan harus le saya pon jadi hanginnnnnn!!!!! hantu betol. silap saya juga. selama ni saya tak pernah pon amik tau hal2 bil ni saya tau guna je. aduhaii.. saya cakap if saya tau bill tak bayar saya buleh kuar kejap pegi bayar tapi kejadian berlaku pon dan malam buta then

esoknya dah cuti. habis camno.. so, try la gigih ni guna line tm kat rumah ma. masyaallah.. bapak le lembabol betol. tau2 je la kalo guna dial-up ni. gila lambat!!! berejam2 nunggu. pas tu dah dapat line putus2 lak tu. menambahkan hangen je, so, tu yang tak online tu. so, hari ni baru la pi settle segala bapak bil. baru lega. pengajarannya, jangan ingat orang bayarkan bil anda. tolong bayar sendiri ye. hehehe..

cerita 2 :: mak midah ada buat kenduri doa selamat la. sebab semua hal kenduri kawen sijemi tu dah selesai. okla tu kan. masalahnya sijemi tu haram nak balik. walhal orang tua tu buat kenduri pasal dia. memang bongokbetol. obek pon bengang gila tapi malas nak cakap banyak2. sian kat mak midah, sian kat obek jugak. saya benci dengan orang yang macam ni. alasannya tak balik ialah kononnya rasa tak sihat nak demam. demam betol2 baru ko tau.

cerita 3 :: disebabkan sijemi asyik dok cakap demam2 je kan. sekali memang kena pon demam denggi. terus masok icu padan muka. astagfirullah... bukan saya nak padankan muka dia sakit tu tapi tu la akibatnya kalo asyik nak menipu kata demam2 je. dari dulu kalo ada je hal family bab kenduri kendara ni haram nak baik menolong. Sekarang dah susah family jugak yang ko hadapkan. Bila dah jemi masok icu, harus le mak midah kelam kabut nak dating ke kl ni. So obek bawak la orang tua tu. Ye la.. jahat2 pon anak sendiri. Sampai rumah jemi kat s.a tu. Bini jemi dah tggu kat kpj s.a. bila dah sampai sana dah jadi 1 hal pulak sapa yang nak dok bawak mak midah ulang alik dari rumah ke kpj tu. Bini sijemi haram tau bawak kereta bawak motor!!!!!!!!!!!!! Lagi satu beban. Eeeeeeee.. itule pasalnya korang2 yang membaca ni tolong lah.. tolongla amik lessen kereta motor sendiri. Bukan apa, untuk saat2 kecemasan macam ni sekurang2nya korang boleh bergerak sendiri. Tidak le mangharapkan orang je nak bergerak. Ada kereta ke takde kereta ke itu lain cerita. Yang pentingkena ada LESEN!!!!!! Buangkan rasa takot atau tak suka ke fobia ke. Cuba kalo dah jadi macam ni. Sapa yang susah? Diri sendiri yang susah. Teksi memang le ada tapi kalo dah jadi hal tetengah malam laki ko sakit nak melolong mintak tolong kat sapa?? Aduhai.. jadinya sekarang adik obek lak kene datang jadi driver. Memang la kena tolong, sebab yangsakit tu adik beradik sendiri. Setakat sehari dua boleh la, kalo dah berminggu2 berbulan2 camne> orang lain pon ada kerja sendiri juga. Tambah2 kene denggi ni, bukan boleh sembuh dalam seminggu dua. Lama baru boleh semboh. Ini pengajaran pada jemi, bini jemi dan kita semua.

Cerita 4 :: aircond obek yang rosak hari tu rosak semula. Ntah le apa lagi yang tak kena saya pon tak paham. Dai pergi hantar ke kedai tu hari ni rupanya kedai tu still tutup. Saya malas nak cakap bebanyak orangtengah serabut kalo saya cakap kang lagi serabut. So biar reda dulu.

Cerita 5 :: nezha ok je. Bertambah2 manja bagai nak rak. Geram. Rasa nak cubit2 dia.ada kucing liar datang rumah saya dok makan makanan sikurap. Hangin betol saya. Sikurap tu dah le kecik mana dia berani nak lawan kucing jahat tu. Wahh.. jahat tau kucing tu. Nak makan tu makan je la jangan nak lawan tokey jadi bos lak kat sini. Siap nak marah2 sikurap lak.ini sudah lebeyyy…..

Cerita 6 :: plan nak pergi holiday maybe tak jadi. Sebab dah jadi macam2 hal. Obek pon dah demam le pulak. Sebab maybe terlalu penat. Ye la, penat dengan kenduri, penat dengan pergi ke kota tinggi lagi melawat kenduri sedara tu, penat dengan kerenah orang, penat mengusung orang sana sini. Apa agaknya jadi kalo obek tu takde.huhuhuhu..takmo piker.

Cerita 7 :: opah saya makin terok. Entah la.. saya kesian kat ma penat kena jaga opah tu. Ma pon sekarang dah sakit kaki pulak. Ye la, penat sangat, tambah2 dah tua2 ni bukan boleh ada silap sikit. Semoa allah member kekuatan kepada ma. Aminnn….

Cerita 8 :: saya pon ada masalah juga tapi malas le nak cerita. Cerita pon bukan buleh settle. Benci ahh…

Ok la..itu je entry cacamarba untuk kali ini. Love you obek!!! Love you nezha!!! Love all of you readers!!!

Saturday, January 24, 2009

panas...



hari ni panas betol. cuaca panas, hati panas, fikiran panas, air panas, makanan panas. pendek kata semuanya panas2 belaka la. ada je yang tak kena. obek hari ni baru sekali je sms. maybe dia buzy sebab dengar nak pergi ke kota tinggi le pulak orang tua tu. lantak la. benci laa..susah sangat ke nak sms tu? menyampah. arghh...macam le tak kenal dia. dia bukanjenis kejap2 nak call kejap2 nak sms ni. so, better get used to it. haiyakkkk....

petang tadi kononnya nak try buat kerepek pisang. wahh.. susah betol. panas. payah. beli je la senang. camne la ornag yang buat kerepek banyak2 tu ye. kalo ada machine takpe lagi, yang guna manual guna parut tu aduhai.. serik rasanya. walhal tadi buat 3 biji pisang je. punya le terkial2. menjadi tu memang le menjadi tapi trademark hangit harus ada. lantak la. kata 2st time cuba buat.

malam ni takyah makan la agaknya. takde mood la. pagi tadi breakfast sandwich. lunchmakan nasi dengan ikan bilis goreng rangup2 boh ubi kentang. sodap.. petang makan kerepek pisang. so malam takyah le kot. lagipon tak lapar sangat cumanya haus sangat2 la. cuaca panas betol.

rindu kat obek. buntunya otak cuti lama2 macam ni. tak suka la. bosan! nak kuar memang tak boleh la. balik rumah ni bukan boleh kuar2.

semalam sebelom balik kereta obek buat hal pulak. aircondnya problem, sampai kuar asap2 katanya. adoihh... duit la tu. time2 mcm ni ada je la pulak hal yang menjadi. tapi mujur juga masih kat kl ni. so ada le tempat nak repair ke hapa ke. buatnya berasap kat tengah highway tu apo nak dikato? lagi parah.... petang tu saya amik dia kat kedai tu sebab kat sana takde tempat nak duduk2 rehat. hantar balik ke kedai tu around 630pm. janji pukul 630 pm siap rupanya 830pm baru siap. jenuh berasa momtot orang tua tu menunggu kat kedai. heheheh.. saya pukul 7pm dah berangkat balik rumah ma. saya call pukul 9pm tu dia baru ada kat tol sungai besi baru nak bergerak. alahaii.. kesiannya dia sure penat gila la tu. nak kena mengharung jem lagi.... entah la. malam pukul 12am baru dia sampai kampung. hehhehee.. takpe la.. nak buat camne, dah itu yang tertulis dalam suratan. chewahhh....

entah la. takde mood. cumanya rindu kat obek sangat2. kalo ada asyik le nak bertekak bercekau. kalo takde baru la nak angau2. padan muka. eh.. bukan padan muka saya daa.. padan muka dia jugak. hehehheee....

apa pon, dengar cerita bini jemi dah uwekk2. mmm... nak dapat cucu dah mak midah. saya tengok obek sejak si jemi tu kawen dia terlebih sensitif sikit la. ye la, walopon dia tu lelaki, tapi kalo asyik disokong dengan soalan2 cepu bangang dari orang2 harus le dia terasa. dah le dia tu jenis pendiam lagi bertambah2 diam dan payah nak predict. tapi disebabkan saya ni kan ke jenis yang memahami dan psiko sket, saya tau le apa maslahnya, cumanya dia memang bukan jenis nak meluahkan rasa tak puas hati ke rasa puas hati ke rasa ceria ke rasa sedih ke. entah la.. saya berdoa agar pengorbanan yang dilakukan selama ni berbaloi. tak perlu dibalas, cukup sekadar dikenang. obek, apa pon jadi, oby doakan moga obek berjaya!

okla..malas nak cakap banyak2. tak de mood.

love you obek, love you nezha, love all of you...

Friday, January 23, 2009

ntah hapa2 je..


ntah hapa2 je nak tulis ni. macam biasa la.. takde nak cerita lain. balik2 cerita pasal mamat kepochi, obek, dan perkara yang seangkatan dengannya.

hari ni actually cuti, tapi still datang office. baguskan? ini kalo tak dapat anugerah pekerja harapan dunia ni memang taktau le apa nak cakap.

next week cuti sampai 2/3 baru masok koje. melampau ko haku cuti raya. ngalahkan cuti raya puasa. kahkahkahkahkahhhh.... taktau nak pergi mana. alahaiii..boringnya. obek balik kampung ada lagi sedara kawen. ayoyoyoyo...bapak banyak beno sedara ko ni obek?

saya macam bercadang2 le nak bawak ma pergi holiday2 ni..tapi susah la. sebab kena jaga opah tu. opah memang dah tak boleh bangun lansong habis nak tinggalkan dia dnegan siapa. orang lain? entah la.. semua buat tak nampak2 je. mama lak takde pi keje australia. ibu standard la bz business kuih dia tu lagi takde masa. saya pon sian tgk ma lansong takde masa untuk beriadah untuk diri sendiri. kesian tau. u all bayangkan la.. penat jaga orang tua ni. sapa tak merata boleh le senang je cakap jaga ibu bapa sendiri.. chewahh. kalo korang kena baru le tau susah senangnya. malas le nk komen orang2 yang otak singkat ni. lantak ko la.

tetiba lak nak naik hangin kan. takbleh2, sabar2. banyangkan sekarang berada di air terjun yang nyaman itu. hehehehe...

malam tadi kuar dating makan2. biasa je pegi makan stimbot. tapi macam tak best le pulak dan makan sikit. spoil. rugi je bayar mahal tapi makan sikit. hehehhee.. sebab plan asalnya nak pergi makan nasi lemak. tapi last2 minit udah tukar plan pulak.

nezha baik je malam tadi. so manja. uuuuu..sayang nezha.

Thursday, January 22, 2009

nak cari ni...



saya tengah mencari benda alah ni la.. golf set untuk beginner. kalo ada sesapa yang tau mana nak beli murah punya inform saya ye. 2nd hand pon buleh tapi takmo le yang terok beno. agak2 condition 8/10 tu buleh la..

so, isi perotnya nak le ada benda2 nih ye...

1 Driver
1 Wood 3
1 Wood 4
1 Iron 5
1 Iron 6
1 Iron 7
1 Iron 8
1 Iron 9
1 PW
1 SW
1 Putter
1 Golf Bag - harus le ada kalo tak nak suruh hangkot guna guni beras ke?

aaa..so kengkawan tolong inform ye. saya tau kengkawan saya kat sini semuanya penuh dengan informasi hiburan sensasi semua. cepat2 bagi info!!!!!!

love you lah!!!

melompat je kejenya...


hai..sapa lagi yang suka melompat2 tu kalo tidak si mamat kepochi ni la. melompat sana melompat sini. sekali melompat atas kerusi plestik tu licin udah terbabas jatuh. haaa..gedebuk. baru la nak mengiaw mengadu. awak tu dah le sepikol harus le sakit2 badan. tu laaa.. sapa suruh melompat2 je. cuba main elok2 ini tak. selagi boleh nak melompat mencekau selagi tu la ko nak buat keje kan? hahahhahaa... nak buat camne.. pujuk je la pelok2 kalo tak kang merajuk. menyampah i...


malam tadi pergi bersukaria cucuk2 bintang dengan obek. hahahaa.. lama dah tak buat senaman regangan tu kan seronok pulak. eh, apsal semalam banyak sangat polis buat roadblock ha?? ada apa2 kejadian ke yang telah terjadi yang saya tak tau? mushkil betol. kot2 persediaan untuk orang balik kampong kot. entah la. memang le kita semua clear tapi risau le pulakkan. bapak polisi tu.. huhuhuhu... pigi dah!!!
so malam tadi balik lambat la.. sebelom balik singgah lepak kedai mamak kejap pekena teh o limau suam untuk menghilangkan pening2 lalat yang ada then balik. pukul 430am baru nak tido. mujur pagi ni elok je la pulak saya boleh bangun tido. ok la tu maksudnya boleh buat lagi la tu kan. hahahahaha... sian nezha kena tinggal malam2. alaa.. kasi chance le saya nak bersukaria kejap. bukan hari2 pon. elok pulak pagi ni tak jem ye. apsal ha? owh.. maybe ramai orang dah balik kampong kot. saya dengar kat radio dia ada bagi jadual balik kampong. mungkin betol kata orang radio tu kalo ikut jadual tu mungkin kesesakan bleh dikawal. mudah2an. yang elok tu kita sokong la, yang tak elok tu kita bangkang la. saya tak pernah merasa balik2 kampong ni. aduhaii.. kampungnya sekangkang nezha je takde maknanya nak ada tradisi balik2 kampung ni. kadang2 teringin jugak bila dengar dan tengok kawan2 berkemas2 balik kampung tu. dia punya excited tu lain macam. saya tak merasa la. kalo orang tanya kampung kat mana? kampong kat kl. bluwekkkk.. hahahhahha...



ni aksi2 nezha pepagi buta tadi la. time saya balik tu dia seperti biasa menunjukkan perasaan protes dia tu. eee..dia ni kalo masok parti pembangkang harus jadi yang dipertua tau. nak kena ikut cakap dia jek. anyway.. camne pon perangai ko nezha, ko tetap dihatiku... baikkkk punya dia landing kat katil tu kan. eeee..geram betol tengok dia ni rasa nak gigit2 jek.


apa lagi nak cerita ye? entah la. sekarang baru le rasa mengantok le pulak. ini yang leceh ni. orang sebok buat keje saya sebok menguap2. masalahnya hari2 pon memang saya menguap2. hahahaha.. tak pernah yang tak menguap. esok last day keje. pas tu cuti 1 minggu. eee..bosannya. mana nak pergi cuti seminggu? gila la. cuti kene paksa amik lak tu. mengabihkan cuti orang je. bukannya kita ada hal yang nak kene amik cuti sampai 3 hari extra tu. bengang betol. aaa...pagi tadi terdengar hotfm cakap pasal hari komplen. elok benda ni dikomplen. kementerian sumber manusia tu tolong la bertindak sikit. lihat sikit pada rakyat2 yang berada dikelas bawahan ni camne kitaorang keje. sepanjang yang saya tau, kementerian tu tak pernah pon buat sesuatu yang menggembirakan hati pekerja. akta kerja 1955 tu banyak yang perlu digubal mengikut kesesuaian masa kini. menterinya? ayoyoyo.. kari jugak makan banyak. lain tarak. so, baik korang undi saya jadi menteri sumber manusia. hahahhahaa....
apa kes tetiba lak ni kan. anyway.. saya doakan semua gembira bekerja hari ni. kalo mana2 yang bengang tu sila lepaskan je bengang anda. sesekali mengamok baru orang sedar yang kita ni pon ada hati dan perasaan dan perlu diambil kira gak. ingat selama ni kita diam tu kita bodoh. silap besar le wehhhh... jadi, lepaskan bengang anda. tapi pada orang yang terlibat aje la. jangan le korang marahkan kelig korang tapi makcik nasi lemak tu lak yang jadi mangsa..itu tak betol konsep dah tu.. lari tema.
ok la.. sayang obek, sayang nezha, sayang korang semua.

Wednesday, January 21, 2009

yeayy... he's back!...



yeayyy.. obek dah balik!!! seronoknya. semalam dia sampai sini pukul 5pm. bagus2! clap2! so, malam tadi pi kuar makan2 la. tapi saya pulak tak berapa nak selera. perot tak sedap le. spoil betol. tapi takpe. seronoknya... makan apa ye malam tadi. owhh..saya makan mihun goreng, obek makan mihun sup. mihun goreng tu kaler coklat tapi pedas ya rabbi. gila la. ingatkan tak pedas tak sangka lak boleh macam tu sekali. uwwaaa.. lenkali nak pesan awal2 kat kedai tu takmo pedas2. air teh 'o' limau suam standard la.. memana pon itu la dianya air dia.

obek tak beli apa2 pon. hahahaha.. takpe la. bukan ada benda2 pelik pon kat sana, yang penting selamat balik dan cepat balik. itu yang lebih utama. so, discusion malam tadi adalah berkisar tentang kejadian magik kat rumah tu le. obek kata nanti dia bawak pakcik dai tolong tengok2kan. entah la.. biarkan la. saya kata kalo ada hantu pon takpe asal jangan kacao saya. kalo ye baik beno hantu tu nak tolong jimat letrik rumah saya tolong le kasi kemas sekali. lap la tingkap2 mop2 lantai ke apa ke. hahahahahha.... benci aahhh...

hari ni saya pergi keja dengan hati yang berbunga2. camne rasanya tu alaa..rasa yang macam happy tu le. tak kira le bunga kembang pagi ke bunga taik ayam ke janji bunga la. tersengih2 sensorang dalam kereta. 1st sebab happy. 2nd sebab dok dengar celoteh dalam radio. hahahha.. macam2 perangai orang kan?

nezha semalam entah le kenapa dia buat perangai betol. asyik le nak berkepit je 24jam. kejap2 meow, kejap2 meow. ada something kot. tapi nak cakap tak reti. hehehhee.. sian dia. tu la.. saya ajar a.b.c dia pi gigit2 buku tu habis camno nak pandai??

next week cuti lama. haih..malas betol nak cuti2 ni. masalahnya kena paksa amik cuti sebab alasannya kata semua orang cuti. so, office tak bukak. lama tu weh.. 3 hari. rugi cuti saya tau. lagipon saya bukan ada hal apa nak cuti lelama nih. tetiap tahun pon mesti macam ni. tu la..saya sorang je melayu kat sini lenlain semua cino. hampeh betol.

kat office cuma dapat satu je hamper. padan muka. terbalik lak saya dapat tapi kat rumah. hwuhaaa...obek lagi la dapat. lantak le sana. bagi kat dia nanti boleh bawak balik kampung dia. kat kampung dia ramai kanak2 kat rumah saya takde orang. lagi pon benda yang sama je, keropok la biskut la apa la. limau? aduihhh... kembong dah perot takmo dahhhhhh....



apa la saya cerita mengarut2 hari ni. tapi cuba tengok life instructiontu. menarikkk... heheheh.. kalo dipikir2kan memang ada betolnya. memang nampak macam simple je tapi sangat la susah nak melaksanakannya. apa pon, kita harus cuba yang terbaik.
obek, best la obek dah balik. hehehehhe... malam ni kita pi kuar pusing2 ye? ladies nitekan? huwahhahahaa... love u obek. eh.. love you too my readers! (ada ke readers?). hahahahaha....

Tuesday, January 20, 2009

aduhh...benci ahhh...


semalam balik kerja terus ni pegi tuju kedai nak cari pasir uk-uk tuh. ada satu kedai tu jual murah le sikit tapi selalu je tutup. tak paham betol camne la dia meniaga tapi selalu je tutup kedai. kot2 dia saje je kot bukak kedai tu just untuk buang2 masa dia je. wahh... bestnya la kalo kita pon buleh macam tu ye. so, mujur kedai tu bukak semalam. dalam kepala otak dah terpikir dah if kedai tu tutup nak kene pergi kedai jauh le pulak. kedai lain yang dekat ada tapi mahal wehhh... tapi take, dai buka semalam so dah beli settle hal pasir tu.

lepas tu pusing2 cari dinner. buntu la otak nak makan apa tak tau la. so pusing nampak ada jual nasi campor. tengok2 dulu orangnya ok ke tak. hahahahah... bukan apa, kene check le dulu kan. so, pergi tengoklaok, nampak menarik. beli nasi, laok sambal tumis kerang dengan pajeri terong. ampat hengget kooooo... hambekkk..... nak buat camne, bayar je la.

balik, bukak je pintu saya tengok rumah gelap. aisey..lampu dapor ni mati ke sebab memang sebelom pergi kerja pagi tadi saya on kan lampu dapor tu sebab saya kuar awal pagi tadi so still gelap. sian kat nezha la kan. jadinya saya ingat lampu mati means tak bernyala la kan. sekali saya pergi kat suiz tengok memang suiz tu turn off!!!!! harus le saya menggigil2 kepala lutut otak bergegar semua. dalam otak takde pikir lain dah. sapa la yang masok rumah saya ni. tapi sabar2 gak lagi. saya pergi tengok2 tempat makanan nezha kemas ko.. takde sepah2. uuwwaaa.. saya lagi menggigil2 nih. patot le saya masok je rumah nezha menjerit2 meraoung2 saya ingat dia nak apa. rupanya mengadu la tuh. saya apa lagi, menangis semahu2 hati. pas tu sms obek, tanya if dia dah balik sini ke kot2 mana la tau dia yang datang kan. sekali dia kata takde la..dia still kat sana, then ngadu2 semua, obek call. haaa..baru le nak call orang kalo tak tu mahal beno ke bill handphone tu?! geram tau. bercakap dengan dia tu kadang menyakitkan hati je macam cakap dengan tunggul kayu. arghh... tensen. so, dia seperti biasa menenangkan saya je la. dia mana la jenis2 kecoh ni. cakap pon slow2 je satu per satu. kadang2 tak sabr tau. saya je yang kelam kabut. dia kata nanti dia mintak tolong pakcik dia tengok2kan kot2 apa ke bendanya. lepas tu saya terus keluar pergi carik kunci mangga yang baru. semua kunci saya tukar. at least itu yang saya mampu buat.

saya punya menggigil2 nak ke kedai cari kunci mangga tu sampai saya terlanggar tepi van masa nak parking tu. saya otak dah runsing entah la. mujur tuan van takde pastu saya blah je. hahahaha.... masa tu memang tak pikir apa dah. saya pon sampai lupa lak nak tengokkereta saya ok ke tak. terus beli mangga baru takde tawar2 harga dah terus amik bayar. on the way back saya udah terjajar ntah drive pergi kemana2 ntah le pusing2 sebab saya risau runsing sangat. walhal bapak le dekatnya kedai tu dengan rumah saya. sampai je rumah terus tukar semua kunci. then sambong nangis. hahahahhaa....

malam sembang2 dnegan nezha tanya dia kot2 le dia boleh bercakap lak tetiba kan bagitau apa yang dah terjadi. nan ado ye. meow-meow je la kojenya. means dia ada gak la bagitau sesuatu cumanya saya je yang tak paham. makan nasi ampat hengget tu pon sikit je sebab dah tak selera. tak kuasa la.

so otak adalah berpikir orang ke hantu ke. ciri2 pecah rumah takde. apa pon tak hilang. cumanya suiz lampu dengan tempat makanan nezha tak sepah2. kalo tempat makan tu tak sepah ok la fine saya boleh pikir yang nezha semalam tu memang baik beno agaknya makan tak bersepah. tapi itu memang sesuatu yang amat mustahil la, nezha kalo makan habis satu ruang dapor tu bersepah2. bab suiz lampu tu yang tak tahan tu. sebab saya memang turn on lampu dapor sebelom pergi kerja sebab saya kuar awal-still gelap. then takot terbalik lambat nanti gelap. bila bagitau kat obek dia kata just imagination je, sebenarnya saya memang tak turn on lampu. arggh... malas le nak bercakap. dia tak paham. but maybe dia cakap macam tu sebab nak bagi saya reda jangan risau. kalo dia cakap yang bukan2 kang lagi le saya meroyan agaknya.

entah la.. saya berdoa moga takde apa2 yang buruk berlaku. harap semua mendoakan keselamatan saya dan nezha kat rumah tu.

obek balik petang ni. hopefully. katanya la petang, tapi kadang petang dia tu tak sama dengan petang kita2 ni. petang dia tu kang malam le jawabnya tu. entah la. janji balik-sudah. ni hal ni kena ditengok2kan. obek, belikan rumah baru untuk saya.

so, kuiz untuk hari ini - rumah saya berhantu atau ada manusia masok atau saya yang hantu??

Monday, January 19, 2009

rindu lagi....

ini muka time tengah baik...


uuwwa... masih rindu lagi. lambatnya selasa. itu pon date yangpaling cepat if obek boleh balik. if not lagi lambat le jawabnya. cepat la selasa tiba....

takde cerita menarik. semalam balik rumah kemas2 semua lebihkurang lepas tu chow pi salon. chewahh konon mengabihkan duit la apa lagi. sekarang dah potong rambut sikit. hehehhe.. sure obek terkejut bila balik nanti. tapi tak le pendek beno. teringin nak rambut potong apa ke namanya bob cut tu tapi macam takot le pulakkan. rasa macam pendek le pulak. aiyaakk...kata nak tukar2 feseyen tapi penakot apa kes. entah la.. belom lagi la tu kot. so, lepak2 sana sampai pukul 6pm. balik, beli dinner then mandi tengok tv. huhuhuh.. tak sabar nak tunggu ajl23 semalam.


ini muka merajuk tergolek atas meja..

yang saya teka semua betol kecuali kategori pop rock tu le. kira buleh gak saya jadi nek nujum malam tadik tu. sipi2 je yang salah. tak sangka betol m.u.h tu boleh menang. siap jadi juara lagu lagik. haiyakkk... masalahnya saya satu hapa pon tak paham senikata lagu dia tu. saya expect estranged menang untuk kategori tu. memula appearing memang mengancam le sekali masok je vokal lunyai. hancus la harapan nak lagu tu menang. ntah le apsal si rich tu nyanyi tak best le pulak malam tadi. anyway.. congratulations kepada semua pemenang. m.u.h sure suka gila. ye la. diaorangkan bermula dari very the bawah punya line. start from scratch lagik. harus la kemenangan malam tadi umpama kemuncak usaha diaorang. bagus! walopon saya tak le suka band tu dan tak suka pon lagu tu tapi saya suka usaha diaorang tu. orang2 macam ni yang tau susah payah camne nak maju. bukan yang naik dengan mudah2 tu. sms2 tak main laaaaa.. hwuahahhahaaaa...
merajuk lagi. saya tak reti le nak snap pic full body dia.
kalo tak buleh boh kat sini korang tengokla
perangai dia tergolek camne nanti.
nezha malam tadi buat perangai betol la. saya ni dah le excited je nak tengok tv. dai lak mengala lebih lak. nak main - dah main. nakmakan suap - dah makan suap. nak garu2 - dah garu2. saya memang bagi siap kan dia semua bior senangs aya nak tengok tv tu so tak le dai mengacau je. tapi harapanku hancur belaka. asyik le dok nak menyodok saya aje. alamakkk...kacau daun betol al nezha ni. pas tu lari2 masok bilik ajak tido bilik la. hahahha... saya cakap kejap lagi la, saya pon dah ngantok sebenarnya tapi tahan gak mata sebab nak tengok tv sampai habis. heheheh.. dia punay bengang saya tak layan dia masok bilik terus merajuk mengguling2. hahahhaha.. kelakar sangat2. terus lari naik atas meja sambil buat aksi2 tergolek sana sini. golek punya golek tu dia jatuh meja. hahahha.. apa lagi, lagi le bengang mamat tu kan dibuatnya. haru2. pelok2 jugak la layankan dia. habis je ajl23, nampak saya bangun terus dia pon mencicit lari masok bilik. eeeeee..gatal but yet so cute. manja beno.


bior le dia melayan perasaan tak puas hati tu..

malam mimpi macam2. mimpi obek, mimpi kawan2, mimpi polis, hahahaha.. ntah hapa2. semua ada la. lenkali saya nak catat le setiap mimpi saya tu bangun je tido nak tulis kat note book. so by end of the year boleh buat buku koleksi mimpi2. hehehe..sure laku nih. buleh buat duit beb....masalahnya ada ke orang nak beli? hwuahahhahahahha.....
sabtu tu kan saya tengok cerekarama cerita hantu raya. iowhhh.. takotttt.. kan bab yg dai pegang2 kaki then jadi lebam tu memang saya takot beno le. saya kan ke selalu je ada lebam2 macam tu. uuwwaaaa... memang rumah saya berhantu agaknya. dah le asyik je dengar bunyik pintu gril pintu kayu kene bukak memalam, pas tu ada lebam2 badan nih. kompom le ada hantu!!!!!!!!!!!! sapa lak yang bela hantu raya ni????? benci aaah.. nanti obek balik nak ngadu.
hehehhe... rasa nak gigit2 je dia ni tau.
eh, ok la. actually harini banyak gak keje, tapi macam malas le pulak. mata asyik nak mengantok je. ini kalo tido polok nezha selimut sodapnyaaaaaaa!!!!! obek balik cepat - rinduuuuuuu!!!!!!!

Saturday, January 17, 2009

dah mula dah....


dah mula dah rindu, walhal baru satu hari obek pergi, belom pon 24jam lagi dah rindu dah. semalam pukul 11pm baru obek bertolak pergi kerja tu. uuwwaaa... sangat sedih. benci ahh.. selalu je sedih2 ni tau. mujur sebelom obek pergi sempat jumpa dia kejap. kejap je la, nak pi dinner pon tak sempat. takpe la.. lagipon dia banyak kerja.

dapat sms pukul 4.50am pagi tadi obek indormed cakap dah sampai destination. mmm.. alhamdulillah. kerja elok2 ye so that boleh balik cepat. huhuhuhu... winduuuu...

hari ni baru sekali je obek call pagi tadi. tapi saya tak pick up le pulak sebab masa tu saya dok kat reban tengok ayam ma yang baru tu. rugi2. tengok sampai 3 missed calls. mujur macam baru je lagi then saya try to call back. biasa kalo still baru lagi missed call tu still boleh call kalo dah lama malas le nak call sebab maybe obek dah start koje. so call. yeayyy!!!! dapat cakap dengan obek. tapi takmo sedih2, buat suara ceria so that obek will kerja dengan senang hati. jadi la cakap kejap je dari tak dapat cakap lansong. obek promis to call back malam ni but taktau pukul berapa. takpe.. tunggu je la. uuwwaaaa...rindunyaaaaaa......

hari ni kat rumah ma makan je kojenya. pagi makan mihun goreng. lunch makan nasi laok ikan masak kicap. fav saya tu. hehehe.. fav sebab senang nak masaknya. petang makan kuih wade ke masalode. entah le. so malam malas le nak makan. perot dah penuh sangat ni. heran kan, saya kalo sedih lagi kuat makan tau. huhuhu.....

obek.. cepat le balikkkkkkk... rindu. promis tak buli2 obek if obek balik nanti. uuuuuuwaaaaaaaaaaaaa.........



sedih makan banyak nanti jadi bulat macam panda. tak kisah la.. panda cute apa!!!

Friday, January 16, 2009

nezha dan lapar...


semalam balik kerja lambat. ada hal sikit. sampai rumah dekat pukul 820pm. rumah gelap. alahaii..siannya anak saya bergelap kat rumah tu. harus le mamat tu mengamok2 dalma rumah kan. takpe2, sabar2....

sampai je pagar, seperti biasa disambut oleh sikurap. baik kurap tu. dai pon pandai dah macam paham je apa kita cakap. saya kata jangan main kat luar pagar takot nanti kena langgar kereta. ye la kereta situ laju2 macam f1 kononnya. benci. dia macam faham je, dai main2 kat pagar then masok. hehehhee.. bagus2.. syabasssss...

belom pun bukakpintu rumah saya dah dengar dah suara mamat tu mengamok2. ye la, dai tau le saya dah balik sebab boleh dengar bunyi kereta dan nampak cahaya lampu kereta. hehehe.. masok je rumah terus polok2 mengadu la konon. uuwwa....siannya dia. lap2 muka dia dulu, terus bawak pergi makan. ambik hati dia la kan. kalo tak kang harus le ada yang merajuk. tengok coffee table udah tunggang langgang. table runner udah tergolek kat bawah. takpe2.. sabar2.. tengok lak kat dapur alas kaki dapor dan alas kaki toilet udah berterabor. takpe2.. sabar2... kiranya tahap sabar saya semalam tu amatlah tinggi mengalahkan gunung himalaya. hahhahhaaa...




lepas siapkan dia, saya lak nak mandi. tadi perot macam kenyang sekali dah sampai rumah macam lapar le pulak. carik2 makanan ada tapi malas nak masak. hehehehe.. masak tu senang tap nak mengemas dapur selepas aktiviti masak tu yang payah. leceh semua nak kene lap. tu yang malas tu. jadinya saya sanggop ni menahan lapar. tengok cerita apa ye malam tadi? owhh.. cerita kartun, then tengok cerita puaka kat tv3. lepas habis cerita puaka terus tidor. perot berkeriut2 lapar gilaaa.. rasa nak menggigil2 badan ni. ingat nak kuar pegi mekdi tapiorang cakap mekdi tu ada kaitan le pulak dgn perang gaza. harus le saya terpikir dan takot le pulak rasanya. uuwwaa..tensennya!!!!!!

so, paksa jugak diri tidor. owh..obek koje malam tadi so tuyangtakde dinner tu. sekali tengah2 tidor terjaga sebab perot lapar. kejap tu obek call. dah pukul 12am daaa.. tanya buat apa. buat apa lagi?? waktu2 macam ni adalah waktu tidor.. takkan waktu membasoh kain lak... songadu2 lapar dia kata takpe dia datang bawak pergi makan. yahuuuuu... lompat2 siap2 semua pergi kuar makan. bawak nezha sekali. hehehe..sian dia dah lama tak tengok lampu malam2. kalo bawak dah malam macam ni takpe sebab dah takde orang. kalo awal2 adalah bahaya. hehehee...

so pergi makan nasi laok sotong masak pedas. chewahh.. membuka selera la konon sekali tu udah terpedas beno. haiyakkkkk!!!!!! uauauaua le jawabnya mulut makan. nezha well behave. duduk je dan tu la takde orang. saya dengan obek je pelanggan kat kedai tu. kedai tu pon jenis open space la tapi ada bumbung so tak le terkuap dok kat dalam or terlalu terdedah. mamat kepochi ni kan ke sensitif sikit. hehehhee... suka dia kuar jalan2. gatal.




lepas makan balik rumah la.. tengok tv kejap cerita apa ye. owhh.. cerita x-files tapi dah tengok punya. takpe la. tengok kejap then tidor. pagi tadi punya liat nak bangun. mengantok. jalan pulak jem. saya sampai lambat harini. terkejar2. benci aahhhh....
owh.. obek akan pergi outstation hari ni sampai selasa. uuwwaaa.. tak suka la macam ni. dia kalo pi koje outstation harus le tak boleh kaco. saya pon malas le nak kaco takkan nak call or sms je kan. harus kena tunggu dia yang contact saya. benci ahhh... cari la koje yang takde outstaion2 ni tak buleh ke?? kalo dia takde macam tak syiok la..macam takde geng je. kalo dia ada pon memang la bukan dok mengadap dia 24jam tapi rasanya tu macam dekat gitu. hehehe... kalo takde kat area2 sin rasa macam kehilangan le pulak. saya pun mula la meroyan tak tentu hala. asyik le down je mood. owwwhhh... camne la orang yang suami or bf koje kat dubai kat qatar bertahun2 tu? kalo saya, saya ikut.. tak dulikkk.. obek, i will miss you for sure! nezha will miss you too!!!!
harap2 semua ok. saya doakan perjalanan pergi dan balik obek serta kerja2nya berjalan dengan lancar dan selamat. so boleh le balik cepat. amin ya rabbal 'alamin.....
sebelom blah, baik la korang tatap dulu muka nezha yang cute nih. hehehhee.. ini je la sesatunya pic dia yang mata terbukak dan ala2 posing gitu.. yang lenlain semua hampehhh... eh, bukan hampeh la.. ala2 tak ready gitu. saya pon suka pic ni. so cute!!!!!! ok, i love you obek! i love you nezha! i love you all....
weehuuuuu...muka ala2 garang ke gangster ke macho? hahahhahaa.....

Thursday, January 15, 2009

tetiba emo lak.....


semalam macam biasa. takde yang luar biasa yang berlaku. balik semalam terus balik rumah dulu, malas nak pegi dinner awal2 sebab rasa macam nak baring2 dulu. balik, then baring kejap. pukul 9pm obek datang bawak pergi dinner. pergi try kedai baru. kira boleh laaa...
malam taid pon mimpi jugak. tapi ntah le mimpi hapa2 dah tak ingat dah. nezha baik2 je. malam tadi dok melayan dia main sampai sakit tangan saya sebab dia dok nak menggigit2 lak. haihh.... sakit tau tak. gigit kang baru ko tau nezha.


hari ni pergi kerja sendiri, sebab pagi tadi staf obek called cakap bapaknya meninggal. innalillah.. so obek kena la pergi melawat dan secara tak lansung akan busylah hari ni dia tu. jadinya saya pergi sendiri la koje. wahh..naik lemak nampak 2 hari berturut2 orang hantar pergi kerja. hahahhaa.. ala, sekali sekala apa salahnya kan.

pagi tadi dah breakfast tosei. hehehhee... so sekarang macam loya le pulak. tak sesuai agaknya dengan tekak.

saya tengah berada dalam dilemma sekarang ni. hati berbelah bahagi nak teruskan atau tidak. owhh.. runsing la kepala otak. zaman2 gawat ni perlu kena pikir bebetol. kalo tak kang yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat. saya dengar sekarang banyak kilang2 yang dah ditutup. siannya pekerja yang diberhentikan.. nak makan apa anak beranak. kalo bujang lain la. tapi bujang pon korang ingat takde komitment ke? orang selalu je cakap kalo orang bujang senang la takde nak tanggong anak bini makan. helloooo.. habis korang ingat orang bujang ni kejenya berjoli katak je la ye? ingat2 sikit, orang bujang la kena support mak bapak kat kampong. abang2 akak2 yang dah kawen tu ada kala lepas tangan dengan alasan dah ada keluarga sendiri. nakkena bagi duit belanja kat adik2 lagi. orang bujang pon ada komitmen nak bayar duit kereta, duit motor, sewa rumah, belanja makan minum semua. benci dengan perangai orang yang kalo bercakap tu main hentam je. saya ni bercakap bagi pihak orang bujang yang tak berapa senang hidupnya. kat mana2 pon situasi macam ni ada je. tak caya selidik la tengok.

malam tadi tengok 360 kat tv3. no komen. pas tu tengok bersamamu kejap. lagi no komen. kesian kat anak2 yang terpaksa berkorban zaman muda belia dengan bekerja. kene tolong ayah cri duit bagi belanja dapor rumah. memang tanggongjawab anak wajib tolong ibubapa tapi dia pon perlu ada kehidupan sendiri. ayah pendapatan rendah kerja panjat pokok petai dan ada kerja sampingan juga - buat anak. kesiankan la anak2 kecik yang tak cukup makan tu. makan sekali sehari je belah petang macam tu pukul 3pm baru makan nasi. malam takyah makan cukup dengan minum teh je. cukup2 kan la beranak kecik2 lagi, tengok pendapatan keluarga macammana. memang orang cakap setiap anak yang lahir tu ada rezeki masing2, tapi kalo rezeki tu bapak tak cari takkan turun melayang dari langit. anak tu bukan lahir2 je genggam cek bernilai rm300,000 sebagai belanja harian. entah la..kang cakap bebanyak kang orang kutuk saya pulak. saya bercakap berdasarkan pandangan saya. sebab saya dah tengok dengan mata kepala sendiri bukan sekadar tengok kat tv je.

eh..sorry.. tetiba emo lak. hehehhehe....

Wednesday, January 14, 2009

tag-tag-tag-tagggg.....


telah terkena tag dari en.duan yang budiman lagi pemurah serta penyayang dan memahami dan berkarisma... wahh..panjang nama ko duan. hehehee..... over tau.

apa lagi.. tak habis2 dengan tag-tag-tag-taggggg je. tapi disebabkan oleh kerna en. duan adalah sahabat blogger saya yang terbaru, chewahh..jadinya saya tetaplah memenuhi harapan beliau untuk membuat tag ini..

sila baca ye..

3 perkara tentang orang yang mengetag

1. sahabat blog yang baru dikenali. Chewahhh… ayat skima tuuuuu
2. dipercayai orangnya baik hati - bodek lelebih sikit…
3. katanya suka minum milo kosong – dia adalah kedekot nak beli susu.. kehkehkeh


3 perkara tentang saya

1. telah ditag oleh duan – walopon amat le boring part2 tag nih
2. pandai melukis – tak macam duan. Hahahaha..
3. tak pernah naik komuter


Saiz pinggang
- hanya sesuai utk duan sbb ukurlilit pinggang dia panjanggg..tapi dah ditukar kepada saiz gelang, lebih sesuai untuk saya. hahahhaa

Panjang : 16cm, lebar : 2cm sahaja tunaiiiiiii….


Kaler ‘what the hell???’
– telah ditukar kepada kaler sofa
Sapa punya idea nak tau kaler dotdotdot orang nih??? So tukar kepada kaler sofa la.. lebih logik dan relevan – coklat tua dan coklat muda, atau coklat pekat dan coklat cair, atau bold mocha dan beige colour.. haa..apa lagi?

Takmo tag sesapa. Hehehhehee….

nezhaaaaaaaaaaaa....


malam tadi saya mimpi ngeri. saya menangis beriya2 sampai tersedar pon saya masih menangis lagi. ceritanya macam ni....

malam tadi saya mimpi macam nak le buat khatam quran, jadinya sementara mengunggu tok guru tu sampai saya nak pi toilet le dulu. dah tu kang kalo dah duduk khatam tu kang harus le lamakan. chewahh.. sekali pi toilet tu macam ada kolah le. sekali saya masok toilet tu tetiba nezha pon ikut sekali, sebab diakan memang suka je mengekor mana saya pergi. pas tu saya macam le nak amik wuduk kat kolah tu sekali pandang dlm kolah nezha dah termasok dalam kolahhhhh!!!!!!!!!!!! dia dah senyap je dalam air tu. saya menjerit beriya sambil cuba tarik dia keluar. berat pulak tu saya sampai sehabis tenaga menarik dia cuba banyak kali then dapat jugak bawak dia kuar dari kolah tu. saya pelok2 dia cuba nak selamatkan la tonggeng2kan dia semua konon bagi air kuar le dari badan dia saya memang dah menggigil2 macam nak pengsan dah ni. ya allah... memang saya menangis beriya2 sangat.

sekali dah tonggeng2 semua dah tepok2 at last nezha sedar. dia punya menangis pelok2 saya bukan main kuat. saya apa lagi, sambong meraong laaa.. sedar2 sekali saya rasa dia tengah dok menggaru2 kepala saya pepagi buta tu. uuwwaaaa... memang saya terus je pelok dia sambong nangis lagi kat dunia nyata ni. pelok kuat gila sampai dia mengiaw sebab sakit kot. hehehhe.. jadinya pagi saya hari ni bermula dengan cerita sedih. saya memang nangis kow2 punya la. gila ahhh kalo bebetol terjadi. saya kalo dah mula menangis tu makan jam le baru nak berenti, takde brek2 de. hehehhe.. pukul 640am obek call. bapak pagi buta dah call. dengar suara saya dah macam itik serati sebab nangis beriya2. dia tanya apsal? saya cerita le mimpi saya tu. bukan nak pujuk.. lagi menakot2kan saya dia kata nanti sebenarnya ada sesuatu nak terjadi kat nezha. ha kauuu.. bertambah melalak le saya pepagi buta tadi tu. geram betol. orang sensitif tau bab2 anak saya ni dia buleh nak buat gurau2 lak. haa.. kan dah padan muka nak kena pujuk saya. jadinya hari ni dia hantar saya pergi kerja lagi. chewahhhh...

masa nak kuar rumah tadi saya pelok nezha kuat2 dan pesan kat dia jangan nakal2. risau dah hati saya ni meninggalkan dia. saya takot kalo apa2 terjadi kat nezha. kalo betol la, memang saya pengsan la gelap dunia saya ni. ya allah.. selamatkan la kami sekeluarga. walopon dah boleh tersenyum tapi hati saya masih runsing dan gusar. saya masih takottt.. kenapa saya selalu mimpi2 yang buruk je?

nezha.. i love you so much.. jaga diri ye..









Tuesday, January 13, 2009

hehehhee....


hehehhee... wah..hari ni pepagi lagi dah senyum sampai ke telinga ni. apsal ha? ada laaa.. hehehehe..

ok, memula cerita pasal semalam dulu la. balikkeje semalam rasa macam kenyang lagi. so malas le nak singgah memana beli makanan, lagipon pikir kat rumah masih ada belen roti tu masih boleh dimakan. bakar pon sodappp... tapi sampai je rumah perot berkeronncong le pulak. leceh laaaa..

so, korek2 dulu apa ada dalam peti ais, makan roti kosong dan minum air kotak. jadi la. sekali pukul 730pm obek call ajak pegi dinner. yesss!!! bagus ya amatz le tu kan. so siap2 pegi makan nasi lemak. bapak banyak makan. aahh..tak pedulikla kolesterol ke, gastrol ke hapa ke janji perot kenyang. lepas makan pusing2 kejap then balik rumah. sampai rumah teman nezha main2 kejap then tidorrrrrrrrr.....

malam tadi ada jugak mimpi. tapi mimpi2 biasa je. takde lagi mimpi artis kene bunuh ke hapa ke. hahahahhaha...

actually semalam banyak le kejadian yang berlaku, tapi malas ke nak ulas kat sini satu persatu. lagipon ada perkara yang bukan semua orang boleh tau. saya tak mau la every pergerakan pon nak kene tulis kan. takde pon peraturan yang macam tu. ada orang suka, tulis every detail, ada orang tulis pasal hal2 dunia, ada orang tulis pasal hal kerja.. macam2. seronok baca blog kekawan yang pelbagai corak can gaya penulisan. haa..sesapa yang amik subjek penulisan tu maybe boleh le baca tulisan blogger dan kaji penulisan tu. wahh..d ahboleh buat point untuk tulis tesis tu. kaji jangan tak kajiiii....

ni apa kes le pulak sembang pasal hal tesis ni kan. takde maknanya.

pagi ni nezha seperti biasa. mau-mau memekak kat telinga. selagi saya tak bangun duduk selagitu la dok menggaru2. eeeee..orang nak tidor laaaaa.. so, rutinbiasa hari2, bangun tidor, kemas tempat uk-uk dia, siap2 semua then pergi kerja. by the time saya nak panaskan enjin obek call. wahh.. apa kes call pepagi buta kan. sekalikata nak hantar pergi kerja. wahhhh.. ni mimpi apa lak orang tua ni kan. ye kan je la. bagus juga tak payah drive hari ni . jadinya hari ni saya pergi kerja obek le yang hantar. sepanjang perjalanan sembang macam biasa. owh.. saya dah bercakap2 dah. takde lagi cakap tru sms, sekarang dah life punya telecast. hehehhehee....

malam tadi dia bagi bunga telor sepupu dia yang kawen tu. lawo gak le. tapi bunganya je la, telornya elekkkk.. elok pon. kalo tak sapa nak makan telor tu. saya tak berapa gemar sangat.

tapiii.... apabila orang lain yang hantar ke office adalah schedule saya telah terberubah. saya udah jadi lambat. gerambetol. tapi takpe.. kalo bising2 kang tensen lak mamat tu kan. so, diamkan je la. saya biasa budget sampai office dalam 850am macam tu so masihada masa untuk pergi kedai depan yang mahal tahap dewa ni untuk beli karipop besar penumbuk baby baru lahir dengan harga 5 kupang. tapinya.. tapi saya cadangan bolehle pergi minum dulu dengan obek sekalinya udah lambat samapi saya pon malas le nk bukak mulut ajak pergi minum .kalo tak kang lagiiii lambat saya sampai office. jadinya saya adalah kelaparan sekarang ni. ggrrrrrr...

takpe la..lunch kang saya bedal cukup2. harap obek tak lupa nak jemput saya udah le. jangan jadi macam hari tu, hantar kononnya sekali nak balik pukul 545pm saya call dia ada kat putrajaya lagi. uuwwaaaaa.... jenuh menunggu. hantu betol. opss..sorry pepagi terkutuk hantu lak. kahkahkahkahkahhh...

ok la.. ituje nak tulis harini.. nanti kalo ada masa buleh tulis lagi tapis ekarang adalah macam busy sikit la. nak melawat2 blog kawan2 pon kadang2 curi2 masa. hehehhee...

have a nice day...

Monday, January 12, 2009

bosannyaaaaa....

semalam hari ahad adalah yang paling bosan. lepas tengok melodi, balik rumah. sebelum balik harus le tapau apa2 yang patot dari rumah ma kan. kahkahkah.. sampai je rumah, kemas2 tempat uk-uk sikurap. eee.. geram betol sikurap ni rajinpulak dia nak bawak tulang2 ikan ntah dari memana masok dalam bowl makan dai tu. saya marah dia semalam. jentik sikit tinga dia. sikit je la.. bagi peringatan. orang bagi makan elok2 ko sebok nak makan tulangikan ntah dari mana tu kan? esok tak bagi makan baru tau. haa. pegi carik sendiri makanan. eee.. geram betol la. bukan semalam je, dah beberapa minggu ni ada je la benda dalam bowl dia tu. hari tu kaki ketam. mau saya tak mengamok.

lepas kemas2 tengok nona. nak habis dah pon time tu. takpe2... tengokje la lagipon tak cerita menarik la semalam. sambil2 tengok tv mata pon terlelap. mamat kepochi apa lagi, menyelit masok sekali bawah selimut. haihh.. tak boleh orang nak bersenang lenangsikit, nak menyelitttt aje tau.

siap boleh mimpi2 bagai tu. hahahahaa... tapi semalm mimpi lagi horror. mimpi faizal tahir kena bunoh koranggg.. huihh... ngeri2. walhal tak pernah pon tgk dia nyanyi kat tv, dengar kat radio lagi le. alih2 mimpi dia le pulak. apakah itupetanda dia akan menang juara klagu tv3? sbb dgr dia sampai 2 lagu, ye ke?

anyway... biarkan la. malam panaskan laok yang bawak dari rumah ma tu dan makan nasi la. nezha takmo makan semalam, sampai kena pujuk2 suap baru nak makan. lenguh weh tangan nak menyuap dia makan.

obek takde kat kl. lepas dia pegi kenduri sepupu kat cheras terus ke klang pulak. katanya belah pihak lelaki le pulak. taip ada insiden kat rumah pengantin. hahahahhaa... takmo cerita la.. hal family dia. saya pon tak begitau tau sangat lagi cumanya dia ada mengadu sikit2 le semalam. haihh.. macam2.

hati masih susah. sekarang saya berada dalam dilemma. pening kepala nak pikir. entah la.. nanti2 la. apapon, negok pic nezha tido dulu ye. hehehehe.. sorry la sebab gayanya tu sepesennn je. dia takde nak posing2 la. saya pon tak reti la pulak nak memposingkan dia.



lepas kenyang tidurrrr....





kasi close-up sikit. kot2 ada sesapa yang nak kira misai dia ke. hahahah...





ok la.. itu je nak tulis harini. harap obek balik cepat. winduuuu.......
opss..lupa.. happy monday to everybody...

Saturday, January 10, 2009

haihhh...apa ni???


hari ni macam2 perassan ada. ada takot, ada seronok, ada gembira, ada sedih, ada benci, ada menyampah. pelbagai peristiwa jugak yang telah berlaku hari ni. macam2. haihhh.. apa ni? gabungan setiap unsur perasaan ke?

bermula pagi tadi, hari ni breakfast sandwich. hahahaha.. seronok sebab dapat makan makanan kegemaran. pukul 12pm kuar kejap ada hal nak jumpa orang. tapi seperti biasa adalah agak takot if pergi jumpa sensorang so paksa jugak obek ikot. orang tua tu dah ke konon2nya buzy bagai nak rak sebab attend kenduri sepupu dai kat cheras. aarrgghh.. bukannya majlis tu tak menjadi kalo dia takde sekejap dalam satu jam. mengada. perasaan adalah marah, benci, berdebar2 dan menyampah. janji jumpa pukul 130pm tapi orang tu lambat le pulak. pukul 2pm baru nampak batang hidong. huhuhu.. jam dia lain dari jam kita2 ni. tu la pasal dia lambat. smooth discussion and hopefully dapat result yang positive.

lepas siap tu, obek pergi balik kenduri kat cheras dan saya balik rumah ma semula. on the way back ingat nak beli rojak le konon, rojak mamak yang naik lori kecik tu le. sekali mamak kata 'rojak habis kakak.. mee goreng je ada..' uuwwaaaa... orang nak rojak le bukan nak mee goreng. takpe2, kita pegi jalan kat kedai depan pulak, niat nak beli kuih cucur campor tauhu goreng tu cicah2. sekali lagi best.. kedai tu tutup. uuwwaaaaaa!!!! benciiii!!!!!!! 2-2 kemppunan. menyampah betol. masa orang taknak, ada je belambak, masa nak takde la pulak. so, takpe.. jalan terus depan lagi. kali ni target nak beli laksa pulak. kali ni kalo takde memang balik je la terus. makan je la nasik kat rumah tu. sekali ada. so beli laksa 2 cendol 1. saya tak le suka beno cendol, tak boleh le pening kepal if minum cendol tapi memandangkan semua orang pon beli cendol, saya pon menyelit gak le nak beli. kekekekkekee.....

sampai je rumah terus makan. ma lak goreng pisang. yahuuuu... banyak makanan hari ni. pas tu buat lagi cucur ikan bilis. best.. tapi spoil sebab ma boh cili api sekali saya dah tergigit cili api tu. benciiii..... terus patah selera tapi takpe sebab dah kenyang masa tu. hehehehehe...

so, malam ni takyah makan le sebab dah kenyang sangat. cumanya macam haus je sangat. tadi ma buat sirap nenas, balun je la. sakit perot belakang cerita la.

obek esok hantar makmidah dengan tokngah balik kampong. huhuhuh... pegi la...

emosi dah sedikit stabil tapi sisa2 menyampah still adal. harap2 sisa2 tu bakal terhakis la hendaknya bukan makin bertambah2 ye.. doakan la.

ok la... esok sambong tulis lagi. tenet ni lembabol betol. nak bukak 1-1 window tu bapak le lambat. sempat lak saya baca satu mukasurat buku mastika baru dia boleh buka. benci aahhhh...

esk nak buat apa ha? owhh... nanti2 la pikir. rindu kat obek. aiyakkkk... baru tak jumpa 5 jam dah rindu ke? arrgghhhh.. tak kira. nak rindu jugak.

Friday, January 9, 2009

menyampah...


asyik menyampahh je tak baik tau. cuba la ceria2 sikit. ahahahhaa.. peringtan untuk diri sendiri. balik semalam singgah kedai dulu la sebab kepala dok ligat pikir nak dinner apa. nak makan mee/mihun rasa macam boring pulak. burger asyik la hari2 pon makan burger. nak makan nasi pon macam hari2 je makan nasi, tak syiok. obek takde. dia pi koje. koje la rajin2... menyampah.
jadinya singgah kedai. dok le pusing2 dalam kedai nak beli apa. roti dah amik, konon ningat nak buat sandwich le kan. sekali nampak lak sotong dalam tin. huhu.. tak pernah makant api teringin le pulak. pikir punya pikir nak makan tu dengan apa takpe la, cicah roti pon boleh kot. sekali pusinglagi nampak le instant pasta. baca2 instruction nampak macam senang je kan so amik gak. air? air takyah, kat dalap peti sejuk ada macam2 jenis. jangan beli lagi kang membazir je.
so, sampai je rumah terus la menuju dapor yang dah dekat sebulan kot tak menyala. hahahaha... sampai masa nak turn off fire pon dapor tu ala2 takmomenyala le pulak. ha sudah.. takkan gas habis kot? tak pernah guna pon habis gak ke? then try ketik2 lagi 2-3 kali dah boleh dah. nezha biasa la. menyebokkk tak tentu hala bila tengok saya kat dapor. siap panjat meja. macam le dia tu tau beno nak masak. ggrrr.. layan kan je la.
jadinya saya masak instant ps tu le semalam. senang je, rebus pasta tu then buang airnya then gaulkan dengan cheese powder tu. kalo ada mixed herbs buleh le tambah tapi saya takde semalam. so saya makan dengan baked beans. sodappp.... kiranya next time buleh le buat lagi. serving for 1 person tapi as usual saya memangtakkan habis punya la.


ni le instant pasta tu.. not bad..
semalam makan mewah. memacam ada. sapa kata orang susah hati tak de selera makan? saya kalo susah hati lagi membuak2 selera makan. kahkahkahhh.. tapi takmo makan banyak2, kuantiti sikit tapi nak banyak2 kali. haaa.. macam tu la. so, dessert is stroberi gaul dengan coklat. ye tuan puan, gaul bukan cicah ye. kahkahkahkahhh.. geram je rasanya.


ini le dinner saya semalam.. air harus le teh 'o'...
sementara tunggu pasta tu sejuk saya pergi mandi dulu so takde la nak tiup2 lagi time makan kang. masa saya mandi nezha seperti biasa dok kat luar pintu sampai menggaru2 pintu mengiaw2. eeee.. stalker betol mamat nih. orang nak mandi pon tak senang la dia ni. lepas mandi siap2 bawak pi depan tv, bawak sekali makanan nezha. malam tadi malas le nak suap2 dia. makan sendiri2. dia ok je la pulak saya tengok. hehehehe... lenkali makan sendiri je nezha...
sambil makan sambil tengok tv. cerita hapa la semalam. lupa le pulak. oowhh.. tengok the guardian, pas tu tengok chef at home, pas tu tengok cerita puaka tv3. lepas cerita puaka tu terus tido. mood adalah malas.

chewahh..perot kenyang mata pon stim le kan.

hehehe..dah terlentok daaaaa....


pagi tadi awal pulak si nezha tu bangun. kecoh je pepagi nak garu2 kepala saya. saya selubong dia tak pus hati pi gigit2 lak. haihhh... geram betol. last2 bangun gak tanya dia nak apa. dia mau-mau je then duduk balikkat port dia. tengok jam dah 545am. mmm.. patot le pon. memang tepat je 'alarm' bergerak saya nih. kihkihkihkihhh... tapi saya malas, sambong tidor, 630am baru bangun.

bangun siap2kan semua orang bersih2kan semua orangthen baru saya lak mandi dan siap pergi kerja. jalan harini tak jem. bagus.

okla.. petang ni kena balik rumah ma. malam tadi almaunah sms tanya nak tak pergi konsert rihanna 13/02 nanti. saya kata tak le kot. lagipon tak le suka beno rihanna tu. lain le if korn ke yang nak datang. harusss..amik cuti pon sanggop nih. kahkahkahkahh.. suruhpergi surau dengar ceramah yang pree tu ko banyak alasankan. pegi tengok konsert bayar ratus2 tu sanggop le pulak. haii.. apa la nak jadi dengan saya ni..

ok2.. dah habis cerita. harini mood still benci dan menyampah. love all of you. have a nice weeekend. saya? huhuhu.. tengokla nanti jadi apa....

Thursday, January 8, 2009

mengamok konon...

semalam memang saya panas hati betol la. ada je yang tak kena. balik2 tu beli roti krim sesiap. sebab memang takde mood betol nak kuar dinner. dalam marah2 tu beli roti sampai 4 ketol. hahahhaa... ye la, kata dah marah harus le otak tak boleh berfungsi dengan betol. balik2, kemas tempat uk-uk nezha dengan kurap then dok mengadap tv sambil makan roti. makan 2 ketol. hehehee.. gemok belakang kira. janji hati puas. takde nak diet2 de sekarang ni.
masa makan roti ada insidens berlaku. dengan phone call nya, dengan pikiran asyik dok terpikir je, dengan hati hangatnya, so menjadikan saya sangat lebih couble triple sakit hati. eeee.. rasa nak je hempas2 barang dalam rumah tu tapi terpikir lak kang dah pecah2 semuanya kang saya jugak yang kena kemas. owhh.. sungguh tensen.
so tenang2kan hati nak pergi mandi. dalam pada dok mengadap meja solek tu sambil mengempas2 le jugak tapi still berjaga2. ye la.. buatnya pecah botol2 kaca tu dah satu hal. kalo kena kat saya takpe lagi, buatnya kena kat kaki nezha sapa susah? sayaaaaa jugak yang susah. eeee..payahnya nak mengamok pon nak kena pikir2 gak lagi. tapi ntah le camne tangan tertepis jugak le botol colonge ke hapa body spray. kelentanggg!!!!! pecah berderai. bagus. memang bagus sangat padan muka saya. mujur botol plastik tapi memang kuat beno le kot saya tepis tu sebab sampai pecah berkecai. jadinya bilik saya semalam harum seharum2nya la. ye la, dah kata sebotol colonge pecah. baguskan? takyah nak sembor2 air freshner lagik. nezha punya bapak terkejut, sampai melompat dia. huhuhuhu... alalala siannya anak saya. terpaksa melihat saya menjadi ganaz semalam. jadinya udah le menambah kerja nak kena lap2 yang tumpah tu. saya malas saya amik je selimut buat lap. kahkahkahkahhh.. sudahnya harum le selimut saya malam tadi tidor syiokkk je kan. bagus2. lenkali pecahkan le lagi. mujur yang pecah tu colonge murah je, buatnya perfume JPG or carolina saya, harus menangissssss..
jadinya, udah pecah, udah lap2 tu baru le terpikir dengan lebih waras lagi. tu la.. nak mengamok pecah2kan barang at the end sendiri yang susah sendiri yang rugi. kalo saya kecik2 dulu memang macam tu kot. tapi sejak dah tua bangka ni dah pandai kawal perasaan dan boleh pikir sikit. walocamne pon.. dah lega sikit bara kat jantong saya nih. tapi, still ada lagi la.
malam lepas mabdi tengok tv. rasa macam nak kuar je pusing2 tapi malas le pulak. kalo kuar kang penat, kalo kuar kang harus RM pon turut kuar sekali. haihhh.. lagipon bahaya le kuar memalam sensorang. tau takottt. kahkahkahkahhhh... so takpe la, duduk rumah main dengan nezha. main kejar2 dan nyorok2. suka je mamat tu. saya risau gak if dia stress sebab selalu tengok saya mengamok2 marah2 nangis2 nih. jadi, layan dia je la semalaman.
yang ni masa dah penat. so rehat kejap.
harus kalo amik pic nak pejamm je mata dia ni tau.


tengok, bukan dia pedulik saya suruh posing.



malam ni kang harus le lagi boring. obek kerja dan ada hal nak kene pergi ke rumah arwah ayah talib sebab nak discuss kenduri 100 hari tu. mmm... payah nak cakap, anak orang tu sendiri kan ke ada. tapi kalo anak jenis tak reti bahasa camne kan? harus le anak angkat yang nak settle pulak. ikut hati saya, saya bahasakan je. tapi masih ada budi bahasa lagi saya ni. jangan sampai saya hilang sabar. saya tak peduli sapa pon saya bahasakan jugak. tua ke muda ke pedulik hapa. apa ingat orang tua tu semuanya elok2 beno ke? kadang orang tua lagi perangai macam malaun bongok tak boleh nak berpikir.


petang ni jugak makmidah dan tokngah akan sampai kl. sebab nak hadiri majilis kawen sepupu obek kat cheras this week. jadinya macam kunjungan balas le sebab masa si jemi tu kawen family orang tu tolong2 sampai tidor2 sana. macam tu kiranya. balas2 tolong.


arrghh.. malas le nak pikir banyak2. tapi tak pikir pon rasa macam terbeban je la pulak. anyway... pagi ni saya dah breakfast nasi lemak dan minum air kotak milo besarrr punya. tapi tak le habiskan. harus sampai ke petang air milo tu ada lagi. jalan hari ni lak tak berapa jem. tu yang sempat pusing2 cari nasi lemak tu. hehehehe.. saya suka je nasi lemak anytime pon, siang ke malam ke. sapa nak belanja saya nasi lemak angkat tangannnn.....


ok la.. itu je nak tulis hari ni. sebelum habis tulis, lets tengokpic nezha malam tadi masa tengok tv. orang tengok tv dia bagi montot lak kat tv, muka mengadap saya. apa muka saya ni muka tv ke??? kihkihkihkkk...




chewah, chewahhhh.... control macho nampakkkk

ok la (berapa kali ok daaaaa...), cukup untuk hari ini. malam ni kalo say apening2 lagi saya nak kuar gak. tapi nak pergi mana? takdok kawan kuar sensorang camne??? kang termengorat lak lak. kahkahkahkahh.. takde la.. saya dok rumah je la, layan tv, tengok vcd ke main tenet ke apa ke.. jaga diri okehhhh!!!!! love you all...