mari mencari....

Google
 

Wednesday, January 28, 2009

cacamarba...


cacamarba punya peristiwa, cacamarba punya entry, cacamarba punya mood, pendek kata semuanya cacamarba lah.

dah berapa hari tak update blog, rindu nak update, rindu nak baca blog orang, rindu nak beronline tenet.

cerita 1 :: bongokband buat hal. tak boleh online. puas le saya godek2 tak jugak boleh. cakap dengan obek pasal bongokband ni ingatkan ada apa hal ke sekali dengan senyum kambingnya dia cakap dia tak pi bayar bil. actually saya tak nampak le dia senyum kambeng tu sebab cakap tru sms je tapi saya buleh bayangkan muka obek time tu. muka orang bersalahhhh, harus le macam kambeng dan harus le saya pon jadi hanginnnnnn!!!!! hantu betol. silap saya juga. selama ni saya tak pernah pon amik tau hal2 bil ni saya tau guna je. aduhaii.. saya cakap if saya tau bill tak bayar saya buleh kuar kejap pegi bayar tapi kejadian berlaku pon dan malam buta then

esoknya dah cuti. habis camno.. so, try la gigih ni guna line tm kat rumah ma. masyaallah.. bapak le lembabol betol. tau2 je la kalo guna dial-up ni. gila lambat!!! berejam2 nunggu. pas tu dah dapat line putus2 lak tu. menambahkan hangen je, so, tu yang tak online tu. so, hari ni baru la pi settle segala bapak bil. baru lega. pengajarannya, jangan ingat orang bayarkan bil anda. tolong bayar sendiri ye. hehehe..

cerita 2 :: mak midah ada buat kenduri doa selamat la. sebab semua hal kenduri kawen sijemi tu dah selesai. okla tu kan. masalahnya sijemi tu haram nak balik. walhal orang tua tu buat kenduri pasal dia. memang bongokbetol. obek pon bengang gila tapi malas nak cakap banyak2. sian kat mak midah, sian kat obek jugak. saya benci dengan orang yang macam ni. alasannya tak balik ialah kononnya rasa tak sihat nak demam. demam betol2 baru ko tau.

cerita 3 :: disebabkan sijemi asyik dok cakap demam2 je kan. sekali memang kena pon demam denggi. terus masok icu padan muka. astagfirullah... bukan saya nak padankan muka dia sakit tu tapi tu la akibatnya kalo asyik nak menipu kata demam2 je. dari dulu kalo ada je hal family bab kenduri kendara ni haram nak baik menolong. Sekarang dah susah family jugak yang ko hadapkan. Bila dah jemi masok icu, harus le mak midah kelam kabut nak dating ke kl ni. So obek bawak la orang tua tu. Ye la.. jahat2 pon anak sendiri. Sampai rumah jemi kat s.a tu. Bini jemi dah tggu kat kpj s.a. bila dah sampai sana dah jadi 1 hal pulak sapa yang nak dok bawak mak midah ulang alik dari rumah ke kpj tu. Bini sijemi haram tau bawak kereta bawak motor!!!!!!!!!!!!! Lagi satu beban. Eeeeeeee.. itule pasalnya korang2 yang membaca ni tolong lah.. tolongla amik lessen kereta motor sendiri. Bukan apa, untuk saat2 kecemasan macam ni sekurang2nya korang boleh bergerak sendiri. Tidak le mangharapkan orang je nak bergerak. Ada kereta ke takde kereta ke itu lain cerita. Yang pentingkena ada LESEN!!!!!! Buangkan rasa takot atau tak suka ke fobia ke. Cuba kalo dah jadi macam ni. Sapa yang susah? Diri sendiri yang susah. Teksi memang le ada tapi kalo dah jadi hal tetengah malam laki ko sakit nak melolong mintak tolong kat sapa?? Aduhai.. jadinya sekarang adik obek lak kene datang jadi driver. Memang la kena tolong, sebab yangsakit tu adik beradik sendiri. Setakat sehari dua boleh la, kalo dah berminggu2 berbulan2 camne> orang lain pon ada kerja sendiri juga. Tambah2 kene denggi ni, bukan boleh sembuh dalam seminggu dua. Lama baru boleh semboh. Ini pengajaran pada jemi, bini jemi dan kita semua.

Cerita 4 :: aircond obek yang rosak hari tu rosak semula. Ntah le apa lagi yang tak kena saya pon tak paham. Dai pergi hantar ke kedai tu hari ni rupanya kedai tu still tutup. Saya malas nak cakap bebanyak orangtengah serabut kalo saya cakap kang lagi serabut. So biar reda dulu.

Cerita 5 :: nezha ok je. Bertambah2 manja bagai nak rak. Geram. Rasa nak cubit2 dia.ada kucing liar datang rumah saya dok makan makanan sikurap. Hangin betol saya. Sikurap tu dah le kecik mana dia berani nak lawan kucing jahat tu. Wahh.. jahat tau kucing tu. Nak makan tu makan je la jangan nak lawan tokey jadi bos lak kat sini. Siap nak marah2 sikurap lak.ini sudah lebeyyy…..

Cerita 6 :: plan nak pergi holiday maybe tak jadi. Sebab dah jadi macam2 hal. Obek pon dah demam le pulak. Sebab maybe terlalu penat. Ye la, penat dengan kenduri, penat dengan pergi ke kota tinggi lagi melawat kenduri sedara tu, penat dengan kerenah orang, penat mengusung orang sana sini. Apa agaknya jadi kalo obek tu takde.huhuhuhu..takmo piker.

Cerita 7 :: opah saya makin terok. Entah la.. saya kesian kat ma penat kena jaga opah tu. Ma pon sekarang dah sakit kaki pulak. Ye la, penat sangat, tambah2 dah tua2 ni bukan boleh ada silap sikit. Semoa allah member kekuatan kepada ma. Aminnn….

Cerita 8 :: saya pon ada masalah juga tapi malas le nak cerita. Cerita pon bukan buleh settle. Benci ahh…

Ok la..itu je entry cacamarba untuk kali ini. Love you obek!!! Love you nezha!!! Love all of you readers!!!

4 comments:

one love said...

tak cacamarba...

:)

payarumput21 said...

Salam CikSaya..

1. Baca pasal tenet.. kita nak gelak.. bapak gelak!! sorry aaa.. kita pun tengah bengang dengan TM ni.. Nyampah dengan BERUKband.. BENCI!! Sbb.. last week.. terputus hubungan dengan dunia cyber.. betul2 BERUKband..

2 & 3. Allah.. tumpang geram bila baca.. semoga kita tak seperti tu di masa2 akan datang. Pengajaran.. jgn bohong dgn org tua.. tuhan marah..

4. Mudah2an semua yang terlibat diberikan kesabaran ketika menghadapi dugaan.. menghantar.. mengambil.. dan segala mcm me..

5. Buat Ma.. semoga diberi kesihatan yg berpanjangan.. Insya Allah.. Kesian Opah.. :(

6. Buat CikSaya dan Obek juga nezha.. jaga diri dan kesihatan.. lap u all 2..

**wah.. panjang mcm entry sendiri la pulak**

ZH - Ena said...

segoga obek cpt sembuh..semoga awk cpt ilang rasa moody..

saya said...

1love : tak cacamarba.. bubur chacha jek. hehehe

cikpaya : okeyy..takde hal... tapi yang salah tu ialah nombor jek.

ena : moga2.. terima kasih.