mari mencari....

Google
 

Saturday, January 3, 2009

mendung...


"sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita. itukah suratan dalam kehidupan, atau sekadar satu kebetulan...kita asyik membicarakan, persoalan hidup dan pilihan serta kejujuran semakin berkurang. masih tiada bertemu jawapan. walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan , mengapa sering terjadi pilihan tak menepati. hingga amat menakutkan menghadapi masa depan. seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus......"

bait2 lirik lagu suratan atau kebetulan itu banyak benarnya. tak perlu dikupas satu persatu, hayati sendiri dan fahaminya. entah la.. susah nak cakap...

hari ni cuaca mendung dan hujan gerimis sepanjang hari. ada ketikanya hujan lebat. bagaikan memahami hati dan perasaan saya yang turut mendung pada hari ni. mengapa selalu saja mendung? tidakkah mencuba untuk cerah? bukan tak cuba, dah cuba sedaya upaya tapi tak mampu. sekarang semua orang tahu saya seorang yang bersifat mendung selalu. hahahhahaa...

perlu dilihat dalam konteks jiwang atau havoc? terserah... penilaian terletak pada diri masing2. inilah pengalaman yang harus ditempuhi tiap insan. betapa pon cuba melindungi tapi jelas kegusaran itu akan tetap menyerlah. katakan saja saya pelakon hebat.. yang mampu menutup kesedihan dan kelemahan diri disebalik gelak tawa. ye.. jika ada anugerah untuk itu, sayalah pemenangnya.

anyway.. takmo sedih2 la. biar saya je yang tau apa halnya. hari ni saya memalaskan diri sendiri. saya paksa diri supaya tidak bergerak dan hanya duduk diam je. biarkan 'dunia' tahu betapa perlunya saya untuk bergerak. hehehheee.... setiap perbuatan saya hari ni akan diiringi dengan bpatah2 perkataan yang saya ucapkan dalam hati. kutukan? amarah? senyuman? hanya saya saja yang tahu...

apahal la pulak nak bernovel2 dan berayat2 jiwang hari ni kan. takde apa lah... saya je try test tengok buleh tulis ke tidak.. kenapa? tak percaya?...

sekali pikir rasa nak je lari. lari ke mana? lari la keliling taman - jogging la.. ingat apa? mana ada orang nak lari dari rumah bagitau kat orang lain. hahahhahaa....

5 comments:

~dARlee zURiS~ said...

langit mendung..sini pun mendung gak??
biasalah tu..adat kehidupan
sentiasa ada cerah dan mendungnya kan..

lagu tu mmmg sedap
menikam jiwa tol ;)

KV said...

hehe
sini siap banjir bagai tau!
rilex ya!

one love said...

hehehehe!

entry yang mulanya macam nak sedih tapi ending dengan lawak!

cool! hehehhhee

payarumput21 said...

Salam..

Laaaa.. apa cerrrr??? Macam sedih.. macam tak.. macam mendung.. macam tak jugak.. konfius..

saya said...

zuris / kv / 1love / cikpaya : takpe laa. mendung tak bererti hujan walopon dah ribut sebenarnya. hehehhee...