mari mencari....

Google
 

Friday, January 2, 2009

mimpi macam2...


malam tadi saya mimpi macam2 cerita tau. siap ada episod2 lagik. hehehhee.. ini kalao jual skrip kat tv3 ni buleh jadi slot samarinda bagai le nih. benci ahhhhh... hari2 pon mimpi. kalo mimpi yang syiok2 takpe gak.. ni mimpi ntah hapa2 ntah..

1st mimpi : mimpi macam nak pergi amik exam. tapi sebelom amik exam tu kat dewan exam tu kita semua kena amik macam bunga telor la. ada 2 pasu bunga telor. satu kaler merah, satu kaler putih. pemeriksa tu cakap if kita ambik bunga telor yang betol.. akan dapat ala2 markah extra dan tak payah jawab kertas exam tu. kalo tak.. kena jawab le exam paper tu.

masa semua orang rebut2 nak amik bunga telor tu, semua tuju kat bunga telor kaler putih, saya je yang pergi kat bunga telor kaler merah.. sebab ala2 yakin la itu memang the lucky bunga telor. sekali betol la itu. siap ada nombor 6 kat dalam kelopak bunga telor tu. bentuk bunga ros korang. hehehhee... canggih betol mimpi saya. so, bila tunjuk kat pemeriksa tu, dia kata saya betol so takyah amik exam sebab dah dapat full mark dah ni. jadinya, sementara orang dok perah otak nak jawab exam, saya dok pusing2 keliling menengok orang jawab exam tu. hehehehee...

2nd mimpi : mimpi naik kereta. ntah le camne.. nak pergi kemana ntah nak menyeberang laot. wahh... sungai2 tak main la. laot cina selatan teros ni. naik jambatan menyeberang laot punya la panjang. saya kata ni jambata apa ni, then org tu jawab, ini le jambatan yang dibina oleh orang2 indon kat malaysia. wahh.. apa kenanya. rupanya orang2 indon ni dah terlalu ramai kat malaysia, dan dah makin senang. ada yang lebih senang dari kita orang malaysia sendiri. so diaorang tu buat ala2 persatuan la. persatuan rakyat indon yang bermastautin di malaysia. so diaorang collect duit buat jambatan tu jadinya dengan adanya jambatan tu they all takyah susah2 nak naik plane or tongkang bila balik indon. just drive je. huhuhu... itu mimpi tu kalo jadi kenyataan memang la tak mustahil. tengok je la orang2 indon sekarang ni kadang memang tak dapat dinafikan memang lebih kaya dari kita orang malaysia sendiri. so, perjalanan melalui jambatan amatlah jauh. konon2 boleh nampak la jambatan tu lurussssss je jauhhhh je perjalanan. tapi selamat sampai le. mujur takde jaws melompat2 tepi jambatan tu...

3rd mimpi : mimpi entah la tengah kecoh2 apa. sekali saya selamatkan la 2 orang ni. 1 pompuan 1 lelaki. pompuan tu ala2 comot le pulak. sekali bila je nampak obek terus ni nak sikat2 rambut nak mekap2 bagai nak bagi cantik. wahhh.. dia lak nak ngorat obek nih! ini tak boleh jadi. kita dah selamatkan dia, dia nak buat perangai lak. harus le makcik bersilat gayung patani dalam mimpi tu kan. elok2 ko selamat dari suasana kelam kabut tadi tu, terus nazak haku kerjakan ko. very the padan muka. kahkahkahkahkahhh... sungguh kejam mimpi tu.

4th mimpi : ada la mimpi tapi dah lupa. masa bangun tido pagi tadi ingat je. sekali dah buat kerja dah macam2 ni udah terlupa le pulak. tapi memang very sure ada 4 cerita mimpi malam tadi. semua mimpi tu dalam episod yang berlainan, maksudnya lepas 1 mimpi, saya terjaga then tido balik then mimpi lain pulak. hehehhee... korang paham ke? tak paham sudehhh...

heran betol la. hari2 pon ada aje mimpi. macam2 style lak tu mimpinya. ada sesapa nak buat experiement kajian otak waktu tidor sila pilih saya sebagai subjek. nescaya anda akan mendapat pelbagai analisis. itu jam, korang guna statistik tahap dewa pon belom tentu dapat menganalisis mimpi saya. kekekekkeee.... entah la.. nak kata tak basoh kaki, basoh dah. tak basoh muka, basoh dah. tak gosok gigi, gosok dah. tak amik wudhu, amik dah. apa lagi yang tak? agaknya tu la dianya, lagi nak buat baik lagi macam2 dugaan.

terlambat pulak bukak cerita pasal mimpi ni kan. walhal dah nak termimpi balik semula dah ni. nanti malam ni tengok ada mimpi ada lak agaknya. orang kata mimpi tu mainan tidor tapi asyik je main dalam tidor penat makcik. dah le saya jenis memang tak pernah nak lena tidor. baru2 nak lena ada je mimpi merasok kepala hotak. bosannnyaaaa!!!!!! lenkali kalo nak mimpi bagi la mimpi yg sedap2 sikit, mimpi jadi kaya ke, mimpi jadi puteri raja ke, aaaa.. baru la. ini tak. balik2 mimpi hantu, hantu, hantuuu je.

sorry la korang terpaksa baca tulisan yang merapu2 ni. kihkihkih... bukan merapu ni.. ini lah kenyataan. tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka...

2 comments:

payarumput21 said...

Salam..

Huihhhh..!! Wah.. Wah.. Wah.. banyak betul episodnya satu malam ek.. bestnyer.. cam ni tak payah langgan ASTRO pun kira ok.. hehehehe..

Tak kisahlah.. asal mimpi yang tak buat terjerit2.. terpekik2 mintak tolong.. akak ok jerr..

saya said...

cikpaya : tau takpe.. tu la saya kata ada siap episod2 bagai. bab jerit2 or bercakap2 tu tak pasti le pulak.. sebab tido sensorang, but if tido reramai harus le yang dengar saya bercerita masa tido nanti. dah kata kaki ngigau. hahahhaa....