mari mencari....

Google
 

Friday, January 30, 2009

takde apa2...



takde apa2 yang menarik. semuanya macam biasa. semalam tak sempat nak update blog sebab telah terpergi berjalan. sampai melaka korang. ahhahaha.. takde plan2 pon. khamis pagi tu obek datang kononnya nak bawak pergi breakfast. ye, breakfast beno le dah pukul 11am dah. dah masok waktu lunch dah. sekali dai kata nak pergi mana. saya kata pergi le mana2 nak makan je apa yang susah sangat. so, dia kata oklah, ikut je tau jangan bising2. saya diam je la.

sekali pusing punya pusing masok highway le pulak. saya tanya nak pegi mana nih? dai kata nak makan kat r&r nilai. wahh.. gitu. bapak jauh nak makan breakfast lagi jauh tak boleh ke saya kata? melaka ke boleh makan asam pedas sekali. sekali dia kata ha.ah kan.. jom kita pergi melaka. wahh... gila.

so, berenti jugak kat r&r nilai tu beli kuih la. say abeli kuih koci 1, kuih macam apam kaler hijau atas dai ada kelapa 1 dan sandwich kononnya. sekali tak habis pon. sandwich adalah sangat bertuah sebab dapat ikut pergi jalan ke melaka.

so, sampai melaka dalam pukul 1230pm macam tu. jalan clear tak de jem pon, so terus pusing2 cari kedai nak makan asam pedas le kononnya. dah kata melaka terkenal dengan asam pedas tapi tak tau kedai yang mana yang best. so hantam saja lahhh...

so, makan le kat kedai ni. tak best pon, saya masak asam pedas lagi sedap. hahahhaa.... maybe pergi kedai yang salah la tu kot. al-maklum, main terjah je itu le pasal tak tau mana satu yang best. 1st destination ialah pergi perig hangtuah katanya. wah... dengan harapan dapat le terserempak dengan hang tuah ke. hehehe... tak le pergi dedekat, lalu gitu je la. nak buat apa pergi tengok perigi tu macam biasa je la kot. lepas makan, terus pusing2 kat banda hilir. eh.. tulisan dia memang banda la bukan bandar. memula saya ingat orang tu salah tulis kat signboard rupanya memang betol la tuh. anyway.. pusing kat a'famosa tu tetengahhari buta panas gila. tak naik pon beca sebab kononnya nak merasa jalan kaki. haaa.. hambek ko.. panas berdengung.

lepas tu pergi masok kat muzium. balai syed sheikh al-hadi namanya. bapak panjang nama. ada pameran menyingkap sejarah dan misteri pulau besar melaka. tu dia.. jangan biarkan hidup anda diselubungi---misteri.... hehehhee.. not bad. banyak le info2 yang boleh dapat. rupanya tempat tu tempat orang bertapa2 ye? saya ada jugak dengar2 cerita tapi bila dah dapat info yang bebetol baru la percaya. korang pon boleh la pergi.. tapi sampai 31/01/09 je la rasanya. bayar ye jangan ingat free. 5 hengget. ada la macam2 dalam tu, ada yang nampak real, ada yang nampak macam tipu jek. entah la..

then pergi lagi ke apa ke bendanya ada tempat beli2. kat area2 situ jugak. wah..sekarang ada fesyen beg macam jahit2 tu le. murah je rm10 je. comel. tapi saya tak beli le sebab memandangkan saya ni bukan jenis suka bawak2 handbag nih.

lepas pusing2 berlengas kat situ, patah balik pergi jalan2 kat dalam dataran pahlawan tu le. wahh... ada macam2 jugak. jakon betol la. al-maklum..kali terakhir pergi melaka dah 4 tahun lepas. kat dalam tu ada beliapa ye? owh.. beli jajan2 la kerepek2 ni semua. then sempat lagi beli seluar. macam le kat kl ni takde jual seluar. hahahhaa... then obek berkenan lak nak beli2 keris le hapa kebenda nih. menakotkan saya je la. saya kata jangan beli sembarangan. tambah2 orang tu kata keris antik katanya. gila! buatnya keris tu dah pernah bunuh orang ke, makan darah ke ko jangan buat gila!!!! tak pasal2 hantu mengikut kita balik. dah le rumah saya dah penuh dengan hantu takde tempat dah nak slot in lagi satu hantu. saya kata if nak beli keris beli yang baru. ada jugak jual. at the end tak beli pon la.. saya memang takkan bagi beli. taktau le esok2 dia pergi outstation dia beli sendiri. kahkahkahkahhh... tap banyak le macam benda2 menarik boleh tengok kat sana tu.

lepas tu dah siap beli semua, masa tu dah pukul 6pm dah. lama gila berjalan sakit kaki. itu nasib baik pakai loafer buatnay pakai heels ke sandal yang ebrtumit tu ke hazabbbbb.... ingat nak balik dah sekaliobek kata jom pergi makan seafood kat umbai. wahhh.. syioknya. say akata bukak ke sebab rasa macam awal je lagi. dia kata takpe la, on the way nanti dah 1/2 jam sure dah bukak. so off we go. sampai sana still lengang lagi. hehehe.. so pergi kedai yang hujung sekali. nama kedai parameswara. wah gituu... hambek ko segala nama pahlawan kuar semalam. dengan hang tuahnya, dengan parameswaranya. masakan biasa2 je. takde la sampai terigau2 nak pergi lagi. tapi yang paling sedap dalam banyak2 menu semalam ialah sotong goreng tepung dia. itu memang diakui the best. yang lenlain biasa je. disebabkan kedai ni hujug sekali so nampak le laot. takot gila. dah le saya ni penakot air. tapi masa tu air tengah surut. sekali saya nampak macam ada benda gerak2 kat selut tu. wahh.. ular ke saya dah menggigil2 kepala lutut segala. sekali obek kata bukan la.. itu ikan belacak. owhh.. baru le makcik tau. alahaii..siannya.. umor dah separuh abad baru nak tau camne rupa ikan belacak. tapi agaknya ikan tu tak boleh makan le sebab dia macam 2 alam gitu. hidop didarat dan diair. obek kata ikan tu buat ubat. ubat lelaki katanya. amik yang kecik2 punya then makan macam tu je 7 ekor. hantam la.. tapi rasanya kalo ada benda lain yang boleh dibuat ubat makan le benda lain. bior le itu jadi last resort. haa.. sesapa ada masalah lelaki silalah cuba jangan malu2. hwuahahhaaaa.... makan je la viagra takyah susah2 nak pi tangkap ikan tu. boleh terbang tau. gila!!

so, lepas makan hari pon dah pukul 8pm. so, kami pon bergerak la balik ke kl. on the way back, hujan lebat. apa pon, dah selamat sampai dan selamat segala2nya. penat juga ye travel seharian. ada le sikitpic yang saya amik tapi tak blh load sekarang la. nanti if ada kesempatan saya boh pic.

cerita pasal jemi, dah sedar dah tapi ye la.. masih sakit lagi la. mak midah pon dah balik ke kampung semula. nak buat camne. kat rumah kampung pon ada tugas yang menunggu. ajak jemi balik kampong untuk berubat buat takde jawapan pon lagi. entah le.. pepandai ko la.

obek selsema. haiyaaa... tak macho le lelaki kena selsema. hahahhahaa... tu la, selalu je mengata saya selsema kan dah kena. bila dah kena baru tau seksanya hidong tersumbat. baring salah duduk salah berdiri salah. apapon, harap obek cepat sihat. kerja dah berator menuggu untuk diselesaikan. kalo obek demam2 lagi payah le nanti.

nezha pulak seperti biasa manja gila. ahh.. mamat tu bila masa tak pernah manja.

ok la.. tu dia.. dalam takde apa2 berlaku tu penuh satu mukasurat menulis blog. hehehhee...

3 comments:

ZH - Ena said...

jauh betul nak sarapan..tapi smp gak ke melaka..jln2 ngan buah hati mmg tak terasa penat hehehehe

harap obek cpt sembuh dr selsema

saya said...

tq ena...rindu kat umairahh..

Huzai said...

jadi kamu perlukan Clarinase untuk selsema. :D