mari mencari....

Google
 

Thursday, January 15, 2009

tetiba emo lak.....


semalam macam biasa. takde yang luar biasa yang berlaku. balik semalam terus balik rumah dulu, malas nak pegi dinner awal2 sebab rasa macam nak baring2 dulu. balik, then baring kejap. pukul 9pm obek datang bawak pergi dinner. pergi try kedai baru. kira boleh laaa...
malam taid pon mimpi jugak. tapi ntah le mimpi hapa2 dah tak ingat dah. nezha baik2 je. malam tadi dok melayan dia main sampai sakit tangan saya sebab dia dok nak menggigit2 lak. haihh.... sakit tau tak. gigit kang baru ko tau nezha.


hari ni pergi kerja sendiri, sebab pagi tadi staf obek called cakap bapaknya meninggal. innalillah.. so obek kena la pergi melawat dan secara tak lansung akan busylah hari ni dia tu. jadinya saya pergi sendiri la koje. wahh..naik lemak nampak 2 hari berturut2 orang hantar pergi kerja. hahahhaa.. ala, sekali sekala apa salahnya kan.

pagi tadi dah breakfast tosei. hehehhee... so sekarang macam loya le pulak. tak sesuai agaknya dengan tekak.

saya tengah berada dalam dilemma sekarang ni. hati berbelah bahagi nak teruskan atau tidak. owhh.. runsing la kepala otak. zaman2 gawat ni perlu kena pikir bebetol. kalo tak kang yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat. saya dengar sekarang banyak kilang2 yang dah ditutup. siannya pekerja yang diberhentikan.. nak makan apa anak beranak. kalo bujang lain la. tapi bujang pon korang ingat takde komitment ke? orang selalu je cakap kalo orang bujang senang la takde nak tanggong anak bini makan. helloooo.. habis korang ingat orang bujang ni kejenya berjoli katak je la ye? ingat2 sikit, orang bujang la kena support mak bapak kat kampong. abang2 akak2 yang dah kawen tu ada kala lepas tangan dengan alasan dah ada keluarga sendiri. nakkena bagi duit belanja kat adik2 lagi. orang bujang pon ada komitmen nak bayar duit kereta, duit motor, sewa rumah, belanja makan minum semua. benci dengan perangai orang yang kalo bercakap tu main hentam je. saya ni bercakap bagi pihak orang bujang yang tak berapa senang hidupnya. kat mana2 pon situasi macam ni ada je. tak caya selidik la tengok.

malam tadi tengok 360 kat tv3. no komen. pas tu tengok bersamamu kejap. lagi no komen. kesian kat anak2 yang terpaksa berkorban zaman muda belia dengan bekerja. kene tolong ayah cri duit bagi belanja dapor rumah. memang tanggongjawab anak wajib tolong ibubapa tapi dia pon perlu ada kehidupan sendiri. ayah pendapatan rendah kerja panjat pokok petai dan ada kerja sampingan juga - buat anak. kesiankan la anak2 kecik yang tak cukup makan tu. makan sekali sehari je belah petang macam tu pukul 3pm baru makan nasi. malam takyah makan cukup dengan minum teh je. cukup2 kan la beranak kecik2 lagi, tengok pendapatan keluarga macammana. memang orang cakap setiap anak yang lahir tu ada rezeki masing2, tapi kalo rezeki tu bapak tak cari takkan turun melayang dari langit. anak tu bukan lahir2 je genggam cek bernilai rm300,000 sebagai belanja harian. entah la..kang cakap bebanyak kang orang kutuk saya pulak. saya bercakap berdasarkan pandangan saya. sebab saya dah tengok dengan mata kepala sendiri bukan sekadar tengok kat tv je.

eh..sorry.. tetiba emo lak. hehehhehe....

6 comments:

one love said...

hmmm
sekali sekala emo, syok jugak!
kalau penah lalui, memang perasaan lain macam sikit, kan..

:)

~dARlee zURiS~ said...

haaa..sokong2!
org suka ckp camtu kan..
org bujang x yah rungsing.x yah nk tanggung anak bini
mmg lah x yah tanggung anak bini.
tp..mak bapak?adik2?
x pk ke hapa.
x suka kalu dgr og ckp camtu..
org bujang senang lah.hapa lah.
dah tu..yg kau kawen asal kalu tau bujang senang???
grrrr...

hmmm..rasanya mmg camtu kot
org susah mesti ramai anak kan?
tp..diorg ckp anak ramai nie rezeki.
bg zuris..rezeki apa camtu kalu anak ramai x tertanggung.x sekolah.
kesian kat anak2 tu kan..

Mr. Janggel said...

Hhuhuhuhuhuh emo...kehkehkeh

fazemy said...

Mcm sama la pndgn kita tentang family dlm bersamamu tu. betul tu..klw tak cari rezeki mana nk dpt kan. kenala usaha lg keras. kdg kesian anak2 ni. kdg yg mslh sosial tu dr kalangn kluarga mcm nilah. dh tahu tak berapa nak mampu kan..pandaila merancang keluarga..entahlah..

saya said...

wahhh..para2 pendebat semua rupanya lebih emo dari saya. hehehhehe... bukan apa..sekadar luahan perasaan dan pandangan je. takot juga if ada yang tak sependapat nanti dikatakan saya ni 'pandai cakap' je la pulakk..

LotsOfLove-Pearls said...

Salam menyinggah..
Emo ok.. aku pun selalu emo.. huhu..